Thursday, February 2, 2012

KITA Dibubarkan Menjejaki Nasib Parti-Parti Serpihan UMNO Yang Lain

Jika Dato' Onn Jaafar pemimpin Melayu terhebat gagal kerana tinggalkan UMNO maka sekarang Zaid Ibrahim lebih mengerti jalan-jalan yang dilalui oleh pemimpin yang meninggalkan parti keramat ini.

Zaid Ibrahim akhirnya mahu membubarkan parti KITA yang tak sampai setahun usianya sila klik sini.

Maka KITA dibubarkan menjejaki nasib parti-parti serpihan UMNO yang lain.

UMNO parti keramat orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan 67% penduduk Malaysia. UMNO ditubuhkan atas kehendak pertubuhan-pertubuhan orang Melayu di istana.

Hanya tinggal PAS sebagai parti serpihan UMNO yang kini ramai orang Melayu sudah mula menyoalkan hala tuju perjuangan PAS yang tidak jelas dan kabur.

Kuasa ketiga dan tidak puas hati akar umbi parti PAS memberi tekanan kepada Hadi Awang yang membayangkan ingin bersara dari politik.

PKR yang hanya terlalu bergantung kepada pemusatan Anwar Ibrahim hanya tunggu masa untuk berkubur pada PRU 13. Bila populariti Anwar merudum maka PKR menanggung risiko yang tinggi demi survivalnya.

Zaid Ibrahim mengaku dalam hidup beliau banyak membuat kesilapan keputusan politik.

Tengku Razaleigh pun bila parti semangat 46 gagal terpaksa kembali kepada UMNO.

Mahathir dulu keluar UMNO tapi akhirnya kembali masuk UMNO.

Adakah Zaid Ibrahim mahu balik semula UMNO? 

Bagaimana dengan Anwar Ibrahim yang masih teringat nostalgia semasa menjawat jawatan TPM dalam UMNO? Hanya satu tapak lagi boleh menjadi PM!

Hadi Awang masih percaya kepada kerajaan perpaduan yang diimpikannya.

8 comments:

Anonymous said...

Taksilap dulu WZ ada post yg KITA mungkin bertanding di Jerantut. Lega laa kita lepas ni . Tak de laa pertandingan beberapa penjuru.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:04,

Guane Abe Mat Nor KITA Batu Balai. Nak tanding DUN Damak atas tiket apa pulak?

Anonymous said...

KITA ni bukan parti serpihan UMNO. Parti serpihan PKR lebih tepat.
Zaid Ibrahim ahli PKR sebelum menubuhkan KITA. Apa...WZWH pura2 lupa sejarah ke? jangan buat lawak laaa...

sri hartamas

Anonymous said...

WZWH ini, sedap tulis ikut tangan sahaja, tak pandu ikut otak. Baca blok dia anggaplah tengok maharaja lawak dalam astro.Tiada rotan , akar..akar jadilah.

Anonymous said...

Patut laa anon-anon dlm ni komen selalu tak ikut isu..pemilihan hiburan pun da tahu takat akal nyer...laa,gitu wehh peserta politik jerantut,patut tak sampai sokmo akal deme

Anonymous said...

Patut laa anon-anon dlm ni komen selalu tak ikut isu..pemilihan hiburan pun da tahu takat akal nyer...laa,gitu wehh peserta politik jerantut,patut tak sampai sokmo akal deme

Anonymous said...

Jika skrip tak comel, jangan nak tayang mana2 saluran tv. Parti Kita tak ada kena mengena dengan parti2 politik samada PKR, PAS or Amanu. Kita ditubuhkan dengan kekuatan sendiri yang merupakan platform dari Akim. Itu kehebatan Kita dengan kekuatan daya saing sendiri. Parti Kita, jika sedghara2 melawat luar negara khususnya di barat, lampu isyarat negara tersebut agak berlainan dengan di Malaysia. Lampu isyarat memang betul2 beri isyarat, mula2 merah, kuning, merah, kuning kemudian hijau... Begitulah dengan Kita, ada betul2 isyarat yang tidak ramai orang ketahui... Awasi

Anonymous said...

KITA ni aku rasa termasuk dalam spesis katak juga...

kejap lompat ke hulu...kejap lompat ke hilir...letih melompat duduk senyap....pastu sambung melompat plak...

org tak de pendirian mcm ni susah aku nak percaya la....cukupla Ibrahim Ali mendapat gelaran raja katak....
Kejap sokong BN..kejap sokong pembangkang...PAS bagi kerusi bertanding di pasir mas...bila menang lompat balik ke UMNO...dan hina PAS plak...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...