Saturday, February 4, 2012

Antara Jamuan Makan Malam JKKK Kampung Dan Dinner Korporat Asturi 2012

Ini cerita WZWH menghadiri makan malam @ dinner. Antara jamuan makan malam JKKK kampung dan dinner korporat.

DUN Tahan ada 23 JKKK. Semua JKKK ini mahu diceriakan.

Awal bulan Januari JKKK Kampung Batu Embun mengada kenduri selamat satu kampung. Tok Empat Cikgu Zali Omar mengumpul anak buahnya.

Ada empat JKKK Kampung di Tembeling Tengah mahu buat lawatan ke Melaka dengan 6 buah bas.

Posting ini WZWH menghadiri jamuan makan malam JKKK kampung Pulau Mansuk kira satu kampung. Jamuan ini bukan buat di Kampung Pulau Mansuk, Jerantut tapi dibuat di Duta Village Resort Kuantan pada malam Sabtu lepas.

Seramai 130 orang Kampung Pulau Mansuk berkampung di Duta Village Kuantan selama 2 hari.
















Jauh jamuan makan malam JKKK Kampung Pulau Mansuk, Jerantut buat di Kuantan!
















Tok Empat Kampung Pulau Mansuk, Saidi @ Ya bersama ADUN Tahan.
















ADUN Tahan berucap. Antara janjinya projek perumahan orang kampung Pulau Mansuk dan projek pembesaran kampung.
















Shukri pemimpin Belia Sinaran Pulau Mansuk. Di sebelah ialah Addy Daud.
















Orang Kampung Pulau Mansuk. Dan banyak foto dibawah:
















Kusyuk mendengar amanat ADUN Tahan.
















Orang Kampung Pulau Mansuk santai bersama ADUN Tahan di Duta Village Resort Kuantan.
















Rodong classmate masa sekolah SEMSAS. Ini Annuar bujang tua Kampung Pulau Mansuk.
















Malam semalam WZWH dijemput Dato' Sharif Shamsuddin ke Dinner Asturi Metal Builders Sdn Bhd  di Hotel Zenith Kuantan sempena 15 tahun penubuhan syarikat oil n gas beliau. Dato' Sharif adalah pengasas dan Managing Director Asturi.
















Dato' Sharif Shamsuddin berucap di Dewan Besar Hotel Zenith mengalukan 500 jemputan korporat. Beliau dengan bangga menceritakan kisah kejayaan membina Syarikat Asturi yang membekalkan produk dan peralatan Oil n Gas kepada pasaran tempatan dan seluruh dunia.

Syarikat Asturi diiktiraf kejayaannya oleh Petronas dan Dato' Sharif mahu syarikatnya berupaya menghasilkan pendapatan berbilion ringgit. Nilai kerja projek-projek yang sudah dibuat oleh Asturi kini bernilai lebih RM300 juta.

Dato' Sharif anak Pedah Jerantut membuktikan orang Jerantut mampu bersaing secara global.
















Dato' Sharif sedang melayan tetamu.
















Artis ternama malam itu Ramli Sarip paparock menghiburkan tetamu dengan medley lagu-lagu evergreen selama 40 tahun berkecimpung dalam bidang muzik.

lagu-lagu Camelia, Zakiah, Teratai, Jangan tunggu lama-lama, banyak lagi la...semua orang dalam dewan ikut nyanyi. Last sekali lagu "smoke on the water"-Deep Purple lama dah lagu ni 40 tahun.
















Antara "JKKK"  band yang mengiringi Ramli Sarip ialah Man Kidal-Lefthanded, Jatt-Black Dog Bone, drummer-Revolvers. Ini semua ahli muzik otai tapi highly profesional.
















Ramli Sarip berkesempatan menemui peminat di luar dewan Hotel Zenith selepas show.

10 comments:

Anonymous said...

Apa tujuan sebenar WZWH membawa cerita sebegini, nak tunjuk mende???..... Gaimana dengan JKKK Pulau Tawar ?? Kg. Labu... JKKK kas dengar ada yang dapat duit balak atas angin.... betul ke? Ce ceta sikit Jurik....

Anonymous said...

Anon di atas, blog bleh dikatakan suatu medium yg boleh digunapakai sbgai diari dan buah fikiran yg ingin kita interpret kan.. Kalao ko x suka pergi berambos la

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon-anon semua,
Tidak mengapa, kalau anon nak bertanya, bertanyalah apa-apa. Blog WZWH terbuka kepada semua orang Jerantut.

Anonymous said...

JKK pulau mansok?...hebat sehebat tok4 nyerrr.....tp peti undi camnerr yerkkk...jaga lahh hok peti undi nyerr dah bereper kali PRU menang pihak pembangkang.....JKKK yg peti undi menang abaikan...molekk lahhhh......PRU 13 nte tau lahh dun TAHAN.....jagan ingat RM anda boleh membeli undiiiii........

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10.42,
Pandangan anda ada logik dan point. Anon betul.

WZWH dah kata semua 23 JKKK dalam DUN Tahan terlibat untuk diceriakan.

Tunggu masa dan ketika yang sesuai. Tiada JKKK yang ditinggalkan di DUN Tahan.

Tiada diskriminasi. WZWH jamin.

Boleh WZWH tanya Anon 10:42 ni dari JKKK mana?

Senang2 call phone WZWH 013-9058818. Itu bisa diurus jangan ribut-ribut bro/sis!

Anonymous said...

Baguslah tu, orang sibuk2 nak merakyatkan sempena Mailidur Rasul, tapi kita dok perabih "pitih" dengan cari pitih menjelang GE 13... Apamacam baguih tak komen kas nih... Kas rasa gamoknya pas roker dan "ompat2" terlompat2 diiringi dgn solawat Nabi kot...

Yang memerhati...

Anonymous said...

Inilah salah satu projek bagaimana UMNO menghabiskan Wang RM500 juta yang dikatakan untuk DUN Tahan. Ini yang kita nampat dan yang kita diberitahu. Kome harap rakyat DUN Tahan ke, P. Tawar ke, DUN Damak ke, marilah kita pakat2 tolak UMNO atau BN ni.
Konon2nya ajak orang P. Mansuk tu nak citer fasal nak nbagi tanah la tu. Begitulah gaya UMNO.Dekat PRU, dia kelengtong orang kg bahawa tanah dah lulus, tunggu MB sain je. Borang dah proses bla7.

Anonymous said...

Salam Engku Zuri, berapa kali aku khabo ke gon jangan jumudkan pemikiran orang melayu. Bila kapitalis (baca kaum pemodal) menguasai ahli politik inilah jadinya.

Kalau setakat jadi ADUN untuk menjadi pencacai kaum pemodal yang tamak haloba sampai bila pun orang melayu akan ditindas. Tanah, hutan, lombong, kuari dan segalanya akan tergadai.

Bertaubatlah korang semua...apa kejadahnya majlis JKKK dibuat sampai ke Kuantan. Orang kampung tak bersalah tetapi pencacai kaum pemodal yang separuh masak...ini tanah dan air kita. orang benci umno sebab korang laa...phuiii

Anonymous said...

anon 4;24.. utk makluman jkkk kg pulau mansok menanggun hampir keseluruhan kos pebelanjaan tempat tido di duta villeg. klu tak tahu cerita jgn main fitnah jer.........

Anonymous said...

Surang anom 5.07 lagi pembukak pekung didada, jika JKKK pulau mansok tanggung nak tanya berapa pula gaji or alaun JKK tu sebulan. Jika pengerusi JKKK (jong kerjakan kawasan keramat) RM780/= jangan buat main2 nanti ada tangan nakal lapor kepada SPRM or Polis, mampus ko kena tanggung jawab rahsia dalam poket...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...