Sunday, February 5, 2012

Berakhirnya Sumpahan Sang Kelembai Politik Jerantut


Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.

Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.

Begitulah mitos cerita Sang Kelembai.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Termasuk 14 kawasan FELDA.

Banyak hutan-hutan di Jerantut telah ditebang. Bunyi bising jentera-jentera berat menebang balak-balak di hutan Jerantut samada secara berlesen atau haram telah membuatkan Sang Kelembai marah kerana kehidupan amannya telah diganggu. Ini menyebabkan Sang Kelembai menyumpah kepada orang-orang politik Jerantut kerana gagal mempertahankan kehidupan ekosistemnya.

Sang Kelembai pun tahu fakta hutan simpan kekal Daerah Jerantut seperti dibawah:


Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut



Bil
Nama HSK
Hutan Darat (HA)
Paya Gambut (HA)
Paya Laut (HA)
Jumlah
1
Berkelah
45,890.00


45,890.00
2
Gunung Aais
78,793.00


78,793.00
3
Gunung Aais (Tambahan)
15,615.00


15,615.00
4
Jerantut
1,559.00


1,559.00
5
Jerantut (Tambahan)
15,474.00


15,474.00
6
Som
13,032.00


13,032.00
7
Tekai (Tembeling)
90,120.00


90,120.00
8
Tekai (Tembeling)(Tambahan)
46,199.00


46,199.00
9
Tekam
38,607.00


38,607.00
10
Ulu Beruit
2,398.00


2,398.00
11
Ulu Mas
2,436.00


2,436.00
12
Yong
18,865.16


18,865.16
13
Yong (Tambahan)
2,490.00


2,490.00
JUMLAH
371,478.16


371,478.16






JUMLAH KESELURUHAN
371,478.16


371,478.16
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang



Maka sumpahan Sang Kelembai kepada orang-orang politik Jerantut seperti berikut:

  • Ahli parlimen tidak boleh menjadi Menteri Penuh 
  • Ahli parlimen tidak lebih dari tiga penggal 
  • ADUN yang ada jawatan EXCO Pahang dilucutkan 
  • ADUN ramai yang sepenggal sahaja 
  • ADUN tidak berpeluang menjadi MB Pahang 

Bilakah akan berakhirnya sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini? Bagaimanakah cara untuk menamatkannya?

Maka WZWH pun puas memikir mencari jawapannya. Akhirnya WZWH ada jawapannya. WZWH pun ada "Six Sense" macam Merlin dalam legenda "King Authur and the knights of round table".

Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar. Bila kita berjiwa kecil kita sebenarnya mengecil dan memandang rendah potensi kita. Akhirnya Jerantut yang rugi.

Ahli politik Jerantut baik ahli parlimen dan ADUN mesti bercita-cita tinggi. Jika kita bercita-cita tinggi, kita pasang strategi-strategi mencapai impian dan mimpi. Jika kita mencapainya, kita boleh majukan Jerantut. Kita boleh menyenangkan Jerantut.

Sampai bila ahli politik Jerantut mahu sentiasa menjadi pengikut dan menjadi bahan percaturan politik negeri dan nasional. "We cannot be acting like slave all the time, we need to become a master of our own right".

WZWH mahu ahli politik Jerantut mencatur politik negeri Pahang ini. Sudah sampai masanya.

Jerantut ada kekuatan yang tersendiri yang kita buta tidak mahu mengilapnya. Kita bersih dan gilapkan permata-permata kita yang duduk berlumpur dalam selut selama ini. Serlahkan permata-permata kita!

WZWH mahu ahli politik-ahli politik Jerantut tamatkan sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini. WZWH berharap YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah ahli politik yang boleh menamatkan "Sumpahan Sang Kelembai Politik Jerantut" ini semoga berakhir demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

16 comments:

Anonymous said...

saya nk tanyya wzwh.... sebelah pasar besar jerantut 2 yg piling dlu nk wat stesen bas n kdai kan???
grandmas ke bt???
jd ke x????tlg jwb.....

PemikirpolitikJerantut said...

Haha.. menarik ni bro. Dah lama tak dengar artikel mitos lama2.

Yb Raz said...

Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar tetapi jangan macam anwar ibrahim sudahlah..itu terlalu besar sampai depan belakangpun dia sapu hehehehe

*salam ziarah petang petang*

jose manuel said...

Orang Jerantut setakat itu sahaja. Jangan pasang angan2 besar, nak pertahankan CAKAP BESAR bolihlah.

Anonymous said...

Sepatutnya ong dgn yb atan yang disumpah sang kelembai ni jadi batu dkt tgh2 alur sg. tembeling tu...org hilir mudik pelawat dpt la juga tengok pungkor ke batu tengah2 air tu...asyik membodohkan orang melayu je...phuiiii

Anonymous said...

tak cukup besar ke selepas 12 PRU?...
bantut ke apa?......

kalau bantut tak yah harapla dia membesar....memang tak kan membesar la...

Oleh itu kena tebang dan tanam semula weh.Cari benih yg terbukti baik...kalau tak merugikan masa dan penat je.....

Anonymous said...

Memang menarik mendengar Metos yang di bawa oleh saudara WZWH. aku dah mengundi dekat jerantut 5 Penggal. Dari Dato Wan samapai ke Azlan. aku tengok Jerantut berkembang bukan disebabkan oleh kemasukan wang dari kerajaan Pusat atau negeri, sebalik nya dari Pukimak Cina, Langusung dari perkembangan jerantut oleh cina ini , Bumiputera tak boleh campur langsung, yang berkembang bumiputera, ialah kuncu2 pukimak cina ne di Pejabat Hutan, Tolong ambil perhatian kepada DFO (Distri forest ofiscer) ada undang2 ke driver pejabat hutan bawa balik kereya jabatan ke Rumah, samapai buruh pun hidup mewah, jangan melampau sangat .... hidup ne. Untuk wzwh, terima kasih memulakan cerita dongeng ini, tapi jangan lah melampau sangat kipas JUBOR Azlan...., saya tahu siapa MASTERMIND di JERANTUT. ....

Anonymous said...

Memang menarik mendengar Metos yang di bawa oleh saudara WZWH. aku dah mengundi dekat jerantut 5 Penggal. Dari Dato Wan samapai ke Azlan. aku tengok Jerantut berkembang bukan disebabkan oleh kemasukan wang dari kerajaan Pusat atau negeri, sebalik nya dari Pukimak Cina, Langusung dari perkembangan jerantut oleh cina ini , Bumiputera tak boleh campur langsung, yang berkembang bumiputera, ialah kuncu2 pukimak cina ne di Pejabat Hutan, Tolong ambil perhatian kepada DFO (Distri forest ofiscer) ada undang2 ke driver pejabat hutan bawa balik kereya jabatan ke Rumah, samapai buruh pun hidup mewah, jangan melampau sangat .... hidup ne. Untuk wzwh, terima kasih memulakan cerita dongeng ini, tapi jangan lah melampau sangat kipas JUBOR Azlan...., saya tahu siapa MASTERMIND di JERANTUT. ....

Anonymous said...

haaaaaa bodoh punyeee cerita mitosss. cerite sejarahhh laaaa. D Jerantut nieee kita tukar BN kepada pembangkang belakeee, bior dia jadi MP @ ADUN, org UMno kekal dlm UMNo nyeee, bior sekali semua pembangkang. baru sumpahan tuuu abihhh leeee. jgn takut org UMno geng PAS DAP bukan nak masuk UMno,

Anonymous said...

Satu lagi kas nok juga tamboh sikit. Bilamana dekat GE, macam ragam dilakukan oelh pihak kerajaan khususunya amanu, konon tak kononya demelah orang paling bertanggung jawab, kantoi. Nak bagi lot tanah ke rumah ke kena panggil temuduga dulu. Bila sampai masa orang tak ada kene mengene dapat, bahkan bukan itu saja, tanah kawasan berpuluh2, ribu2 ekar habis hasil mahsul dikebas, kemudian tanah diusahakan pula dengan bantuan kerajaan, tapi bolehler sikit melayu menumpang jadi "kuli batak jer". "Tolak jangan tork tolak" tolak dengan buldozar rantai besi...

Anonymous said...

Saalam semua,

Seronok baca komen2 puak2 kelembai
dalam blog ini .Macam2 cerita ada.
Patutlah Jerantut harubiru politiknya.Banyak sangat cucucicik
kelembai yang jadi ahli,samada ahli BN dan PR.

Kelembai dah duduk dibanar,dah tinggal hutan.Cucucicik kelembai
sekarang banyak buka tanah haram dan membalak serta mengali bijih.

Beginilah kita jangan bebalah.Orang
BN disarankan pakai hantu tinggi,
orang PAS dan PKR pakai iblis.Mudah
bukannnnn,, baru kita bertambah
busuk hati,,,,,tak gitu?,,,,dan
kita pakai pulak ajaran Yahudi,,,
baru cantik,,,,.Jangan marah ya...

Gasing TOyong.

Anonymous said...

Gasing toyong jangan kita kamu ngaku ajaran yahudi kenalah ikut... Wanauzubillah...

Anonymous said...

Salam anon 5:19PM,

Tak faham kah bahasa terbalik ?...
Lu taluk lu punya kepala lebeh
rendah dari lu punya buntut,,ooh..

Soli ah,,,wa lupa ,lu kawan sama
nike ajis,,,, lu kawan juga sama
itu nuar buntut...dan lim kic ciang,,,,,,itu sebab lu tatak faham
bahasa Melayu terbalik,,,,jangan
malah aah....tahun balu sudah mali
lu tatak jumpa sama abang Lim Guan
Ang...boleh dapat melecun,,,,

Lu betul2 toyong......jangan itu
macamlaaa,,,,, biar waa satu olang
saja toyong....jangan malah yaa,,
gulau tahu balu naga aah....

Casing Toyong.

Anonymous said...

Wa ingat tu lu munya itu mahasa pun lu ulang miming lu pun manyak cicakluk itu milang "kita" ikut - "dan kita pakai pulak ajaran Yahudi,,,baru cantik,,,,.Jangan marah ya...(Gasing TOyong). Jika lu mahu "mahas" pun kita mulih juga, itu lu senkili sudah cakap ikut lu munya ati, lu manyak "mandai" ka lu manyak "mandil" ka wa tatak taw... Soli la lu toyong ka lu mengong ka wa tatak taw...

Anonymous said...

kah nak tamboh juga..., orang umno memang bodoh, lebih2 lagi yang minum pagi di kedai kah, boleh main golf dgn azlan bodoh, projek pun kah dapat... bodoh2...orang umno... hidup PAS! di Jerantut....

Anonymous said...

kasihan wzwh,
percaya kepada cerita dongeng.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...