Wednesday, February 22, 2012

Pojek Naiktaraf Jalan Jerantut-Benta Telah Mula Kerja



Jalan Benta-Jerantut yang rosak teruk menyukarkan pengguna kenderaan dan selalu buat kereta rosak.

Jalan Benta-Jerantut melalui DUN Damak Jerantut. Dulu kerajaan kata peruntukan RM22 juta diperlukan. JKR kata kos ideal ialah RM17 juta.

Maka tender dikeluarkan. Pemberian tender berdasar harga yang paling rendah. Dapat kepada sebuah syarikat kelas A anak tempatan Jerantut dengan harga RM13 juta.

JKR telah melantik kontraktor untuk melaksanakan Projek Naik Taraf Jalan Benta - Jerantut dan kontraktor telah tandatangani Surat Setuju Terima Projek berkenaan.

Nama Kontraktor : UNIBINA CONTRACT & LANDSCAPE SDN. BHD.
Tarikh Milik Tapak : 27.12.2011
Tarikh Siap : 24.12.2012

Dato' Lau Lee, ADUN Damak sangat suka hati kerana masalah Jalan Benta-Jerantut buat pengguna dan pengundi di DUN Damak marah dan mengadu jalan teruk dan buat kereta rosak.


21.02.2012 (Selasa) 5.30 pm :
Projek Naiktaraf Jalan Jerantut-Benta telah mula kerja di Batu 1.

Reaksi beberapa komen dalam FB-FB Jerantut:

Minta maaf atas gangguan lalu lintas dan terima kasih kerana bersabar. 

Semoga berjalan lancar seperti ape yg di rancangkan. 

Melebarkan jalan... dan memperbaiki... jalan yang pecah.... tiada jalan baru di bina. 

Walau mcm mana keadaan sekali pun.... sekurang-kurangnya... kereta kita tak rosak lagi. 

Itulah bukti rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan 

Harap tidak terbengkalai sekali lagi..anyway tq




Foto-foto ihsan FB YB Dato' Lau Lee ADUN Damak.

Menarik juga untuk WZWH petik komen sahabat dalam FB Batu Balai KampungKu:

Mampukah jalan sedia ada yang diturap tar baru itu bertahan.....?
Selagi........Treler mengangkut bijih besi bermaharajalela di jalan tersebut... 
Apa yang di perhatikan... kalau kita memandu menghala ke Benta.. 
jalan sebelah kanan je yang rosak teruk ( jalan dari BENTA )...
Sebelah kiri.. tak rosak sangat.......
Kerana.. Treler mengangkut bijih besi dari Kerambit.....menggunakan jalan ini.. 
untuk ke Kuantan..... 
Mereka pergi ke Quary bijih besi menggunakan jalan Tembeling-Mela-Kerambit... 
Bila bijih besi di isi.. mereka menggunakan jalan tersebut( Benta-Jerantut).
Kerana Jalan Tembeling -Mela- Kerambit terdapat 2 bukit... dan mereka tak dapat melepasi bukit tersebut... dengan isian bijih besi melebihi had muatan yang di benarkan.

Apa pun WZWH ucap tahniah kepada YB Dato' Lau Lee yang berkerja kuat follow up memastikan projek naiktaraf Jalan Jerantut-Benta mula kerja.

Kini penduduk Jerantut dan DUN Damak khasnya yang sering menggunakan Jalan Jerantut-Benta pasti gembira dan ceria.

10 comments:

Anonymous said...

Wahai org jerantut. Jgn percaya pd UMNO/BN. Dulu dekat PRU12, dia blh buat jalan konon2nya memang serius nak buat jalan Jerantut Benta. Siap ndgn jentolak bekerja hari2 tolak tanah dekat Binjai/Sg Par. tengok2 lepas PRU12, jentolak blh hilang dan akhirnya jalan tu sampai sekarang tak buat2.
Tiba2 dia nak tipu lagi org jerantut dgn ker4ja2 buat jalan,sbbnya PRU13 dah tak lama dah.Terpulanglah pd org Jerantut, nak percaya ke atau tak nak percaya.
Bodohlah org itu kalau dipatuk oleh ular yg sama dan dari lubang yg sama sebanyak 2 kali. Ini bkn 2 kali bahkan dah 12 kali dah. Nak bagi UMNO/BN patuk buat kali ke 13 ke pulak??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:29,
Kontraktor lama dulu underbudget. Masuk tender dengan harga murah sangat tak boleh cover kos maka mengkarak kontraktor itu. Kontraktor pun orang luar tiada semangat Jerantut. Pengajarannya cari kontraktor anak tempatan yang berwibawa dan bersemangat Jerantut.

Anonymous said...

ini semua usaha Abu Batu Satu..dgn keje bersama Kak Key

Anonymous said...

oppp bkn Abu Batu Satu, tp Abu Satu Batu, ekekeke

Anonymous said...

yang tak puashati tu kem sebelah sana dari bahasanya.. kalau kita buat apa saja yg baikpun dia tetap tak puashati.. kita usah marah kat dia kerana jiwa dia tin kosong. tak pernah bersyukur!!!

Anonymous said...

seperti tikus membaiki labu itulah perumpamaannye projek naik taraf jalan ni.rakyat dun damak dah lama sgt nak merasa jalan lurus dan selesa..cepat dan selamat sampai ke destinasi yang nak dituju..tapi hasilnya inilah yg rakyat dun damak dpt..he he 13 juta tu byk juga ye..agak2nya bilalah kampung2 sepanjang jalan jerantut ke benta tu boleh maju.dgn jalan jalan yg mcm tu...50 tahun lg gamoknya ada..wahai pemimpin bn sudah2 la memperbodohkan rakyat..dulu janji lain tapi buat lain.deme tunggulah pilihanraya nanti.kome bersyukur kepada allah taala yg beri kome hidayah supaya tak memilih dan menyokong pemimpin yg rasuah dan hipokrit!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:16,
Nak Jalan Jerantut-Benta merasa jalan lurus dan selesa..cepat dan selamat tunggu posting WZWH yang akan datang. Cool dulu bro...hati panas jangan tuang minyak. Jadilah orang Jerantut yang berfikir. Kita fikir sesuatu...

Anonymous said...

Orang Jerantut senang kena kelentong dulu laa...sekarang dah ramai orang Jerantut guna internet dan smartphone.

Anonymous said...

pung pang pung pang pung.pilihanraya dah mari.yeahaaa.

Anonymous said...

...tipu " Naik taraf "
...benar " Memperelok "
...baca elok sikit papan tanda tu !
...Satu lagi Projek Tipu Helah BN !

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...