Monday, February 27, 2012

Anwar Dan NGO Mahu Jajah Pahang Supaya Tidak Boleh Buat Keputusan Sendiri....


Pahang perlukan pelaburan untuk kembangkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Pelaburan Kilang Lynas Rare Earth RM700 juta antara salah satu pelaburan.

Masalahnya pembangkang mahu 'menjajah Pahang' supaya tidak boleh buat keputusan sendiri.

Alasan radioaktif nuklear. Pemimpin Pahang buat keputusan berdasarkan kajian saintifik dan pandangan pakar radioaktif dan nuklear dunia.

Pakatan Rakyat dan NGO terutamanya menentang atas nama alam sekitar dan ekologi. Bukan itu saja banyak projek-projek lain seperti MRT, Highway Banting-Ipoh, Double-Track railway Gemas-JB, Perumahan mampu milik, KR1M, BR1M apa-apa yang ingin kerajaan buat semua ditentang.

China negara yang dijangka mengatasi AS dari segi ekonomi dan militari sikit masa lagi punya ratusan loji nuklear dan berpuluh kilang rare earth dengan penduduk seramai 1.3 bilion. Tidak ada masalah!

Tokoh legenda China, Deng Xiaoping quote " Negara Timur Tengah ada minyak tetapi China ada rare earth" adalah simbolik penguasaan 97% pasaran rare earth dunia.

Negara-negara ekonomi pembuatan seperti Jepun, AS, dan Eropah selain China sangat memerlukan rare earth. Ketika Malaysia mahu dibantu Australia mengimbang pasaran rare earth dunia kenapa pembangkang dan NGO tidak nampak peluang dan pasaran ini?

Hari ini pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan hijau-alam sekitar kononnya yang bermotif politik mahu ambil kesempatan meraih sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Perhimpunan ini ikut Polis berjumlah 3000 yang majoriti terdiri dari orang luar Kuantan manakala pembangkang kata kehadiran diantara 10,000 ke 15,000.

WZWH rasa amat jelek bila Ambiga kata,"tolak calon-calon yang menyokong Lynas pada PRU 13!' Siapa Ambiga hendak mengajar orang Pahang berpolitik menentukan masa depan orang Pahang sendiri.

Anwar Ibrahim seperti biasa berucap memperlekehkan usaha pemimpin Pahang meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Anwar menuduh bahawa pemimpin Pahang tamak. Siapa yang bodoh kata pelaburan tidak baik untuk ekonomi Pahang.

Anwar menempelak kerajaan Australia ekoran pelaburan Lynas sedangkan kerajaan Australia mengamalkan dasar "free market" tidak campur dalam urusan perniagaan korporat swasta Australia.

Anwar kata kalau Pakatan Rakyat duduk di Putrajaya, kilang Lynas akan ditutup! Dunia akan memandang rendah kerajaan Malaysia yang tidak mesra pelabur dengan dasar tidak konsisten akhirnya tiada pelabur mahu melabur di Malaysia nanti.

Kunci utama cakap pemimpin pembangkang dan NGO ialah calon-calon PRU, ubah kerajaan sedia ada, menduduki Putrajaya, tidakkah ini hanya drama Pakatan Rakyat mahu mencapai cita-cita politik semata bukan kebaikan kepada rakyat Pahang.

Siapa Anwar dan Ambiga yang mahu menjajah Pahang supaya tidak boleh buat keputusan sendiri demi kebaikan rakyat dan ekonomi Pahang.

Cukuplah sekali Acheh menakluk Pahang pada tahun 1617 membawa lari 10,000 rakyat Pahang dan anak-anak Raja Pahang ke Acheh.

Cukuplah sekali dengan helah dan kepandaian Inggeris pada tahun 1888 buat Pahang terpaksa menerima Residen British mencampuri hal ehwal Pahang.

Janganlah pulak Anwar dan Ambiga memandai-mandai memaksa pemimpin Pahang mengubah keputusan seolah-olah pemimpin-pemimpin Pahang tidak bebas dan Pahang ini tidak ada Pemerintah negeri dan jajahannya

WZWH ingin bertanya dimana semangat pahlawan-pahlawan Pahang semua? Pemimpin-pemimpin Pahang kena berani bersuara say NO and FUCK YOU!

Adakah 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang rela kepala mereka dipijak-pijak dan diperbodohkan?

Pantang WZWH berketurunan Bendahara Pahang membiarkan orang asing menjatuhkan maruah negeri Pahang dan mengaibkan kita ditanah bumi kita sendiri.

WZWH menyeru kapada 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang say GET LOST TO THEM AND GET OUT FROM PAHANG.

22 comments:

Anonymous said...

Hang cakap. Apa ni ebb?. Sampan terkeluar perkiraan fxxk you. Ini bukan Gaya orang bertamaddun berbahas Salam lisan Attu tulisan. Hang Ada ke maklumat. Saintifik yg mengatakan project itu tidal merbahaya?. Kacau tak Ada jgn cakap je berdegar degar konon pelaburan. Belajar Bercakap dan menulis Dgn Dakota. Bukan Belajar Jodi balaci

Unknown said...

salam sokong dgn kata2 wzwh

pakya said...

salam, sepatutnya projek ini dibuat di jerantut Pahang

Anonymous said...

400.000 sebelum anuar keluar umno? adakah yg keluar amno minta borang keluar amno, hahaaaaa.....zurik, zurik..

org kg gol said...

kita tengok je la apa yang akan berlaku nti..yang benar akan muncul jua..

org kg gol said...

kita tengok je la apa yang akan berlaku nti..yang benar akan muncul jua..

Anonymous said...

Bukan ingin 'menjajah' tetapi sebagai peringatan supaya menggunakan mandat memerintah dengan betul, bijak dalam mengurus dan menarik pelabur luar utk jangka pendek dan panjang..

Anonymous said...

WZWH kan berblog ikut sunnah nabi..
begini ke blog ajaran nabi?...

wonder why said...

400,000 ahli umno di pahang??? berapa kerat sahaja bayar yuran?? Lain semua Ahli umno hantu,kena cari sumber daripada kontrektor yang dapat projek, BN untuk bayarkan yuran tahunan Ahli.Nak harapkan ahli bayar yuran tahunan kirim salam sahajalah.Mengah dengan angka sahajalah BN.

Anonymous said...

Salam...,

Sian lemah palo lutu suma2 sebab kes pebuatan nuar. Bukan saja pemimpin BeEnd/OhmNo Pahang nampak penat, bahkan suma pemimpin BeEnd/OmhNo of the Malaysian sudah keletihan termasuk King and Queen. Nampaknya kenalah serah mandat kepada Fuckatan. Ramai bulih fuck sptkata wzwh menulis blog adalah. sunnah. Sabituler, pemimpin dia hanya sekali sekala dengan ceramah agama itupun sabit ada jemputan. Sepatutnya kuliah agama di surau/masjid berterusan dan hadir sepanjang masa. Itupun mujur ada jkomen2 terdahlu, termasuk bulan maulud buat parti terlompat2...

Anonymous said...

Pindah projek ke Jerantut..lepas tu boleh buat highway dari Jerantut ke Kuantan/Pelabuhan. Sokong tak?

Anonymous said...

Pandai la kau. China dah hantar space shuttle sendiri ke laur angkasa berkat usaha sendiri, malaysia apa saja jua bergantung pada orang.. parliament hari hari bocor, itu pun tak boleh siap urus, pasal lynas ni siapa caya kau?

balik belajar chemistry 101. nadir bumi memang tak radiactive sangat, tapi prosesnya yang hasilkan banyak chemical. pukimak kau cakap tak radioactive, kau minum lah seteguk. . pas kau minum, kau mau bina bulan kat bumi i pun tak kesah.

Anonymous said...

UMNO2. WZWH yg pakar ekonomi katanya, tak faham jgk. Sy bg cnth kat WWZWH dan pemimpin UMNO spy mudah faham tentang isu lynas ni. Gini...semua setuju kata nasi, sayur dan ikan tu tak bahaya bahkan kena makan benda2 tu termasuk air. Tapi yg bahaya dan tak bagusnya ialah tahi dan air kencing itu kalau tak diurus dgn baik ia adalah kotor dan mengotorkan dan blh mnyebabkan penyakit.
Cuma nasi,sayur dan air ni, benda kena makan dan minum maka nak tak nak, kita kena uruslah ke mana nak disimpan najis2 tu.
Satu lagi contoh buah anggur. bukan setakat bagus bahkan namanya pun ada dalam al quran tapi setelah melalui proses yg tak betul iaitu pemeraman dlm jgka masa tertentu maka ia jadi arak yg memabukkan.
Begitu jug hal lynas ni.asalnya bagus tapi bahan yg bagus digunakan untuk keperluan kita tapi yg tak bagus tu lah yg tersimpan dlm bumi Pahang sehingga blh meyebabkan kesan buruk pd manusia. Kalau dah tak de kesan dan mendatangkan pulangan ekonomi yg baik kenapa tak buat terus kat Australia. Tanahnya luas lebih luas dari Malaysia, (bukannya lebih luas dari Pahang)
Apakah kerajaan Australia bodoh, buat benda baik dan untung besar di negeri org sdgkan negeri sendiri banyak tanah yang kosong dan luas.
Yang jelas bukan kerajaan australia yg bodoh tapi Kerajaan UMNO/BN dan pemimpinnya yg bodoh mcm lembu katakan....!!!

Anonymous said...

Salam...dlm 2minggu kepas saya Ada dengar fuziah n wakil Lynas brrhujah ttg isu ini...ahli politik vs org teknikal..rasanya cam fuziah kalah bab fakta...ohya dlm radio BFM...senang cakap kilang cat n kilang baja lebih radioaktif berbanding lynas...kenapa Australia buat d malaysia sbb lokasi..utk supply kpd jepun so jimat banyak Kos berbanding d Australia...Ada Salah silap aku minta maaf..

Anonymous said...

Sama macam usahawan Malaysia order barang Dr china utk Market Malaysia...kenapa ?sbb kos lebih Jimat...jadi org Australia memang cerdik cuma kebetulan Malaysia paling ekonimik...jadi bukalah d pahang...

Anonymous said...

Sama macam usahawan Malaysia order barang Dr china utk Market Malaysia...kenapa ?sbb kos lebih Jimat...jadi org Australia memang cerdik cuma kebetulan Malaysia paling ekonimik...jadi bukalah d pahang...

Anonymous said...

Tak heran nak buka di Australia, kerana pakar nuklear mereka akan membuat "jangka" spt WTC, sampai masa pekerja kafir mereka kosongkan bangunan, yang mati "kebanyakan" orang Islam di AS. Bagaimana dengan Pahang yang luas dibangunkan ditepi pantai Laut Cina Selatan luas terbentang. Kaw suma dan selamker ntah2 kapal selam dah s/by sekian lama. Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh nak ikut/tegur bodor tak mahu belajar/wat lok lok cerdik...

Anonymous said...

Salam WZWH
Saya tak percaya seorang yg berkelulusan tinggi macam awak ni boleh berfikiran sangat dengkal!

Kalaulah projek lynas tu sesungguhnya menguntungkan dan selamat spt yg anda uar-uarkan, kenapalah kerajaan Australia bodoh sangat dgn tidak memprosesnya dinegara sendiri.

Kenapalah pemimpin2 negeri Phg Darul MAKMUR ni pandir sangat sampai menjadikan Kuantan tapak lupus bahan sisa radio-aktif BENUA Australia? Papa kedana sangat dah ke Darul Makmur nI?

Kenapa nak jadikan Kuantan tragedi Bukit Merah ke-2? Oh ya.. mungkin anda masih menyonyot kopek emak lagi masa itu - tak tau apa2!

Untuk dapatkan gambaran kesan dan akibat jangka panjang tentang itu, silalah baca http://malaysiafinance.blogspot.com/2012/02/remembering-bukit-merah.html.

Mungkin artikel ini boleh menginsafkan anda dan seterusnya menyebar kebenaran, insyaallah. >> drpd wali10.

Anonymous said...

salam...

dah byk ulasan pasal lynas..kwn dah tak payoh ulas lagi la.....

cuma kwn nak beberapa perkara...

pertama wzwh kata anuar/ambiga nak jajah pahang?..mula2 nak tergelak kwn..tp tak pe la kwn komen..
Kisah projek lynas di bantah oleh penduduk kws gebeng tu bermula pada tahun 2008 lagi (4 tahun lepas)projek tu senyap tapi hampir setahun lepas tu dengar nak proceed juga projek tu. Penduduk kws tu sekali lagi merayu agar projek itu tidak diadakan. Setelah rayuan penduduk tidak dipertimbangkan maka diajukan kepada fuziah salleh.bermula dari itu fuziah telah melanjutkan usaha usaha penduduk dgn berjumpa menteri besar,adakan forum dsbnya...sehinggala diadakn perhimpunan hijau. Penduduk tempatan/pahang berkumpul di padang mpk4 bersama org yg bersimpati mengenai isu lynas termasuk pemimpin seperti dsai, ngo2 dan sebagainya...tak de isu org luar nak jajah pahang ke apa ke...

pembangkang sentiasa nak bangkang termasuk projek rakyat seperti perumahan mampu milik,projek MRT/double tack railway dsbnya...
kwn bukan ahli pembangkang dan juga umno..apa yg kwn tahu mereka PR tak pernah membangkang projek2 untuk pembangunan. cuma kwn selalu membaca artikel2 pendedahan penyelewengan...contoh penyelewengan RM 40 juta rumah PPRT di kelantan, cara pengambilan tanah rakyat untuk buat projek2, hiway LPT sampai terengganu je..tapi tak masuk kelantan, kebanyakan projek lantikan terus kontraktornya..contoh projek ternak lembu 250 juta bagi terus pada laki ijat..apa yg pembangkang timbulkan isu adalah kebanyakkan isu rasuah, kroni, pecah amanah dan sebagainya...dan aku rasa terkesan kerana wang cukai pendapatan/pintu/tanah/jalan dan bermacam segala cukai yg dibayar kepada kerajaan itu diperlakukan sebegitu...aku cuma sokong siapa yg terbaik untuk memimpin malaysia...

Isu sentimen menjadi permainan umno..
wzwh telah bersuara yg dia berdarah bendahara..kira dia berketurunan istimewa la..kalau tak dia takdela bercakap pasal keturunan yg menjadi kebanggannya..yg aku tau wzwh dgn kawan satu keturunan dari nabi adam dan hawa...tak adapun kelebihan antara manusia disisi Allah kecuali ibadat mereka...

sekarang ni ada trend baru...dimana pemimpin pr berada disitu mereka ganggu oleh penyanggak2...aku selalu berada di program2 toknan...dan program2 menteri yg lain.terbaru BR1M...tak ada plak pr hantar 20-30 samseng ganggu program kami...jadi hentikanlah budaya2 begitu.biarla mereka berkempen/ceramah di tempat kita..nak pergi dengar atau tak itu hak kita....tapi jgn ganggu hak org nak berceramah dsbnya...

kwn amat menyanjung tinggi toknan...dan semalam adalah sejarah dalam negara perhimpunan secara aman...lebih 10ribu org membanjiri kws sempit tu..tapi tak ada harta awam rosak...tak ada peniaga yg kena pecah kedai...dsbnya..tapi kwn rasa kena berlaku adil juga lain kali...org lebih 10ribu...program mereka dibenar hanya guna loud hailer je...kalau program tu 20-30 org boleh la guna loud hailer..contohnya wzwh berbaju size XXL..jgnla bagi dia baju size S atau extra S...

sabarla wzwh....jgnla marah dan ter'emosi' sgt...kita semua dari satu keturunan.

Anonymous said...

Salam semua,

Al kisah maka sugulah Ratu Negara
Tanah Serendah Sekebun Bunga.Cik
Siti Wan Kembang bijak dan adil
memerentah negara.Putri Sa'adong
bersimpoh tundok sebak dada.Melihat
bonda Cik Siti Wan Kembang yang
tersangat masghul dan bercucuran
air mata,,,,

Putri Sa'adong mengakt sembah,
"Bonda ,,,anakanda hairan dan
gulana,melihat bonda bersedeh
sampai bercucuran air mata,,,,,
ceritakan kapada anakanda ,gerangan
apakah bonda bersedih begini rupa?".

Baginda Wan Kembang merenong tepat
mata putri kesayangannya dan berkata "Anakanda terlalu muda, tak
arif keadaan hal yang berlaku dalam Semenanjong Emas kita,nun
Nagara Inderapura,,kesian Tun Tija,
ramai puak2 Luth buat angkar,,,,,
melumpat melulong dipadang ibu
Negara Inderapura,hendak rapas
kuasa,disokong pulak puak2 yang
menkafirkan orang yang tak masuk
dan ikut puak mereka,,sian Tun Tija,,,,.Anakanda Sa'adong ,tolong
call Tun Tija ,bonda nak cakap
dengan dia,,,."

"Salam kanda Tun Tija,ini adinda
Putri Sa'adong ,tungu ya,, Bonda
Cik Siti Wan Kembang Nak Cakap,,,
baiklah adinda ,kanda tunggu,,,,"

Baginda Wan Kembang mengambil
telepon daripada tangan Putri
Sa'adong sambil mengesat air mata
dipipinya ,
"Assalam mualikum Anakanda Tun Tija,,,bonda disini sihat "

Tun Tija "Alaiki salam,,,bonda,,,
anakanda pening,ramai sangat orang,
entah dari mana datang kenegeri
anakanda ,macam2 perangai,,,,
terlumpat lumpat,terjerit jerit ,
sampai ada yang bermukah dengan
isteri orang,anakanda perntah
seldadu anakanda tangkap,,,kalau
didapati bersalah,anakanda akan
perentahkan cantaskan anunya,,,
biar dia rasa,,,.Ada apa bonda
call anakanda ,,tengah malam ni?"

Cik Siti Wan Kembang,,
"Bonda dah maklum apa yang
anakanda ceritakan tadi,bonda
dah tua,dah masak dalam hal2
memerentah negara,,cuma bonda
hendak ingatkan anakanda supaya
berjaga jaga dengan puak2 Luth
dan sekutunya yang datang buat
gila di Nagara anakanda,,,kerah
seluruh rakyat Indrapura halau
keluar dari negeri anakanda,,,
puak2 Luth ni buruk sangat perangainya,,,bini orang bini dia,
depan belakang tak ada beza,
jantan pun dia balun juga,, buruk2
perangai puak2 ni semua,,,jaga
baik2 negeri anakanda ya"

Tun Teja"Jujong kasih atas nasihat
bonda yang iklas, ninda Wan Pok dan
Wan Melini daripada Bukit Seguntang
nesihat dan pesan macam bonda juga,,, ,.Insaallah anakanda akan
turuti segala nesihat bonda,,,,,,
do'akan ya bonda supaya anakanda
dan Nagara Inderapura amam sejahtra,,,, sampaikan salam anakanda kapada dinda yang cintik jelita ,Putra Sa'adong ya
bonda,,,salammualaikum warahmatulah".


Gaqsing Toyong....

Anonymous said...

Suma mmg da ikut cara amerika yg cakap iran buat senjata nuklear!satu undi TIDAK utk pakATAN =10 lagi juga TIDAK utk fuckATAN!!!!kikikiki...ikhlas dr kami rakyat KUANTAN dr negeri INDERAPURA...

Anonymous said...

salam,wzwh

Betul Ano 22:6 ahli umno sblum pemecatan anuar 4000k...tapi skg tinggal berapa kerat je,,,fakta..he3

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...