Friday, January 27, 2012

Pakatan Rakyat Sudah Melancarkan Semburan Api Naga 2012!



Tahun 2012 adalah dipercayai tahun PRU 13. Orang Cina sambut tahun naga. Pada hujung Januari WZWH sudah nampak Pakaran Rakyat sudah melancarkan semburan api naga membakar Barisan nasional.

Pakatan Rakyat sudah bergerak dari strategi defensif kepada offensif.

Pakatan Rakyat sudah war-warkan Johor boleh ditawan, Pahang boleh dimakan dengan janji tanah percuma, Negeri Sembilan dalam gengaman, Perak dihujung tanduk, disamping Kedah, Selangor, Kelantan dapat dipertahankan.

DAP lantang melaungkan ramai Melayu exodus masuk DAP. Bumiputera Kristian di Sabah dan Sarawak plus orang Cina mahu menyokong Pakatan Rakyat.

PAS sudah mejanjikan negara kebajikan dan 'renewal syurga' kepada penyokongnya. Terengganu akan tumbang.

Ketuanan Melayu @ Malay Dominance satu konsep yang UMNO tidak kata tapi Pakatan Rakyat suka eksploit bagi menakutkan bukan Melayu.

Kenyataan Profesor Dr KKK kanselor kolej swasta bahawa Hang Tuah tidak wujud memastikan kata keramat "Tak Melayu Hilang Di Dunia" sebenarnya Melayu boleh hilang didunia.

Pakatan Rakyat sedang berkempen sekarang mengajak orang Melayu berjumlah 60% penduduk Malaysia percaya kepada doktrin ini.

Anwar Ibrahim pun menjalakan janji-janji pre-PRUnya:
  • Pushed his series of economic reform policies to promote transparency and accountability, especially in the award of government contracts and end widespread corruption under the current Barisan Nasional government
  • He was not just “anti-Umno” but wanted to ensure that Malaysia would emerge on top as it competed with neighbouring countries like Indonesia and Vietnam that was pulling in foreign investments.
  • He must always compare Malaysia to Singapore, South Korea and Taiwan.
  • He would push for more privatisation programmes and free up the markets to run business more efficiently.
  • He would quicken the dismantling of racial quotas in higher education and aid for lower-income groups instead of solely aiding ethnic Malays.
  • He denied supporting gay marriages as he “believes in and supports the sanctity of marriage between men and women.”
  • He projecting himself a Muslim liberal leader to the West, had labelled Malaysia’s sodomy laws as “archaic”.
Apa pula 'fire-distinguisher' yang Barisan Nasional perlu sembur bagi memadamkan muntahan api panas naga Pakatan Rakyat?

WZWH nampak banyak 'fire-distinguisher' ditangan Ketua-Ketua UMNO, BN dan sayap-sayap parti. Bila mahu sembur atau masih tunggu arahan Presiden DS Najib?

12 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

terbaik!! attack!!

Anonymous said...

Bengteng pertahanan terakhir, kita serahkan kapada rakyat menilai akhirnya sistem mana yang terbaik beraliran sederhana, yang ada 'check and balance'untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran negara bangsa.Malaysia bukan sosialis, jauh lagi kominis. Malaysia negara demokrasi yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Sesuai dengan asal usul demografinya, Islam adalah agama bagi persekutuan. Malaysia ditakdirkan berbilang bangsa dan diperintah hasil perkongsian kuasa. Jangan nafikan sistem yang terbaik semata-mata kerana marah dan kuasa. Namun memang Malaysia memerlukan barisan pembangkang yang kuat demi integrasi dan keadilan. Untuk Malaysia, sebarang bentuk ekstrimisma adalah bahaya.

Anonymous said...

fire distinguisher yang UMNO ada memang power. wpun tidak berfungsi pemadam sepenuhnya tetapi mampu memadamkan.

diyakini BN boleh menang di pahang kerana PR tak yakin menang , kalau menang susah juga sebab banyk hutang. Kalau PR menang asyik lunaskan hutang yang dibuat oleh BN.

Mengenai negeri seperti Selangor, Kedah, Perak, Terengganu, dan Negeri Sembilan boleh diambil alih oleh BN.

Hanya Pulau Pinang dan Kelantan sahaja BN tidak boleh masuk.

"Pemadam" yang BN ada cukup power sebab banyak duit. Daripada apa yang diperhatikan di saat akhir menjelang rakyat menurunkan mandat di peti-peti undi, maka banyak lah duit akan dicurahkan, dikelepet dan disogok ke dalam saku pengundi

Maka pengundi khususnya melayu akan termakan budi jangka masa pendek dan terus memangkah BN.

Untuk makluman semua melayu di Kelantan adalah Melayu original kerana mereka mengambil tetapi tidak beri undi, Mereka bukan tidak berterima kasih tetapi mereka melyu original yang kuat pada konsep.

Manakala melayu di tempat lain adalah golongan melayu asli kerana terlalu termakan budi. Serupa juga melayu asli di Lipis, rompin, Bentong, dan Jerantut, sebatang rokok dan tembakau pun kira OK.

Anonymous said...

melayu kelantan hanya pentingkan puak puak mereka sahaja sama macam orang arab yang fahaman asabiyahnya.mereka rasa merekalah melayu yang terbaik dang paling mulia di malaysia.mereka sanggup tolong orang siam kelantan,cina kelantan,melayu pattani daripada tolong melayu negeri lain.alasannya kerana puok kito ore kelate.

Anonymous said...

tp puak2 kelantan masih lge rakyat Malysiaa..bkn Indon..Bangla..yg mudah mendapat kerayataan Malaysiaa...bodoh punya KDN..begitu mudah utk menjadi rakyat malaysiaaaa........

Anonymous said...

Bukan rakyat malaysia, tapi malangsiang...

Anonymous said...

Org jantet tak tolak pembangunan, tapi or jantet tolak pemimpin "haramjadah" makan sorang "walhalallul" tapi bila org tahu "walharaman"... Ni, dekat dah GE 13, dengar kabarnyer dah ada setiap DUN kena habiskan "limited" RM8 - 12 juta, alsapa weh alkenyangnyong...

***CnP*** :)=

Anonymous said...

Bako..bako..bako.....haa..haa..haa...relek la Mr WZ. Selagi Jerantut tu berada dalam kemunduran seperti sekarang BN akan menang di Jerantut jangan bimbang laa.. Orang miskin dan bodoh adalah makanan orang kaya dan cerdik.

Anonymous said...

rodong2 seme...

sebenarnya BN baru tersedar yg jantet ada dlm msia...sebab tu baru ni menteri yg paling apdal datang untuk 'menurunkan hujan emas' kat jantet...

seperti biasa la tu...setiap kali bn datang mesti kena ada janji manis...baru la org2 kampung datang... kalau tak setakat murid2 sekolah dan kaki tangan kerajaan je yg kena habiskan nasi kenduri...
tapi dah lebih 50 tahun...masih nak berjanji lagi ke?...
jgn berlewat ngat ngelintong...

'kwn nak tunggu PM plak datang...berapa plak nilai 'janji' beliau..mesti lebih besar weh..'

Anonymous said...

Salam semua,

Pakatan pembangkan yang dipimpim oleh Al Juburi biasa cakap besar,
untuk menutup kelemahan yang sangat
ketara.Janji mereka ikut tempat dan
keadaan satu2 negeri.Janji diKedah
lain,janji diKelantan lain begitulah
seterusnya,,,,cakap dan janji ikut
sedap mulut....dan ikut selira buntut... janji pilehanraya 2008
apa jadi dinegeri mereka perntah?

Orang2 yang kurang dayafikir saja
yang percaya dengan janji2 puak2 ni.Terlalu banyak janji2 yang tak
masuk akal,,,.Satu janji sahaja
yang saya percaya,menyemak semula
undang2 sex sejenis akan dilaksanakan dengan cepat,sebab sangat releven dengan citarasa
ketua mereka...Jangan cemas dengan
semburan api naga mereka,,,,Naga
Tasik Ceni dah bersedia....Sebab
itulah YB Fauziah ajak MB Pahang
debat pasal kilang LNS ,sedangkan dia bukan tahu tentang nuklir,begitu juga MB,,.Sepatutnya
debat itu diperbincankan oleh mereka yang pakar berkaitan nukliar,,,,baru betul untuk mencari
kebenaran...PKR dan PAS,akan banyak
kalah PR 13,DAP akan tambah kerusi,,,


Gasing Toyong.

tok 4 said...

apa yg pelik sangat kalau umno dan BN kalah dalam pru13, kita semua akan hilang agama ke, hilang pekerjaan ka, mati kelaparan ka, miskin ka, apa masaalah ni?

dikelantan, kedah, pulau pinang, selangor semuanya trlebih makan..

kalau takut kalah xpayah buat pilihanraya ler......

Anonymous said...

Tok 4,

Bukan takut kalah bila masuk gelangang.Yang kita bimbang dasar
Pas sangat berubah drp asal,malah
sanggup hilang metalamat teras dan
menerima arahan DAP.kalau dasar asal
nereka betul2 dipakai dan dilaksana
baik juga,tapi dah terbalik,,.

Memang imam dan Agama tak hilang,macam Petani tak hilang Agama ,tapi apa jadi sekaeang?.
Orang Kelantan dan Kedeh tu
berduyun kenegeri lain,sebab apa?,
Lu fikir lah sendiri ya,,,

Gasing Toyong..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...