Saturday, February 25, 2012

Konvensyen Ekonomi Pahang Dan Jihad Ekonomi Rakyat Pahang

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010

Chart1


Konvensyen Ekonomi Pahang selama 2 hari di Hotel Zenith Kuantan pada 29 Februari hingga 1 Mac bakal menghimpunkan 500 pemimpin korporat  dari dalam dan luar negara.

Pelaburan sangat diperlukan bagi mencipta peluang pekerjaan di Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang mahu mencari langkah-langkah terbaik bagi meningkatkan hasil negeri dan menambah prestasi ekonomi dari hasil rumusan Konvesyen Ekonomi Pahang.

Pertumbuhan ekonomi KDNK Pahang 2010 adalah 4.5% sama dengan prestasi ekonomi Sarawak. Ini adalah KDNK yang baik dan jika Pahang dapat meningkatkan momentum pertumbuhan ekonomi KDNK akan melonjak naik.

Sesuai dengan hasrat Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi DS Najib PM maka Konvensyen Ekonomi Pahang ini adalah tepat pada masanya.

Feedback berkualiti dari komuniti ekonomi Pahang diharap terjelma bagi menambah baik ekonomi negeri. Ini boleh menjadi input kepada Pelan Komprehensif Ekonomi Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang mahu menonjolkan imej mesra perniagaan kepada pelabur-pelabur yang sudah dipraktiskan sekian lama.

500 peserta  akan melibatkan diri dengan perbincangan meja bulat menyentuh 9 sektor utama:

  1. Pembuatan
  2. Pertanian
  3. Pelancungan
  4. Perumahan dan Infrastruktur
  5. Pendidikan
  6. Teknologi Hijau
  7. Teknologi Maklumat
  8. Bioteknologi
  9. Pembangunan Luar bandar dan Kreativiti

Agak mengejutkan WZWH kenapa sektor perlombongan dan galian tidak disentuh kerana sektor ini boleh turut sama menjana ekonomi Negeri Pahang kalau dieksploit dengan cekap dan berkesan menggunakan 'cutting-edge tecnology'.

Bagi fokus kepada pengembangan ekonomi Jerantut pula sektor Pertanian, Pelancungan, Infrastruktur, Renewal Energy, dan Pembangunan Luar Bandar sangat sesuai dan tepat untuk diaplikasi di Jerantut. Pemimpin-pemimpin politik Jerantut terutamanya perlu ke depan fikir bagaimana sektor-sektor ini boleh diimplementasi di Jerantut.

Konvensyen ini mengenengahkan 3 speaker utama iaitu:

  • Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia-DS Dr Jamaluddin Jarjis
  • CEO ECER-Dato' Jebasingam Issace John
  • MD Malaysia Solar Resources Sdn Bhd-A.H. Ong

DS Dr Jamaluddin Jarjis ini ialah ahli parlimen Rompin dan Duta Besar Malaysia ke AS. Beliau adalah 'inner circle' dan penasihat ekonomi yang berpengaruh kepada DS Najib.

Konvensyen Ekonomi Pahang ini adalah juga satu platform untuk Jamaluddin Jarjis  mendemonstrasikan pemikiran cerdik pandainya dan kepimpinannya kepada pelabur dan rakyat Pahang. Setakat mana hebatnya Jamaluddin Jarjis itu adalah penilaian dari 500 peserta pemimpin korporat.

WZWH berharap 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 ahli UMNO Pahang janganlah berkecil hati kerana tidak dijemput ke Konvensyen Ekonomi Pahang. 500 pemimpin korporat yang dijemput itu mereka ada kekuatan modal, network, idea dan ciri-ciri pelabur.

WZWH percaya 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang pun punya semangat yang berkobar-kobar mahu Pahang maju ekonomi kerana ekonomi yang sihat perlu kepada kesejahteraan standard of living rakyat Pahang.

WZWH juga yakin 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang punya fikiran dan idea-idea yang original bagaimana mahu meningkatkan ekonomi negeri Pahang.

Cuma mungkin fikiran dan idea-idea rakyat Pahang itu sendiri tidak sampai kepada pemimpin-pemimpin besar.

WZWH menjemput 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang gunalah blog WZWH sebagai medium suara rakyat Pahang. Blog WZWH bertujuan untuk menjadi jambatan antara rakyat dan pemimpin besar.

Mari kita gerakkan ekonomi negeri Pahang kita ini sebagai Jihad Ekonomi yang mendapat keredaan Allah SWT.

3 comments:

Anonymous said...

Ekonomi Pahang hanya akan meningkat sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memerintah. Kalau UMNO/BN terus perintah,tak usah harap ekonomi Pahang akan bangkit. Apa taknya. Rasuah sana sini.
Odit Negara dah buat komentar dgn memuji Kerajaan P. Pinang. Kedah. Kelantan dan Selangor dari sudut pengurusan ekonomi.
Bayangkan masa PR ambil alih P. Pinang hutang kerajaan negeri berjumlah RM630 juta tapi dlm masa 4 tahun Kearajaan PR berjaya byr RM600 juta. Kedah pulak ada hutang RM2 bilion. Jadi Kerajaan PR sekrg berkerja byr hutang kerajaan UMNO/BN dulu. Pahang pulak ada hutang dgn Pusat RM2.2 bilion.
Jadi selagi UMNO/BN perintah Pahang selagi tu lah ekonomi tunggang langgang.
Mai kita pakat test Kerajaan PR kali ni.
Dah lama dah ....Ini kata2 Mahadhir tau.

Anonymous said...

negeri paling luas di semenanjung,sumber alam banyak.tapi bagi orang bodoh memerintah,tetap mundur.perdana menteri dah dua orang dari pahang,tapi kalau datang pahang tak banyak beza dari kelantan,negeri yang diwar-warkan sangat miskin.dan ulu tembeling lagi daif dari mana2 tempat kat kelantan.fikir2lah sendiri.hahaha.

Anonymous said...

Faktor ekonomi memajukan ekonomi bukan bukan penghalang PR mengambil alih pemerintahan Pahang dari yang sedia ada. Contoh terdekat nak menunjukkan tak berdaya saing ekonomi bagaimana cara mendirikan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan Pahang. Rakyat tak kira muda tua, parti politik pembangkang mahupun kerajaan BN dalam dilema membangunkan dan menantang pembangunan tersebut. Disini telah menampakan pembaziran apabila memanggil pakar nuklear buat kajian faktor keselamatan. Sepatutnya wang tsbt boleh dibelanjakan kepada BR1M dari RM500/= kepada RM5,000/=/keluarga. Negeri Pahang luas, tapi rakyatnya miskin dan menagih simpati dari pihak berkuasa sebagai peminta sedekah dibumi sendiri. Alasan pembangunan tidak masuk akal sebagai "lapuk". Rakyat bukan bertaraf bumiputra "rentah" tanah haram sampai masa hampir setiap PRU akan di"anugerah" geran berpulu2 ekar, sayangnya bagi bumi akan digari dan disimpan dirumah pasung terus ke penjara kerana "mencuri" harta kerajaan "konon"... Fikir2lah. Bukan tak sukung BN tapi beri undi untuk PR bukan surauh bang nuar naik tapi kasi orang lain naik tak kiralah Cina ke India ker Melayu asalkan mereka berkerja untuk rakyat...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...