Wednesday, February 8, 2012

WZWH Menerang Dengan Lebih Mudah Pertembungan Dua Falsafah Politik Jerantut Kepada Jentera UMNO Jerantut

Ku Lan ahli politik "water logic" Jerantut lebih cerdik dari Kamaruzaman Baria dan Wan Amizan!

Perjumpaan jentera UMNO Jerantut baharu ini telah WZWH cuba sampaikan secara objektif, balance dan sokongan sepakat menguatkan parti. Sila klik sini

WZWH tidak nafikan mungkin Jentera UMNO Jerantut tersentak dengan pertembungan dua falsafah politik UMNO Jerantut.

Memang berlaku monolog politik antara YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan ketua UMNO Bahagian Jerantut dengan Tuan Haji Kamaruzaman Baria AJK UMNO Bahagian Jerantut (mantan ahli parlimen Jerantut).

Ada dua pandangan falsafah politik UMNO Jerantut diutarakan oleh ke dua ahli politik ini. Mungkin sebahagian jentera UMNO Jerantut keliru.

Blog Braveheart sila klik sini menyokong pandangan politik Kamaruzaman Baria.

Blog Kutukan Dewata sila klik sini menyokong pandangan politik Wan Amizan.

20,000 ahli UMNO Jerantut dan 55,000 pengundi Jerantut mahu dengar pandangan blogger WZWH satu-satunya blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang meminjam ulasan Blog Pahang Daily Online (PDO).

WZWH boleh menerangkan dengan lebih mudah pertembungan dua falsafah politik Jerantut kepada jentera UMNO Jerantut.

Wan Amizan berpandangan politik pembangunan perlu untuk Jerantut. Dana perlu untuk menjadikan jentera   UMNO cekap dan berkesan lagi licin serta  pantas. Politik tidak perlu ramai sangat orang cerdik. Orang bodoh kalau dia boleh mengaji ramai orang-orang cerdik maka sebenarnya orang bodoh itu cerdik!

Kamaruzaman Baria berpandangan politik pembangunan tidak perlu di Jerantut mungkin untuk 15 tahun lagi. Apa politik baru kini ialah konsep keadilan, kesamaan, demokrasi, human right, kebebasan, globalisasi, free rasuah dan penyelewengan. Politik perlu orang cerdik dan pandai itu rakyat Jerantut dan lain tempat mahu.

Pandangan politik Wan Amizan boleh WZWH panggil "rock logic 1"

Pandangan politik Kamaruzaman Baria boleh WZWH panggil "rock logic 2"

Dua orang ahli politik ini keras dan "superego".

Bagaimana mahu mencapai titik pertemuan dua falsafah politik ini boleh WZWH rangkum dengan memperkenalkan "water logic".

Rock logic atau logik batu adalah keras sifatnya manakala "water logic" atau logik air adalah mengikut keadaan fizikal yang dilalui oleh aliran air yang mengikut kesesuaian dan kehendak persekitaran.

Pandangan Wan Amizan dan Kamaruzaman Baria ada pada ketika masa dan tempatnya sesuai dan perlu.

Jadilah ahli politik yang berpandangan "water logic" baru nampak lebih berhemah dan bijaksana.

End of discussion.

5 comments:

Anonymous said...

aku sokong dato wan..searang ni zaman dato wan..dato wan nk jadi adun ke, jadi mp ke, mungkin jadi mb atau menteri ke, ini zaman dato wan..b la kprcayaanpada dia.dia yang hadapi n berhempas pulas zaman dia skarang ni..yb yang dah lpas tu tak payah la menyalak sgt dah, zaman awak dah brlalu..peluang dh dberi n tk ada peluang yg kedua dah..bertanding grenti kalah..tak ada yg nk pakai dah..yg penting, bg sokongan pada tgku lan n dato wan sepadu mgkin..diaorg tahu apa yang terbaik utk kita sb diaorg yang tempuh sebagai leader kita skrg ni..

Anonymous said...

Satu pandangan mainstream realpolitik terkini Jerantut. Sebenarnya ini pandangan majoriti 20,000 ahli UMNO Jerantut.

Helang Buana said...

TINGGI FALSAFAH WZWH NI,KUTUKAN DIWATA TU SAPA YEK.. HAHAHA. JANGAN MAIN API, NANTI TERBAKAR DIRI....ABG PESAN AJA.

Anonymous said...

letak la siapa2 pun calon BN yg bertanding pasti akan kalah...he he

Anonymous said...

Salam semua,

Yes,,, yes,,. real story,,,right broo,, UMNO very dengers,,,,if
rock logic 1 and rock logic 2 sebagai
calun BN PRU 13 tak berapa lama lagi'.

Rock 1 pungkar sepanjang zaman dan
percaya wang boleh beli orang dan
kuasa dan banyak lagi perkara yang
tidak sesuai dgn UMNO...tak payah cakap...

Rock 2,terlalu berlagak pandai
dan berangapan orang lain tolol
belaka,,,tak payah cerita banyak../
siasat sendiri....

Real story,,,,sangat pahahit,,,,
demi kebaikan UMNO /BN sangat perlu cerita sebenar,,,kita bukan
PAS yang suka mewangikan benda yang busuk,,,,itulah kelebihan kita,,,,,truskan dengan ulasan2
betul,,,,untuk kebaikan bersama,,,

Gasing Toyong.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024