Friday, February 10, 2012

Kenapa Strategis PAS Jerantut Jual Nama Dato' Wan Abu Bakar Bertanding PAS Parlimen Jerantut PRU 13?

Adakah betul rumours PAS sedang memujuk Dato' Wan Abu Bakar bertanding parlimen Jerantut PRU 13? Sudah tentu politik Jerantut PRU 13 menjadi lebih menarik!

Ada strategis PAS suka bawa cerita kat kedai kopi kononnya Dato' Wan Abu Bakar bertanding parlimen Jerantut PRU 13 atas tiket PAS!

Untuk pengetahuan pembaca WZWH, YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohammad adalah mantan ahli parlimen Jerantut (1982-1995), pernah menjadi Timbalan Menteri dibeberapa kementerian, seorang ahli politik yang masih berpengaruh di Jerantut kerana budi pekerti dan hemah beliau yang disenangi ramai orang Jerantut.

Orang PAS ini kata...

Bekas timbalan menteri dan ahli parlimen Jerantut bakal calon PAS di P.81 Jerantut iaitu Dato Wan Bakar.. Di Jerantut senyap lagi tapi di Taman Melewar dah lama heboh.

Calon-calon PAS Jerantut PRU 13 secara tidak resmi:


P.81 Jerantut

Dato Wan Abu Bakar (PAS)


N.9 Tahan

Zakuan Mohamad (PAS)


N.10 Damak

Koh Boo Heng (DAP)


N.11 Pulau Tawar

Yohanis Ahmad (PAS)

WZWH nampak calon-calon PAS itu juga mengikut ramalan WZWH tapi bab PAS letak Dato' Wan Abu Bakar bertanding parlimen itu hanya gimik politik PAS Jerantut aje!

Dato' Wan Abu Bakar seorang ahli politik veteran UMNO yang setia kepada parti tak mungkin beliau mahu. WZWH tidak nafikan Anwar Ibrahim dulu kuat memujuk Dato' Wan Abu Bakar tapi beliau menolak tawaran Pakatan Rakyat dengan baik.

Kemungkinan Anwar Ibrahim dan Hadi Awang memujuk kembali tidaklah WZWH ketahui...

Tapi politik itu serba kemungkinan sebab "politics is the art of possible". Raban sungguh weh kalau benar jadi gitu...he he he...

16 comments:

Anonymous said...

WZ patut jadi calon Dun Tahan.

PR JERANTUT said...

orang gila je percaya kata-kata engkau ni..

Anonymous said...

Dengar ceritanya mcm jadi sungguh Dato' W. Bakar (DWB) bakal calon Parlimen PAS di Jerantut. Saya cuba risik2 juga. Katanya bukan setakat DWB je malah hampir 20 orang bekas orang kuat UMNO seluruh M'sia yang di ketuai Ku LI akan bertanding atas tiket PAS dan PKR. Mereka ni katanya adalah dari NGO Amanah. Cuba WZWH risik2 lagi.
Ikut dealnya parlimen Jerantut di beri kepada DWB atau Dato' Ramli, org kuat FELCRA.
Perkara ni jadi dah tak rahsia lagi di Pejabat Agong PAS.
Kucar kacir la UMNO kali ni. DWB buat tak tau je.
Tapi kesian la kat anom yang nak wakil rakyat yang boleh jadi imam solat jenazah.

PR JERANTUT said...

http://mosolimi.blogspot.com/2012/02/pendedahan-penyelewengan-umno-jerantut.html

PR JERANTUT said...

wahai rakyat jerantut,

wzwh ini cuba mereka cipta sendiri cerita agar dapat menipu rakyat Jerantut.
Kami dah masak taktik Umno yang jahat ini.. Ayuh Rakyat Jerantut Kita Mengubahnya!!!!

Anonymous said...

Hah... cuba tengok link ni. Ini salah seorang yang ada persamaan dengan Dato' W. Bakar. Bakal bertanding atas tiket PAS atau PKR. Dia ni tak silap nya Timbalan Pengerusi AMANAH.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8014-kesian-umno-sudah-menyimpang-jauh-kadir

Anonymous said...

Bukan Dato Wan Bakar bertanding Pas, tetapi Dato WAN Amizan yang bertanding PKR @ DAP di Parlimen Jerantut, sebab Wan Amizan kena gugur dari senarai BN

Anonymous said...

DWB tu memang berpengalaman dalam luas dlm politik...tapi kwn rasa nak calon baru yg berwibawa untuk jadi parlimen PAS Jerantut....
Mcm Dr HAmzah tu molekla...

Bukan apa...kalau org lama ni..kalau dia menang maka 'kenalan2' lama akan menghimpit kembali beliau...susah juga YB nanti.kalau tak dapat nanti mulala kata lupa diri dsbnya..tapi itu adalah perjuangan PR untuk menghapuskan kronisme dan rasuah....
tapi kalau yg baru...tumpuan beliau membangunkan Jerantut tak akan 'terganggu' dgn kroni2 lama...

umno gila talak. said...

Kome ini bukanlah penyokong UMporNo atau PKR. Kome ini ingin membaca coretan orang DESPERATE dalam UMporNO.Buatlah cerita cerita orang GILA dalam UMporNO nama nama bakal calon yang akan tanding dalam PRU 13 ini.Sebutlah nama nama calon PIRORITY yang akan bertanding.WZWH tidak pula sebut nama dia dalam senarai tersebut. Minta Minta nama dia timbul, mana tahu nasib sabut timbul, dah lama mengidam pekara ini. SELAMAT BERJAYA WZWH.

siputbaby88 said...

berbagai pihak telah memberi nasihat/pandangan agar orang Melayu bersatu dalam semua aspek,supaya menjadi umat yg kuat dan dihormati..TETAPI umpama mencurah air didaun keladi jugak.. walaupun bermacam2 peristiwa yg memperlekehkan Melayu,tidak ada satu yg dijadikan ikhtibar..

Anonymous said...

Ramai nama2 tu sekolah sama2 dengan kas di Kuala Tembeling. Ada yang melanjutkan pelajaran di SM Alam Shah, dan sampai UM. Beberapa muka tsbt jadi penjawat awam terkenal. Ada sampai peringkat menteri dibeberpa kementerian. Ada juga juga disiplinya kurang, ada yang kuat berusaha, dan ada yang rajin mengenali kengkawan. Ada yang sombong, ada juga yang menghilangkan harta kerajaan hingga hampir menyebabkan faktor keselamatan. Ini adalah lumrah

Anonymous said...

jangan percaya teori bodoh wzwh ni.. die ni nak jadi calon sebenarnya..org memang tak suka ke wzwh dan wan Amizan ni dah.. diorg suka buat cerita sekarang.. Wan Amizan tak berubah perangai cakap dia berbincang dengan najib pasal bajet pilihan raya. bodoh betul la. tak payah layan sangat budak 2 ekor ni. diorang nak habiskan harta rakyat je!

Anonymous said...

Anon 11:00 wzwh tu nak jadi calon apa?

Anonymous said...

Wan Bakar takkan bertanding atas tiket PAS, sebab dia tahu Sultan Pahang akan berkempen ke Ulu tembeling minta rakyat sokong adiknya Ku Azlan.

Di belah ulu seperti Jerantut nu, orang takkan berani 'lawan' raja. Sedangka kumpulan 'Wan-Wan' di Tembeling yang mengaku kerabat raja tu pun orang ulu dah takut

Anonymous said...

Salam semua,

Dalam politik macam2 boleh jadi.Tapi
saya tak yakin perkara ini berlaku..

Saya rasa itu satu cara PKR saiko UMNO/BN
untuk mempurak purandakan BN Jerantut,,,,supaya bakal2 calun P.81
akan takut,,,,PAS dan main opera
DAP....DAP pakai serban,,,,,PKR
KASI WANG,,,,,jadilah wayang cerita
dara beranak tiga...

Anonymous said...

DWAB setia kepada parti UMNO hehehe...masa beliau tidak disenarai utk menjadi calon Ahli Parlimen Jerantut dahulu..berapa banyak wang beliau laburkan utk membantu PAS supaya mengalahkan Wan Kamrulzaman Baria.Setia ke apa...tikam beakang la tuuu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...