Friday, February 10, 2012

Bila Jutawan PAS Bertanding Di Parlimen Dan DUN Jerantut!


Ramai penyokong akar umbi PAS Jerantut hairan kepimpinan tertinggi PAS mudah selalu tunduk dengan jenderal PKR dan DAP. Mereka baca PAS berdiam diri kerana mahu sokongan penyokong PKR dan DAP untuk PAS menuju Putrajaya.

Ada sebab lain lagi PAS perlukan peruntukan kewangan kerana belanja PRU 13 kali ini besar. Anwar Ibrahim menjanjikan bajet pilihanraya ini. Dalam posting WZWH yang lepas sila klik sini PAS Jerantut bajet RM3 juta untuk menawan parlimen Jerantut PRU 13.

WZWH lihat mutakhir ini di Jerantut cara kempen PAS sudah lain dari dulu. Kalau dulu PAS suka berceramah bawa orator atau pungkar politik dengan harapan puluhan ribuan orang datang lalu dibawa karung plastik dan talam untuk kutip derma.

Lebih banyak orangramai datang hadir mendengar ceramah dan hulur wang lagi baik maka penceramah PAS kena kuat pungkar.

Sekarang WZWH nampak PAS suka bagi 'cash in envelope', hamper, barangan. Sebab itu WZWH rasa PAS terpaksa letak calon bertaraf jutawan bertanding di parlimen dan DUN Jerantut.

Ada penyokong PAS memberi komen bahawa pemimpin PAS Jerantut sudah mewah pakai kereta Mercedes, Alphard, Murano punyai kilang dan perniagaan besar di KL.

Ada yang bimbang calon-calon anak tempatan PAS yang mereka mahu tidak dapat bila PAS Pusat hantar calon PAS lain bertanding pasti bertaraf jutawan.

Bila jutawan PAS bertanding di Parlimen dan DUN Jerantut apa implikasinya?. UMNO dan BN kena berbelanja lebih untuk menyaingi calon jutawan PAS ini.

Berapa bajet WZWH tidak tahu!

17 comments:

Anonymous said...

Ini membuktikan Kerajaan UMNO-BN sebenarnya demokratik , tidak menyekat kebebasan untuk sesiapa berniaga dan menjadi kaya,tidak kira apa kepercayaan mereka. Kalu tidak masakan ahli parti lain yang secara diam-diam menjadi jutawan. Cuba bayangkan jika PR memerintah, adakah kita akan dapat lihat ketelusan? Atau dinegeri-negeri yang mereka memerintah sekarang siapa keutamaan mereka. Mudah saja untuk kita fikirkan. Wallahualam.

Anonymous said...

Bekas timbalan menteri dan ahli parlimen jerantut bakal calon pas di P.81 Jerantut iaitu Dato Wan Bakar.. Di jerantut senyap lagi tapi di Taman melewar dah lama heboh.

Anonymous said...

akuk dengar khabor jugak dato wan nak bertanding calon PAS jerantut kalau UMNO tak bagi dia wakil parlimen jerantut..haru jugak klu budak tu masuk pas..

Anonymous said...

kalau takat bagi duit amizan 2-3 ratus tu pengundi dun damak bijak belaka tak kebulorlah duit bos wzwh yang suka tipu tu.

Anonymous said...

bro...
itu org Damak. org tembeling dgn ptawar buleh jerrr

Anonymous said...

Alaa jgn lah terpedaya dgn komen kata Dr. Hamzah tu kaya.Cuma dia tu ada kete mewah mcm pemimpin UMNO juga tapi dia tak mcm pemimpin UMNO yng hidup mewah hasil rembat projek, komisyen, balak, bijih besi dll. Dia berniaga biasa je setakat yg kome tau.Lagi pun setahu kome yg kome tengok, dia hanya ada alphard, hairier jenis lama, merc jenis lama. Yang Murano tu kome tak de pulok dengo citernya. Jadi semua jenis lama.
Kome tak suke kalau Dr. Hamzah dipilih kerana dia dikatakan kaya. Tapi kome setuju dgn komen yg kata, Dr. Hamzah perlu dipilih kerana peribadi dan ilmu agama dia. Macam Yohanis juga. Nak kira Yohanis pun kaya juga jika dilihat pada usianya, dia dah ada kereta Perdana. Dia berniaga tak mcm pemimpin UMNO yg kaya kerana rembat harta rakyat dan kerajaan ikut suka hati dia je.
Kome nok sangat tengok wakil rakyat parlimen Jerantut dan wakil rakyat DUN P. Tawar & Tahan dari kalangan orang yang boleh jadi Imam Solat Jenazah rakyat atau pengundi mereka.
Setakat wakil rakyat kome setakat boleh solat jenazah je.Nak jadi imam tu, faham2 la.Jauh lagi kot.Tu pun tak tau deme baca benda pun tak tau dlm solat jenazah.
Setakat ni di Jerantut bahkan seluruh M'sia, wakil rakyat terdiri dari mereka yang macam kita semua tengok. Tanah, balak, projek dan komisyen adalah jadi matlamat hidup mereka.
Oh ya satu lagi tak kan pemimpin PAS bagi sumbangan sekampit dua beras pun dah jadi masalah pada UMNO??UMNO blh bagi lebih banyak dari itu lagi kan??

Anonymous said...

Wan amizan @ atan dompok yang ingin sangat bertanding di Parlimen Jerantut ni, sebab baru ni beliau berucap jika pimpinan BN tak senaraikan beliau sebagai calun pada PRU 13 ni , Parti Pembangkang dah bersedia Dan me buka Pintu untuk beliau bersama Pembangkang, JIKA BEGINILAH SIKAP dompok... Pergi lah kepada pembangkang TERUS SEKARANG kerana jika and a berada dalam BN pun hanya akan menyusahkan untuk kami Jentera BN berkempen..... Sikap org yang banyak pentingkan diri dan moral yang amat rendah... Culkuplah sepenggal dompok jadi YB, kami Jentera BN tidak rela dompok dicalunkan lagi amat menyusahkan...cukuplah kami dah tak tertahan lagi dengan sikap dompok ni.... Biar dia lari ke pembangkang kami rela Dan teramat rela......

Anonymous said...

Eh ye tak ye jugok ye. kawan ada juga dengor, katanya Dato' W. Bakar akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Jerantut. Kalau gitu, betul la kata komen yg menceritakan bahawa Dr. Hamzah sendiri sebenornya tak mau dah bertanding. Bila kawan tanya org kuat PAS kenapa gambar Dr. Hamzah ada di setiap baner yg PAS buat?Dia kata memang saja PAS Jerantut buat begitu untuk kelirukan UMNO. Lagi satu kawan tanya kenapa Dr. Hamzah begitu agresif turun ke setiap cawangan, mcm dia je yg akan bertanding. Org kuat PAS tu jawab, memang Dr. Hamzah buat mcm tu atas tanggungjawab dia sbg YDP & Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Katanya lagi Dr. Hamzah dah bertekad, kalau 1 pun kerusi tak dapat disandang oleh PR di Jerantut maka secara otomatik dia akan letak jawatan.Dia dah umum depan petugas. Ini kesungguhan dan kejujuran Dr. Hamzah.Satu lagi kawan pernah dengar dalam satu ceramah di Jengka 10, depan Dato' Tuan Ibrahim, tak silap kawan, Ustaz Wahak, bendahari PAS Jerantut telah menyebut pengorbanan Dr. Hamzah dari sudut wang ringgit yang terlalu banyak untuk buat Kompleks Imam Al Syafie.
Walau pun begitu, dia tetap amat berharap agar dia tidak bertanding. Itu kata org kuat PAS Jerantut lah. Dengan sebab tu, kawan dengo cerita Dato' W. Bakar akan bertanding atas tiket PAS. Ada satu lagi orang kuat FELCRA yang namanya kawan hanya ingat nama Ramli bin kawan tak ingat.Ni pun antara nama yang disebut bakal jadi calon PAS di Jerantut.

Anonymous said...

itu blum lg memerintah, boleh bagi jugak, kalu dah memerintah nanti lebih daripada tu boleh bagi..agak2 nye la ade ke pemimipin umno atau ahli umno sendiri yg sudi korbankan duit poket sendiri untuk bagi sumbangan mcm PAS selalu2 buat..org2 pas Mana ade dpt projek balak sana sini,tapi boleh jugak utk bagi sumbangan setakat yg termampu..bumi malaysia ini bukan milik umno dan BN tapi MILIK RAKYAT oleh itu rakyat berhak untuk memilih mana yg hak dan batil..

Anonymous said...

Dulu calon2 PAS terdiri dari calon2 yg tak meyakinkan dan tak ade talent. Sekarang calon2 PAS terdiri dari org yang kaya harta dan kaya jiwa dengan pegangan agama.Baru UMNO tau.

Anonymous said...

WZWH PANDAI BUAT KELAKAR.DIA INGAT PAS BELI PENGUNDI KE?MANA ADA DUIT MCM %^&*

Anonymous said...

P.81 Jerantut
Dato Wan Abu Bakar (PAS)

N.9 Tahan
Zakuan Mohamad (PAS)

N.10 Damak
Koh Boo Heng (DAP)

N.11 Pulau Tawar
Yohanis Ahmad (PAS)

Anonymous said...

Umno tengah huru-hara dengan peperangan antara kem wan mizan vs kem kamaruzaman baria. kesian ke akak wok hitam kita. buat kerja sorang2 dia.

Anonymous said...

lagi bagus kalau ada dari kalangan UMNO yg akan mewakili PAS dalam PRU ke 13....senang sikit akar umbi UMNO nk buat kerja...cakap laa apa2 pn, yg penting pengundi satu2 kawasan tu yg akan mementukan...bagaimana cara nk lakukanya...itu lah persoalan yg perlu di rungkaikan...?

Anonymous said...

Komen kwn...

Apa yg nak di hairankan wahai wz...
kalau selama ni umno berkempen tabur duit,kain pelikat,T shirt,payung dsbnya mungkin tak pelik bagi wz...itu lumrah umno....
terkenal dengan rasuah...bermula dari nak dapatkan kuasa apatah lagi kalau dah berkuasa...
Ingat org2 PAS tu hanya tau bertaqwa pada Allah sahaja ke?...dan hidup mereka hanya berkain pelikat dan berjubah....tak ada duit dan merempat...

Itu dulu wz...ramai sekarang para cendikiawan dan ilmiah menyertai PAS...tak kurang pula para usahawan, peguam2 menyertai PAS... dan mereka banyak membawa kepada penambahbaikan perjuangan PAS....

Itu yg umno rasa tergugat dan berasa dengki...lalu seperti biasa menabur fitnah bahawa PAS telah menjadi boneka cina semata2 bekerjasama dgn DAP...BAgaimana pulak umno yg berkerjasama dgn MCA/Gerakan?...sehingga dgn mudah presiden MCA Lee liong sik memperdaya presiden umno untuk merompak wang rakyat 12billion melalui PKFZ?..

Anonymous said...

Nak lagi UMNO boneka cina?...

Genting highland di anugerahkan oleh presiden umno kepada lim goh tong dan minta buat kasino plak...

Dasar ekonomi baru bukan nak menaikan ekonomi org melayu...malah tercipta la nama2 seperti robert kuok, vincent tan, lim goh tong, ananda krisnan menjadi billionaire hasil dari DEB...Tahniah kepada umno atas kejayaan ini...

Anonymous said...

Salam semua,

Ingat lagi tak,Husam Musa caka pada
awal tahun 2011,dia kata dana PRU 13
PAS 200 juta. Banyak ,,,banyakny,,,

Sebenarnya bukan duit PAS,duit itu
Anuga punya.PRU 12 dulu pun PAS pakai duit Anugay.PKR banyak duit tapi tak ada perkerja.PAS tak banyak
duit,tapi ramai kuli cucuk hidong.Sebab itu masa PRU 12 orang
PAS joli duit Nnugay,,,yang untong
DAP ,,,ugut Anugay,,,,Tunggang PAS,

Duit PR dah ada sekarang,,,Anugay
cuma berlakun tengah cari seponser,,,dana PRU 13....
Kita akan saksikan mereka akan beli pengundi,,,sekarang dah mula,,,,,,dah...

Gasing Toyong

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...