Thursday, February 23, 2012

BR1M Ulu Tembeling...Berduet Gon! Auuuk...


800 penduduk Ulu Tembeling layak dapat BR1M. Penduduk Ulu Tembeling berjumlah 2704, Maka 30% penduduk Ulu Tembeling menikmati BR1M.

Sepatutnya BR1M kawasan pedalaman perlu beri lebih banyak double misalnya RM1000. Kerajaan mahu bantu golongan susah terutama dipedalaman

 
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan menyampaikan BR1M kepada rakyat Ulu Tembeling.

Wan Amizan diberi amanah untuk transformasi Ulu Tembeling. PM dan MB Pahang percaya kepada kebolehannya.

Ini pemimpin yang boleh merealisasikan apa orang Ulu Tembeling mahu yang pemimpin-pemimpin dahulu gagal menyelesaikan segala permasalahan.

Orang Ulu Tembeling mahu jalan, Wan Amizan buat jalan. Cuma kerajaan perlu tambah peruntukan banyak lagi. Fasa 1 RM121 juta sudah OK. Fasa 2 kena tambah RM280 juta lagi. Peruntukan yang ideal ialah RM450 juta. 

Kalau mahu terus sambung ke Kampung Pasir Raja Terengganu, tambah lagi RM450 juta baru pembangunan rancak dan transformasi Ulu Tembeling betul-betul meletup.



Apa lagi orang Ulu Tembeling mahu? 20,000 ekar Felcra mahu, sedang dan akan majukan menjanjikan saham-saham kepada semua penduduk Ulu Tembeling.

19,000 ekar akan Yayasan Pahang bangunkan membolehkan beberapa infrastruktur kerajaan Negeri Pahang bina sebagai 'social obligation' Yayasan Pahang kepada masyarakat Ulu Tembeling.

Agropolitan Kampung Bantal 3000 ekar menjanjikan pertumbuhan ekonomi. Potensi satu Rural Transformation Centre (RTC) bakal diluluskan oleh kerajaan untuk transformasi ekonomi dan sosial Ulu Tembeling.

Cukup setakat ini WZWH cakap....banyak lagi perancangan-perancangan pembangunan ekonomi Ulu Tembeling bakal diimplementasikan.



Penduduk Ulu Tembeling perlu memandang masa depan yang cerah kerana kepimpinan politik yang ada komited, kreatif dan inovatif. Ini adalah pemimpin yang berakarumbi dan berbudaya Tembeling dari benih beratus-ratus tahun menjaga kepentingan orang Tembeling.

Ini generasi pemimpin muda alur Tembeling yang boleh melompat tinggi ke kayangan disamping meredah semak dan belukar.

Ini pemimpin yang berani berdepan dengan sesiapa saja dan berjuang demi kepentingan orang Tembeling terutamanya.

Jangan didengar cakap orang yang tidak suka dan dengki dengan pemimpin kita. Mereka mahu menjatuhkan pemimpin kita kerana tidak mahu rakyat tahu kebodohan dan kejahilan mereka.

Wahai orang Tembeling, ini pilihan pemimpin terbaik yang kita ada. Kita jaga kawasan kita. Kita jaga orang kita.

WZWH mahu zero pembangkang di Ulu Tembeling pada PRU 13 nanti kalau boleh. Jangan diberi tapak kepada pembangkang bermastautin di tempat kita.

Ingat pesan nenek moyang kita.

Kita masih ramai orang susah yang perlu kita tingkat ekonomi pendapatan mereka.









Apa ADUN Tahan telah buat kepada Ulu Tembeling? Mari dengar pandangan WZWH...

DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam Pahang dan Malaysia.

Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 lokasi:
  • Hulu Tembeling
  • Tembeling Tengah
  • Kuala Tembeling
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 14,500 orang (bancian 2010). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Kepada ahli ekonomi dan ahli politik urban bandar selalu mereka mengatakan pembangunan Lembah Tembeling tidak ekonomik, membazir wang negara, untuk apa penduduk cuma 14,500 orang. Dalam kes Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta hanya untuk memenuhi kehendak penduduk Ulu Tembeling yang hanya berjumlah 2704 orang sahaja!

WZWH mahu tinjau apa ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan sudah buat di Ulu Tembeling.

Kampung Bantal dan Kampung Gusai:
  • Jalan "slack" Kg Bantal - Kg Gusai RM1.5 juta. Projek PIAS 2008 sudah siap
  • Jambatan Kg Mogol RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jambatan Tasik Jemuan RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jalan "slack" dalam Kg Bantal RM1.5 juta. Projek PIAS 2009 sudah siap.
  • Tambahan bangunan SRK Kg Bantal RM10 juta. Projek PIAS 2009 sedang buat.
  • Masjid Kg Gusai RM600,000. Projek PIAS 2009 Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.

Kampung Mat Daling:
  • Jalan seberang Kg Bantal-Kg Mat Daling 5km RM1.7 juta. Sudah siap.
  • Jambatan Kg Tanah Memindah, Pulau Besar RM500,000. Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008

Kampung Kuala Sat:
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009
  • Masjid baru kos RM2 juta. Tender dalam proses pemilihan

Kampung Pagi:
  • Jalan tar dalam Kg Pagi 4km termasuk jambatan Pengor RM12 juta. Sedang buat.
  • Jalan Kg Pagi-Kuala Tahan RM121 juta. Sedang buat.
  • Projek jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling dalam proses.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.

Kuala Tahan:
  • Tanah lot untuk 400 penduduk Kuala Tahan 90 ekar
  • Rancangan Pembesaran Kampung Kuala Tahan 570 ekar
  • Rancangan Tanah Kelompok Kampung Tuit 500 ekar
  • Naiktaraf Jambatan Sungai Oak RM18 juta diluluskan oleh KKLW
  • Dua projek hidroelektrik Sungai Tekai-peringkat taklimat TNB pusat di pembangunan Daerah Jerantut

Walaupun belum sampai sepenggal ADUN Tahan sudah menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. WZWH percaya jika ADUN Tahan diberi peluang oleh DS Najib dan MB Pahang memimpin Jerantut maka Jerantut boleh membangun ditahap yang cemerlang.

14 comments:

Anonymous said...

cian kat makcik pakcik....
kena berbaris panjang tengah panas...semata2 nak dapatkan rm 500
ye la...pasni kalau bn memerintah lagi dapat lagi ke tak tak tahu la...

alangkah baiknya jika mereka fikirkan cara terbaik bagi br1m tanpa perlu makcik pakcik beratur tengah panas tu...kena dera la plak makcik tu...

Anonymous said...

Gua caye lu WZWH bila....bila WZWH cakap fakta seme org Jerantut nganga tak terkomen. Gua tau WZWH neh org belakang tabir YB Tahan. Lu memang power WZWH!

Anonymous said...

Ramai jugak yg masih miskin kat Jerantut ni ..lebih kurang 30% . Macam ni jangan bimbang laa BN gerenti boleh menang lagi.

Anonymous said...

kuat sungguh awok membodek/promote YB Dompot tu... setiap posting awok mesti ada bab bodek/promote tu.. nampok gayanya awok memang terer bab tu. awok ni memang la org kesukaan org kuat UMNo..kalau YB Dompot jadi Exco/MB... nampak gayanya awok dpt lah tumpang buat kilang duit pulok... caiyookkk

Anonymous said...

BR1M, habislah kali ini orang semua sukung Ku Lan, YAB PM Najib, Denan, Dupuk. Demh kata kita sukung pakat pejatuh abis. Sebabnya tak betul amat becakap dengan pebuatanya. RM500/= sekali bagik untuk 5 tahun. Demeh tu 500 seminggu padan dlam poket seluar anak gi sekolah ajer. Erti kata lain bantuan BR1M RM100/= setahun pancing undi. Sebulan kiralah berapa rakyat dapat. Dengar kata YAB PM nak istihar GE 13 pada end mac 2012 tapi tak berani. Sebab banyak sangat penipuan oleh pemimpin bawahan termasuk wakil rakyat. Kerja bila PM buat pengumuman aje. Tak berfungsi langsung. Fungsinya menghabiskan duit. TRapi ini satu cadangan dari PR yang bakal mengambil PUTRAJAYA. Sapa2 banyak tanah macam sawit 80 ekar lebih, getah ratusan ekar lebih nak diambil buat prujik kerajaan. Jika pemilik gagal menjelaskan satu tindakan undang2 adakan dikenakan... Rasakan...

Anonymous said...

Tahniah banyak projek..baru laa maju jerantut.

Anonymous said...

Kalau nak lebih maju lagi Jerantut tu WZ kena buat cadangan projek Highway dari Bentong ke Jerantut ke Kuala Terengganu... baru la projek besar yg memajukan Jerantut.

wonder why said...

Bukan main WZWH kipas Dato Wan Amizan,berapa % dapay daripada Dato? Kalau bolih % pembangunan untuk DUN Tahan. Pondok mana belajar? Alangkan Negara membangunan ada pembangunan.Ini semua pendidekan daripada Tadika Kemas.

Anonymous said...

mujur leeee pdg piol sg retang jadi FELda, ramai org luar dtg memajukannnn nyeee, harapa keturunan WAN jadi WANg jeeee heeeee kesiannnn demeeeeeee, tak majuuu lagiiiiii, mujur kamiii org luarrrrrr, majukan pdg piol sg retangggggggg

Anonymous said...

Kawen nork jugek sentuh sikit. Mengenai pembangunan nin. Orang kampong dah 40 tahun dulu ada perancangan. Tapi pemimpin yang tak langsung ambil tahu kemudahan jangka panjang. Cth mudah, l/k tahun 1970, masa itu jgn tak silap MB Phg Dato Mohamad, kita dah minta prujit jambatan pengau dijawab oleh seorang jurutera, prujit tu sangat mahal RM350,000 sedangkan penduduk kg pagi hanya sekitar 500 urang. Tapi sekarang sudah 40 tahun berlalu, harganya mencecah RM12 juta. Inilah yg dikatakan cerdik tak boleh ditunjuk/contoh, budur amat tak ikut belajar. Sebab masa itu urang cakap betul, tapi sekarang urang cakap pasai prujit dan komisen @ persen @ %%%% @ pukit...

dobit127 said...

Tahniah atas kerja kuat ADUN ...

Semoga terus bertambah lagi projek untuk pengundi2 DUN tahan..sesuai status sebagai ADUN...

Tapi sebagai Ketua Pmuda UMNO Bahagian Jerantut.. Macam mane pula.... kot takat pelancaran jer ...

bangau terbang. said...

SAYA MASUK BLOG NIE TERUS SCROLL KE BAWAH BACA KOMEN PENJENGUK BLOG.BARU DAPAT TAHU CERITA SEBENAR DUN TAHAN.
HARAPAKAN BLOGGER NIE KADANG2 MCM MENGAMPU BAKAL CALON AJE.

Anonymous said...

WZWH kaki lawak paling kelakor skali. Jenis jilat peruttt dompok jer tahu yer... kalo dah ulu tu.. tetap ulu lah wokkk... bodoh pepalihhh. Jgn haraplah Dompok boleh menguasai PRU akan dtg.... nak pembangkang sifar konon... mmg dasar UMPRONO kaki bodek jerrr... bodoh punya WZWH...

Anonymous said...

WZWH kaki lawak paling kelakor skali. Jenis jilat peruttt dompok jer tahu yer... kalo dah ulu tu.. tetap ulu lah wokkk... bodoh pepalihhh. Jgn haraplah Dompok boleh menguasai PRU akan dtg.... nak pembangkang sifar konon... mmg dasar UMPRONO kaki bodek jerrr... bodoh punya WZWH...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...