Monday, February 20, 2012

BRIM...BRIM...BRIM...BR1M

Kemudahan yang kerajaan bagi kepada rakyat biasanya infrastruktur seperti jalanraya, sekolah, hospital, berbagai kemudahan rakyat, bantuan subsidi dsb.

Bila kerajaan ada banyak wang maka kerajaan boleh bagi cash @ tunai. Pembangkang kata kerajaan rasuah. Itu bukan rasuah. 

Apa yang berlaku kajian mendapati ramai rakyat susah baik di luar bandar dan bandar kerana inflasi, kenaikan harga minyak, ekonomi dunia merudum. Maka kerajaan buat keputusan beri cash RM100, RM500 dll. Itu dinama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kerajaan Singapura 2/3 tahun dulu pun beri cash kepada rakyat. DAP perlu faham apa yang PAP buat di Singapura.

Sebab itu Lim Guan Eng kata kalau Pakatan Rakyat duduk Putrajaya maka BR1M ini mahu ditambah hingga RM1000!

Kerajaan pun kata bukan tahun ini saja ada bantuan BR1M malah kerajaan berhasrat mahu beri lagi tahun depan.

Di Jerantut terdapat 11,000 penerima bawah gaji RM3000 layak menerima bantuan BR1M RM500. Maka di DUN Tahan, DUN Damak dan DUN Pulau Tawar sibuklah urusetia BR1M memberi baucer kepada rakyat.

Di DUN Tahan, dulu dah diberi di kampung Labu melibatkan 400 orang. Semalam 3500 orang menerima BR1M di Kampung Feri, Jerantut.

WZWH dapati seawal pagi lagi pukul 7.00 orang ramai sudah menunggu. Deretan kereta banyak parking di tepi jalan yang sempit. Terdapat anggota RELA mengawal keadaan.


Oleh kerana terdapat kelemahan sistem pemberian baucer yang lambat dan tidak cekap maka ramai orang bersunggut. Letih juga Urusetia BR1M menerang dan menenang keadaan. Orang berpusu-pusu mahu cepat dapatkan baucer.

ADUN Tahan ada disitu. 300 penerima baucer yang pertama dikehendaki tunggu. Sepatutnya beri saja kepada siapa-siapa yang hadir awal dan cepat tanpa tunggu ucapan ADUN Tahan.

Ada 3500 orang maka jika sistem pemberian baucer berjalan lancar dan cekap tanpa ada stop time tidaklah orang ramai merungut. Nasib baik hujan renyai-renyai basah sejuk tidaklah panas terik kalau tidak keadaan pasti tidak terkawal dan 'panas dengan kerenah orang ramai".

Sebenarnya nak senang mudah 'online' saja terus ke akaun rakyat yang layak kecuali rakyat itu tidak ada akaun seperti orang Asli dan penduduk di pendalaman.

Tetapi kerana nak simbolik supaya orang ramai ingat kepada kerajaan maka wakil rakyat disuruh ada ceremony beri baucer BR1M.

Budaya ceremony @ majlis masih menjadi kemestian di Malaysia tidak seperti di England ringkas dan mudah.

Adakah rakyat yang layak menerima BR1M ini berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan?

WZWH dapati rupanya ini satu cara yang cekap dan berkesan nak kumpul ramai orang datang. 


Hari esok Selasa ada pemberian BR1M di Ulu Tembeling di DUN Tahan. Ada 800 orang layak menerima baucer BR1M. Tapi di Ulu Tembeling tidak boleh beri baucer kerana ini boleh menyusahkan orang Ulu Tembeling.

Baucer kena cash di bank. Orang Ulu Tembeling kena pergi bandar Jerantut maka kena hilir Sungai Tembeling naik bot sampai Kuala Tahan kemudian kena naik kereta atau bas ke bandar Jerantut maka kos pengangkutan dll dekat RM200 belum campur sewa Hotel Chee Fat dan Kim Yin lagi.

Oleh itu bantuan BR1M dalam bentuk cash diberi kepada orang Ulu Tembeling. Urusetia BR1M kena bawa banyak cash RM400,000. Kena escort polis lah bimbang sesesuatu yang buruk berlaku. Jangan bot yang bawa Urusetia BR1M karam di Jeram Panjang sudahlah!

Kerajaan dah buat macam-macam mengambil hati rakyat. Tapi kalau rakyat bersikap saje menyampah kepada kerajaan tanpa sebab pening juga WZWH fikir.

Berfikirlah dengan rasional dan berlapang dada. Rakyat perlu bandingkan apa kelebihan dan kekurangan Kerajaan BN dan Pembangkang Pakatan Rakyat.

Tepuk dada tanya selera!

19 comments:

Anonymous said...

Ketaksuban berpolitik tanpa usaha untuk berfikiran rasional akan menggelapkan daya penilaian dan justifikasi kita manusia. Justeru hakikatnya kurangnya daya untuk mengaplikasikan skop minda waras pasti akan menggelap fokus dan minda sihat kita.

Anonymous said...

Saya akur jika pemimpin BN kata BR1M bukan rasuah pilihanraya...tetapi kalau bukan rasuah kenapa setiap kali nak beri duit kena himpun ramai-ramai dan ada sahaja pemimpin datang beri ucapan tentang itulah..inilah...duk kata ke pembangkanlah...kesian lihat orang tua semalam tu..lihat kat Fery..dahlah ramai org datang..parkin jauh pula dan hujan pulok tuu...orang tua2 datang. Kalau iapun nak beri sangat bukalah kaunter kat setiap kampung ajer...ehmmmm...tak taulah...nak kata

Anonymous said...

Ialah kesian sungguh saya lihat orang2 tua datang kerana nak duit RM500 terpaksa sewa kereta, sewa teksi...betul tu saya setuju dgn member kat atas tadi...kalau ia nak beri duit tu berilah ikut kampung...berilah tok4 bekerja dan arrangekan untuk buka kaunter...lu fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Dapat BR1M = RM500 dan tolak sewa kereta atau teksi kalau yang jauh tu...kalau kat kawasan ulu tembeling pula semua berkumpul kat kg bantal pada hari esok....

Anonymous said...

Kalau betul nak ringankan bebanan golongan berpendapatan rendah senang aje.. turunkan harga minyak dan semua barang keperluan harian ketahap mampu beli yang paling minimum bukannya beri RM500 yang hanya tahan untuk 2/3 hari....ce bior berfikir molek sikit... habis 1 M kena rasuah... eh bukan bantuan....PR

Anonymous said...

Ha ha ha..

Kaeh menyampoh kat Kerajaan sebak Lembu-lembu banyak dalam Kabinet Kerajaan. PM macam tak ade kuase nak membuang lembu-lembu ni..patutnya kalo' Betul-betul PM nak buat transformasi, lembu-lembu dari kabinet Dolah tido patut kena buang ..bukan mase nak PRU baru nak buang..ha ha ha..lambat pepalih..

Anonymous said...

untk tidak dikatekn rasuah adlh lbh baik BR1M nie tdk dismpaikn olh yb2 / wakil rakyat...bior pegawai drpd agensi berkenaan smpaikn saje bantuan berkenaan....lg satu, jgn marah lah kalo urang kate BR1M nie hanye bertjn utk memncing undi dlm PRU akn dtg kerane mase nie dkt undi yer nak bantu beban rkyat...., kale betol beri la tiap2 bln sbg tande krjn prihatin..... AKU RAkYat Biase....

Anonymous said...

soalnya saudara, wang diberi ini dari kocek yang mana? adakah wang ini lebihan hasil penjimatan? atau wang ini satu lagi program gali lubang tutup lubang?

Anonymous said...

Alhamdulillah atas keprihatinan kerajaan. Kalau benar-benar ikhlas kenalah beri setiap tahun dan jangan tumggu dekat pilihanraya je. BR1M menilai betapa rakyat mudah diumpan dengan wang ringgit. Tetapi oleh kerana kerajaan benar-benar ikhlas, maka tak jadi masalah lah kalau rakyat tetap mengundi Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Kita kena la bersyukur tau. Ambil je duit tu. Walaupun ada yg layak tp tak dapat malah yg tak layak, dapat pulak.
Walau apapun yang dapat tu kena bersyukur dan lepas tu kena kasi BN tersungkur dalam PRU13. Manakala yg tak dapat pulak sedangkan ia layak seharusnyalah kena pastikan BN tersungkur sgh2 kali ni.

wonder why said...

Kenapa BRIM diberikan sekarang? Kerajaan berikan sekarang kerana pendapatan negara mengingkat,malahan akan memberi setiap tahun.Dengan perbelanjaan deficit selama bebelas tahun baru lah terfikir untuk membantu rakyat pendapatan kurang RM3000/bulan Cara permohonan adalah betul, tetapi cara pemberian timbul banyak masalah, malah menyusahkan pemerima bantuan ini.Tiada langsong terfikir untuk memudahkan pemberian ini.

Anonymous said...

ala...bukan nak membantu....tapi org bn boleh kumpulkan ramai org dan boleh berkempen...
kalau tak buat mcmtu rakyat tak akan dtg...patut stakat nak bagi 500 tu padan pergi ke pejabat penghulu je ambil duit.....

pemimpin pr tak perlu nak umpan dgn duit utk kupul org...siap yg dtg tu bagi derma untuk perjuangan mereka....pr terbukti lebih hebat dari umno/bn...

Anonymous said...

'kerajaan dah buat mcm2 mengambil hati rakyat....puiii.....
stakat 500 nak gegar satu dunia....

duit rakyat yg kena rompak oleh kroni2 bn/umno berbilion ringgit ti tak nak sebut plak?....dah songlap duit rakyat maka bagila 500 untuk ambil hati konon.....

Anonymous said...

kepala butoh bn.boleh blah pru13

Anonymous said...

Doh bagi ambik jelah...duit kita tu wehhh. Undi hok masing2.

Anonymous said...

kenapa bodoh sangat kerajaan dan wakil rakyat ne, dah lah dalam mengurus harta rakyat buat macam harta mak bapak diarang jer, ada kah patut?, nak beri br1m, rakyat di susahkan, semalam beri, ari ne berpusupusu beratur kat bank untuk tunaikan?, memang tak ada akai yang buat program ne, nak beri beri jer lah, bagi jer cash, panggil jer polis escort takut sangat guna tentera, bawa kereta perisai keliling dewan majlis tu, beri jer duit tunai, tau tak, yang dapat pada hari sabtu, kena datang pulak tunai pada hari isnin, campur pulak dengan gulungan yang dapat pada hari isnin terus sendat bank, orang lain yang nak berurusan pun tergendala, ada akaii ke pemimpin kerajaan ni?????

pak ya said...

xpayah sushah2, gi amik jer kat pej daerah..

Anonymous said...

Kami dah lama tau UMNO/BN tak dak akai.Byk sgt contohnya. Antaranya budak dpt 18A dlm SPM diisytihar pelajar terbaik tapi yg dapat 20A tak diisytihar sebab dia anak org Kelantan.
Cth kedua isu bg duit kat budak sekolah sebelum cuti sekolah.Last2 budak buat beli prepaid untuk bersms.Kalau UMNO/BN cerdik, sepatutnya bagi bila nak buka sekolah la. atau bg kat mak ayahnya.
UMNO/BN ni tak cerdik sgh la.

Anonymous said...

Boleh tahu x apa yang pembangkang dah bagunkan sejak memerintah beberapa negeri ni..byk sgt komen tu x betul ni x betul tp knapa x bagi idea untuk kemajuan setiap negeri.. kenapa nak pecah belahkan negara sendiri..bukan ke kita yang rugi..lagi teruk kalau bangsa lain yang memerintah negara..kita boleh lihat bagaimana rakyat singapura seolah-olah tiada hak untuk bersuara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...