Wednesday, February 8, 2012

Legenda Ku Lan Ahli Parlimen Jerantut
















Ramai anak muda pengamal media sosial FB Jerantut bertanya WZWH bila baca posting sila klik sini, bertanya kepada WZWH:


Saya tak faham dalam usaha untuk menegakkan hak ketuanan orang Jerantut tetapi dalam masa yang sama tetap mengangkat Tengku Azlan sebagai calon Parlimen. sedangkan Tengku Azlan orang Pekan...mungkin bercakap dalam connotation lembu dicucuk hidung.

WZWH faham kenapa anak muda dari Kampung Batu Balai Jerantut ini tidak faham legenda Ku Lan ahli parlimen Jerantut. Ini anak muda yang lahir tahun 1980an. Dia tidak faham sejarah Pahang walau dia seorang assistant lecturer di universiti tempatan.

WZWH jawab:


Orang Pahang biasa memang cakap Tengku Azlan orang Pekan. Hanya orang Pahang pekat yang tahu sejarah susur galur negeri Pahang! XX boleh jumpa WZWH personallly...WZWH boleh explain. 

Dalam posting WZWH yang berikutnya sila klik sini, kesungguhan PAS mahu menawan Parlimen Jerantut.

Strategi PAS nampak mudah cuba pecah undi Melayu 50-50 dan cuba dapat 60% undi Cina tapi sebenarnya bukanlah semudah itu pada PRU 13 nanti.

Ada dua isu tempatan yang buat ramai pengundi Cina Jerantut lari dari seramai 9000 pengundi Cina pada PRU 12 kerana:

  • Isu pembangunan hartanah Grandmas di bandar Jerantut
  • Isu tanah sebelah sekolah rendah Cina Sungai Jan Jerantut

Ku Lan ahli parlimen Jerantut tiada kuasa dan keputusan terhadap hal tanah-tanah dan Felcra. Beliau tidak membuat keputusan berkenaan hal tanah. Hal tanah pada bidang kuasa ADUN dan EXCO.

Sebelum PRU 12, pembangunan hartanah Grandmas di bandar Jerantut buat orang Cina bandar marah tidak bersetuju dengan pembangunan itu.

Orang Cina bandar Jerantut juga marah kerana tanah disebelah sekolah rendah Cina Sungai Jan Jerantut itu dispekulasikan diambil oleh UMNO Jerantut.

Ini buat orang Cina Jerantut marah dan merebak kepada semua orang Cina Jerantut maka undi orang Cina Jerantut lari. Itu sebab majoriti Ku Lan hanya 1946 namun di DUN Damak Ku Lan tewas 2000 undi!

Undi DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan yang memenangkan Ku Lan.

Hari ini kedua isu-isu itu sudah terjawab:

  • Projek Grandmas itu ditangguhkan.
  • Tanah sebelah sekolah rendah Cina Sungai Jan itu dapat ke sekolah Cina melalui geran PTG Federal.

Orang Cina Jerantut tidak marah lagi.

DUN Pulau Tawar majoriti pengundinya terdiri dari peneroka Felda. DUN Tahan pesat membangun dengan peruntukan melimpah ruah.

Ku Lan boleh dapat majoriti lebih besar pada PRU 13 nanti.

Ku Lan tiada isu peribadi di Jerantut. Beliau tiada projek dan tiada seinci tanah di bumi Jerantut. Ku Lan tidak pernah ambil hak orang Jerantut. Semua cakap orang politik Jerantut beliau dengar. Ku Lan berjaya menyatupadukan orang politik Jerantut.

ADUN Pulau Tawar yang menentang Ku Lan semasa pertandingan UMNO Bahagian dulu boleh Ku Lan terima YB Pulau Tawar itu bersama anak-anak buahnya. Ku Lan tiada bermusuh dan menyimpan dendam dihati.

Hanya ketika Ku Lan menolak jawatan Timbalan Menteri Luar ketika ditawar oleh Tun Abdullah pada tahun 2008 dulu buat rakyat Jerantut tertanya namun kita kena faham pada mulanya Tun Abdullah menawarkan jawatan Menteri Luar Bandar tetapi tidak ditunaikan.

Kalau kita jadi Ku Lan kita pun marah dan terasa kerana ahli parlimen yang junior baru sepenggal bertanding terus dilantik menjadi Menteri Penuh!

Bila perubahan kepimpinan beralih dari Tun Abdullah ke DS Najib maka Ku Lan semakin bersemangat. Mudah kita baca DS Najib orang Pahang, Orang Besar Berempat Pahang pula maka secara understandingnya peluang Ku Lan untuk menjadi Menteri Penuh cerah jika bertanding lagi pada PRU 13 nanti.

Apa yang kita dengar Ku Lan merajuk itu dalam media itu cara beliau berbahasa dengan orang diatas. Mungkin orang atas sibuk mengatur dan mentadbir politik nasional.

Lagi komen seorang pembaca blog WZWH:

PAS dan PKR tidak kuat sangat di Jerantut. Kemerosotan undi BN pada PR 12 disebabkan protes UMNO dan pengundi atas pagar kapada kerajaan , sebab kelemahan Tun Abdullah dan ditelah diambil peluang oleh Anwar serta DAP mengeksploitasi dengan belbagai cara. Pengundi Cina banyak berpaling tadah dengan sebab ingin kuasa lebih ....TAPI JADI TERBALIK, kerana geopolitik negara kita tidak mengizinkan berpolitik melampaui asas kemajmukan penduduk Malaysia...dan mencabuli perkara-perkara yang telah dipersetujui dan telah nyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia seperti hak Melayu/Bumiputra, Agama Islam, Bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Saya berpendapat Melayu/bumiputra sangup bergadai nyawa untuk membertahankan ini semua. Terutama Melayu UMNO.... PAS saya tak yakin sebab dia orang tak ada bangsa, bagi PAS bangsa dia orang bangsa Islam...itulah mengikut fahaman ajaran Mursidul Am PAS. Dalam Perlembagaan PAS tak sebut hal-hal Melayu...

WZWH sangat yakin dengan kepimpinan Najib yang sangat bersungguh-sungguh menerajui BN untuk semua rakyat. Rakyat telah lama mempercayai BN malah sejak adanya BN dari merdekanya negara ini walaupun terdapat sadikit permasaalahan semasa. Rakyat mahukan kesenambungan bukan change for the sake of change. 

Kemenangan besar di 2004 di mana BN hampir sapu bersih dan Kekalahan sedikit 2008 yang ada kaitan dengan isu-isu semasa ketika itu tidak akan meruntuhkan BN WZWH kira. Isu Hindraf dan juga dalaman MIC ketika 2008 membuatkan kaum India berpaling tadah seketika begitu juga dengan MCA dengan leadership problem mereka membuatkan parti itu lemah seketika dan kaum Cina memilih DAP. Isu DSAI mendapat simpati orang Melayu kerana ketidakadilan tuduhan keatasnya kononnya. Sekarang ini semua sudah berubah dan UMNO sendiri sudah mulakan Transformasi politik mereka mengikut keadaan dan kehendak semasa.

Bagi PRU 13 trend kekalahan begini tidak mungkin berlaku lagi. Najib telah membuktikan beliau deliver dan Walk the talk cuma beliau belum diberi mandat sepenuhnya lagi. Benar ada yang mahukan perubahan tetapi tidaklah ketahap PR memerintah negara atau bertapak di Putrajaya. Mana mungkin ini berlaku kecuali komponen dalam PR benar benar bersatu, kuat dan mempunyai wawasan teguh yang boleh di terima baik rakyat.

Pada ketika ini masih ELEK kata orang India. Kelantan masih di takuk yang lama di bawah PAS, masih mundur dari segi pembangunannya. Nik Aziz, 81 tahun yang bermatian mempertahan dan sentiasa di belakang DSAI masih tidak mahu melepaskan jawatanya kepada pelapis muda. Kelantan tidak boleh di bodohkan PAS lagi walau pun WZWH akur tidak mudah BN berjaya di sana kerana sifat rakyat Kelantan yang melihat Tok Guru seolah Ayatollah Khomeni di Iran dulu. Kedah juga begitu tidak berkembang. Perpecahan Erdogan dan ulamak lah yang akan menumbangkan PAS di Kedah. Itulah sebabnya WZWH yakin Kedah akan kembali balik ketangan BN,insyallah.

Sekira kaum Cina memilih meninggalkan MCA dan bersama DAP mereka akan kehilangan suara di Parlimen bagi BN yang bakal memerintah. Chinese voters are smart anyway.They know what is best for them.They are realist.

Kemenangan lebih UMNO/BN juga adalah datangnya dari kekalahan PKR yang lemah dan PAS yang belum lagi mendapat keyakinan rakyat sepenuhnya. Jangan lupa dengan The THIRD FORCE yang terang terang tidak menyebelahi PR.Tanyalah Zulkifli Nordin dan yang lain-lain dulu yang berdamping dengan PM wannabe Anwar dan jaguh PAS Hasan Ali sendiri. Sabotage begini tiada dalam PR seperti di 2008.

7 comments:

Anonymous said...

Hang abaq pilaa depaa camanaa pun depaa takakan pacayaa kataa2, depaa lebih sokaa lagenda nenek moyang depaa...

Anonymous said...

SaPe yg wzwh mksudkn Mengzi sepenggal plan rye dpt jdi mnteri pnuh??

Anonymous said...

poyo juga hang ni Master beli ka?

Anonymous said...

itu semua teori dan retorik untuk menyedapkan halwa telinga mendengar tetapi hakikatnya tidak begitu..bn akan kalah pada pru 13 ni.he he..

Anonymous said...

WZWH dah tulis tentang lagenda Ku Lan. Kah33.Lagenda ni biasanya orang dah tak de.Ini belum kalah lagi dah tulis lagenda.Bawak bersabo la WZWH. Tunggu la dulu Ku Lan kalah atau tak bertanding di Parlimen Jerantut. WZWH nak tolak Ku Lan ketepi masa Ku Lan tengah duduk atas kerusi Parlimen Jerantut, hanya semata2 nak Ku Lan berundur secara terhormat. Kemudian barulah bos WZWH boleh jadi calon parlimen.

Anonymous said...

Ku LAN xbuat Kerja cmne nk lntik mnteri pnuh....dato njib n pklah Ada lporn smua tu memo xbleh nk sorok

Anonymous said...

Ku LAN xbuat Kerja cmne nk lntik mnteri pnuh....dato njib n pklah Ada lporn smua tu memo xbleh nk sorok

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...