Saturday, February 4, 2012

Dimana Kedudukan Wanita dan Puteri UMNO Jerantut PRU 13? Kami Mahu Tempat Juga!

Pn Norhelan Mahamud Ketua Wanita UMNO Jerantut dan Pn Siti Hajar Mubin Naib Ketua Wanita UMNO Jerantut aktif mengadakan program Wanita UMNO di Jerantut.
















Cik Hartini Abdul Rahman Ketua Puteri UMNO Jerantut merenung masa depan politiknya. Bolehkah beliau diberi peluang dicalonkan dimana-mana DUN di Jerantut atau jawatan Senator itu adalah pertimbangan dari pucuk pimpinan.

Posting WZWH mengenai calon parlimen Jerantut PRU 13 telah menerima respon baik terutama pembaca blog dari Jerantut.

Blog WZWH sebenarnya blog suara politik orang Jerantut. WZWH lah tempat orang politik Jerantut melepaskan perasaan, tension, rasa tak puas hati. WZWH adalah channel untuk itu tidak kira penyokong BN dan PR.

Blog WZWH bertujuan menghibur orang politik Jerantut. Hanya blog WZWH tempat orang politik Jerantut bermanja. Segala apa yang ingin disuarakan, segala apa peruntukan yang mahu baik ribu atau berjuta WZWH lah tempat mengadu untuk dipanjangkan kepada pemimpin atasan.

Kalau WZWH tidak berkarya posting barangkali orang politik Jerantut sakit mental kerana hari-hari mahu dengar cerita politik WZWH!

OK WZWH dapat komen-komen dari ahli-ahli Wanita UMNO dan Puteri UMNO Jerantut bahawa WZWH asyik tulis calon-calon lelaki orang UMNO Jerantut aje.

Dimana kedudukan Wanita dan Puteri UMNO Jerantut PRU 13? Kami pun mahu tempat juga...!

Itulah cantiknya UMNO ini memberi peluang dan ruang bukan sahaja kepada UMNO Bahagian bahkan juga kepada Wanita dan Puteri serta juga Pemuda tempat menjadi calon sebagai pemimpin parti dan masyarakat.

Kalau boleh UMNO ni nak bagi semua jadi calon tapi tempat terhad.

Wanita UMNO Jerantut mengharapkan kuota Wanita diberi kepada Jerantut kali ini. Itu keputusan pucuk pimpinan.

Memang dulu Arwah Cikgu Kamariah (1982-1990) kemudian Dato' Rahimah Kawi (1990-1999) pernah masing-masing menjadi ADUN selama 2 penggal.

Nostalgia itu kembali menusuk kalbu Wanita UMNO Jerantut.

WZWH amat faham hasrat dan keinginan Wanita Jerantut. WZWH akui Wanita Jerantut kuat kerja parti, komited, bersatu hati, bulat hati bersemangat memenangkan parti.

Memang WZWH akui Wanita Jerantut bersikap nostalgia kepada kegemilangan lalu.

Memang peranan dan sumbangan Wanita UMNO Jerantut sangat penting dalam memenangkan UMNO dan BN sejak dari PRU 1 hinggalah PRU 12 dan PRU 13 menagih kesetiaan Wanita UMNO Jerantut.

Wanita UMNO Jerantut memang bila berlaku PRU atau PRK WZWH lihat sejak kecil sangat rajin bekerja, setia, tidak kira mendapat upah yang tidak seberapa, gigih dan bekerja dalam satu pasukan. Pengorbanan Wanita UMNO Jerantut sangat WZWH kagumi. Sanggup meninggalkan urusan keluarga demi UMNO yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.

Jika peluang itu pucuk pimpinan diberi kepada Wanita UMNO Jerantut maka ini ramalan WZWH:

Puan Norhelan Mahamud Ketua Wanita UMNO Jerantut layak bertanding di DUN Pulau Tawar yang bakal dikosongkan untuk memberi peluang kepada muka-muka baru kerana penyandang yang ada sudah tiga penggal berkhidmat pada adatnya elok berundur.

UMNO sangat mengharap sokongan dan undi kaum wanita. Maka WZWH merasakan wanita perlu diberi penghormatan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar. Puan Norhelan seorang yang amanah dan aktif mengadakan program Wanita di Jerantut.

Sebelum ini pun Puan Siti Hajar Mubin, Naib Ketua Wanita UMNO Jerantut namanya telah disokong oleh Ketua Wanita UMNO Pahang diberi kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia untuk dipanjangkan bertanding di DUN Tahan. Memang Siti Hajar sekarang aktif menghadiri banyak program di DUN Tahan.

Kalau tak lepas juga option yang adalah dengan harapan jawatan Senator perlu diberi kepada Wanita UMNO Jerantut kerana dalam sejarah politik Jerantut belum pernah jawatan Senator disandang oleh mana-mana Wanita UMNO Jerantut.

Begitu juga dengan Cik Hartini Abdul Rahman-Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut layak dipertimbangkan. Beliau sudah 3 penggal memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Jerantut.

WZWH pasti Wanita dan Puteri berkerja dengan lebih gigih lagi di cawangan-cawangan di setiap DUN dan Parlimen merentasi semua komuniti 55,000 pengundi parlimen Jerantut.

8 comments:

jose manuel said...

Mana ada lagi Quota untuk UMporNO memberi kepada Wanita UMporNO Jerantut. Buara Nasional tumbang dalam PRU 13 ini. Anggaplah Punggok rindukan bulan. Selamat berjuang WZWH, semoga dapat tempat dalam mana mana DUN Jerantut.

Anonymous said...

3 org pempuan UMno tu ape kelulusannnnyeee. heeee bodoh tolll laaa. lepasan sekolah SM jerantut jeee, kerje bank tu lulusan SMK Clifop Lipis jeeee, ape ade barang. Barang liat tak nak leee dari Pemuda UMNO Jerantut, barang GEDIK ok

Anonymous said...

ape barang storyy nieeeeee. org punyeee CALON mantapppp leeeee. Ambik borang PAS leeeeeee, tukar je kerajaan BN, org UMNO kekal UMNO, tukar kerajaan jeee, test leee sekaliii

Anonymous said...

Jika nak masuk DUN Tahan takyahler... Sedara kome ghamai bebenau di DUN Tahan tu... sapa2 yang tok mencerminkan akhlak mulia sebagai pemimpin, petang2 lagi kome kempen biornyer "gulin2" sampai dalam "ghok" maksudnya sampai tok dan "kencing dan berak". Bagi kome tok kira amatler pasai kelulusan tu, tapi kalau rambutnyer mengelebang macam () mak lampir takyahler... Jika setakat 500 juta gon buat main2 jer, bila jadi calon dan menang pulok kepala kome gon tebas abis, tok kira rambut puteh, rambut koko, rambut hitam. Kolatahan gon ke faham gatek ghamai dah ada keturunan mata biru, mata sepet, itu pun semua sedara aku belaka bab kata orang sebelah tu nak berperibahasa tapi tok pandai “DUDUK BAWAH KATAK TEMPURUNG”...

Anonymous said...

yb pompuan ni dun plau twar dgn damak je la..dun tahan tak payah la..kome tak nak wakil rakyat pmpuan dah..tak pandai keja..

Anonymous said...

AH AHA AHA HA HA HA AH AH HAH AH AHA HA HA HAHA .. SEKSI LA POSTING WZWH.. DI KAU LAH TEMPAT KU BERMANJA.. MALAM NI HOTEL MANA??

Anonymous said...

untuk pengetahuan wzwh kesemua calon yang dicalonkan itu memang tidak mendapat tempat dihati rakyat jerantut.....ketua wanita umno wan norhelan apa kehebatannya....sijil pelajarannya setinggi mana???kredibilitinya sebagai pemimpin memang tidak ada ketokohan malahan out terus,

siti hajar pulak bapak la segala sombongnya.....kalau dekat cimb tu dengan customer pilih bulu..kalau rakyat biasa nie dia service lebih kurang jer..kalau yang dia kenal ok la skit..dan beliau tidak mempunyai public relationship yang bagus..memang beliau out tak layak langsung......simpan lah angan-angan tu...

hartini ketua puteri jerantut...nie yang dia boleh kekal lama pun tak tahu la mcm mana puteri umno masih nak kan dia?/tak der calon lain ker.....pelajaran pun di tahap mana???takder kotokohan langsung....

keseluruhannya.....orang-orang yang wzwh ketengahkan ini...memang akan membuatkan UMNO akan kalah dengan teruk di jerantut.....

keseluruhannya...politik jerantut harus direform semula sekiranya ingin menjadi juara rakyat......memang mereka tidak mempunyai ketokohan,bakat,dan kredbiliti untuk menjadi pemimpin untuk generasi kini......cari calon lain la wzwh.......bosan la tgk senarai calon aok nie......

Anonymous said...

anak pompuan siti ajar tu apa kes hah kena simpan di KL tu? haha, anak pompuan wan mizan pun sama apa kes pulak? tentu suma orng tau, huuu - abu tadak batu

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...