Sunday, February 19, 2012

Lawatan Seharian Setpol PM ke Felda Padang Piol Jerantut

Semalam seharian dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang Dato' Mohd Shafei Abdullah Setpol Menteri Kewangan berada di Felda Padang Piol DUN Tahan Jerantut.

Pada sebelah pagi Dato' Mohd Shafei Abdullah merasmi mesyuarat PIBG SMK Felda Padang Piol. Manakala sebelah petang menghadiri Hari Himpunan Generasi Baru, Sukan Komuniti Warga Felda Padang Piol dan majlis pelancaran 'score card' Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.



















Ketibaan Dato' Mohd Shafie Abdullah disambut oleh ADUN Tahan, Pengurusan Felda dan orang ramai.



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mengalukan kedatangan setpol PM. ADUN Tahan mengucapkan terimakasih kepada DS Najib PM yang semasa kempen PRU 12 telah berjanji membina Dewan Baru dan gelanggang futsal di Felda Padang Piol melalui telefon dengan ADUN Tahan yang akhirnya siap dibina.

ADUN Tahan minta perumahan kondominium untuk generasi ke 2 Felda Padang Piol. ADUN Tahan menyokong penyenaraian Felda kerana beri durian runtuh kepada peneroka.

Setpol PM akan bawa permohonan perumahan kondominium ke PM. Setpol PM dulu pernah bertugas sebagai guru di SMK Felda Padang Piol. Banyak perubahan telah berlaku. DS Najib mahu buat yang terbaik buat peneroka Felda.



















Pelancaran "score card" Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut oleh Setpol PM.



















BN pilihan orang muda Jerantut.



















Dewan Orang ramai Felda Padang Piol dan gelanggang futsal yang bernilai RM1.7 juta.





































Pelancaran Futsal 1Malaysia parlimen Jerantut.



















AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.



















ADUN Tahan meluangkan masa bersama Majlis Belia Felda Cawangan Padang Piol.

WZWH berharap satu hari nanti DS Najib akan turun ke Jerantut terutama ke DUN Tahan. 

Sebelum Setpol PM bergegas ke Gopeng dan Pasir Salak kerana DS Najib berada di Perak sempat beliau berbisik,"buat kerja kuat untuk PM!" ...kuat kerja tolong PM".

20 comments:

Anonymous said...

BN memang pilihan orang muda. tapi taknak calon yang sama.

Anonymous said...

insya allah, permohonan kondomonium tu diluluskan macam jalan jerantut benta dan ulu tembeling kuala tahan yg dah diluluskan sebelum ini tapi sampai sekarang tak buat2. so setakat nak lulus tu, don't worry la.mesti lulus punya. nak buat tu lain citer la.org muda jgn tertipu tau.

Anonymous said...

Anon 7:45, aok kena gi melihat status Jalan Kuala Tahan-Ulu Tembeling tu jalan tanah merah tu kat Kg Pagi kira oklah...

Anonymous said...

kabor nak kumpul 6000pemuda kat padang piol. dengar cerita tak ramai pemuda yang datang, dalam lingkungan 300 org jer.org pdg piol pun tak ramai. kalah dah wan amizan di dun tahan ni oii. nampak sgt dah pemuda lesu kat jerantut. tak payah lah berangan lagi wan amizan nak sambung sepenggal lagi, tak de dah gayanya.

Anonymous said...

datang kosong kut?...
BN kan biasa merasuah org suruh datang program umno/bn?....

Anonymous said...

TAK RAMAI YG DTG SBB SETPOL AJE YG DTG...KALU PM SENDIRI DTG BARU LA SUME JENTERA 'KERE'JAAN DIKERAH UTK ANGKUT ORG2 TUA YG DAH GAYUT, BDK2 MENTAH YG X LYK MENGUNDI N BELIA2 YG DPT T-SHIRT FREE UTK MERAMAIKAN ORG SPYA BILA KUAR TV PEMBACA BERITA AKAN SEBUT KUAT2 "10 RIBU ORG HADIR....". MCM MAJLIS KAT GOPENG TU LA....1 MSIA KENA ANGKUT KE SITU PATUT LA RAMAI...DPT RM50 SENYUM SAMPE KE TELINGA BELAKA...YG PERGI ORG2 KG YG TELINGA X BRPA DGR MATA X BRPA NMPAK....SAMPE BILA NK GUNA KAEDAH GITU...BNYK SUNGGUH DUIT RKYAT HABIH BILA NK BUAT MAJLIS GITU HNYA UTK MEMENUHI TUNTUTAN ORG2 YG TAMAK NAK BERKUASA SAMPAI KE MATI

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Yang penting tanah dicadangkan untuk perumahan kondomonium generasi ke 2 Felda Padang Piol 14 ekar dibawa ke PM kemudian tanah seluas 300 ekar lagi telah diluluskan oleh kerajaan Pahang untuk generasi ke dua felda. Temuduga akan dibuat bulan Mac depan. Ini semua untuk orang Muda sesuai dengan tagline BN untuk orang muda Jerantut.

Anonymous said...

wzwh. org muda dah tak nak pada bn. jangan lupa tu wzwh. jgn suka gegarkan yg bn boleh kumpul org muda lagi. haram dia kabar pd bn ni

Anonymous said...

Appee??? Keajaan Pahang dah lulus 300 ekar.Oh org2 muda. Kamu kena bergilir bertugas kat pejabat tanah tu, takut2 tanah 300 ekar bertukar hak milik kepada Wan Mizan.Sebab dah biasa dah jadi mcm tu.dulu ada tanah ratus ekar kunun2nya untuk belia,tup2 keluar nama hamba Allah tu.
Walau apapun org muda kena bergilir2 ye.itupun kalau betul dah lulus 300 ekar.Biasalah puak2 UMNO/BN ni.Perkataan 'dah lulus', 'dalam proses', tanah tengah sukat' dll sentiasa dibibir mereka.
tapi kali ni org muda2 cerdik2 belaka doh weh.

Anonymous said...

Entah sape2 je ajk pemuda bodo ni hahaha..

Anonymous said...

haaa awak ade datang ke wzwh??????? bunyi kompang jeeeee kuatttttt

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Lawatan Seharian Setpol PM ke Felda Padang Piol Jerantut

Tertarik;

Sebelum Setpol PM bergegas ke Gopeng dan Pasir Salak kerana DS Najib berada di Perak sempat beliau berbisik,"buat kerja kuat untuk PM!" ...kuat kerja tolong PM".

Adam Adli Abdul Halim menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu. Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.

Datuk Ahmad Maslan Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi, masih ingat dengan Anugerah penyapu insiden Datuk Seri Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan Selangor. Secara umum, masyarakat, samada menyokong BN atau Pakatan melihat ianya satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab orang Melayu beragama Islam. Hasilnya, bekas MB itu telah disapu dari takhtanya, masih menantikan penentuan nasibnya di atas tuduhan rasuah.

Mungkinkah OhmNo/BeEnd mahu hal yang sama menimpa diri pada PRU ke-13 nanti. Pastinya tidak mahu diri dan juga parti dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah matang dan mampu berfikir, seperti kejadian itu.

Royalti Minyak Hak Rakyat Kelantan, sedikit fakta. Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan. Apakah rakyat Kelantan khasnya atau Malaysia dinafikan, tunggu sampai masanya nanti. Begitu juga kerajaan peralihan Perak PR PRU ke 12, telah meluluskan status tanah di negeri itu selama 999 tahun, tapi di negeri Pahang hanya individu tertentu berjaya bolot “tanah”.

Adun Tahan membawa pembangunan setakat hari ini sudah lebih RM500 juta dan banyak peruntukan mahu masuk bahkan ada peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM16 juta sampai ditolak kerana kononnya pembangunan itu tidak sesuai dan perlu oleh segelintir orang Tembeling yang mempengaruhi titah sang pemerintah. Begitu sekali sedangkan wakil-wakil rakyat lain di Pahang ini menjerit-jerit mahu peruntukan pembangunan dibawa ke kawasan masing-masing. Apa yang penduduk Ulu Tembeling dapat?!!!... Jalan raya pun entah, sungai masih lagi keperluan utama. Jangan bercakap mengenai pembangunan, Adun baru sepenggal banyak buat jasa, tapi AP dah berpenggal2 apa khidmat diperlukan penduduk Ulu Tembeling dimanfaatkan. Jangan cuba seleweng fakta atau sejarah. Ini perlu disiasat pihak berkuasa.

Begitupun lembu, kondo RM250 juta, Shahrizat ‘dibantai’ berterusan mengapa lembu NFC Shahrizat mahal sangat (RM 250 juta), ini jawapannya yang kita tahu, lembu perlu tinggal di ladang-ladang dan tidak di kondo. Tetapi di sini, lembu boleh hidup dalam kondo tetapi bukan di ladang, tapi masyarakat Ulu Tembeling berada dimana...

Bagaimana pulak masarakat dan penduduk, Ulu Tembeling yang kaya dengan hasil mahsul bumi hanya meleleh air liur melihatkan hasil itu dibolot oleh individu tertentu...

Pang5 Banir. Masyarakat berfikir di mana kebenaran atau sebaliknya...

AJK PEMUDA JUGA said...

Tak puas hati betul lihat gambar Pemuda Umno bahagian jerantut, takkan seramai tu mana yang lain? mustafa,asrul, sofi, labit, basri kobau dll dalam gambar tu baru ada 4 org je nampok tak cukup korum ni..... hai parak Pemuda Jerantut ni

AJK PEMUDA JUGA said...

Tak puas hati betul lihat gambar Pemuda Umno bahagian jerantut, takkan seramai tu mana yang lain? mustafa,asrul, sofi, labit, basri kobau dll dalam gambar tu baru ada 4 org je nampok tak cukup korum ni..... hai parak Pemuda Jerantut ni

Anonymous said...

sopi sabu, basri kobau, mustafa, wan amizan tak pakai sb memang tah boleh pakai..terutama mat sabu.

Anonymous said...

dah2 lah nak megata kat org kita yg tulis ni kena lihat pada diri kita sendiri cam ner ke bagus nya diri kita ni asyik duk kata ke org jer yg tak betul cuba klu kita yg duk kat tempat org tu ada kah kita ni leh buat cam org tu buat fikir2 lah ya

Anonymous said...

Ajk pemuda kaki sabu! baguslah macam ni la baru best!! dompok pun kaki syabu! pedulikan apa org kata yg penting kita kasi mantop dulu. tgk bos la suka merepek layan sabu. Polis tolong tangkap mat sabu haha..

pak ya said...

watpe ramai sangat org jerantut ni xsuka kat BN, nampak macam nk kalah jer pru13 nanti..

farudi said...
This comment has been removed by the author.
bos said...

kenapa jalan dr pdg piol nak ke jantut (yg berliku2)(korang pun paham jalan mane) masih cam jalan balak... xde nak baiki... jalan tu dah expired la... tiap kali balik sane sedih tengok jalan tu... ape ADUN tahan buat...jalan kan perhubungan utama & tiap2 hari org guna.... setahu aku, last jalan tu repair time adun dari PAS memerintah, pastu xde..... jngan nk pilihanraya je baru nak turun padang

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...