Tuesday, February 7, 2012

Kesungguhan PAS Menawan Parlimen Jerantut Dan DUN Pulau Tawar PRU 13

c
Dr Hamzah Jaafar calon PAS parlimen Jerantut bersama pemimpin komuniti Cina Jerantut meraikan Tahun Baru Cina. Kelihatan Cikgu Koh Pengerusi DAP Jerantut. 9000 pengundi Cina sedang dijala oleh Dr Hamzah. 

Parlimen 81 Jerantut ada 3 DUN-DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar. Pengundi berdaftar seramai 55,000.

Pecahan mengikut kaum:
  • Melayu-81.31%
  • Cina-14.92%
  • India-2.94%
  • Lain-lain-0.84%
Strategi Dr Hamzah Jaafar mudah pecahkan undi Melayu 50-50 dan dapatkan 60% undi Cina. Feedback dari komuniti Cina ialah ahli parlimen Jerantut sekarang tidak servis kepada masyarakat Cina. Ini memudahkan Dr Hamzah Jaafar masuk jarum.

Dr Hamzah Jaafar juga aktif melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat Cina dan India. Dr Hamzah Jaafar pun turut bersama dengan masyarakat Cina Kristian Jerantut.

Dr Hamzah Jaafar berjaya menguasai kepimpinan Cina Kristian Jerantut yang akan mempengaruhi pengundi Cina Jerantut.

Dr Hamzah Jaafar mengedarkan kad Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina Jerantut.

Dr Hamzah Jaafar merayakan pesta Ponggal bersama komuniti India Jerantut.

Parliament of Malaysia: Jerantut, Pahang

1999 
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) 16,424 51%
Syed Ibrahim Syed Ab Rahman (PAS) 14,961 46%

2004
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) 21,349 61%
Hamzah Jaaffar (PAS) 12,892 37%

2008
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO)19,543 51%
Hamzah Jaaffar (PAS) 17,597 46%

Daripada statistik PRU parlimen Jerantut yang lepas Dr Hamzah Jaafar dengan kesungguhan beliau jika kerja lebih kuat lagi boleh memenangi parlimen Jerantut PRU 13.

Dr Hamzah Jaafar mengajak AJK PAS Jerantut turun padang memecah kubu kuat UMNO di Felda Sungai Tekam Getah.

Dr Hamzah Jaafar bersalam mesra dengan peneroka Felda Sungai Tekam Getah.

Hujah Dr Hamzah Jaafar di Felda Sungai Tekam Getah...

Peneroka di Felda Sungai Tekam Getah telah mula memberi sokongan mereka kepada Parti PAS. Menurut penduduk disini, sokongan mereka sekarang telah beralih kepada Parti PAS disebabkan hilang kepercayaan kepada UMNO yang jelas selama ini telah banyak melakukan penipuan dan penyelewengan terhadap masyarakat Felda. 

Isu yang paling hangat berlegar dikedai kopi sekitar Sungai Tekam Getah adalah cubaan melantik Isa Samad (yang pernah dipalitkan dengan isu rasuah) sebagai pengerusi KPF melalui "jalan haram" dan cubaan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd ke dalam bursa malaysia yang bakal menyaksikan orang luar (bukan bumiputra) menjadi pemegang saham; sekaligus bakal menjejaskan kepentingan hak melayu atas Felda yang wujud sejak tahun 1956. Akan ada orang luar menjadi Lembaga Pengarah yang bakal mencorakkan polisi Felda di masa depan.

Untuk rekod, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan bagaimana pelaburan-pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat FGVH seperti FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies melalui Twin Rivers Technologies US (TRT), FELDA Global Ventures Middle East dan FELDA Global Ventures Arabia semuanya mencatakan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010. Selamatkan Felda, Ubahlah Sekarang!

WZWH difahamkan 800,000 generasi ke dua Felda majoritinya tidak bersetuju dengan isu penyenaraian FGVH. Alasan logik mereka 1.1 juta ekar tanah Felda yang kini boleh menghasilkan pendapatan lebih RM1.1 bilion kenapa mahu kongsi dengan ramai orang dan berdepan dengan risiko ekonomi yang tidak menentu.

Jika DS Najib mahu juga senaraikan FGVH pada bulan April ini majoriti 800,000 generasi kedua Felda akan mempengaruhi  112,635 peneroka supaya tidak mengundi BN pada PRU 13!

Ini begitu menakutkan WZWH kerana dalam 317 kawasan Felda ada 56 kerusi parlimen dan 92 kerusi DUN. Jika masyarakat peneroka dan generasi ke dua menolak BN kerana isu ini maka apa yang DS Najib dan BN mahu cagarkan untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.

DS Najib tidak akan berada selama-lamanya di Putrajaya, apa akan terjadi selepas DS Najib tidak berkuasa lagi kemungkinan akan ada pemimpin seterusnya yang akan menjual Felda 100% kepada pemegang saham asing. Ini yang juga amat dibimbangi oleh generasi ke dua Felda.

WZWH amat berharap DS Najib dapat mesej ini. WZWH tahu apalah WZWH jika nak dibandingkan dengan penasihat ekonomi DS Najib dari Harvard, Oxford dan Cambridge yang sungguh bergeliga otak itu!

Yohanis Ahmad Ketua Pemuda PAS Jerantut bersama AJK Pemuda PAS Jerantut turut turun padang menemui peneroka Felda Sungai Tekam Getah.

Ini dia calon PAS Dun Pulau Tawar PRU 13 Yohanis Ahmad sedang menemui bakal pengundi yang akan mengundi beliau.

Yohanis bin Ahmad adalah Ketua Pemuda PAS Jerantut, berumur 30an. Yohanis ini anak jati Pulau Tawar, Kampung Kedondong kelulusan Universiti Azhar, Mesir dan berkerja di firma guaman. Ayah beliau peneroka Felda Kota Gelanggi 1 bererti Yohanis adalah anak peneroka. Yohanis juga Pengerusi ANAK Peneroka Pahang.

WZWH nampak ada talent saudara Yohanis ini. Bolehlah kalau dicalon oleh PAS Jerantut lawan Dato Dr Shukri. Orang Pulau Tawar Gelanggi kawasan sekitar semua kenal dia.

Siapa calon-calon UMNO yang terpilih nanti tidak kira Dato' Dr Shukri, Mohd Zukarmi, Dato' Hj Nazri, Mohd Adil, Ketua Wanita kenali lawan anda dalam PRU 13 nanti.

WZWH rasa kena anak peneroka juga untuk berhadapan dengan Yohanis ini. Dato' Hj Nazri mungkin boleh. Susah sangat Ku Lan pun boleh!

18 comments:

Anonymous said...

DUN Pulau Tawar tak ada RM500 Juta macam DUN Tahan.

Anonymous said...

Kalau nazri ngah tu mungkin ketua cawangan umno pulau tawar pun tak nak undi dia.

Anonymous said...

takbirrr mudah-mudahan tercpai cite2 PAS...puak UUUUMMMMMNNNOOO$RRRR punkor belekerrrrr......

Anonymous said...

Tengok gayenyer GE 13 ni, termakbul doa Pas untuk menawan P81 dan dua DUN dalam tangan; iaitu Dun Tahan dan P Tawar. Sebab P Tawar strategi Pas dengan gerak kerja rersusun, Dun Tahan pengundi memang dah sebulat hati tolak wakil sekarang ini. Berikutan pendedahan demi pendedahan oleh engku sendiri. Manakala Dun Damak selain dari DAP berikan kepada Bebas pun BN juga hampir pasti juga kecundang... Selamat tinggal Amanu/BeNd...

Anonymous said...

Wan ZURIK kritik lbih pasal flda sbb bos dia berangn nk jdi pengerusi flda...buktinye smlm dlm PJmpaan umno bos nye dah mnyatakan hasrat secara trsirat utk pgang jwtn itu.haha....

adrianiamri said...

Macam-macam kalau tulis kat sini, idea pelik dan menarik timmbul bila seseorang menulis tanpa menyatakan nama..

"Baling batu, tangan sorok ke belakang".. Xpe. Apa yang penting natijah akibat ide itu.. Boleh pakai, kita guna.. tidak boleh , kita ketepikan...

terima kasih buat anom2 semua.. Kemukakan idea lagi untuk perhatian orang kuat Jerantut ni, WZWH..

adrianiamri said...

Nampaknya UMNO kena bekerja lebih keras ler untuk mejauhkan imej sebagai parti Tuan ..
Pemimpin di atas kena lebih banyak turun ke akar umbi.. Ini tidak Last sekali kawan JK Cawangan jumpa Ku Lan bila PRU ke 12 dulu.. Itu pon hanya jumpa 2 minit jer..Maklumlah nak cepat ronda semua kawasan...Natijah, habis member sekampung anti Ku Lan..(Tgk result PRU..
Begitu juga Dato' Shukri, sejak digugurkan jadi exco lalu..Makin ke payah nak jumpa... Lagi kuat telahan orang, deme nak digugurkan... Kalau bertanding nak harapkan jawatan, cukuplah.. Orang lain pon nak juga... Ini politik bukannya prestasi...

Tahniah kepada PAS.. Tapi pelik juga, kawan tahu cerita aktiviti PAS kat Blog orang kuat UMNO..hehee.. Mana nak cari mee ni, kot2 ada udang kat situ..

Anonymous said...

Ha ha ha.

Che Wan..Reverse Siko nampaknye awok ni..ha ha ha..

Moga PM awok faham..kalo idak..macam mencuruhkan air ke daun keladi..ha ha ha.

Tapi , kah rase tak FGV tetap ke BSKL, sebak UMNO nak guna duit tu untuk belanja PRU-13...ha ha ha..

Anonymous said...

Semakin hari semakin gelabah. OmhNo dah semacam ekor kucing terbakar api pelita. Sesama sendiri pun bertetak, nak vover isu dibangkit sendiri pun tak larat. Nak tepis isu dibawa Pas, OmhNo terus makan diri. Nak pilih calun angkat sendiri yang kaki pemunkor. Abis dahlah reta2 nenek moyang sampai ke cucu cicit komeh ni nyer sental der deme kata oleh tok kikir eh2 eh salah; tok wakil. Bawalah ke alam barzakh reta2 tuh. Biarlah komeh nih meleleh air lior menigok puak2 UmhNo banyak bini banyak keritak banyak pungko....

Anonymous said...

Tekaan deme Dr. Hamzah akan bertanding Parlimen tu mungkin meleset. Koi dengo citer, Dr. Hamzah diprepare utk jadi exco. So mungkin dia di DUN Tahan. Parlimen pula orang luar.
Jangan terpedaya dengan gambar2 di bena tu sbb Dr. Hamzah sejak dia jadi YDP, kome nampak memang dia bekerja dengan strategi dan ada perancangan. Selama ni PAS buat kerja straigt Forward je. Senang nak baca. Cara Dr. Hamzah ni ikut bacaan kawan ada strategi dia punya kerja.
Dulu orang ingat DUN Tahan orang yang ada gambar di baner2 yang di gantung sekitar DUN Tahan. Tengok2 Nuridah jadi calon. Macam skrg semua orang ingat Ust Zakuan di DUN Tahan dan Yohanis di DUN P. Tawar.
Kome jg ada dengar citer, Yohanis mungkin ke Parlimen dan Dr. Hamzah ke DUN P. Tawar.
Dr. Hamzah round seluruh Jerantut tu bukannya apa, mungkin atas kapasiti dia sbg YDP. Tapi kome jg ada dengo citer dia tak nok bertanding.
Dalam PAS ni pelik. Pemimpin berebut tak nok bertanding tak macam dalam UMNO. Lagi pun stakat yang kome tau dia pun dah kaya.
Bagi kome, Dr. Hamzah kena bertanding tak kiralah kat mana2 pun. Org tak nok bertanding + kaya jawabnya wajib bertanding.

Anonymous said...

Yaaa....go Dr Hamzah go...terjun gaung ekekekekekekeke

Anonymous said...

Salam semua,

Macam2 pandangan dan dakwaan untuk
MENEGAKAN benang masing.Ada yang berangapan BN
AKAN KIOK diJerantut.Ada yang cerita
Dr:Hamzah kayaraya.Seronok lihat orang Jerantut berpolitik.Dah macam
cara politik Kota Baru...

Walauapa pun saya tetap mahu berpolitik cara Melayu Jerantut dan
Pahang yang sentiasa berfikir terbuka serta berpijak dibumi nyata.
PAS dan PKR tidak kuat sangat
diJerantut.Kemerosotan undi BN pada PR 12 disebabkan protis UMNO
dan pengundi atas pagar kapada
kerajaan ,sebab kelemahan Tun Dolll dan ditelah diambil peluang
Anugay serta DAP mengexplotasikan
dengan belbagi cara .Pengundi Cina banyak berpaling tadah dengan sebab
ingin kuasa lebeh ....TAPI JADI TERBALIK,kerana geopolitik negara
kita tidak mengizinkan berpolitik
melampaui asas kemajmukan penduduk Malaysia...dan mencabuli perkara2
yang telah dipersetujui dan telah nyatakan dengan jelas dalam
Perlambagaan Malaysia.,,,,,,spt
hak Melayu/Bumuputra,Agama Islam ,Bahasa Melayu dan kedulutan Raja2
Melayu.Saya berpandapat Melayu/bumiputra sangup bergadai
nyawa untuk membertahankan ini semu.Terutama Nelayu UMNO.... PAS
saya tak yakin sebab dia orang tak
ada bangsa,,bagi PAS bangsa dia
orang bangsa Islam,,,itulah mengikut fahaman ajaran Waliseliper ,Mursidul Am PAS.Dalam
perlambagaan PAS tak sebut hal2
Melayu....tolong BACA YA,,,,.

Broo WZWH tolong buat kajian perkara dibawah dengan teliti,,,

Bekaitan Dr Hamzah....

1.Apa pertubuhan yang dia masuk ?
Kalau ABIM kita boleh faham dan
tahu macam mana dikayaraya.
2.Apa perniagaan dia yang didakwa
oleh penyukong boleh menyebabkan
diakayaraya?
3.Zamam menteri kewangan mana dia
dapa banyak projek dan saham ?


Kalau Kamaruddin Jaafar,Dr Wahab,
Sarip Jusup dan mereka seangkatan
dengen Anugay kita faham terus...

selamat berpolitik orang Jerantut,
biar sampai sawan politik..haa haa.
Jangan marehhh yae...

Gasing Toyong.

Jiwa Islam said...

Assalamualaikum...Saudara WZWH dan skuad UMNO yg lain...pandangan peribadi saya terhadap DR. Hamzah ni memang seorang yang baik dan layak jadi pemimpin..teringat sekitar 20 tahun lalu..pada bulan Ramadhan Dr.Hamzah sering menghantar kurma kepada jiran-jiran disekitar kampung dan sering bergaul mesra dengan masyarakat...seingat saya waktu itu beliau masih belum aktif dalam politik...tetapi sikap beliau yg suka memberi itu saya memang suka dan memang nampak ketokohan beliau...kalau skuad UMNO masih nak kekal bersama UMNO terpulanglah...yg penting PAS memang on track dan masih utuh dengan strategi tersendiri dan orang Melayu tak perlu gusar PAS takkan sekali-kali tunduk kepada DAP mahupun pakatan,cuma keadaan sekarang seperti menarik rambut di dalam tepung...rambut tak putus tepung tak berselerak..."....tgu PR menang dulu...lepas tu tengok macam mana ketegasan PAS selepas di beri Amanah....itu adalah keyakinan saya yang diyakinkan oleh kepimpinan Ulama' yg kaya dengan strategi....Wallahua'lam...

Jiwa Islam said...

Untuk pengetahuan yang suruh selidik kat mana DR.Hamzah dapat duit dan kaya raya leni....bagi saya nak kata kaya raya tu dak laa wokme....Dr.Hamzah ni sejak zaman lepas Universiti dan masa jadi pensyarah pun dia dah start berbisnes....dah lebih 20 tahun tu...logikla ada duit sikit....dia pun aktif jugak dengan Muslimah shop...mungkin sawit kat kampung pun tampung sikit-sikit.....

Jiwa Islam said...

Dr.Hamzah ni sekampung tang Yohanis tu sama schoolmate saya....jadi dua-dua memang berbakat dan layak...bukan kaki onar dan layak pegang amanah....

Anonymous said...

Salam Saudar Jiwa Islam,

Terima kasih kerana respon .Saya
percya anda berkata benar,,,tapi apahal dengan dakwan penyukong PAS
yan mengatakan Dr Hamzah kayaraya,,,semak balik komem2 mereka
dalam blok ini....saya bukan Melayu
mudah lupa...atau anda cuba melindongi sesuatu?,,,atau penyukong2 suka berbohong .?...cakap
besar.?...

Pada PR 12 ,PAS berbelanja besar,,,
saya saksi sendiri,,,,saya rami
kawan dalam PAS dan PKR....jangan
berselindong disebalik sehelai
rambut...Dr Hamzah sudah lama
memancing diJerantut.....sejak
Aungay orang besar UMNO./...cucuk
sikit dah terkeluar,,,haa haa..
Kata Abu Dajal,,,Abu Dajal tidak
curi duit ini,,,nak tahu cerita
Abu Dajal,,,tanya CIKGU NGH,,,

Gasing Toyong.

Anonymous said...

Amenda la deme ni. Dok sibuk fasal Dr Hamzah kaya.Dok persoal pulok dia dapat projek kat mana. Kome ni bukan ahli UMNO tapi penyokong UMNO yang tak taksub. Kome kawan belaka dengan orng PAS ke, UMNO ke. Setahu kome Dr. Hamzah tak la kaya sangat. Orang kata dia kaya tu sebab org tengok zahir dia je. Pakai kete mewah macam org UMNO lain.Tu je.Kalau nak kata dia kaya pun, dia jadi macam tu tak macam pemimpin UMNO yg kaya raya kerana dapat kawasan balak dan projek2 dari kerajaan.
Dr. Hamzah ni dia berniaga jenis yang tak de kaitan dengan projek atau tender samada zaman Anwar ke atau seumpamanya. Dia hanya ada restoran je weh. Lepas lu katanya ada kilang.
Jadi tak soh lah dok sebok fasal kaya Dr Hamzah tu.
Kalau nak tengok kat dia pun, tengok lah pada peribadi dia. Paling tidak, blh tumpang ilmu dia di mana dia mengajar Hari Isnin di KIAS. Kalau takdir kome mati, kome bangga sangat seorang wakil rakyat yang 'berada' mcm Dr. Hamzah tu dan ada ilmu agama jadi imam sembahyang jenbazah kome. Tak mcm wakil rakyat UMNO, jadi imam rembat balak dan anak dara orang ada la. Lepas tu rembat projek, rembat tanah rakyat bagi kat cina. Lepas tu jumpa rakyat melayu, cakap 'tuan2, kalau Pakatan Rakyat perintah negeri dan negara kita, habis tanah2 kita dijual kepada Cina'.
Maaf lah. Kome n geng, dulu UMNO, sekarang pun UMNO tapi kali ni kome nak undi PAS doh weh

Jiwa Islam said...

Sahabat!!!! tentang penyokong PAS ada yang over tu,tak perlu dilayan sangat....sebab yang bakal memimpin bukanlah mereka...mereka hanya terkadang lebih sudu daripada kuah...apa yg perlu dilihat ialah bakal pemimpin itu sendiri jenis yang bagaimana....kredibiliti atau ketokohan pemimpin itulah yg paling penting....kita semua semestinya sama nawaitu yakni berkeinginan supaya Jerantut khususnya dan Malaysia umumnya maju dunia akhirat....jadi sudah barang tentu pemimpin yg kita kena pilih adalah yg berkehendakkan kejayaan dunia akhirat....saya tak nafikan UMNO banyak jasanya...masakan langsung tiada jasa dalam tempoh pemerintahan selama lebih 50 tahun...saya sendiri amat berterima kasih terhadap jasa tersebut...namun saya yakin iklim politik tanah air telah berubah dan telah ada kumpulan lain yang serasanya mampu untuk menggalas tugas sebagai peneraju negara kita yang baru dan mereka ini wajar diberi peluang untuk membuktikan kebolehan mereka...kita akan pantau prestasi mereka sentiasa dan gulingkan mereka pula jika mereka juga khianat terhadap negara kita...bagi saya cara beginilah yang seharusnya dilakukan oleh warga yg bijak...Wallahua'lam...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...