Wednesday, February 1, 2012

Gubal Satu Undang-Undang Siapa Orang Melayu Yang Tidak Mendaftar Pengundi Boleh Dipenjara!


Ini adalah kumpulan orang Melayu yang entah apa fikiran mereka tidak kira mereka senang sangat atau susah sangat mereka tidak mahu guna hak mereka untuk mengundi kerajaan yang mereka mahu!

Apa punya ideologi orang Melayu ini WZWH pun tidak faham.

WZWH rasa perlu kerajaan gubal satu undang-undang siapa warganegara yang layak tetapi tidak mahu mendaftar sebagai pengundi hukumannya penjara.

Juga siapa pengundi yang berdaftar tapi tidak mahu mengundi pun kena hukuman!

Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Kenapa masih ada orang Melayu begitu liat untuk menunaikan tanggungjawab mereka mendaftar sebagai pemilih?

Mereka perlu faham setiap undi adalah amat penting dalam menentukan corak pentadbiran negara, jangan sampai kita hanya pandai bersorak di majlis-majlis politik tetapi apabila pilihan raya kita hanya menjadi pemerhati sahaja.

Lebih penting daripada itu, orang Melayu perlu memahami bahawa jika mereka ingin mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan maka mereka perlu menjadi pengundi.

Ia disebabkan tanpa kuasa politik yang kuat orang Melayu tidak akan mampu memperjuang dan mempertahankan mereka.

Harap Orang Melayu akan segera sedar mengenai tanggungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih.

Janganlah kita memberi alasan remeh kononnya sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mampu mengambil masa hanya beberapa minit untuk berbuat demikian.

Bandingkanlah sikap orang Melayu dengan kaum lain yang begitu aktif mendaftar sebagai pemilih. Keadaan itu berlaku kerana mereka amat memahami betapa pentingnya nilai satu undi.

Sikap malas untuk mendaftar sebagai pemilih tidak berterusan kerana kita tidak mahu dalam pilihan raya nanti, orang Melayu hanya menang sorak, kampung tergadai.

14 comments:

Anonymous said...

bagi ke myanmar je la mengundi...kome nak bergaharu....lantok kome la nak mengundi ke tak..pandai2 nak penjara ke org...lu sape?

Omar Ja'afar said...

Wow! menakutkan, kalau bagi Myanmar atau Bangladesh tentu mereka suka pakatan sebab banyak nya pusat... pusat.... isss ... malu nak cakap, nanti emak marah. Segelintir orang Melayu malas sebab ada alasan yang konkrit, contoh yang senang tak ada masa, kecuali pergi shopping atau ada FREE show artis tempatan, ahaaaa... kalau yang itu memang laju, sakit segala badan pun hilang, muka pun berseri, kalau tak caya cuba tanya mereka.

Anonymous said...

wzwh,


pinjam perkataan Sakmongkol AK 47 , orang pahang Kate " KEPALA BAPOK AWOK ". aKU KATE KEPALA HOTAK ONG.

PR JERANTUT said...

demokrasi cara wzwh memang tahap sekolah darjah 2. kesian

Anonymous said...

Kome cadang bukan penjara mereka yang tak nok daftar mengundi weh tapi kita penjara pemimpin UMNO dan tali UMNO iaitu Pengerusi SPR yang otaknya kemetot, masih degil tak nak buat mengundi otomatik macam negara yang orangnya cerdik2. negara yang orang tak cerdik ni (macam tok nan MB Pahang cakaplah sape yang caya pada Dato' Tuan nak bagi tanah, mesti orang bodoh) yang diterajui UMNO masih nak daftar. Pas tu pelihara orang Myanmar di Pekan.
So eloh penjarakan pemimpin UMNO yang otaknya kemetot.

Anonymous said...

Rakyat dah cerdik..dia tak pi daftar sebab silent protes la bongok! blog umno memang iq rendah. dah takda isu ka? mai la kita debat!

Anonymous said...

Kas setuju amat OJ begala dan dulu dipanggil Rangoon ibu negaranya, tapi masalahnya kumpulan ni bila nungi menaglah fuckatan. Pasi pusat melayu tuh dimana pon ader belaka. Jangan sebut KLlah, dekat bandar jantet pon dah ada kelihatan pusat melayu. Kas dengar sebab dema kater dekat dengan kolatahan, nyer meniru ramai pelacung deme tu nampak pusat... Faham ker?. Sian engku WZWH ni makin saghari makin penat nulis bghita pasai pulitik. Itulah jangan diajau sangat main pulitik, sebab urang pulitik ni sesama sendiri demanyer bergelar juga...

Anonymous said...

ape susah kite daftar di PAYA TEH jeee bawah DUN TAHAN, kws tuuu kubu kuat PAS dari oranggg luarrrr. sulit nieee

ORANG PAHANG said...

Permikiran budak darjah 2,Mana boloh buat undang2 hukum orang melayu sahaja'BODOH'' punya orang.Patutlah selama ini nama tak naik untuk jadi calon UMporNO

Anonymous said...

Yang marah sangat Zuri cakap ni, ako rasa semenya daftar belaka. Tapi meke ni nyokong PR. Zuri cakap tu ada makna, dia tuju pada yang pro. Jangan lah sampai kata dia macam budak djh 2 kot. Dia maksudkan kapada Melayu yang rasional , jadilah pengundi pada PRU 13 nanti. Kalau sokong saja tapi tak mengundi, kita sendiri menafikan hak kita sebagai warganegara demi mempertahankan watan. Tak gitu bro Zuri.

Anonymous said...

ANON 8:59 pm..saya sanggup debat!!!!mai la,set tarikh,masa dan tempat,email pd WZWH sekarang jugak! Kokok berdegar-degar,ekor bergelumang tahi!..jawab jangan tak jawab..ade 10 anon kat sini nak tengok..

Anonymous said...

ANON 8:59 pm..saya sanggup debat!!!!mai la,set tarikh,masa dan tempat,email pd WZWH sekarang jugak! Kokok berdegar-degar,ekor bergelumang tahi!..jawab jangan tak jawab..ade 10 anon kat sini nak tengok..

Anonymous said...

Salam semua,

Baca dan fahamkan betul2 perenggan
satu dan dua .Disitulah sepatunya
punca debat.Bukan certa pengudi boleh
dipenjara.....,itu cuma tinju dalam
filem Hindi saja.

Penulis bolog keciwa, sebab orang
Melayulah yang paling ramai tak
daftar jadi pemileh,,,,mengapa Melayu jadi begitu?.Apa puncanya?.
Siapa yang patut memikul tugas ini?
Kalau Melayu tidak mendefter sebagi
pemilih,bermakna orang Melayu tak
mahu memerentah negara ini.Itulah
maksud yang tersirat,,,, bermakna
Melayu akan hilang kuasa,,,,,,.
jangan cepat sangat toyong...ya..


Gasing Toyong..

bat8 said...

orang melayu tak pi daftar tu bukan apa, depa dah serah hak depa kat mat indon, bangla, nyammar pi daftar jadi pengundi bagi pihak depa.

Ataupun agaknya dema ni gi daftar ngundi kat myammar kot nak tolong aung san kyu yi menang. Kira saling tolong menolong le ni. mat melayu ni gi ngundi kat myammar nak bagi kyu yi menang. mat myammar daftar ngundi kat sini nak bagu UBN menang PRU 13 ni.

Itu je sebabnya kot WZWH

Bat8

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...