Monday, February 13, 2012

Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda UMNO Jerantut-BN Pilihan Orang Muda

Pelancaran Jentera Pemuda UMNO Jerantut akan dilancarkan di Dewan Felda Padang Piol pada 18 Feb 2012 hari Sabtu petang jam 2.30 petang.

Majlis akan dilancarkan oleh Dato' Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Perdana Menteri. YBM Tengku Azlan Ahli parlimen Jerantut turut hadir.

YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan merangkap Ketua Pemuda UMNO Jerantut mahu seluruh ahli Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hadir memberi komitmen dan sokongan.

6000 Pemuda UMNO Jerantut dijangka hadir bagi menyemarakkan majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dengan slogan khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu iaitu ‘ BN Pilihan Orang Muda.’

Slogan itu akan digunakan oleh sayap Pemuda dan Puteri UMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya umum selain menarik undi golongan muda.

WZWH menyeru kepada semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut supaya melapangkan masa hadir ke program penuh simbolik tersebut.

DS Najib PM sangat sibuk dengan jadual ketat beliau menjalankan tanggungjawab sebagai PM yang kita selalu lihat DS Najib rajin turun padang melawat ke setiap negeri.

Memadailah dengan turunnya Setiausaha Politik PM ini ke Jerantut atas izin DS Najib maka itu WZWH kira sudah cukup bererti dan WZWH percaya dan yakin mesej Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan UMNO Jerantut akan disampaikan oleh Setiausaha Politik PM ini kepada DS Najib.

9 comments:

Anonymous said...

Pilih kasih, pilih kasih, pilih kasih... Oh Roadshono orang muda Jentet. Ramai datang tu duit minyak motor dan kereta serta tambang bas dan sampul tentu berisi kali ini. P{engendali cyber or media baru tentu berbaloi. Ungku tentunya paling sibuk menguruskan "rooster" dan "check list" cawangan mana hadir untuk disampaikan amanat sebelum tibanya amanat dari SUP YAB PM yang dikasihi... (masih lagi berhemah), sebelum Qola "inna..." OmhNo...

Anonymous said...

aku anak muda jantet....
bestla...kwn nak join la.....bukan senang nak dapat duit sebelum umno bankrap......

undi bukan deme tau......sebab walaupun umno tabur duit....dan kwn tetap ambik...tu duit rakyat....

hati kecil kwn masih mengharapkan umno kalah di jantet...tak sanggup tengok umno mentekedarah duit negara..

Anonymous said...

Kami pemuda PAS pun nok gi jugok. Nak cari duit minyak sikit. Tapi bab undi minta maaf la ye.
Kami nak jadi macam org kelate yg pintar berpolitik. BAGI DUIT AMBIK, BAGI KAIN PAKAI, BAGI GULA KACAU. TAPI BILA UNDI, UNDILAH PAS.

Anonymous said...

inilah projek mega umno menjelang pilihanraya..agak 2 berapa puluh ribu duit ditabur..nak kumpul 6000 pemuda adalah mustahil tanpa ada duit sebagai tarikannya..kahh yakin pemuda luar jerantet atau entah dtg dari ceruk mana pasti diangkut ke pdg piol kubu kuat PAS.. HE HE..60 org dikatakan 6000 ayat org politik begitulah..pegi jgn tak pegi tapi undi bagi pada PAS..deme org muda kena cerdik...he he

Anonymous said...

alang2 dah dtg jerantet setpol najib kena bust report jugak ttg jalan-jalan kat jerantek ni..jgn duk perasan sokongan org muda berpihak pada BN...org muda tak mau BN..

dobit127 said...

satu program yang bagus demi persiapan ke arah PRU yang sudah tidak lama lagi..

Tapi bila melihat komen2 dari anom diatas, semacam betul juga... Dari mana nak kumpul 6,000 orang pemuda....

Kiraan mudah ....132 cawangan seluruh Jerantut.. Secara amnya setiap cawangan kena hantar minima 45 orang ahli ke Padang Piol.....Kalau naik kereta, kena 12 biji kereta ler... Berapa pulak belanja oii....
Yang pergi tu pula, ada kualiti ker , ker just esok nak pergi, baru cari malam ini... bila ditanya sebab apa datang ke Padang Piol ni,

Jawabnya tak tahu ler, kawan ajak...Dia kata ada makan, t-shirt..pastu dapat duit poket sikit...
Kawan berharap janganlah jadi macam tu....

.Kawan nak tunggu ketua pemuda kawan beritahu ker tidak..ker senyap macam biasa jer..

anak felda. said...

ayuhhh kita gerakkan pemuda kita.jerantut bangkit...pemuda bangkit...kita ambil duit umno sebelum UMNO dikebumikan.

5 tahun sekali jea merasa hahaha...jgn x pergiiii....

Anonymous said...

Ambil duit pastu Baiah boleh? ekekekeekekekek........

Anonymous said...

simply stopping by to say hi

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...