Sunday, February 26, 2012

Joget Pahang Anwar Ibrahim Nak Buat Jasa Di Pahang!


Anwar Ibrahim tersenyum puas hati nak buat jasa di Pahang. Retreat PKR 3 hari di Hotel Swiss Garden Kuantan dan Himpunan Hijau Stop Lynas. Anwar menyanyi lagu Joget Pahang sambil Fauzi Rahman bakal MB Pahang ceria. Ustaz Badrul Amin menyorok dalam bilik nak buat kaunseling sampai jam 3 pagi he he he...

Kita nikmati dulu lirik lagu Joget Pahang..


Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang


The all presiden's men...Hadi Awang tak campur...hati-hati Anwar ini Pahang bumi ada tulah...jangan buat sembarangan. Nanti keluar satu-satu pekong ditunjuk oleh Allah.


Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas. Rupanya...baik sangat DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang beri ruang dan tempat untuk pembangkang seMalaysia turun bumi Pahang mengadakan himpunan ekologi fil politik...

Apa kata Presiden PAS Hadi Awang:

"Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Rosli Che Mat, yang juga ahli parlimen Hulu Langat. Dia ada ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang nuklear dari United Kingdom..nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah..."


Apa kata Dr Rosli Che Mat:

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas merupakan loji nuklear sedangkan ia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya...

Yang membawa isu ini ialah PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat amaran daripada penerangan PAS mengatakan jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear?...

Saya pun malu. Saya orang PAS juga jadi saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear...apa dia orang nak kata, kata lah."

WZWH ingin menegaskan rakyat Pahang lebih percaya cakap pakar seperti Dr Rosli Che Mat dan pakar-pakar nuklear dari luar negara dari International Atomic Energy Agency (IAEA) yang kilang Lynas itu selamat.

12 comments:

Anonymous said...

Kata hassan ali di sg isap mlm klmarin " boleh tak jangan bagi satu undi pun pada pakATAN? Dan bawa lagi 10 undi bersama anda jangan bagi pada pakATAN.."maka jawab jemaah, "YA,"......begitu juga pada 'himpunan hijau' hari ini, mereka-mereka yang hadir dan menyokong umpama Amerika & AL-YAHUD seluruhnya yg masih tak percaya bahawa IRAN hanya buat nuklear utk tenaga elektrik negaranya, tapi MEREKA tetap cakap utk SENJATA NUKLEAR?!!???? SAMA KAN.????
1 undi TIDAK utk pakatan = 10 lagi juga TIDAK utk PAKATAN dari kami rakyat KUANTAN!....

Anonymous said...

betul la msia tak ada kilang nuklear secara zahirnya....
belum ada lg reaktor nuklear utk janakuasa lektrik..

walaupun belum ada
loji sedemikian, memproses rare earth telah mengakibatan masalah kesihatan kepada penduduk di bukit merah. ada yg mati akibat leukimia, kematian kelahiran dan pelbagai penyakit lain. walaupun Mahathir berulang kali mengatakan kilang asian rare earth itu selamat. siapakah yg menanggung sengsara akibat dari kilang rare earth?..penduduk atau menteri?

ketika beroperasi, kilang lynas perlu melepaskan sisa berbentuk gas ke ruang udara gebeng, sisa berbentuk cecair ke sungai balok dan 'schedule waste' di tapak pelupusan..

walaupun perlepasan sisa toksid ke udara dan sungai balok dikawal oleh peralatan intrumentasi kilang tetapi peralatan itu adakalanya gagal berfungsi dgn baik...schedule waste sudah tentu beracun dan merbahaya walaupun dilupuskan.

Kes Asian Rare earth di bukit merah(tabung haji juga ada share) beroperasi tahun 1982 walaupun di pertahan oleh mahathir, IAEA, AELB dan mahkamah (tiada kuasa kata hakim), tapi akhirnya tutup juga pada tahun 1994.

Jika betul tak merbahaya....silalah dirikan rumah anda sekarang di Klebang Range..hanya mahathir je yg tau isu ini...dengarnya sekarang tengah dibersihkan kws itu yg menelan belanja 300 juta.tapi tak akn bersih 100%..utk bersihkan kws tu...lebih mahal dari lembu laki ijat..lagi wang rakyat di bakul sampahkan.....

Anonymous said...

kilang ni kalau beroperasi untung besar sebab produk nya amat mahal..tapi syg..selama 12 tahun mereka dikecualikan dari cukai....
satu sen kerajaan tak dapat merasa cukai utk 12 tahun...
lebih bertuah dari syarikat petronas yg dikenakan mcm2 cukai/royalti...
tu la...kera di hutan disusukan...anak dirumah mati kecemaran......

Anonymous said...

Saudara wzwh, apa pandangan saudara berkenaan dengan pendapat
6:37. Saya harap sangat tuan dapat beri ulasan mengenainya.

Anonymous said...

Saudara wzwh, apa pandangan saudara berkenaan dengan pendapat
6:37. Saya harap sangat tuan dapat beri ulasan mengenainya.

Anonymous said...

Saudara wzwh, apa pandangan saudara berkenaan dengan pendapat
6:37. Saya harap sangat tuan dapat beri ulasan mengenainya.

Anonymous said...

Saudara wzwh, apa pandangan saudara berkenaan dengan pendapat
6:37. Saya harap sangat tuan dapat beri ulasan mengenainya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 7:36,

Kes Asian Rare Earth Bukit Merah 1982 itu dikendalikan oleh Syarikat Jepun dengan tahap supervision yang minima dan tidak mengikut piawaian antarabangsa IAEA. Kos pembersihan RM300 juta itu ditanggung oleh Syarikat Jepun bukan dari wang rakyat.

Anonymous said...

wzwh...
kwn nak ulas skit komen awok di atas ni..
1)supervision rendah dan tak ikut piawai IAEA - kalau ikut kisahnya perdana menteri sendiri (mahathir) telah menyata kilang itu mengikut piawai antarabangsa (stringent standard) dan selamat. disokong seniasa oleh amar stephen wong (menteri sains,teknologi,alam sekitar)siap mencabar penduduk buktikan pencemaran. Menteri jabatan perdana menteri kasitah gaddam pun kata selamat..tapi apa yg jadi? itu semua taraf menteri bukan stakat menteri besar...berapa org penduduk kena tahan ISA, kena sembur dgn FRU dsbnya kerana membantah..ini kerana berpuluh org telah mati akibat leukimia, kanser dsbnya..sebahagian besar adalah penduduk tempatan rata2 bangsa cina...mungkin sebab itu ramai bangsa cina membantah lynas...tapi umno tuduh mereka dihasut oleh DAP dan negara cina...ini ke konsep one malaysia?..kwn berfikir positive...org2 cina itu syg kpd bangsa melayu yg rata2 berjiran dgn lynas.mereka tak nak nasib yg menimpa keluarga mereka terkena pada bangsa melayu balok/sg ular suatu hari nanti..

2) rm 300 juta utk membersih sisa radioaktif/toksid kata wzwh syarikat jepun yg byr..boleh wzwh kongsi maklumat tu?..syarikat jepun (Mitsubishi Mining) hanya memegang 35% saham dlm ARE.yg lain 65% lg tu dipegang tabung hj (LUTH), company lain dan org perseorangan.secara logik klau mereka kena byr, mitsubishi tak akan byr semua 300 juta tu..shareholder lain kena byr juga..

utk pengetahuan wzwh, walaupun mahkamah tinggi mengarah kilang ARE ditutup dlm masa 14 hari..mahkamah agung (supreme court) telah membatalkan keputusan itu dan ARE berjaya. kelakarnya mahkamah agung menyarankan penduduk yg terancam keselamtan itu merayu kepada AELB untuk membatalkan lesen operasi ARE. AELB plak kata mereka tak ada peruntukan kuasa begitu.mahkamah yg patut buat keputusan...gi mari-gi mari camtu.penduduk kena kanser bertambah...tapi ARE dgn sukarela menghentikan operasi kilang tersebut pada jan 1994..so atas alasan apa nak tuntut ARE bayar? mahkamah kata ARE tak bersalah? yg bersalah mungkin org2 yg kena leukimia, kanser yg merayu kilang ditutup....80,000 tong drum sisa toksid tertanam di kledang range tu arahan/cadangan Musa Hitam..kilang tutup 1994. kerja membersih bermula 9 tahun lepas tu..kalau ARE yg byr dah lama kerajaan arah bersihkan dgn segera...

allahualam.....

tok 4 said...

bodohnya kerajaan Australia nk buka kilang lynast kat kuantan, xcukup besar ke Australia tu? zurik tu belajor kimia ke? belajar nuklear ke?
atau belajar akaun, balik jadi cikgu, hahaaaa....

kenapa sisa toksid ditanam digebeng, xbawak balik australia?

amno apa barang jadi duit, dia akan kata halal, macam lesen toto, arak dan kelab2 maksiat, maaf ler kalu terkasar, jgn marah kalu rakyat nk berdemo, malaysia ni
kan demokerasi...

Anonymous said...

Tahniah anon-anon yang bijak pandai diatas kerana mengemukan soalan yg bernas dan berfakta.

Anonymous said...

Salam semua,

Cerita Lynas tak dapat kita bicang,
sebab kita tak pakar dalam hal2nuklear.Bolelah kita katakan
bahawa kita tak layak membuat apa2
kesimpulan yang saintifik.

Orang2 yang layak tentulah daripada
mereka2 yang pakar dalam bidang
nuklear.Pakar2 yang berkhidmat DI IAEA telah mengatakan tidak bahaya dan selamat....Seorang lagi
pakar nuklear Yb Dr Rosli Che Mat
MP PAS Ulu Lngat memperakui tidak
bahaya,,,,.Pandangan Yb Dr Rosli
betul2 jujur berdasarkan ilmu yang
ada padanya,,,itulah ilmuan yang
benar mengikut dispelin ilmuan sejagat.

Apa yang berlaku sekarang bukan
sebah bahaya,tapi sebab dipolitik
dan untuk menaikkan imge pemimpin
tertentu.Sangat tidak menasabah
dengan apa yang diperkatakan oleh
puak PR dalam hal ini,,,.

Saya perhati ,semua komen marah
keran mahu marah saja bukan atas
benar2 tahu berkaitan nuklear,,,.
Jangan jadi orang buta mengajar
orang clik memamdu kereta ya,,,.

Selamat Badur Amim dicekup,,,
Selamat Imam Mahdi Meliwat PAS.,,
Selamat Waliseliper berpatwa
songsang,,,,,.

Gasing Toyong..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...