Wednesday, February 22, 2012

Cina Jerantut Kembali Menyokong Ku Lan


Ku Lan berucap kepada komuniti Cina Jerantut.

PRU 12 Ku Lan menang majoriti 1946 nombor keramat Parti Semangat 46 parti lama beliau dulu. Kurang 6511 dari majoriti PRU 11 dulu. Salah satu faktor penyebab ialah undi orang Cina Jerantut lari.

Ada beberapa isu yang tidak selesai sebelum PRU 12 menyebab pengundi Cina berubah sokongan. Sekarang isu-isu itu sudah selesai. Sebarang salah faham telah diperjelaskan dengan terang. Tiada lagi persepsi negatif pengundi Cina Jerantut.


Ku Lan bersama pemimpin pemimpin masyarakat Cina Jerantut.

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak aktif menggerakkan sokongan orang Cina Jerantut menyokong BN. Ku Lan mendengar suara orang Cina Jerantut.

Orang Cina Jerantut tua dan muda menyambut Ku Lan.

Ku Lan memberi ang pau kepada orang Cina muda Jerantut.

Ku Lan memberi angpau kepada wanita Cina Jerantut.

Ku Lan turut memberi angpau kepada orang tua Cina Jerantut.

Ku Lan 'Yee Sang' bersama pemimpin Cina Jerantut.

Pesta Ponggal 2012 Daerah Jerantut anjuran MIC Bahagian Jerantut di Dataran Bandar Inderapura yang dirasmikan oleh YBM Tengku Tan Sri Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut.

Masyarakat minoriti India Jerantut tetap menyokong Ku Lan.

Foto-foto ihsan MCA Bahagian Jerantut.

9 comments:

Anonymous said...

Nampaknye lena ngat tidooo..sampai mimpi macam-macam.....kecian

Anonymous said...

Habis la Dr. Hamzah kali. Mesti Ku Lan menang bergaya lagi. Dulu Ku Lan kalah krn undi Cina lari. Skrg baru Dr. Hamzah tau. Cina dah come back. India pun come back.
Cuma hrp2 come back tu biar sampai ke PRU. Jgn bila PRU dtg, Cina dan India buat action comback, serang UMNO/BN.

Anonymous said...

wzwh ceritanya tergantung.....

sebelum pru 12 byk isu tak selesai tapi skrg dah byk selesai...

apa yg tak selesai dan apa pulak yg dah selesai tak tahu la.....

klau masalah cina dah selesai...masalah org melayu camne?..selesai ke tak?...

apapun bagi kwn...selesaikan dulu nama calon parlimen jerantut...

Anonymous said...

Orang melayu jerantut tetap tak terbela.harimau dihutan disusukan.anak sendiri mati kelaparan.Kesian orgt melayu. sentiasa layu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:49,
WZWH dah cerita isu-isu yang dah selesai pada posting lepas. Takpa posting akan datang WZWH cerita lagi.

Anonymous said...

Kawan tau yang dah selesai. Balak dah banyak selesai dgn projek2 pun UMNO dah banyak selesai sapu kat depa. Yang tak selesai lagi ialah banyak lagi kawasan balak yang belum UMNO selesaikan termasuk projek yang akan lulus pun, UMNO kena selesaikan jugak.
Habis la org Jerantut kena tipu di org UMNO. PAS relaks je.
Dia pi KL kena byr tol, dia byr je. Yg kesiannya puak2 yg undi UMNO pun kena byr tol juga. Minyak naik, org PAS byr tapi yg kesiannya org UMNO pun byr dgn harga yg sama jugak.
Cukup2 la undi UMNO.
Oh ya. guane gaya weh WZWH, Ku Lan setuju ke debat dgn Dr. Hamzah. 2 org cina dah debat dah. Tunggu Anwar dgn Abg Najib je lagi. Sementara tunggu depa berdua, elok juga kalau WZWH realisasi debat Ku Lan Dr Hamzah.Kan Dr. Hamzah dah setuju?realisasi jgn sampai jadi basi....kah9

Anonymous said...

Dia sokong Ku Lan pulak.... Sebelum ni WZWH balun Ku Lan Bagai nak rak kata Parlimen Jerantut kalah... Sbb dulu dia ingat bos dia Dompok bertanding Parlimen.... Hahaha kesian rupanya dia tau dompok Dah tak tersenarai dah.... Maka dia sokong Ku Lan pulak..... Dompok PUNGKOR ... WZWH berbelit....

Anonymous said...

Sokong Ku Lan.. nampaknya 1 Parlimen dah dalam tangan ni..

Anonymous said...

Wn ZURIK spin sgt nmpknye...aritusdp sgt buat spekulasi bile PM Kaitkan jrnTUT Dan Bachok kononye jrntut dlm kPLa najib sbb tgku LAN sgt bmslh tp skrg puji smpai nk cuim kpala lutut tgku laN...AWOK 2la ZURIK blajo tggi tp duk bwk kaki dompok..ksian aok ni..kas xikut plitik jntut pn kas tau yag aok tulis sbb ats suruhan dompok utk kpntgn dia...kas nk tau satu je...bpe haji dompok byk ke aok sbulan?kas ulang bpe haji dompok byk ke aok sbulan? Soalan ke 2-BRAPAKAH WAN AMIZA N BYR KE AOK UTK KPNTGN POLITIK dia??????????????

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...