Wednesday, February 8, 2012

Kampung Pulau Tawar Yang Terus Dipinggirkan...

150 tahun dulu Kampung Pulau Tawar adalah ibukota Jerantut. Tempat bersemayam Sultan Pahang Wan Ahmad yang pertama di Istana Pulau Tawar. Beberapa mesyuarat EXCO Pahang zaman Inggeris diadakan di Pulau Tawar.

Perancangan pembangunan negeri Pahang ditentukan di Kampung Pulau Tawar tapi kini....itu semua tinggal kenangan. Pemberontakan pahlawan Pahang Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau membuatkan Inggeris berdendam kepada Kampung Pulau Tawar.

Inggeris bertekad tidak akan majukan Kampung Pulau Tawar. Orang-orang Kampung Pulau Tawar disumpah tidak akan diangkat menjadi pemimpin.

Faktanya kini 2012 dalam sejarah politik Jerantut belum pernah ada mana-mana pemimpin anak jati Kampung Pulau Tawar diangkat menjadi ahli parlimen dan ADUN baik BN dan Pembangkang.

Sumpahan itu terus menghantui...Kampung Pulau Tawar yang terus dipinggirkan...















Kemudahan awam seperti gambar-gambar di atas tidak diselenggarakan dan dijaga dengan baik. Tiada usaha untuk membaikpulih kemudahan.

Bila perpustakaaan awam tidak dimenafaatkan, ICT internet tidak berfungsi, padang dan gelanggang sukan tidak dijaga maka itu boleh membentuk golongan anak-anak muda yang akan memberontak dan menjauhi diri...

Kalaulah arwah pahlawan Mat Kilau masih hidup ni..sedih dia tengok Kampung Pulau Tawar macam tu..perjuangan beliau langsung tidak dihargai..kampung beliau terus mundur ke belakang angkara pemimpin yang tidak perihatin.

Bagaimanakah wakil rakyat yang dipilih melaksanakan kerja yang selayaknya dilakukan atau hanya sibuk menguruskan harta kekayaan peribadi sehingga mengenepikan tanggungjawab sebagai ADUN Pulau Tawar! 

Pantang keadaan begini kalau berlaku di DUN Tahan. Akan turun segala macam peruntukan mencurah membaikpulih demi keperihatinan.

Siapa anak jati Kampung Pulau Tawar yang akan menamatkan sumpahan ini?

11 comments:

Anonymous said...

Kerajaan yang memerintah sekarang adalah pewaris dari Inggeris.

Tak ada perbezaan, cuma orangnya bertukar.

Anonymous said...

Camna kerajaan yang memerintah dun Tahan lebih RM500 juta peruntukan masuk..!!!

adrianiamri said...

Sebenarnya tak perlu sangat anak jati Pulau Tawar untuk merubah perkara ini...

Yang penting adalah bagaimana seseorang itu yang telah diberi mandat untuk memimpin Orang Pulau Tawar melakukan apa yang sepatutnya bukannya sibuk nak merubah tempat asalnya seperti kelaziman...

So, tuan WZWH minta cadang tokoh2 anak jati Pulau Tawar nak katanya boleh berubah kawasan Pulau Tawar ni menjadi suburban sekurangnya...

Anak2 peneroka Dun Tawar pon ok...

Anonymous said...

Rasanya tak mungkin P. Tawar akan maju dan berubah selagimana UMNO/BN menang di DUN P. Tawar. Macam orang di Ulu Tembeling tak dapat2 letrik dan telefon sepanjang UMNO/BN menang selama lebih 40 tahun. Tapi bila PAS menang di DUN Tahan, orang belah Ulu Tembeling baru dapat merasa cahaya api letrik dan telefon. Itu PAS baru menang DUN Tahan. Belum perintah Pahang lagi tu.
Kalau perintah Pahang, jalan ke Ulu Tembeling, Insya Allah akan dibuat.
Jadi ringkas cerita, selagi UMNO/BN menang di DUN P. Tawar, DUN Tahan, DUN Damak dan Parlimen Jerantut selagi tulah jalan tak siap, duit habis RM500 juta tapi tak nampak pun projek macam RM500 juta.Yang nampak macam RM5 juta ada la.

Anonymous said...

Salam.Sebenarnya kemudahan ada diberikan.Masaalahnya sikap manusia yg tak menjaga harta awam.Bila dah rosak mulalah salahkan kerajaan.Tak adil jugak mcm tu

Anonymous said...

kalau nak adil cari MOHD ADIL la ... lepas tu masuk KeADILan...

Anonymous said...

komen bodoh!

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi... harapkan sokong, sokong membawa rebah, harapkan pemimpin, pemimpin mementingkan diri, harapkan jkkk, jkkk mengintai peluang untuk projek, harapkan wakil rakyat, wakil rakyat, mengejar pemimpin atasan, nak harapkan rakyat, rakyat dapat itu dapat ini, bukan rakyat terlalu bodoh, rakyat diperbodohkan, sebab itulah jadilah itu...!!!!

Anonymous said...

Salam semua,

Ayat yang suka "Kalaulah arwah Mat
Kilau masih hidup ni.. sedih dia
tengok Kampong Pulau Tawar macam
tu".......

Hello bro,kalau Mat Kilau masih hidup ,dia tidak sedih,dia tambah
marah dan garang.....dia akan pancong Dr Sukhri,,,,,Hj Nazri ,,, Hj Rosdi......dia akan menjerit
mengerah keturunannya yang masih ada untuk memajukan semula Paya
Kansar.....dan pada malam hari dia
akan berzikir dan bertahajut
di Masjit tua diKampong Masjid,,,,
indah ,indahnya ya... ketika itu
Dr Sukri mencicit lari,,,,
Hj Nazri terkedu layu,,,,
Hj Rosdi menangis tersedu,,,malu,,
malu,,,malunya....

Mat Kiwak pun kata,,,,padan muka
dee bertiga,,,cakap pandai masjid
sebiji tak boleh jada,,,Paya Kansar sekangkang kera herta pesakpun
dee bertiga tak indah juga,,,,,,
mentang2lah dee bertiga dah kaya,,
tak boleh harap semua,,,,,sudah,,
sudah ,,,aku nak mati semula,,,tak
daya tengok awakma perangai buruk
belaka,,,,

Innalillah hiwainnailaihi rajiuun,,,


Gasing Toyomng..




'

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Gasing Toyong, very funny indeed, ha ha ha ekekekekekeek.

Anonymous said...

sbb org Pulau Tawor malass..reti mintok berjager dokk...x leh hrap demerr nieeeee...xreti berjaga brggg org doh bagii,,,,,,

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...