Thursday, February 9, 2012

Calon UMNO DUN Pulau Tawar PRU 13

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar tiga penggal tokoh korporat hospital swasta yang berjaya.

Posting bakal calon PAS DUN Pulau Tawar anak peneroka dan anak jati Kg tradisional Pulau Tawar telah membuka mata semua orang UMNO terutamanya sila klik sini.

WZWH sebut ada 10 calon UMNO di DUN Pulau Tawar. Ramai dari sedara WZWH dari Pulau Tawar ini yang berpotensi menjadi calon mereka ini semua suka low profile, lemah lembut, suka buat kerja tapi cara yang tersendiri.

Dalam politik yang persepsi memainkan peranan dan mempengaruhi undi, WZWH mahu sedara WZWH dari DUN Pulau Tawar ini kena sedikit agresif.

Tidak kisah samada ada pucuk pimpinan mahu menurunkan anak jati Kg tradisional Pulau Tawar atau pun anak peneroka calon-calon ini perlu bersedia.

Kalau mengikut hierarki dan senioriti ini dia calon-calon UMNO DUN Pulau Tawar:

  1. Dato' Hj Nazri bin Hj Ngah-Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Dulu Setiausaha Sulit Dato' Wan Bakar mantan ahli parlimen Jerantut 1982-1995. Berpengalaman luas dalam politik Jerantut. Anak peneroka Felda Sungai Tekam Getah.
  2. Puan Norhelan binti Mahamud Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Jentera Wanita UMNO berpengaruh di kawasan Felda DUN Pulau Tawar.
  3. Mohd Zukarmi bin Abu Bakar Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut. Beliau berpengalaman bekerja dengan ADUN Pulau Tawar.
  4. Dato' Zamri bin Yaakob. Peladang berjaya, tokoh koperasi Jerantut.
  5. Tok Empat Cikgu Nasar bin Ibrahim pemimpin akar umbi DUN Pulau Tawar.
  6. Tuan Hj Mohamad Norzari bin Yahya, pegawai pendidikan (bersara) dan pemimpin belia Jerantut.
  7. Mohd Adil bin Mohd Zain tokoh pemimpin muda DUN Pulau Tawar. Eksekutif Celcom, pemimpin dari kilang Pemuda UMNO Jerantut.
  8. Puan Khatijah binti Hj Mohd Said Pegawai Seranta Felda.
  9. Dato' Hj Rosdi bin Awang Sulong, Pembantu Khas ahli parlimen Jerantut.
  10. Dato' Hj Ahmad Bin Daud, DO Bera.

WZWH akui di DUN Pulau Tawar ini agak rumit untuk memilih calon kerana ramai sangat pilihan tokoh yang ada tidak seperti di DUN Tahan sedikit pilihan.

Kalau dilihat inilah calon-calon UMNO DUN Pulau Tawar yang ada majoriti calon ini bersikap down to earth, berhemah, tidak suka menunjuk-nunjuk, buat kerja senyap-senyap.

WZWH ucap semoga salah seorang calon pilihan WZWH ini terpilih. Dan sememangnya mereka sudah turun padang buat kerja.

13 comments:

Anonymous said...

dalam ramai2 ni mungkin zukarmi sahaja yang layak. calon2 lain tu akan mewujudkan krisis dalam parti saja nanti.

Jerayawara said...

sape2 yang dipilih pun koi sokong belaka, janji tau menilai yang mana betul yang mana salah, yang mana kusut boleh diuraikan, apa yang penting, jaga2 juga tepi kain, bimbang kalau ada yang carik, cepat2 lah dijahit jangan pula dibiarkan bimbang rabak tanpa disedari...

Anonymous said...

Insyaallah pemimpin tertinggi akan memilih Calon yang terbaik dikalangan senarai yang telah dicadangkan, semoga dapat berkhidmat untuk rakyat dengan sebaik mungkin..

Anonymous said...

LAH, SEMA BARUA2 CINA LIM AH CAP. HABISLAH!!! JUAL LAH NEGARA INI. NAK AKU TELANJANG SATU2, KES BURUK ORG DALAM SENARAI TU. KANG MALU UMNOKKKK

Anonymous said...

WZWH.... sudah2lah wok me mencanang benda yang tak ujud.... walaupun aku org UMNO, aku langsung tak sokong 100% calun yang awak sebutkan tadi... lebih baik aku pangkah calun PAS tadi. Sudah2lah WZWH.... mampus UMNO Jerantut dibuat awok. Buatlah cerita lain, awak ceritalah benda2 yang ada di kampong awak, supaya pelancong boleh datang kesana,ada hasil juga orang berniaga di sana...

Anonymous said...

Mana nama hj.nazlan,ketua penerangan n anak p.tawar.?bias jugok wzwh ni..mcm bunuh awal je???

Anonymous said...

mana nama pak ngah mail yg jual derian tepi jalan dekat bukit rang tuh. dia pun layak jugak jadi calon umnokk!
nama mek senah kg mesjid pun tak ada...dia tu kan lahir kat p tawar jugak...nape tak buh name dia?

Anonymous said...

Bagi saya Tengku Azlan lebih sesuai bertanding di DUN Pulau Tawar, kerana mengikut undi PRU 2008 , Tengku Azlan mendapat 3ribu lebih majoriti undi di peti undo DUN Pulau Tawar, kalau merosot atau kurang majoriti pun Tengku Azlan tetap menang dan Pulau Tawar sekurang-kurangnya akan mendapat EXCO kembali ...... Selepas Dr Syukri di gugurkan selepas PRU 2008

Anonymous said...

Bagi saya Tengku Azlan lebih sesuai bertanding di DUN Pulau Tawar, kerana mengikut undi PRU 2008 , Tengku Azlan mendapat 3ribu lebih majoriti undi di peti undo DUN Pulau Tawar, kalau merosot atau kurang majoriti pun Tengku Azlan tetap menang dan Pulau Tawar sekurang-kurangnya akan mendapat EXCO kembali ...... Selepas Dr Syukri di gugurkan selepas PRU 2008

Anonymous said...

dalam ramai2 tu sy rasa paling layak calon no 1 dato hj nazri atau pun ketua wanita puan Norhelan..

Anonymous said...

Kas cukup berbangga ramai bebeno calon anak jati kampung kas. Tp kas tengok deme2 tu takde menyumbang sgt pd pembangunan kg pulo tawar. Amenda yg berubah di kg tu sejak 10 thn nih??? ada tp sgt perlahan n x bnyak. Omputeh kata 'almost unnoticeable'. Kas pun setuju pndapat sahabat di atas yg deme2 tu sgt bergangung pd taikun cina jantet yg sgt berkuasa tu. cari la anak jati yg tau bebeno kepayahan dan rintihan org kg kas tu....tengku lan kas x setuju. Dia org senang yg payah menyelami kesusahan org kg mcm kome ni. masalah jln ke jantet yg rosak teruk dia x mmpu nk selesaikan. Kalu BN nk kekal berkuasa cari la calon lain yg boleh buat keje dgn cmerlang utk pembangunan fizikal dan sosial kg tradisi yg sejarahnya cukup hebat tp sgt terpinggir dari arus pembangunan perdana...good luck UMNO

Anonymous said...

bagilah pd org yg cukup sifat pulak, biarlah tinggi tu cukup inci !!

I Love Malaysia said...

MasyaAllah.. Dalam menegakkan ideologi masing2, janganlah kiter sampai tersasar hukum Allah. Jangan di pertikaikan kejadianNya. Sya x ckp sya ni baik atau alim tp masih tau berfikiran rasional. Jangan sebab mulut, dosa yang terkumpul. Ingatlah satu perkara.. Kun Fayakun... Apa yang akan terjadi, pasti akan terjadi. Kiter berdoa lah agar apa yang bakal terjadi mendatangkan kebaikan...
Bagi sya, sesiapa pun di atas, kiter tetap samer. Nothing different...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...