Friday, February 17, 2012

Parlimen Jerantut Bakal Tumbang Jika Ahli UMNO Ramai Sabotaj!



Parlimen 81 Jerantut ada 3 DUN-DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar. Pengundi berdaftar seramai 55,000.

Pecahan mengikut kaum:
  • Melayu-81.31%
  • Cina-14.92%
  • India-2.94%
  • Lain-lain-0.84%
Parliament of Malaysia: Jerantut, Pahang

1999 
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) 16,424 51%
Syed Ibrahim Syed Ab Rahman (PAS) 14,961 46%

2004
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO) 21,349 61%
Hamzah Jaaffar (PAS) 12,892 37%

2008
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (UMNO)19,543 51%
Hamzah Jaaffar (PAS) 17,597 46%

UMNO Jerantut tidak mampu mempertahankan parlimen Jerantut PRU 13 jika ramai ahli UMNO sabotaj. Ada 20,000 ahli UMNO Jerantut. Kesannya bukan sahaja parlimen Jerantut tumbang malah ke tiga DUN pun boleh rebah ke pembangkang.

Rasa tidak puas hati kerana calon-calon dihati tidak lekat dan ikut rasa hati mahu mengajar demi kepuasan peribadi dan kumpulan.

Ini bahayanya amalan negatif warlords UMNO. Sabotaj bila calon kroni tidak terpilih.

Kesannya bukan sahaja Jerantut malah boleh buat BN hilang 2/3 malah kehilangan Putrajaya.

PRU 12 memberi pengajaran bila ramai ahli UMNO sabotaj.

Akibatnya 14 parlimen dan 22 DUN kalah kepada pembangkang.

Data terbaru cukup menakutkan bila terdapat 3.7 juta pengundi yang layak tetapi tidak berdaftar dan majoriti berbangsa Melayu.

Ahli UMNO ada 3.3 juta ahli. Sabotaj parti demi kepentingan sempit maka UMNO dan BN akan hancur.

Parlimen Jerantut bakal tumbang jika ahli UMNO ramai sabotaj.

Sokonglah sesiapa calon-calon yang dipilih oleh PM dan MB.

Mengundilah dengan hati yang penuh sifat-sifat kebaikan jangan mengundi dengan hati yang sarat dengan sifat-sifat keburukan dan kebusukan hati lagi amarah.

Jika kita membuat keputusan dengan hati yang sakit, marah, benci, maka itu bukan keputusan yang terbaik.

12 comments:

Anonymous said...

memang lah bn tumbang p81 ne, awai awai lagi, dompok dah istihar jika tak di calunkan lagi, dia akan bertanding atas lambang bebas, atau pkr mau pun dap, sampai begitu sekali, walaupun dia pernah mendapat kekayaan dari jawatan yb, inikan pulak bagi orang orang yang tak mempunyai apa apa?. cuma yang ada ialah perasaan, MELUAT, MENYAMPAH KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN BN NER YANG TAK RETI RETI NOK BERUBAH KEJALAN KEBAIKAN?

Anonymous said...

Persoalaanya, Ku Lan tu asal naiknya dari yang membenci OhmNo. Tahun 1995 pada PRU kali tu dah lawan Tan Sri Sabaruddin Chik bagi Parlimen Temerloh, tapi kecundang. Tahun 1999 - 2008, sebagai AP Jerantut setelah dipilih jadi calun OhmNo/BeEnd dalam tempoh itu. Samada telah memohon jadi ahli OhmNo itu tidak pasti... Jadi eloklah kali ini, jika lawan calon hamPas yang sama berjuang dalam APU sekitar tahun 1988 - 1996, atau pun bilang terus jadi calon PR...

Anonymous said...

posting yang agak menarik dan peringatan kepada parasit-parasit yang ada didalam umno mereka2 ini yang kononnya berkepentingan dalam parti dan sangat menonjolkan diri yang sering membuat angkara sebegini..begitu juga orang kanan calon sendiri yang berpaling tadah....melayu ini adalah melayu haram jadah...dan pembelot!!!!!!!!....ramai pembelot dan manusia yang bermuka-muka.....hati-hati lah kepada bakal calon......

Anonymous said...

jgn bimbang..bn menang nti, tp duit kena byk la trip ni..

dobit127 said...

minta maaf ...
Kawan akan mengundi kepada sesiapa calon yang kawan rasa elok untuk mewakili kawan ke DUN dan Persidangan Parlimen..
Kalau UMNO atau PAS pilih calon yang kawan tak berkenan atau yang kawan tak kenal... Macam mane kawan nak mengundi dia..

Sori lah untuk konsep kepartian ini... tiada undi untuk parti....

Anonymous said...

Caya lah Anon 12:20am... macam cerita Hantu Kak Limah laa pulak ni...Seram ada ..kelakar pun ada... aksi pun ada jugak.....haaa..haaa... betul ke dompok nak ikut sak masuk DAP kalau tak dicalonkan? Cer citerrr...cer citter....

Anonymous said...

Tukar semua ..... kasi baru punya yang baik..... lg baik yang memang banyak masalah....

Anonymous said...

zahar gemuk dah kena serangan strok di sungai golok. banyak sangat masalah dah tuhan bayar cash. lain kali dah kena mcm2kat dalam umno tu bawak lah ingat kan tuhan. ni tak, lagi org bagi sedar lagi awk buat jahat. ingat tuhan bro.

Anonymous said...

BN dan UMNO lagi cepat tumbang lagi bagus...tiada yg kekal di dunia ini.

sri hartamas

Anonymous said...

betoiii kerr Zahar gemok kner strokkk demerrrr.......

Anonymous said...

betul lah, sekrg kat hospital kota baharu, handal sgt masuk ke golok. tu lah padah nya, nasib tak strok tgh mengawan.

Anonymous said...

Salam...,

Sebenarnya bukan sebilangan yang sabotaj, sebab pemimpin UhmNo sengaja diminta sabotaj. Kononnya bila mereka tidak terpilih sebagai calon/pemimpin maka mereka ini tak leh lagi makan ditangan or disuap. Lain orang lain pulak corak kepimpinannya. Cuba bayangkan seseorang itu berjiwa ”thor minn ainn” dah jadi tork wokil, Ket Pengoda UhmNo, Timb Tok Ketuk Bhg, exco penoda UhmNo Malaysia. Sabit peruntukan RM500ratusan juta tu, orang sabotaj. Kemana perginya!!!... Persen 18% untuk tork wokil, Timb, Tok Ketuk Bahan, Ket Pengoda UhmNo Bahan dan Exco Penoda UhmNo Malasia. Semua kena... Hancus!!!... Ingatlah kor lamer ko pinderk kor lamer kor buncit. Kalkelitorlah pandai2 lebih kurang dapat berape ompat kategori tu daripada 18 persen. Bukan 20 persen spt tuan punaisiat... Sabit sabak tuler UhmNo akan tumbang... Bila UhmNo tumbang, tork ketuk bahan masih lagi mencudat, pas tur bulihlah aih masuk partai lain puluk, bulih sambung prujit persin tadi... cerdik amat deme oih....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...