Monday, February 20, 2012

Nak Menang PRU 13 Jerantut Kena Guna Faktor Sedara


Istilah asobiyyah telah diterjemahkan sebagai “espirit de corps”, “penyokong”, “keakraban”. “parti”, “kesedaran kabilah”, “hubungan darah”, “semangat kepuakan”, “kesetiaan kepuakan”, “minda berkumpulan”, “perasaan kepada kesatuan”, “kesedaran semangat berkolektif” “perasaan berkumpulan”, “solidariti berkumpulan”, “perasaan bersolidariti” dan “”soladariti social”.

Jika anda tanya pakar strategi politik macamana mahu mahu menang PRU, pasti mereka kata parti kena tonjolkan ideologi terkini dan universal. Ideologi dunia -world sejagat. Kena pula strategi dan taktik politik yang boleh menarik rakyat supaya membentuk persepsi negatif.

Ada pakar strategi kata tabur saja duit. Contoh parlimen Jeratut nak menang calon kena ada RM3 juta. Ada pakar strategi lain cakap up RM5 juta kalau nak selamat. Maka calon yang berminat mulai sekarang carilah RM5 juta.

Ada pakar strategi pula kata bukan semua rakyat boleh dibeli. Bagi ambil undi belum tahu. Masalahnya kalau hendak berkempen sekarang dan semasa kempen PRU kena gerakkan jentera. Nak melicinkan jentera kena pakai duit kos pengangkutan, makan minum dsb. Takda orang nak kerja free sekarang.

Ada pakar strategi kata kita jual saja perancangan pembangunan. Orang Jerantut akan bertanya perancangan pembangunan selama ini bagaimana implimentasinya? Adakah memuaskan.

Juga ada pakar strategi mahu parti pejuangkan konsep keadilan, kesamaan, demokrasi sepenuhnya, akses kepada peluang-peluang dsb. Itu retorik yang tidak sempat dibuktikan semasa kempen PRU cuma janji-janji.

Mungkin nature rakyat suka ditipu dengan janji-janji manis dan menarik secara psikologi seperti ramai perempuan muda suka ditipu oleh playboy dan Romeo. Mereka suka dipedaya begitu. Perlukah ahli politik dan calon berkarekter seperti playboy dan Romeo?

WZWH bukan pakar strategi tapi WZWH rasa di Jerantut ini yang pengundi seramai 55,000 ada kumpulan pengundi yang pada mereka Sedara First Ideologi Second.

Apa maknanya? Mereka lebih bersedia memilih calon-calon yang ada kaitan sedara atau pertalian darah dengan mereka hingga ideologi sanggup diketepikan.

Atau pakar strategi boleh kata 'ideologi sedara'. WZWH percaya DS Najib dan Anwar Ibrahim pasti gelak dan ketawa dengan kalau nak menang PRU kena guna faktor sedara. Tak logik kata pakar strategi politik. 

WZWH percaya dan yakin faktor sedara dan kekitaan boleh diguna pakai di Jerantut menjelang PRU 13. 

Parlimen Jerantut ada 3 DUN- DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Walau masyarakat Felda ramai namun ramai kalangan peneroka itu berasal dari Kampung-kampung tradisional.

Tembeling, Pulau Tawar, Ulu-Cheka contohnya punya jalinan sedaramara dan kekeluargaan sejak beratus-ratus tahun dulu.

Keluarga ada 3 jenis.

  • Keluarga pertalian darah
  • Keluarga ideologi UMNO
  • Keluarga hubungan sahabat dan rakan kenalan

Maka calon-calon kena tahu dan kenal sedaramara masing-masing. Tak tahu tanya orang tua. Tidak rugi. Percayalah  cakap WZWH melalui pengalaman WZWH. Pengundi yang totok dan hardcore PAS pun bila main faktor sedara akan jadi lemah dan akhirnya mengundi calon tertentu walaupun dari UMNO!

Apa pun WZWH suka model keluarga Arab. Mari kita lihat faktor sedara dari budaya Arab:

Di dalam masyarakat Arab terdapat satu jalinan kekeluargaan yang sangat kukuh yang disusun daripada yang kecil kepada yang paling besar seperti berikut:

  • A'ilah-keluarga
  • Fasilah-gabungan antara keluarga
  • Bani-gabungan antara dua atau lebih fasilah
  • Fakhidh-gabungan antara dua atau lebih bani
  • Batn-gabungan antara dua atau lebih fakhidh
  • Imarah-gabungan antara dua Batn atau lebih
  • Kabilah-gabungan antara dua Imarah atau lebih
  • Sya'b-gabungan antara dua kabilah atau lebih bentuk sya'b (bangsa)

Orang PAS nak cakap asobiyyah cakaplah tapi jika calon-calon BN dengar cakap WZWH dan belajar menguasainya WZWH percaya dan yakin nak menang PRU 13 Jerantut kena guna faktor sedara!


Siapa keluarga yang punya rangkaian jalinan kekeluargaan yang sangat kukuh di Jerantut?

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW:

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

19 comments:

pakya said...

sbb tu kelantan kekal hingga kehari ini....

Anonymous said...

nak komen skit....
bila nak pilihan raya baru nak sibuk konsep saudara....sepatutnya kena amalkan sepanjang masa...
sebagai contoh...saudara2 kita di palestin...kalau kita ingat pada saudara2 kita disana...malaysia/umno/bn tak akan berniaga dgn israel..2 buah kapal dagang israel di port klang tu..apa cerita?.dan semakin byk lg tunggu giliran untuk berlabuh.....semakin berniaga dgn israel..semakin kaya zionis tu...dan semakin tepat askar2 israel menembak kepala anak2 kecil palestine yg saudara kita tu...teruskan la berniaga dgn israel tu...

komen pasal dana 3-5 juta utk parlimen jerantut.....klu tak tak ada org nak kerja...itu untuk pekerja bn/umno saja...sebab lumrah pilihanraya umno/bn...akan tabur duit utk beli undi..jgn salahkan org tak mahu berkerja tanpa upah...sebab bn/umno yg mendidik masyarakat camtu...

parti lain kebanyakan mereka kerja secara sukarela....nak bagitau..kalau kerja secara sukarela...itu lebih mulia dari mendapat upah...itu ada beza kerja gotong royong dengan kerja harapkan upah/ganjaran...

Anonymous said...

sedara ke mara ke..aku tak peduli..ada duit aku on..tak da duit, bole blah...

Anonymous said...

Anon 7:00 senang mudah dibeli takda masalah. Anon 12:11 susah sikit kerana kuat ideologi, kerja sukarela, kerja gotong royong dsb.

Anonymous said...

Wahai UMNO/BN,sediakanlah duit RM3-5 juta. Bagilah pd petugas, insya allah bersemangatlah petugas buat kerja. Tapi kali ni kami ambil duit UMNO/BN untuk buat kerja seperti yg disuruh. siap kerja kami dengan UMNO/BN, kami tolong PAS pulak.
Wahai PAS, hangpa jgn bimbang la.hangpa tak yah cari duit. kami kerja utk hangpa lillahi taala.
Yang penting UMNO/BN mesti kalah kali ni.
Salam dari anak jati Pahang. Dah lama dah jadi hamba UMNO/BN yg byk menipu rakyat.Sekarang kami nak tipu UMNO/BN lak.

Anonymous said...

Salam semua,

Anon 12:AM,,,,,,,.kata saudara 2 buah
kapal dagang Israel berlabuh diKelang
hantar barang,,,,betulkeh,,?,,atau
macam cerita Al Tantuia?,,,buat gambar super inpos saja,lepas tu jaja
kapada orang,,,.Saya cuba cari maklumat ini ,untuk mendapatkan
kebenaran cerita,sampai sekarang tak
dapat.Kapal dagang ada bendera negara masing2.Kalau kapal Israel
dia pakai bendera Israel,,,.Tolong siarkan gambar kapal dan nomber
pendefteranya serta tarikh berlabuh dan dermagan nomber berapa,,,,,jangan cakap saja ya,,
Kalau betul2 perkara ini berlaku,
kita akan bongkar habis,supaya
rakayat tahu,. Jangan buat cerita
bohong ya,siakap senohong gelama
ikan duri,bawak cerita bohong itulah perangai Yahudi,,.

Sudara kata parti lain buat kerja
sukarela,,,betulkee? .Apa sdaudara
tak nampak majlis pungut pulus
semasa ceramah PAS?. Siapa yang
sapu duit ini?.Saudar tak nampak
bagaimana ustaz2 PAS yang bercakap/
bersyarah dimasjid dan surau pungut duit atasnama dakwah?,sikit sangat cerita ilmiah yang disampai,,,tapi banyak cerita
politik,,,.Saya juga sumbang duit
bila kotok duit sampai depan saya.Bukan sekai ratusan kali ya..Saya saja buat bodoh,,,saya tak
mahu mereka kenal saya.

Saya benar harap saudara beri
maklumat penuh berkaitan 2 buah
kapal Isrel yang berlabuh dipelabuhan Kelang dengan lengkap
untuk saya membuat tndakan susulan
kapada yang berkaitan...saya
tunggu maklumat anda.

Gasing Toyong.

Anonymous said...

Like Anon 8:11am.

Anonymous said...

Sedara2 jugak tapi prinsip tetap prinsip..agak2 kalau calon pas tu sedara mara dgn org umno dia nak bagi undi pada pas tak?...he he lu fikir la... sendiri.bila time pilihanraya semua ngaku sedara tp bila dah menang sedara pun tak kenal.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Betul tu Anon 10:00,
Syed Ibrahim calon PAS PRU 1982, 1986, 1999 tu sedara rapat lagi dengan WZWH tapi sebab Dato' Wan Abu Bakar bertanding WZWH pilih UMNO la, Tn Hj Kamaruzaman Baria pun sedara WZWH belah Tok Gajah, ada kena belaka tu, Kamaruzaman Baria yang cerita kat WZWH sedara dia ramai di Tembeling Tengah, Pulau Tawar dan Budu termasuk Kuala Lanar Lepis.

Anonymous said...

Gasing toyong....

anda tak akan jumpa apapun jika rujukan anda hanya RTM/TV3 suku, utusan meloya, berita hairan....
so sampai bila pun minda anda tak akan terbuka....

Anonymous said...

Ada3 ni.Berita dari TV tiga suku tapi saluran 9. http://nikhassanazmi.blogspot.com/2012/02/menteri-pengangkutan-sahkan-kapal.html

Anonymous said...

dah terlanjur cakap pasal sedara mara ni..org2 pahang kebanyakannya adalah sedara mara belaka.dari ulu sg jelai sampi la ke pekan tak lain tak bukan puak2 belaka tu cuma susun galur je tak tersusun..tapi politik skrg ni bukan lg politik sedara mara...org umno pasti akan terus sokong umno..kerana mereka takut hilang kuasa melayu kononnya.bagi deme.hanya umno saja yg boleh memerintah malaysia ni parti lain tak layak..langsung..kalu boleh jgn bagi ada satu pun kerusi pembangkang dlm parlimen atau dun..rakyat yg ada kita cucuk hidung dgn undang2 dan peraturan yg agak lapuk..kebenaran di sembunyikan tapi cerita2 fitnah di sensasikan....

Anonymous said...

tapi sekarang keluarga dompok dah tak boleh tolong die lagi sebab semua keluarga dompok benci kat die sebab lupa diri!!

Anti PUNGKOR said...

Dompok ni ramai ke tak ramai sedara dia lepas dah tak jadi Calun BN dah.... Kalau dia nak tanding pun mungkin jadi calun bebas.. Sbb pembangkang pun taknak dia ni....PUNGKORRRRR

Anonymous said...

Salam semua.

Anon 11:06,

Saya dah jumpa 2 buah kapal iSRAEL yang anda maksudkan.Sebuah ada bendera Israel, dibawa bendera Israel saya nampak bendera PAS,CAPITANNYA Nike Ajiss,,,,.
Yang sebuah lagi ada juga bendera
Israel dan dawahnya ada bendera PKR.Kapitannya Tuan Shikeh Anugy
Al Imam Mahadi,,,,,betul cakap
anda,,,saya tengok TV Israel baru
tadi....syabas anda telah berjaya
menjalankan tugas suci anda,,,
semuga Allah gandakan keberkatan
kapada anda,,,,amin...amin...amin,,,


Gasing Toyong.

Anonymous said...

Gasing toyong sudah2 la duduk merapu tak tentu hala..menulis biar dgn fakta bukan auta..ubah2 la mindset tu supaya jd lebih cerdik..dan celik.

Anonymous said...

Bila pulok Lau Lee bersedara dengan wzwh...ce ceta

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:43,
Isteri YB Dato' Lau Lee, keluarga isteri Dato' Lau Lee termasuk adik beradik, emak ayah dan sedara mara semuanya orang Kampung WZWH di Kuala Tembeling. Ayah Mertua Dato' Lau Lee ada restoran. WZWH selalu minum Coca-Cola di Restoran Lee San Kuala Tembeling masa kecil dulu. Keluarga isteri Dato' Lau Lee sangat kenal WZWH. Maka WZWH kena sokong menantu Lee San.

Anonymous said...

cuba tules tentang Konvesyen Media Sosial 1Malaysia...Rafi Awng kecik dan gomo yg buat duit di Kelantan dulu tu......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...