Tuesday, January 31, 2012

Tiba Masa WZWH Borak Politik Jerantut...Harap Orang Jerantut Dengar!


Sudah lama WZWH tidak borak politik Jerantut. Sepatutnya WZWH sebagai blog politik Jerantut perlu fokus kepada bicara politik Jerantut.

Tidak kira apa parti kita orang Jerantut UMNO ke, MCA ke, MIC ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke atau KITA ke...kita semua mahu parti-parti ini menyumbang untuk kemajuan orang Jerantut bila mereka berkuasa atau sebagai pembangkang.

Sekarang kita fikir apa keperluan kita sebagai orang Jerantut? Masih lagi perkara asas jalan. Dalam blog, Facebook, Twitter orang Jerantut komen:

  • Jalan Jerantut Benta teruk rosak berlubang.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 berlubang-lubang.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan pun sama.
  • Jalan Ulu Tembeling pun bila hendak siap cepat.

ADUN-ADUN kata peruntukan sudah ada lulus tunggu kontraktor buat. Kita pun tunggu...

ADUN-ADUN kata peruntukan fasa 1 Jalan Ulu Tembeling lulus, sedang buat. Tengah tungggu peruntukan fasa 2.

Ahli parlimen tidak cakap apa-apa!

Jika sekiranya PRU 13 diadakan bulan Jun 2012, hanya jalan tanah merah mampu disiapkan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi. Belum boleh turap lagi.

Camna jalan fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya ke kampung Mat Daling?

Camna kita mahu lihat jalan Kampung Mat Daling merentas ke Terengganu?

Camna kita mahu jalan Jerantut-Sungai Lembing boleh cepat kita sampai ke Kuantan?

Kita orang Jerantut perlukan peruntukan. 

Mari kita dengar apa cerita dari Kuala Lumpur:

  • IJM Corp dapat projek buat jalan rel keretapi RM974.78 juta.
  • Ahmad Zaki Resources dapat projek buat jalan rel keretapi RM765 juta.
  • Kumpulan Europlus Bhd dapat projek buat lebuhraya Banting-Taiping RM7.1 bilion.

Kalau kita orang Jerantut mahu lihat projek-projek jalan-jalan di Jerantut ini semua siap WZWH kira tak sampai RM1 bilion.

WZWH harap DS Najib boleh mula memfokuskan pembangunan luar bandar di Jerantut ini. Cukup cerita pasal pembangunan.

WZWH mahu cerita blog-blog Jerantut. Blog Jerantut semakin ceria. Banyak blog-blog lama bersawang telah kembali menulis tidak kira blog pro kerajaan atau pembangkang. Antaranya:

Agak menyedihkan WZWH blog SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT dan blog 'uRag dRrulug' sudah lama tidak menulis sedangkan inilah blog-blog yang menceriakan politik Jerantut. Blog-blog ini tidak ada ketahanan mental dan stamina seperti WZWH.

Menarik bila blog-blog pro pembangkang Jerantut kembali bersuara walaupun tidak lantang. WZWH mahu blog-blog pembangkang lantang menyuarakan isu-isu Jerantut. Kritiklah apa-apa tentang politik Jerantut. Blog pro PAS, dan pro PKR terutamanya lesu tidak bermaya. WZWH tidak nampak blog pro DAP di Jerantut. Melainkan di Facebook.

WZWH beri jaminan blog-blog pro pembangkang diberi ruang dalam blog lists WZWH kerana sikap terbukaan WZWH. Blog-blog pro pembangkang boleh trust WZWH!

Menarik bila blog-blog pro UMNO mula memperkatakan calon-calon parlimen dan DUN di Jerantut. 55,000 pengundi parlimen Jerantut dan 3 DUN mahu mengenali personaliti dan gaya politik calon-calon ini.


Sila baca blog JERANTUT post KINI PEPERANGAN PRU13 BERMULA!! .  WZWH lihat blog-blog pembangkang mula menyerang. "Puak2 UMNO sudah berani bermain dengan api sendiri..tungu kita lihat siapa yang kena!"

WZWH mahu lihat tembakan peluru dan meriam blog-blog pembangkang kepada calon-calon UMNO dan BN Jerantut. WZWH cabar buktikan jangan cakap aje...

13 comments:

Anonymous said...

Jerantut ada ahli parlimen ke? Kita ada adun ke? Lupa pulak, ingatkan dh tak ada....

Anonymous said...

blog Jerantut tak ada stamina? tahu tak blog juga sudah bukan trend, sudah tidak dipercayai lagi, tau tak facebook dan twitter lebih berpengaruh dari blog, sbb tu DAP tak buat blog, dan MCA btk tumpu pada facebook.

Sebenarnya bukan mereka tidak ada stamina, tp org suah beralih ke medium baru, awk tu duk ditakuk lama lagi. Blog ni hanya hiasan saja, sapa nak baca panjang2 apa awak mengarut tu. Melalui FB,twitter, tumlr, vlog makliumat lebih pantas disampaikan

Jerantut mundor said...

Ahli Parliment Jerantut dan Aduan dalam Parliment Jerantut ada ke? macam ada tapi serupa tiada.Tiada sumbangan untuk memajuan Parliment Jerantut. Yang beriaia bunyi, orang yang tiada kuasa. Baik bagi pandangan kepada tembok. Cuba kita bagi 1 penggal kepada pembangkang, tengok apa dema bolih buat.Ini dah dekat 55tahun memerintah, masalah jalan tak bolih selesai, ini belum cerita pembangunan di Jerantut.

Anonymous said...

Ye la WZWH, aok cikgu makan gaji buta, dompok bagi lagi tiap2 bulan sampai boleh beli kereta besar bolehla nulis tiap2 hari, kome ni ada kerja bank, ada niaga sendiri, ada noreh getah, ada cop sawit guana nak nulis hari2 mcm aok. Kalau dompok byr ke kome mcm byr ke awk dgn wan keliru nok la kome tulis hari2

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:16,
WZWH tidak minta anon tulis hari-hari. Seminggu sekali pun ok. Tidak perlu tulis panjang. Apa yang tidak puas hati cakap terus. Apa cadangan lontarkan. Kalau mahu kritik balun dan bantai aje. Alasan kewangan, kesibukan tidak relevan. Jika anda minat politik Jerantut tidak kira apa parti apa anda tentu ada sedikit masa.

Menulis blog, Facebook, Twitter free saja...hanya bayar broadband itu pun sudah jauh lebih murah sekarang.

PR JERANTUT said...

orang memberi kita merasa. Tidak perlu la cerita banyak. Jpost bukan tidak mahu tulis post. kita tengok sahaja ok. anyway thanks wzwh.

Anonymous said...

Saya nak cadang pada WZWH, kalau betul jalan tu cepat siap, WZWH tulis banyak2 supaya orang undi pembangkang kali ni. Biasanya pemimpin kita ni bila undi pembangkang baru dia beri perhatian.Lepas tu PRU 14 kita pakat undi UMNO atau BN pulak.Ini adalah cadangan saya dan ramai2 kawan2 dari UMNO dan Pahang jati lagi. Kali ni saya rasa ramai yang macam saya, yang berpuluh tahun undi UMNO atau BN tapi untuk PRU 13, kami nak bagi kat pembangkang pulak. Kami pun tak minat dengan cara UMNO mutakhir ni yang banyak bercorak politik yang lucah dan fitnah. Sepatutnya kita berlawanb secara gentlemen la.
Ingat WZWH, sekarang zaman orang cerdik2. Ingat orang dah mula nak makan umpan aje, tak nak makan mata kail. Bagi RM100 ke Rm500 ke kita pakat rembat tapi undi, kita pakat undi ABU (asal bukan UMNO)

Anonymous said...

Ye tak ye juga ye. Memang dekat pilihanraya maka pemimpin kita ni akan kata untuk buat tu dah lulus, untuk ni dah lulus. Lepas tu siap tolak tanah lagi. nak citer kat rakyat bahawa memang betul2 nak buat jalan ni. Tengok2 lepas menang Pilihanraya, jentolak pun entah pergi ke mana hala.macam dekat Kg. Binjai. Ingat ke betul2 nak buat jalan Jerantut Benta.Rupa2nya hampas.Penipu betul pemimpin UMNO ni. Kami rasa kali ni kami nak ajar la pemimpin UMNO. Kami nak undi pembangkang pulok weeeeeh

Anonymous said...

jalan sat tu tanya dompok la woi!!!

Anonymous said...

Jalan..jalan..jalan,eyyy!!bawak la masuk institusi pelajaran banyak2 lagi,baru pembangunan jadi pesat,mohon la pusat latihan kemahiran,bina lah politeknik,mrsm,maktab guru,madrasah keagamaan,kolej kemhirn yg lbh kritikal kursusnya,ini dpanggil 'tuntutan pembangunan kekal' jalan akan secara otomatik di tambah baik,selenggara dan boleh sambung smpai tganu,smpi kuantan bile 'demand' tu banyak,mane org buat jalan dulu baru bangunan..???adohai melayu...

Anonymous said...

HARAP PEMIMPIN UMNO YG BERKUASA TU KADARKAN LAH KE DIRI TAKYAH BERMEGAH-MEGAH DGN SLOGAN UMNO PEMBELA RAKYAT..APA YG DEME BELA SEBENARNYA KALAU MASALAH JALAN YG DAH BERPULUH TAHUN TAK SELESAI CAKAP KOSONG PROJEL ITU DAN INI UTK MENYEDAPKAN TELINGA MENDENGAR TAK GUNA..DARI DULU LG JANJI ITU DAN INI..APE KE SUSAH SGT KE KERAJAAN PUSAT NAK LULUSKAN PERUNTUKKAN..TGK ZAMAN MAHATHIR JADI PM..APA YG DIA BUAT UTK KEDAH..LANGKAWI DIA BANGUNKAN HIGHWAY PLUS SAMPAI KE BUKIT KAYU HITAM..KITA ORG PAHANG APAE YG DPT WALAUPUN PM KITA ASALNYA ORG PAHANG..ADUH MALANG PAK KADUK...NEGERI YG KUAT UMNO, RAKYAT RAMAI MISKIN,

Anonymous said...

Saya orang Jerantut juga..., dah nak masuk pengal ke4, baik parlimen atau Dun..., Pembangunan dan Perancangan di Jerantut ini, sebenarnya di jalankan oleh MDJ. Tak tahu pulak Ahli Parlimen Dan Dun Ini boleh berkuasa sangat untuk memajukan kawasan Masing2. Contohnya Ahli Parlimen Jerantut, semasa kempen Di Ulu Ceka, Sampai merayu pada Pengundi " Bagi lah saya sekali lagi",untuk jadi ahli Parlimen jerantut.Ini Orang tak ada batu, bercakap macam ini. satu lagi, Baik Parlimen dan Dun, Tunjuklah betul2 kemewahan enko Orang, dengan orang yang susah, dikawasan Jerantut ne..., Orang Jerantut ne bOdoh semua....
Aku tetap orang UMNO, Tetapi aku takan mengundi Calun UMNO yang Yang melampau lampau sangat.
SU, lama dah MAMPOS, Kita tenguk SU baru Pulak, Macam mana Jalan Ceritanya. Untuk Ahli Parlimen Jerantut dan Dun, Pergerakan Anda di Perhati.....

Anonymous said...

dato sukri menipu belia kota gelanggi satu dia kabo nak bagi tapak rumah untuk generasi felda ke2 dekat simpang luar berhampiran jengka 8.tetapi semuanya menipu.....padan kene tipu gini je la belia 4B kg1.time nk mengundi ni...dia janji lagi.....pikirkan lah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...