Thursday, February 2, 2012

Calon Parlimen Jerantut PRU 13


Ramai orang bertanya WZWH siapa calon parlimen Jerantut PRU 13. Sebagai blogger politik Jerantut sudah tentu WZWH kena jawab.

Parlimen 81 Jerantut ada 3 DUN-DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar. Pengundi berdaftar seramai 55,000.

Pecahan mengikut kaum:

  • Melayu-81.31%
  • Cina-14.92%
  • India-2.94%
  • Lain-lain-0.84%

Calon parlimen Jerantut yang sesuai @ winnable candidate mengikut WZWH ialah berdasarkan hierarki dan senioriti ialah:
  1. YBM TS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
  2. YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak
  3. YH Dato' Md Sharif bin Shamsuddin
  4. YH Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud

WZWH akan bincang secara ringkas kekuatan calon-calon di atas supaya 55,000 pengundi Jerantut dapat mengenali potensi calon.

Calon pertama: Tengku Azlan

Tengku Azlan, 62, adalah anak raja low profile penyandang ahli parlimen Jerantut bagi penggal ketiga sejak PRU 1999. Ketua UMNO Bahagian Jerantut. 

Berkelulusan , Diploma kolej tentera Lahore Pakistan, Diploma Kent College of Technology England dan Hon Ph.D. Phoenix International University (New Zealand).

Kekuatan Tengku Azlan @ Ku Lan ialah jika beliau mahu lagi bertanding maka beliau pasti bertanding. Masing-masing ahli politik Jerantut lebih rela beliau bertanding kalau diri sendiri tidak bertanding. 

Aura Ku Lan seperti juga Nik Aziz di Kota Bharu. Orang Jerantut boleh terima. Yang bising-bising dibelakang sahaja bila berdepan dan dihadap masing-masing diam menunduk bisu.

Maaf tiada Hang Jebat di Jerantut...semuanya Hang Tuah belaka!

Ku Lan ada ramai sedara mara di Jerantut yang berjumlah lebih 20,000. Sedara mara ini sanggup menolak ideologi hatta mereka ini hardcore PAS tapi tetap memilih Ku Lan-"blood is thicker than water".

Anyway as usual Ku Lan is member of Parliament Jerantut. Jika beliau bertanding lagi PRU 13 beliau pasti Menteri Penuh jika Pahang ini masih lagi negeri berdaulat!. WZWH percaya DS Najib dan MB Pahang tentu bersetuju dengan WZWH.

Ku Lan menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada 2008 dan cakap tidak mahu bertanding lagi itu cara beliau "berbahasa dengan orang atas". Soalnya samada orang atas faham atau tidak itu isu lain.

Calon kedua: Wan Amizan

Wan Amizan ADUN Tahan, muda 39 tahun. Seorang ADUN yang kuat kerja. Tak sampai 3 tahun sudah lebih RM500 juta peruntukan mencurah ke DUN Tahan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Berkelulusan post-graduate diploma business management dari Society of Busines Practitioners, Cheshire England, sedang belajar MBA dari University of Liverpool, England yang dijangka tamat pengajian pada bulan Jun 2012 ini.

Jika Ku Lan bersedia mengundur diri, Wan Amizan calon parlimen paling layak dan ke depan. Beliau dikatakan 8 benda ajaib Jerantut. Sentuhan beliau selalu mudah menjadi emas.

Wan Amizan adalah tokoh diminati oleh generasi muda Jerantut. Kelebihan beliau adalah sebagai anak peneroka. Sangat setia kepada Ku Lan walau banyak benda Ku Lan buat ada yang beliau tidak setuju.

Wan Amizan bolehlah dianggap Hang Tuah Ku Lan! 

Calon ketiga: Sharif Shamsuddin

Sharif Shamsuddin, 64, calon veteran UMNO Jerantut. Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut. Pernah menjawat Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan berpengalaman berbelas tahun sebagai AJK UMNO Bahagian Jerantut.


Sharif Shamsuddin, degree in Anthropolgy and Sociology (Honours) from the University of Malaya, a diploma in Public Administration and a diploma in Marketing from the Chartered Institute of Marketing, United Kingdom.


Seorang industrialist yang berjaya di Kuantan dengan Syarikat Kingsteel Bhd dan Asturi Metal Builders Sdn Bhd. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor awam seperti MPK, Yayasan Pahang dan anak syarikat.

Politik Jerantut tidak pernah memberi peluang kepada Sharif Shamsuddin. 

Calon keempat: Ahmad Daud

Ahmad Daud, 57, calon kategori PTD kerajaan. DO Bera. Berpengalaman luas sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pernah menjawat Setiausaha Sulit Kanan YAB. Menteri Besar Pahang di Pejabat Menteri Besar Pahang.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & Diploma Pentadbiran Awam INTAN.

Satu-satunya calon harapan orang Pulau Tawar. Dalam sejarah politik Jerantut, anak jati  Pulau Tawar belum pernah diangkat sebagai ahli parlimen mahu pun ADUN.

Calon reserve: calon recycle

WZWH minta maaf kepada peminat-peminat calon recycle parlimen Jerantut. Jika WZWH angkat Kamaruzaman Baria maka WZWH terpaksa berlaku adil juga kepada calon recycle yang lain. Maka WZWH tidak mahu diskus secara panjang lebar calon-calon recycle.

WZWH berpendapat ini saja calon-calon terbaik parlimen Jerantut. Terserah kepada 55,000 pengundi parlimen Jerantut untuk memilih pada PRU 13 nanti.

Kepada calon PAS parlimen Jerantut WZWH harap Dr Hamzah Jaafar yang akan menjadi calon PR (PAS) parlimen 81 Jerantut buat kali ketiga pada PRU 13 bersedialah menghadapi calon-calon pilihan WZWH ini.

Kemenangan calon parlimen Jerantut bergantung kepada jentera-jentera yang diurus dengan cekap dan berkesan lagi licin dan laju serta pantas. Itu kunci kemenangan calon parlimen Jerantut.

WZWH boleh cakap sekarang UMNO Jerantut is ready!

42 comments:

Anonymous said...

oiiiii budak wzwh giler, mana ada wan amizan sijil belajar luar negeri. tipu ker. babi lah lu ni tipu rakyat jerantut. jgn harap dpt bertanding parlimen. najib ada maklumat lah. gile betol hang ni. sewel

Anonymous said...

hahaha.... semua calon hebat. Bagus wzwh memang nak mampus. Tngku Azlan sila hati-hati ada helah jahat nak sabotaj Tengku Azlan, Walau pun Tengku Azlan service teruk tapi yang paling teruk adalah Wan Amizan. Sebab Wan Amizan rancang nak rebut parlimen Jerantut. Jahatnya Wan Amizan ni. Wzwh memang nak kena sekolah dengan Tgku Azlan lepas ni.

Anonymous said...

setuju dgn anom kat atas. wzwh nak bunuh politik tg lan dgn yang lain. wan amizan tu mn ada sijil luar negeri, ckp omputih mcm sial. pungkor aok ni wzwh. kena dah sama mcm aok jga.

Anonymous said...

Heee...wzwh ni mcm ada udang di sebalik batu je...

sebenarnya BN negeri dan pusat dia org lebih tau siapa calon winnable di parlimen jerantut....

Ni seakan nak buat promosi je...beriya melobi calon2 diatas...

Anonymous said...

wzwh makan taik wan amizan dah. bodo btol mu ni. mu pon tauu wan amizan sekolah tak tinggi. bila masa lah belajar di england. hahahahah

Anonymous said...

Berkelulusan post-graduate diploma business management dari society of busines practitioners, Cheshire England, sedang belajar MBA dari University of Liverpool, England....ahahahaha. aku tu lah dompok blajar paras mana. eja masyarakat pn x tau. wooooooooiiii giler....tipu ngat aokme ni. wan amizan jgn buat gini suka dek org nti woiiiii.......

Anonymous said...

Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali. Dibelakang Goh Seng Kam ada seorang wakil Rakyat dan dibelakang dibelakang Dato Haji Rosdi dan Rahmat juga ada seorang wakil rakyat.
Mohon wzwh jawab isu ni dipost yang seterusnya nanti.

Anonymous said...

mapuh la mu whe, nyo mari polih nyo ambak mu sebab mu royat kok sir..loni ore dok cayo lasung hok mu royak. kito pehe mu umno, pah mu nok ngenat ore keno ko mu pulok. kawe nok royak molek, amno wak lagu mano pon ore dok cayo doh. ble hok ngaji dok panda serupo mu. demo jangan maroh kawe.

Anonymous said...

Orang politik Jerantut selalu bercakap projek silang dulu. Juga pegawai kerajaan DO, ADO dan penghulu. Tidak ketinggalan Ahli Majlis Daerah Jerantut.

tapi yang wzwh buat artikel ni pasal calon silang..haha

Anonymous said...

entah, yang aku tahu TANGAN BERSILANG macam dompok..kuat wei bahan harta rakyat die ni. pape dah jerantut ni bahan ke dia sorang je.

Anonymous said...

ready kepala hotak engkau! bila masa pulak wan miza tu ambil spm? kakakakakaaaa!!!!!!!????? jom hebohkan cerita ni pada orang kampung!!

Anonymous said...

Kesmua calon yang akan dipilih di atas ni...membuatkan org2 pas setuju sangat...aku pun setuju..kalau mereka dipilih semula dlm pru13 ni....harap2 menjadilah tekaan wzwh...harap2 berkuburlah umno jerantet ni..

Anonymous said...

biarkan mereka buat

Anonymous said...

BODOH MCM LEMBU NFC JUGA.. PIIIRAH

lkn said...

Elok ku lan tarikh diri sebelum kena pecah rahsia dia yg.......kuat ber_ _ _ _.

Anonymous said...

memang kalah tgku azlan dan wan dun tahan tu.

Anonymous said...

WZWH TENGAH NAK MEMPERBODOHKAN BOSS DIA ..... DIA TAHU RAKYAT TAK PERCAYA TAPI DIA PROMOTE JUGA KATA BOS DIA ADA MBA LAH ADA DIPLOMALAH ... DIA TAHU BOSS DIA BELI SEMUA TU . DIA YANG AJAR BOSS DIA BELI DIPLOMA BELI MBA . SEMUA TU KERJA WZWH . DIA TAHU RAKYAT TAHU SEMUA TU . JADI APA YANG TERSIRAT IALAH DIA NAK SURUH RAKYAT MARAH KAT BOSS DIA . DIA NAK SURUH PEMIMPIN TAK PERCAYA KAT BOSS DIA . DIA NAK SURUH PEMIMPIN ATASAN HILANG KEPERCAYAAN KAT BOSS DIA . JADI LEPAS NI DIALAH YANG AKAN JADI CALON DUN TAHAN ... ITU SEBENARNYA MATLAMAT WZWH ... HA HA HA .. KESIAN WAN AMIZAN DIKENAKAN OLEH PENASIHAT SENDIRI

Anonymous said...

dulu wzwh adalah orang yang tersangatlah sukanya kpd ku lan ni, tp sekarang ni dia ada sifat dendam dan tak puas hati kerana isu perjumpaan ku lan dengan puak-puak dr shukri di kl, apa salahnya ku lan nak berbaik-baik dgn anak-anak buahnya, kan dia tu sebagai ketua umno bahagian dan ahli parlimen, terpulang pada dialah nak bertemu sesiapapun, berbincang, merancang dan sebagainya.., inilah yang wzwh cukup takut kerana bimbangkan adanya agenda mengulingkan bossnya.., itu aje puncanya..., kesimpulannya wzwh ini adalah orang yang terlalu mementingkan bossnya daripada kekeluargaan umpamanya ku lan, wan bakar adalah saudara dia, dia tetapkan akan menelanjangi mereka ini sekiranya terlibat cuba untuk jatuhkan boss dia si dumpok..., kita tunggu dan lihat....

pendua said...

Woi giler budak tanjung rambutan ni buat sakit semula dah!! Ku Lan dengan Wan Amizan mane lekat dah..janagn nak buat sedih la..menyusahkan umno je wzwh ni!

Anonymous said...

WZWH MMG MORON UNTUK KALI KE2... KITA LANCAR KEMPEN WZWH MORON OF THE YEAR KALI YANG KE 2...MORON, MORON, MORON, MORON

Anonymous said...

Ni komen kome.Dlm byk2 calon yg WZWH sebut tu, kome pilih Ku Lan atau Dr. Syukri jadi calon Parlimen Jerantut. Sebab kalau Ku Lan bertanding, settle masalah UMNO nak berebut jadi calon.Faham2 ajelah Ku Lan ni anak sultan.SiaPA BERANI LAWAN.Kita kena terimalah dia.Lagipun dia tak de KLIK. dIA BLH DIANGGAP SDG PENYATU umno jTUT. Tapi jgn la sebut kalau Ku Lan bertanding dan menang maka dia akan diangkat sdb menteri. Byk kali dah ayat ni keluar dari pengampu. Kalau menang jadi menteri lah, jadi exco lah.So tak yah lah sebut benda2 tu. Org Jerantut dah menyampah dah dengar benda2 tu.
Dr. Syukri pulak layak di situ sebab dia org cerdik.Dr perubatan katakan. Elok sgt lah klu lawan Dr. Hamzah.Baru sama pada.Sorang Dr. Perubatan dan sorang lagi Dr. PhD, bekas panel Al Kulliyah TV3 dan Ahli Akademik Akademi Islam Univ. Malaya serta Ahli Perniagaan yang berjaya tanpa bantuan kerajaan. Ada kilang, ada restoran, ada syarikat pemasaran. Dengar citer ada kereta Alphard,Harier, Merc dan katanya Murano.Kalau betul ada kereta mewah begitu,kita tumpang bangga lah. Kalau Wan Mizan dan pemimpin lain ada kereta mewah, kita tak bangga sgt sebab depa dpt projek atas angin dan bawah angin serta dalam hutan dan bawah tanah. Maknanya kalau rakyat terpilih Dr. Hamzah kali ni pun, rasanya tak ralat sgt lah. Dan klu BN menang lagipun, rasanya tak lah kecewa sgt sbb dua2nya orang cerdik.
Bab Wan Mizan ni klu ikut lapuran WZWH yg katanya dah dapat RM500 juta untuk DUN Tahan, kome rasa pelik sgt lah. Kome pun mengaji juga sampai universiti. Kalau RM500 juta, DUN Tahan dah jadi macam bandar Temerloh dah. Tapi....DUN Tahan jadi macam .... deme fikir lah sendiri. Kalau gitu, ke mana perginya duit sebanyak RM500 juta tu.

Anonymous said...

Dengar citer Dr. Hamzah tak nak bertanding dah. Dia hanya nak kerja untuk parti je dan tak nok bertanding takut menang. Dia nak tumpu kat meniaga je.
Saya rasa kalau betul begitu, orang macam ni lah PAS kena pilih jadi calon. Orang yang tak nak jadi calon. Ada kawan2 dalam PAS kata, Dr. Hamzah selalu cakap dalam majlis dalaman parti, di mana katanya hanya orang bodoh sahaja yang nak sgt bertanding. Sebab katanya yang tentunya bertanding atas tiket PAS, kalah dalam tangan. Tapi kalau menang menyusahkan hidup di dunia dan akhirat.
Kalau betul Dr. Hamzah cakap macam tu, saya tabik lah kat dia dan kat orang PAS.
Saya rasa mungkin dia tak bertanding munasabah juga sebab dia pun hebat dalam perniagaan. Sama mcm Dr. Wahab Ismail, bekas calon PAS Parlimen Temerloh.

Anonymous said...

wok me semua kita tak yah lah nak megata kat ku lan tau wan amizan, nanti kita tunggu sapa yg jd calon parlimen p.81, dan kpd wan amizan terus kan usaha murni nya walaupun org tak pecaya wan amizan dah bawak byk projek masuk ke dun tahan yg penting org kampung dalam dun tahan tahu apa yg wan amizan telah bawak ke dalam dun tahan,

Anonymous said...

SEbenarnya WZ lah yg paling lawak jadi calon Parlimen Jerantut, Belajar di UK dan ada Master....pandai menulis blog pulak tu. Anda laa patut jadi calon tu..anda perlu menungang kaldai bukan kaldai tunggang anda.

Anonymous said...

aku pantang sebut tgku Azlan dengan Dr Sukri.. Demeh nok hancurkan UMNO silakan!

Anonymous said...

dia sibuk promosi Ahli parlimen...dia nak jadi DUN

Anonymous said...

Saudara sekalian, seronok baca komen-komen semua. Sebagai orang luar, apa yang saya nampak sepanjang mengikuti blog ini adalah orang-orang Jerantut bolehlah dikatakan tidak bersatu dan punya PHD. Maaf ini adalah realiti.
Berkaitan dengan bakal calon, bolehlah dikatakan terlalu bias kerana lebih utamakan hirarki parti berbanding dengan suara akar umbi. Cuba buat kajian diperingkat akar umbi, berapa peratus masih sukakan ahli parlimen dan Adun sekarang?
Saudara admin, rasional lah sikit.... jangan ikut emosi.

Anonymous said...

WZWH ong teruk kena bedal.... ong kena jawab... bagi membetulkan fakta ong.... walaupun ada silap yang ketara... contoh calon 4 Hj. Mad Daud berumur 55 tahun lahir tahun 1956.. maknye orang pedah, duduk di pedah dan mak dia orang pedah... sedara orang rumah ong.... belah ayah... Arip Samsuddin orang Pedah duduk di Feri dan kini menetap di Kontan..Ketua Cawangan UMNO Pedah yang diguling Hj.Mie Pos, tak mesra alam dengan adik beradik dan sedara... suka keluar zakat sendiri tak ikut cara MUIP.. tak ingat jalan balik ke pedah... malas dah kas nak cetanye... ong tanya demeh sendiri laa.....

Anonymous said...

mengenai DUN Tahan-W Amizan punya kelulusan kawan tak nak ambik port sgtla...biarla ada org cakap ijazah 'beli' ke apa ke...bagi kwn ADUN tu kena ikhlas dan berjuang untuk rakyat....
Tapi org akan jadi bertambah pelik jika jadi adun..dah la tak belajar tinggi...kaya plak tu...dari mana dapat dana?....

Tok Guru HAji HAdi dan Nik Aziz, walaupun pernah jadi menteri besar...rumah dia tak besar...yg bertambah besar masjid dan sekolah agama je...org tu belajar tinggi dan dah lama mengajar agama...

Jadi kalau betul kerajaan nak luluskan projek 500 juta kat jerantut...kwn rasa untuk rakyat betul2 nak tengok projek berjalan dengan baik kena undi pakatan... Sebab org2 UMNO dah byk sgt track record yg buruk....

byk sgt projek yg bermasalah seperti stadium runtuh...bangunan yg atap bocor...sekolah siap tapi tak boleh guna..projek lembu kondo

sebab apa?....malas nak cakapla....
Jadi apa kata kita bagi harapan baru pada pakatan untuk uruskan 500 juta duit rakyat untuk jerantut...

Anonymous said...

Oiiiii ZURIK....kale nk tulis blog pun Biar la cerdik ckit.... Jgn la nk ulang dah pasal kelulusan bos aok si dompok tu....org smua tau psal klulusan dia stakat mane..nk berblog pn jgn smpai bg pluru kt musuh utk tembak bos aok. Sndiri....dato najib Dan MB pun tahu stakat mane klulusan wan miZan ni Dan dipihamkn biadata wan miZan ni dijadikan bahann ketawa org umno jntut...cam cam puungko si dompok ni...haha..dlu katenye slalu ikut paklah ke liar ngara...hahaha

Anonymous said...

haaaaa, mane ade keturunan WAN org ulu tu ade kelulusan tingggiiii. haaaaa anak peneroka padang piol sg retang ade leeee. anak peneroka jengka tuuu tengok buku kedatangan sekolahlahhhhhh.... bodoh punye penasihattttttt

Anonymous said...

UMNO ingat jerantut dia punyeee keee. org tmn Inderapura sokong cina MCA kee DAP keee kite sokonggggg. kami ade adee bandar Inderapura name Melayu klasikkk cina punyeeee. takperlu lulus U dr overseaaaaa,tapi boDOH

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terimaksih kepada komen2 Anon-anon semua.

Orang Jepun kata kaizen-continuous improvement. Peningkatan secara sikit demi sikit.

Orang kalau mahu perubahan hidup dia sentiasa mesti mengubah hidupnya.

Jika kita tidak ada pelajaran semasa muda kita boleh belajar semasa kita berkerja dan tua.

Orang Jerantut kenapa pelik bila ada orang dapat kelulusan?

Itu dinamakan perubahan hidup.

Jika ada orang boleh urus perniagaan beratus juta adakah orang ini tidak layak mendapat kelulusan diploma hingga degree malah Master?

Jika ada Badan Akreditasi mengiktiraf seseorang setelah melalui program tertentu kenapa orang Jerantut tidak boleh terima.

Jika mahu buat MBA kenapa tidak boleh?

Nasib dan kedudukan seseorang tidak akan selalu ditakuk lama jika seseorang itu berusaha untuk berubah.

Adakah orang Jerantut bersedia untuk berubah?

Anonymous said...

Lagi diangkat nampak sangat bukak pekung di dada. Lawan seronok sangat dengan pendedahan ini. Pu yuo... Jika 500 juta, semua projek Pahang habis ditelah oleh DUN Tahan. Pu yuo sekali lagi, kemudian yo yo yo....

Anonymous said...

Anon 1:00 ni duduk bawah katak tempurung tidak tahu perkembangan DUN Tahan. Pergilah tanya orang yang tahu.

Anonymous said...

zurik no bodo weh rupanya.. jangan buat pandir la.. ingat semua org bodo je..geram betul lah!!

Kutukandewata said...

ORANG YANG SUKA MEMBODOHKAN ORANG LAIN ADALAH ORANG YANG RIAK DAN TAKABBUR!!SEBENARNYA DIALAH YANG PALING BODOH KERANA TAK TAHU YANG DIA NYA BODOH JUGA.ORANG BODOH YANG TAHU DIA BODOH AKAN CUBA JADI CERDIK DENGAN BERUSAHA DAN BELAJAR!DAN LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG TAK TAHU DIA BODOH.

SENANG CAKAP RAMAI YANG CERDIK TAPI TAK BERAKAL!!!!

Anonymous said...

KD dan anom 2.26 kas seronok baca komen demo, nak kata jalan lurus tapi kaki ibu dan bapaknya mana satu ibu dan bapak tak taulah "ketam". Jalan mengiring ke kanan or ke kiri ker!!!... Katak bawah tempurung orang dah tak guna tapi istilah katak bawah kawah lagi "besar" gelap kelilingnya tak nampak menda lain dah... Sabat tulah orang cerdik tapi penipu dia suka angkat diri sendiri jadi pemimpin senang nak tipu orang tak cerdik...

Anonymous said...

kalo tu semua list calon yg ader...naper dato sharif x diberi peluang lbh luas dlm politik...n saper yg letak kan dia sebagai pengerusi ttp umno bhgian jrntut....

Anonymous said...

wan amizan layak nyer dok kat dun tahan jer...tlng org2 kg kat stu...n kekal ketua pemuda...smpai bila2...lagi pun dia dah kaya n kete pun dah bnyk...syukur lah ader jgk org melayu kaya...

Anonymous said...

500juta telah dibawa masuk ke dun tahan?mn pegi duit tu?
tahnia wzwh diatas pendedahan saudara.

pak ya said...

dia belajar guna pos laju....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...