Tuesday, February 14, 2012

Bila PM sebut Jerantut....Apa maknanya?


Berita TV3 jam 8 malam tadi, bila DS Najib PM ditanya wartawan tentang isu Anwar Ibrahim memperkasa Israel yang mendapat tentangan pemimpin Islam di seluruh dunia.

DS Najib cakap," kita jangan comparmentalize pendapat dan pendirian kita...Palestin tahu pendirian kerajaan Malaysia. Jangan kita bercakap pendirian kita berlainan berdepan dengan group yang berlainan"

"Kita kena konsisten samada kita bercakap di Bachok atau di Jerantut...."

Pada WZWH agak menarik bila PM menyebut Jerantut. Bererti Jerantut dalam perhatian PM.

Dalam kepala DS Najib bila sentuh isu konsisten mengenai pendirian DS Najib teringat Jerantut.

Ahli politik Jerantut perlu pendirian yang konsisten dan firm jitu.

Jangan cakap berbelit-belit. Sekali tak mahu...sekali mahu.

Sekali merajuk...lepas tu harap orang pujuk.

Sekali tak nak bertanding...sekali nak bertanding pulak.

Tolak jawatan konon...nak jaga kawasan tapi satu apa pun tak buat.

Nak kuasa dan kedudukan tapi jaga kawasan malas.

Apa lagi mahu menjengok nikah kahwin, kematian dan malapetaka yang menimpa orang kawasan.

Jerantut tidak perlu ahli politik yang tidak konsisten sebegini.

Bila PM sebut Jerantut berkenaan isu pendirian ahli politik yang tidak konsisten...Apa maknanya?

18 comments:

Anonymous said...

jgn ckap lepas sgt

Anonymous said...

Aku sokong WZWH suara baru generasi muda Jerantut.

Kutukandewata said...

SEKARANG BUKAN MASANYA MENGAMPU!YANG BENAR TETAP BENAR!!YANG SALAH TETAP SALAH!!SYABAS WZWH KERANA MENYATAKAN YANG BENAR.NAK MESTI CAKAP TEGAS!ORANG PUN TAK PENING KEPALA.SEKALI NAK SEKALI TAK NAK!!APA CERITA????

Anonymous said...

Apa tjuan wan ZURIK mmbuat spekulasi tentang perkara ini??

Anonymous said...

dia nak calun lah tu....wan zurik nak ketak calun dun tahan, bagi tau kat sini...ada berani keeee.

Anonymous said...

maksud tak konsisten pasal ada YB yang nak keluar UMNO kalau tak dicalonkan.Kalau nak keluar baik keluar sekarang daripada jadi parasit dalam UMNO.

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Bila PM sebut Jerantut....Apa maknanya?
Nak pulak juga rasanya..., Dah lama benar Banir rehat tak berjijak kaki hampir dua bulan rasanya. Maklmlah banir dah habis, sekarang ni kenalah masuk mana2 hutan mendapatkan kepingan2 banir itu pun jika ada serpihan2 berbaki bolehlah untuk kepreluan harian, samada nak menyalai ikan unggun api atau pun jual dipekan sehari Kolatahan atau Kulatembeling. Nak Jerantut nampaknya, hasil perbualan ada panas dengan pelbagai isu menyentuh kalbu...

Sori, samada Banir masih ingat lagi atau sebaliknya selisih politik, jangan pulak ada yang melenting. Maaf dalam tempoh se, 2 menjak ini, pelbagai komen tapi tak ada berkaitan politik cuma pandangan peribadi belaka. Ada nampak dangkal, nampak emosi ada yang fikiran bercelaru...

Menyentuh sikit mengenai ungkapan YAB PM, Bachok mahupun Jerantut, mungkin dua kawasan MP ini agak “sinonim” dengan pemikiran beliau. Namun jika dikatakan “antonim” sememangnya telahan orang politik berbeza2.

Kurang jelas, apatah lagi berbalam2, macamana!!!... Nak memiuh kail, sedangkan umpan masih belum disangkut pada mata kail, mana ikan nak mengena. Jika nak mengilat pun paling tidak kena tunggu air jernih, itu pun mungkin “ikan SEBARAU atau HARUAN/TOMAN” yang tidak memilih samada berumpan atau mata kail berkili....

Salam Maulidur Rasul....
Panglima Banir...

Anonymous said...

biasalah kes mcm nie di merata tempat,kata dah tak nak..hakikatnya dlm hati hendak jadi calon berpenggal2,situasi cerita mcm nie, mmg ada di mana2 kawasan..kecuali kawasan dun/parlimen di thailand dn indonesia.setiap musim pilihanraya,cerita mcm nie, akan berlaku.Dah masak dah dgr cerita mulut dari org lain.Yg plg best pencerita dgn muka senget dgn nada rendah lalu beralunkan kata2"YB dah tak dah jdi calon"....bila umum nama calon bertanding ehh dia lagi..ataupn darah daging dia jugak

Anonymous said...

Assalam Engku Zuri, ong ni bodo amat oii...pm najib ckp begitu sb nye di jerantut ni ada ramai urang mcm ong laa...doh sekuloh tinggi pon bodo juge. tak kenal halal haram baik burok...phuiii...kirim salam ke atan...PRU13 ni aku x nok undi ke dia la oiii...bagi la ke urang cerdik seket...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:46,

Masek gon ong nih? cakap sedare sendiri bodo dan jahet...ong tu mabuk tempoyok atau mabuk rong? Ekekekekeke...ong nih nak politik amat, orang politik ong politik juge..jahet amat gon nih!

Anonymous said...

PM sebut Bachok sebab antara Parlimen milik PAS yg akan jatuh ke tangan BN dlm PRU13 nanti ialah Bachok. Sebabnya angkara Wakil Rakyat PAS skrg buat masalah sehingga menyebabkan PAS Kelantan pun dah tak nak ambil org luar bertanding di Kelantan. Dijanjikan kalau Awang Adek menang dan BN masih perintah Malaysia maka Awang Adek akan diangkat sbg Menteri.
Manakala PM sebut Jerantut pula sebab Parlimen milik BN yg akan jatuh ke tgn PAS pula ialah Parlimen Jerantut. Jadi ada munasabah lah kalau PR perintah Malaysia nanti maka Ahli Parlimennya akan jadi Menteri macam yg WZWH buat posting.
Jadi kalau BN masih perintah Malaysia maka Awang Adek kena bersedia untuk jadi menteri. Kalau PR berjaya printah Malaysia maka bersedialah bakal Ahli Parlimen Jerantut untuk jadi Menteri samada Dato' Wan Bakar ke, Dato' Ramli ke atau Dr. Hamzah sendiri.
Kalau Dr. Hamzah jadi calon PAS dan menang rasanya ada logiknya juga Dr. Hamzah akan jadi menteri atau timbalan menteri sebab dalam banyak2 pimpinan PAS Pahang, Dr. Hamzah sahaja yang bertanding Parlimen.Jadi koata untuk PAS Pahang mesti untuk dia.
Koi cadang diberi Menteri yg jaga Hal Ehwal Islam ganti Jamil Khir dikatakan telah baham duait zakat dan duit yayasan taqwa.
Dr. Hamzah adalah org mengaji agama Islam. Bawah Menteri Agama juga ada Tabung Haji. Oleh kerana Dr. Hamzah juga org berniaga maka dia boleh buat dasar pelaburan dan perniagaan bagi membolehkan Tabung Haji untuk banyak dan tentunya boleh bagi dividen melebihi 20% kepada pendeposit.
Kalau harapkan UMNO, habis dia adjust sana sini duit keuntungan untuk UMNO.Last2 pendeposit dapat 5% dividen.
Salam dari 'dulu org kuat PM'.

Anonymous said...

inilah masalah besar dalam umno. wzwh jelas mempunyai agendanya bersama bosnya adun tahan. Bila ada kepentingan bosnya dia akan memuji dan mengangkat diri Tg Azlan kononnya yang terbaik.Dalam ucapan bosnya didepan kepimpinan umno jerantut akan memuji Tg Azlan kononnya setia bersama Ketua Bahagian.Yang sebenarnya tiada keikhlasan hanya bimbang dan takut kepada Sultan atau Tg. Mahkota sahaja.Dalam masa yang lain inilah kerjanya menggunakan WZWH dalam blog untuk mengutuk Tg.Azlan. Kita tak kata Tg Azlan adalah terbaik sebagai pemimpin Jerantut,mungkin memang boleh diganti dengan orang lain yang lebeh berkemampuan, tetapi cara yang dipilih adalah merugikan umno. Kita ada ruang atau forum yg sesuai untuk menyampaikan hasrat ahli umno supaya tidak diekplotasikan oleh pihak lain. Melainkan hasrat adun tahan ingin mengambil tempat samada diparlimen atau sebagai ketua bahagian yang semua orang telah tahu. Itulah amalan bermuka-muka yang merosakkan umno.

Anonymous said...

Bila PM sebut jantet maknanya PM ingat sgt pd jantet ni sbb masalah dalaman x penah selesai...berkelahi sokmo. Sudah2 la wey...tu la sbb jantet payah sgt nak dpt kemudahan2 mcm lepih, bentong n raub...dgn jengka pun kita kalah bab tu. Dpt kolej komuniti pun sebaris bangunan kedai aje dicelah2 kedai2 lain...daerah lain sume dpt kwsn luas. tak malu ke kita? Baru nak berbangga dgn kolej ADTEC tup tup raub plk dpt kampus cwgn UKM.... jd wakil2 rakyat jantet buat keje amenda sebenarnya? Membesar ke poket sendiri n kroni? Tepuk dada tanya selera sbb koi mmg hilang selera dah nak memangkah deme2 tu sume....

Anti Wok SEPARUH said...

Memanglah PM ingat sangat Jerantut ni! Diantara sebab musababnya ialah
1. MP Jerantut tu Adinda kepada Sultan Pahang
2.Wan Amizan yang terkenal dengan BOBOK dan PUNGKOR "...................."
3.Mantan MP Jerantut Hj Kamaruzaman Baria adalah Pemimpin Kesayangan PM
4.Parlimen Jerantut Sekarang masih KELABU/HITAM sebab itu dua WOK (hitam/kelabu) di Jerantut jgn tanding dah Ketua Wanita lepas ini....BAHAYA

Anonymous said...

aku sokong apa yang ditulis oleh WZWH tu sebab dah banyak penggal jadi pemimpin tak ada apa yang dibawaknya, pembangunan?..., tak ada weh..., tak nampak majunya jerantut ni, nak membangunkan ekonomi jerantut?..., tak ada juga, apa yang ada?....
Yang tu aku sokonglah WZWH ni, tapi kalau nak bagi ahli parlimen tu kepada yb dato dumpok atau WZWH tak payahlah, bagilah kepada orang yang lebih layak dan bersesuaian

Anonymous said...

aku sokong apa yang ditulis oleh WZWH tu sebab dah banyak penggal jadi pemimpin tak ada apa yang dibawaknya, pembangunan?..., tak ada weh..., tak nampak majunya jerantut ni, nak membangunkan ekonomi jerantut?..., tak ada juga, apa yang ada?....
Yang tu aku sokonglah WZWH ni, tapi kalau nak bagi ahli parlimen tu kepada yb dato dumpok atau WZWH tak payahlah, bagilah kepada orang yang lebih layak dan bersesuaian

Anonymous said...

Anon 10:59, kalau anon baca betul2 blog WZWH tentang ekonomi pembangunan Jerantut, anon akan nampak budak WZWH ni ada perancangan pembangunan ekonomi masa depan Jerantut. Apa yang berlaku di dun Tahan itu dengan peruntukan beratus juta adalah sentuhan yb Dumpok dgn WZWH dibelakang tabir. WZWG tu tokoh pemimpin masa depan Jerantut.

Anonymous said...

itulah gayanya, dah tulis wzwh komen sendiri mengagkat diri sendiri. orang dah tahu

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...