Friday, February 17, 2012

Apa Erti Kemenangan BN kepada Jerantut Dan Siapa Paling Gembira?



Jerantut parlimen paling besar dalam Pahang tapi kurang penduduk hampir 90,000. Mukabumi banyak hutan, bergunung-ganang,  hutan Taman Negara separuh dalam Jerantut. Luas sungguh Daerah Jerantut 755,771.93 hektar.

Oleh kerana Pahang negeri terbesar maka peruntukan Pusat perlu diagihkan keseluruh pelusuk negeri dan Pahang Timur mendapat segala manafaatnya. Tidak pelik ahli politik Pahang Timur pandai bercakap dan menyakinkan, ramai mereka Menteri-Menteri.

Pahang Barat perlu ahli politik yang pandai bercakap dan meyakinkan. Bila ada ahli politik Jerantut yang begini orang Jerantut sendiri kata pungkar maka tidak memberi semangat dan galakan.

Natijahnya Jerantut masih mundur dan terkebelakang. Untuk membina infrastruktur di Jerantut kesemuanya adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan Pahang dan Pusat jika Jerantut ditahap sekarang kerana belanja sangat besar.

Jangan nafikan kerajaan buat infrastruktur itu peringkat demi peringkat. Bila ada infrastruktur yang dah siap atau lama siap bukan berhenti setakat itu saja kena selengara kos juga tinggi. Tambah lagi banyak balak-balak Jerantut dikeluarkan, lori-lori besi bersusun tentu jalan sedikit rosak.

Institusi pendidikan perlu diperbanyakan universiti atau kolej (cawangan pun takpa), pusat latihan dll.

Kilang-kilang SMI, kawasan-kawasan industri, pusat-pusat pertumbuhan ekonomi pinggir bandar dan desa itu perlu dipertingkatkan.

Agrokultur, Aquakultur, Pertanian Kelapa Sawit dan Getah banyak lagi kawasan perlu Felcra, Felda dan Yayasan Pahang buka.

Pelancungan Jerantut khususnya Taman Negara perlu dieksploitasi sepenuhnya. Dengan infrastruktur dan kepelbagaian produk pelancungan mampu menarik jutaan pelancung dari seluruh dunia.

Sudah ada bilionair dan jutawan dari Eropah dan China berminat mahu memiliki 'second home' di hutan Jerantut umpamanya. Mereka suka hutan kita dan mahu pertahankan keunikan flora dan fauna kita. Airport Sungai Tiang perlu diupgrade.

Bilionair dan jutawan Eropah dan China ini sanggup bawa private jet dan helikopter mereka landing ke hutan Jerantut. Kawasan perumahan 'second home' mereka itu pelaburan besar kepada Jerantut.

Tidak lupa juga perumahan mampu milik bagi orang tempatan Jerantut. Itu sedang dan boleh diusahakan.

Ini semua memberi pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan yang baik kepada orang Jerantut.

Ini belum lagi potensi renewal energy di Jerantut yang hanya tunggu untuk dibangunkan.

Itulah erti kemenangan BN kepada Jerantut. Siapa yang paling gembira sudah tentu rakyat Jerantut.

Ahli parlimen dan ADUN-ADUN itu dengan penasihat mereka hanya gembira sewaktu mendapat surat watikah, masa berkempen seminggu, masa DO umum kemenangan mereka yang hanya bertahan 3 bulan sahaja.

Akhir ahli parlimen dan ADUN-ADUN ini pening, pecah kepala berfikir macammana mahu merealisasikan apa yang WZWH bincang secara ringkas di atas.

Mereka boleh buat apa yang WZWH cakap sebenarnya kalau mereka kreatif dan innovatif.

Bolehkah pembangkang buat ini semua di Jerantut?

WZWH doesn't think so...

P/S:
Salam, ESOK. 18/02/2012, SABTU, FELDA PADANG PIOL.

1) MAJLIS BERSAMA 'GENERASI BARU' FELDA MASA 2:30 PETANG
2)PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT - 3:30 PETANG
3) PELANCARAN 'FUTSAL PARLIMEN JERANTUT' - 5:00 PETANG

DIMAKLUMKAN & JEMPUT HADIR..SALAM

14 comments:

Anonymous said...

Siapa menang kat Jerantut, samada BN atau PAS, orang Islam cakap 'irrelevant'. Jerantut tetap boleh maju walaupun perlahan tidak kira wakil rakyatnya adalah BN atau PAS.

Kalau nak Jerantut maju dengan lebih cepat, letak Najib kat Jerantut, barulah BN boleh menang (Kat Jerantut saje, tempat lain gerenti kalah).

So, pikiolah sendiri, jangan gali lubang kubo sendiri.

Anonymous said...

undi aku n kuarga aku ikut calun..parti no 2..tak rami, beratus je undi aku kuarga n pengikut aku ni..

wonder why said...

Nak tarok Najib diJerantut pada PRU13, buat apa? Kalau dia menang pun tak akan jadi PM.Nak Jerantut MAJU, bela Hantu Raya je.Dah jadi nasib Jerantut, ditadirkan tak akan Maju.Baik orang Jerantut kawan dan orang Asli duduk dalam Utan aja.

Anonymous said...

Erti kemengan pd BN ialah jalan Jerantut Benta dan Ulu Tembeling Kuala Tahan lamabat siap, balak makin banyak dirembat, projek kroni kebas, lepas tu tak siap2.
Manakala erti kemenangan pd PAS ialah insya allah jalan Jerantut Benta dan Kuala Tahan Ulu Tembeling akan ada progres bahkan mungki dapat disiapkan sebelum pru akan datang macam masa Arwah Che Malik menang dulu, orgt ulu tembeling dapat letrik dan line telefon. Balak juga selamat dan akan dikeluarkan ikut ketetapan kerajaan, projek akan diberi ikut tender terbuka.

Anonymous said...

Rancangan Transfomasi Luar bandar dilancarkan di Gopeng Perak. Rancangan ini akan dilebarkan ke seluruh negara. Namun apa yang malang dan amat meyedihkan negeri Pahang tidak disebut langsung dalam transfomasi ini. Yang disebut ialah Kelantan , Selangor, Sabah dan Sarawak sedangkan negeri-negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Persoalanya adakah negeri Pahang atau Jerantut perlu ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah akan ada transfomasi pembangunan? PRU13 akan mejawab persoalan ini. Insyaallah.

Anonymous said...

Anon jangan salah sangka Jerantut tak terpilih sebab WZWH hari-hari cerita RTC Jerantut RTC DUN Tahan RTC Dun Damak RTC DUN Pulau Sivik hehehehehehe....Apa WZWH cakap itu BN akan buat! Menteri Luar Bandar 2 hari datang Jerantut..sudah bincang semuanya bro..

Anonymous said...

Anon 10:16 sorry DUN Pulau Tawar bukan DUN Pulau Sivik hehehehe

Anonymous said...

Adui untungnya negeri di bwh PR. 2 kerajaan jaga depa. Termasuk sabah serawak pun Pusat jaga jg, takut terlepas ke tangan PR. Pahang apatah lg jerantut, Pusat dan PM takyah pandang2 lah. Sebab depa rasa Jerantut dan Pahang masih dalam genggaman BN.
Tapi kalau nak pusat jeling2 kat jerantut, kasi PR menang, pasti rakyat senang.

Anonymous said...

misi membawa pulang mantan penyelaras DUN DAMAK dari hospital SUNGAI GOLOK KE MALAYSIA, TERPAKSA DI TANGGUHKAN, INI DISEBABKAN DOLLAH KICAP YANG MENGETUAI ROMBONGAN MISI MEMBAWA PULANG MENGATAKAN BAHAWA ZAHAR GEMUK BELUM BETUL BETUL STABIL DAN BELIAU MENESIHATKAN PEGAWAI PERUBATAN YANG BERTUGAS DI HOSPITAL TERSEBUT SUPAYA TERUS MEMANTAU KEADAAN KESIHATAN BEBERAPA HARI LAGI, MEREKA BOLEH LAH BEREHAT DI SUNGAI GOLOK SEHINGGA ZAHAR GEMUK BETUL BETUL SEMBUH, BERITA DARI SELATAN THAI MENGESAHKAN.

Anonymous said...

Semua bohong belaka. Jika PR tawan Jantet dan menang, penduduk Jantet seghopa tu juger... Yang senang masih lagi puok tuh juger... Sebaik2nye bagi UmhNo/BeEnd lingkup terus peringkat pusat mawpun negeri/ADUN/AP. Sudah tentu penduduk Jantet akan menanggung "{%%%&&&@@@}" sepanjang masa... Ubah terus minda/pemerintah...

Anonymous said...

kalau BN menang...
mcm biasa...wang rakyat akan terus dirompak...peruntukan 500 juta itu akan di 'komisen' oleh juak2 BN...yg tinggal 100-200 juta....rakyat akan terus susah dibawah GST...

Kalau PR menang...
wang rakyat lebih terjamin...penduduk yg tidak mempunyai tanah...akan dapat tanah untuk buat umah dan pertanian...nasib rakyat akan lebih terbela...cukai GST tidak akan di laksanakan...

Anonymous said...

Pembangkang menang or kecundang, tetap sama memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka tidak serakus itu, berbanding UhmNo kalah menang tetap berhabis duit konon berbelanja wang sendiri. Di sini dah terang2 kantoi... Cuba bayangkan mereka dapat peruntukan dari kerajaan mewah untuk berbelanja;

Lihat perbelanjaan:-

Jemputan belia 6,000 termasuk mantan belia Jantet. Nasi bungkus RM5.50 x 6,000 makan tengahari. Makan malam berhidang RM8.50 x 6,000. Kemeja T RM25.00 x 6,000 helai. Kulit fail harga (RM0.60) x 6,000 + kertas kosong dua helai, sebatang pensil patah, pas nama perserta, buku lambang UhmNo dengan gambar pemimpin, dari RM0.60 dijadikan jumlah RM25.00 x 6,000. Walaupun yang hadir cuma 50 - 100 peserta. Pelbagau macam lagi sewa khemah, kerusi, meja, dewan konon2nya lah weh, kiralah berapa juta semua. Wh kaya, kaya, kaya demeh weh... Dikatakan haram tak taulah, tapi semua boleh makan yang diberikan. Soal itu kemudian kiralah weh...

Sepatut ini pihak berkuasa kena siasat. Jangan tunggu ada laporan bertulis, tapi jika tulis pun dikatakan tak ada nas nak didakwa. Ini semua kantoi...

AJK PEMUDA JUGA said...

oooo ... gitu yer bajet 6,000 tapi dtg hanya 300 org jadi 5,700 bajet tipu lah yer... siasat siasat

Anonymous said...

macam tu ker cara dia menipu duit rakyat. patut lah puak deme makin buncit dari hari ke hari...kita hok kurus makan ikan masin

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...