Monday, February 13, 2012

Dr Hamzah Jaafar Dijanjikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Pelancungan Jika Menang Parlimen Jerantut!

Ini dia bakal Menteri Luar Bandar dan Pelancungan, Dr Hamzah Jaafar calon ahli parlimen PAS Jerantut PRU 13.

Nik Aziz dan Tuan Ibrahim menyokong penuh janji Anwar Ibrahim mahu lantik Dr Hamzah Jaafar sebagai Menteri Luar Bandar dan Pelancungan.

Anwar Ibrahim menjanjikan PAS Jerantut jika menang akan diberi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pelancungan. Maka bersemangat Dr Hamzah Jaafar mahu bertanding parlimen Jerantut PRU 13 kali ini.

Dr Hamzah istihar depan jentera PAS Jerantut baru-baru ini kali ini beliau mesti menang. Jentera PAS perlu kerja lebih kuat. Kalau kalah percubaan yang ketiga dan terakhir ini lagi, Dr Hamzah Jaafar mahu terus berundur dari politik Jerantut.

Menarik komen seorang penyokong PAS Jerantut:


Semasa Arwah Che Malik menang DUN Tahan, org Ulu Tembeling dapat letrik dan line telefon maka Kalau Dr. Hamzah menang parlimen Jtut, Insya Allah baru org Ulu Tembeling dapat jalan. 
Apatah lagi kalau dia dilantik sbg Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pelancongan, lagi lah cepat kawasan DUN Tahan membangun.
Tak yah keluar bajet RM500 juta mcm skrg ni....


Masalahnya Anwar Ibrahim suka berjanji kepada semua orang. Itu yang dikatakan oleh Dr Chandra Muzaffar mantan Naib Presiden PKR.

Cerita pasal janji diberi jawatan Menteri ini dulu Ku Lan pun dijanjikan jawatan Menteri Luar Bandar oleh seorang mantan PM tapi janji tinggal janji. Merajuklah Ku Lan sehingga menolak jawatan Timbalan Menteri Luar.

Apa janji DS Najib kepada Ku Lan pula?  DS Najib bukan seperti Anwar Ibrahim suka janji bulan dan bintang kepada semua orang.

Tak kisah janji Jerantut dapat Menteri Penuh. Dapat Menteri Rumput Rampai pun takpa. 

Orang Ulu Tembeling kata dapat Menteri 'Chalok' pun takpa. Di Jerantut, orang asli pun ada orang dipanggil Menteri Bani.

20 comments:

Anonymous said...

Oohhhhk yes, yes, yes... rupa ada paras pun ada, Awas jangan diparaskan rupa sudahlah, loghat ulu tempat kas. Calun yang selayaknya untuk Jantet. tak kiralah DUN ke Parlimen ke, memang selayaknyer ah... Mendenya orang ader ilmu, berharta, tinggi pekertinya, tau hok mana buruk hok mana baiknyer. Pemimpin sepanjang zamanlah katakan... Eloklah jadi menteri, bolehlah komenyer nok menumpang gatek, mintak tanah2 kotnyer boleh berteduh ditempat sendiri. Kempen terus untuk undi dr nih ah...

Anonymous said...

wzwh nak mampuh umno lo ni..

Anonymous said...

Konar leper ker konar baring ker konar rempit ker, suma ughang dah ada pengalaman. DUN Damak peranah diwakili PAS, DUN Tahan peranah BN tewas, DUN P Tawar pernah jatuh ketangan APU (PS 46). Sejarah tidak peranah buat silap. Kali ini tersilap lagi dan terus tersilap bagi OmhNo/BEnd... Hatta jika ketiga DUN terlepas, bermakna P81 dengan resminya terbubar menjadi milik PR. Jangan marah!!!...

Orang Asli said...

kalau Parliment Jerantut nak membangun, kenalah Calon PR. umno/bn dah janji kepada Parliment Jerantut selama 53 Tahun.Betul kata WZWH, bn telah janji kepada Parliment Jerantut Bulan (PAS ) dan Bintang (ISRAEL ) Gua tabik kada LU WZWH. Asalkan Bukan Umno (ABU )

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:24,Pembetulan DUN Damak tidak pernah diwakili PAS. Cuma undi parlimen DUN Damak PAS menang 1980 majoriti, selain DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar pernah jatuh ke tangan pembangkang.

Anonymous said...

T kasih pebetulkan... Awasi, engku, DUN Damak tuh nampak gayaner, ai ai ai, bebas dan Kita bersama DAP... Ada cara ker nak kekalkan... Engku buat citer lain sikitlah, jangan buat citer politik ni, jangan buat citer ekonomi jah dan jangan terlalu bersosial sangat. Cer buat citer tangkap ikan kelah, ker patin, jelawat ker... Asam rong, buah "kejijak" ker, buah "petai kerayong" ker... Ah melalut lak...

Anonymous said...

Saya mengikuti perkembangan politik Jerantut dari dekat, apa lagi saya pernah aktif berpolitik satu ketika dulu. Bagi saya sekiranya YBM Tengku Azlan dan kelompok tertentu menyokong Dr Hamzah atau siapa saja calon Parlimen dari Pas, apa yang dilontarkan disini tidak mustahil berlaku!

Anonymous said...

Tunggu dan lihat sajalah...penanda Aras yang tinggi untuk wakil PAS di jerantut telah di letakkan oleh pemimpin terdahulu...semoga pimpinan yang terkini berada sama paras ataupun lebih baik daripada itu....

Anonymous said...

Kuat wzwh menembak....... mujur mujur kena..yeak...

Anonymous said...

Korang duk bertengkar pasal pemimpin atasan, Pemimpin atasan takde pun bertengkar pasal korang...kalau dah mana-mana parti menang, geng2 pemimpin yang dapat habuan dulu..yang lebih2 tu barulah korang dapat..apa kata korang sendiri yang fight untuk ambil calon...tubuh parti sendiri..hehe..baru la anak jantan...kalau setakat nak ampu sana..ampu sini..buat masa..baik gi tebas hutan buat kebun pisang..ada hasilnya juga. sekadar pandangan,...

Anonymous said...

dr hamzah mmg calon terbaik pas utk jerantet tp bukan calon terbaik yg org jerantet nok..kome nk org jati jerantet lepas ni memerintah..ku lan g bertanding tempat lain lah..

Jiwa Islam said...

Selama lebih 10 tahun saya berkelana di luar dan hanya pulang ke kampung di Jerantut sekali sahaja dalam setahun....saya dapat melihat secara jelas perkembangan Jerantut amat lambat dan agak terkebelakang jika dibandingkan dengan Daerah bersebelahan iaitu Temerloh..jelas Jerantut memerlukan calon anak kelahiran Tempatan seperti DR.Hamzah Jaafar yg lahir di Batu Balai yang dilihat berkaliber dan insyaAllah seorang yang beramanah dalam kerjanya...tak perlu jadi menteri pun takpe..asalkan beliau benar-benar berjuang dengan jiwa kejerantutannya....sama seperti saya yang sayang akan Jerantut kampung halamanku...

Anonymous said...

Komen kome 1. Bila baca posting WZWH ni, kome mula konfius dgn WZWH. Dia ni ngaji tinggi ke ngaji rendah. Sebabnya dia ulas komen org. Kalau betul Anwar janji atau Presiden PAS ke atau Dato' Tuan janji mcm tu tak pe juga.Tak de sape pun yg janji nak bg Menteri penuh pd Dr. Hamzah. Ia hanya komen je.Tapi WZWH blhb ulas komen org bahkan ditikok tambah pula dgn berkata ini janji pimpinan PAS?PR.
2. Kome tak pelik kalau Dr. Hamzah jadi menteri hanya kerana cdgn pembaca blog WZWH.Yg kome terkilannya bila Ku Lan dan Lau Le tak jadi2 pun Menteri sedangkan masa kempen dulu dijaja ke sana ke mari bahawa Ku Lan akan diangkat jadi Menteri. Lau Le pula dijaja jadi exco. PRU kali pun dengo citer dijaja lagi jadi Menteri dan Exco.
3. Setahu kome Dr. Hamzah pernah melafazkan di depan jentera bahawa kalau 1 kerusi pun PR tak menang di Jerantut (4 kerusi semuanya) maka secara otomatik dia akan letak jawatan. Dia tak katapun kalau dia kalah di Parlimen , dia akan letak jawatan.
4. Dr. Hamzah dengar citernya nama dia tak de sebab dia tak nak bertanding kali ni. Katanya dia nak tumpukan buat kuliah petang Isnin di KIAS. Dia nak hidupkan KIAS.Dengar khabarnya dia dah banyak kali sebut dalam meting AJK bahawa dia terkilan sangat kalau KIAS tak dihidupkan dgn majlis ilmu. Dia kesian kat org yg bagi derma. Ust Wahab pernah sebut dalam ceramah, duit Dr. Hamzah pun banyak jug dilaburkan untuk membangunkan KIAS, Wallahualam. Jadi, angin kuat menyatakan Dato' Wan Bakar atau Dato' Ramli akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Jerantut.
5. DUN Damak pernah pembangkang menang. Masa tu, sebahagian DUN Damak berada dalam DUN P. Tawar. Maknanya ketiga2 DUN Pembangkang pernah menang. Apakah kali ni ketiga2 DUN PR akan menang dan rangkum sekali dengan Parlimen??

orang muda said...

walau apapun komen semua. Mari kita semua pakat-pakat beri sokongan kepada PR jerantut.Insyaallah jika parlimen jerantut jatuh ke tangan PR,Kerajaan mana-mana pun PR/BN akan lebih memberi tumpuan dan akhirnya banyak pembangunan akan terlaksana.
"jgn hanya jadi pengguna bijak tapi jadilah juga pengundi bijak"

Anonymous said...

Pelik betul... ada lagi manusia yg menyokong umeno. buta hati agaknye.

Anonymous said...

Salam semua,

Ramai sangat puak2 PAS dan sekutunya
melawat blog ini.Sebab apa yaa?....
Tentu ada yang menarik dan menakutkan mereka .Cara menyerang
pun nampak macam gelabah sangat....

Hellow bro PAS,tak nampak ke Ayah
Cik Ganu Kita sepak Anugay baru ni
sebab Anugay nak lindong Israel?..
Tak sedar lagi ke, bila Ayah Cik cakap
dia hendak pencen drp politik?...
Maknanya Ayah Cik dah meluat dgn
Anugay dan tidak daya dengan hinaan
yang dilakukan oleh DAP....Anugay
senyep sepi sekarang,, kenapa yaaa?... Inilah tanda2 PR sedang
ribut sekarang.....

Dulu masa Anugay TPM ,dia janji
macam2 dengan orang Pahang.Janji
dibuat diBatu balai Kampos Penuh
UIA akan dibina diPahang ,,dapat
Dato' Seri dia,,,mungkin Dr Hamzah
ada bersama kut,,,.Soly bro saya bukan Melayu yang mudah lupa,,,.

Janji angakat jadi MB Pahang jangan
ceritalah banyaknya,,,,tanya Dato'
Hassan Ariffin,Dato'Fauzi ,Dato'
Sarif Jusop,Dato'Suhaimi dan
Tuan Hj:Kamaruzaman Baria,,,,,.
Ramai sangat YB UMNO yang sawan
dengan janji2 Anugay,,,haa haa haa,,.

Untong juga jika Dr Hamzah jadi
Menteri Luar Bandar dan Pelancongan,,,,kita akan dapat
LEBUH RAYA DARI JERANTUT KE GUA
MUSANG,,,,cantik ya,,,kita
akan popilerkan tarian rambong
kat Taman Negara,,,hebat yaa,,,

Abang Noor akan tanding atas tikit
Parti Kita,,,,Waa caya Abang Noor
Waa caya Tuan Ibrahim,,,waa cya Dr Hanzah akan menjadikan Negeri Pahang ,,Baldattul Toibah Warubbul
Gahpurrrr,,,,, amim,,,amim,,,amim,,.
Selamt kelinton tiga sentakai....

Gasing Toyong.

Alur Tembeling. said...

hamba pangkah(undi)mana2 calon yg terbaik,berintegriti,keperihatin tidak bermusim kepada rakyatnye,baik siasahnye utk kawan dan lawan,sentiasa berkhdmat walaupun selepas kempen pihinraya...dgn erti kata lain "ASALKAN BUKAN UMNO"...UMNO bukan parti orang kampung seprti kami lagi.

Anonymous said...

KAU ORANG PANGKAH DAP LAGI BAGUS SEBAB CALON MELAYU BODOH BELAKA PADA MATA KAU ORANG!!!!!

adrianiamri said...

Kejap Anwar teruk, kejap Anwar bagus...
Kejap Ku Lan teruk, kejap Ku Lan bagus...

Serabut betul....Jerantut tak maju jugak...

Try dua-dua pihak cerita tentang apa yang hendak dilakukan untuk Jerantut jika memang PRU nanti...terutamanya UMNO yang jadi penyandang sekarang.. Senang orang mengundi nak buat penilaian..

Sebagai contoh, UMNO menang, janji nak siapkan Jalan Benta-Jerantut-Maran sebelum PRU14..Tak siap, pengundi boleh pangkah orang lain..
PAS pon balas, itu janji PRU ke11 dulu sampai sekarang tak siap-siap lagi... So, PAS janji pulak mesti siap jalan itu sebelum PRU14 jugak.Tambah siapkan sekali Jalan Sg Lembing - Jerantut..

Itu barulah sedapa untuk dinilai.. Ini asyik cerita tentang moraliti individu sahaja.. Orang tu teruk orang tu bagus..

Politik oooo politik..macam tu ker rupa politik... makin menyampah kawan...

anak jati jerantut said...

saya akan bertanding sebagai calon BEBAS parlimen jerantut...anak jati jerantut...berkelulusan UM..MURID YANG CERMERLANG ..zaman sohan sing..skj...cermerlang di SMJ...RAMAI YANG MENGENALI SAYA ....DI KAWASAN PARLIMEN JERANTUT....BAIK CINA ATAU INDIA...pernah cuba masuk umno tapi siang siang lagi di cantas....zaman politik datuk khalil...untuk menjadi pemimpin mesti pilih orang bawahan yang bodoh...senang ikut arahan...cari yg cerdik takut kena makan pulak...so itulah peningalan politik umno jerantut sekarang,,,dari segi kewangan saya rasa no problem as 1988 dah bergelar jutawan...bukan hasil merompak but usaha sendiri di KL and much of my business is in UK supplying gas turbine to tnb malaysia ,brazil,canada,cina..mcm cerita p ramleelah...oklah so any support.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...