Thursday, February 16, 2012

Debat Ku Lan VS Dr Hamzah Jaafar Apa Vision Untuk Parlimen Jerantut?


Sekarang ini politik hanya berkisar kepada gerakkerja persediaan pilihanraya. Semua orang fokus kepada jentera pilihanraya.

Ku Lan sibuk panggil 4 kepimpinan UMNO dan Ketua Cawangan. Wan Amizan sibuk melancarkan jentera Pemuda UMNO Jerantut bersama Setpol PM.

Baru malam tadi Pemuda UMNO DUN Pulau Tawar mengadakan perjumpaan khas.

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS tentu juga sibuk dengan kempen pre-PRU 13.

WZWH mahu cadang benda baru sikit. Apa kata kita panggil Ku Lan ahli parlimen Jerantut dan Dr Hamzah Jaafar bersama di Dewan MDJ berdebat apa vision untuk parlimen Jerantut?

Ku Lan mungkin akan bertanding kali ke 4 dan Dr Hamzah akan bertanding kali ke 3 parlimen Jerantut PRU 13.

Kita bagi peluang sebahagian 55,000 pengundi Jerantut dengar apa calon-calon nak bawa Jerantut ke depan. Apa misi dan visi untuk Jerantut?

Tentu orang Jerantut seronok nak dengar. Kalau boleh adakan dailog supaya orang Jerantut boleh bertanya terus dengan calon-calon parlimen ini.

Menarik bila komen dari seorang pembaca blog WZWH...


Kejap Anwar teruk, kejap Anwar bagus...
Kejap Ku Lan teruk, kejap Ku Lan bagus...

Serabut betul....Jerantut tak maju jugak...

Try dua-dua pihak cerita tentang apa yang hendak dilakukan untuk Jerantut jika menang PRU nanti...terutamanya UMNO yang jadi penyandang sekarang.. Senang orang mengundi nak buat penilaian..

Sebagai contoh, UMNO menang, janji nak siapkan Jalan Benta-Jerantut-Maran sebelum PRU14..Tak siap, pengundi boleh pangkah orang lain..

PAS pun balas, itu janji PRU ke 11 dulu sampai sekarang tak siap-siap lagi... So, PAS janji pulak mesti siap jalan itu sebelum PRU14 jugak. Tambah siapkan sekali Jalan Sg Lembing - Jerantut..


Apa strategi UMNO dan PAS mahu siapkan Jalan Ulu Tembeling ke Terengganu bagaimana mahu dapatkan peruntukan besar dan segera?

Itu barulah sedap untuk dinilai.. Ini asyik cerita tentang moraliti individu sahaja.. Orang tu teruk orang tu bagus..

Politik oooo politik..macam tu ker rupa politik... makin menyampah kawan...

WZWH rasa elok juga kalau Ku Lan dan Dr Hamzah mula mengeluarkan pamplet 'Manifesto kenapa Orang Jerantut patut pilih saya jadi ahli parlimen Jerantut'.

Amacam 55,000 pengundi Jerantut apa pandangan anda semua?

23 comments:

Anonymous said...

wei budak bodo,anwar dan najib pun tak berdebat inikan pula calon di Parlimen Jerantut!

Anonymous said...

saya sokong Tengku Azlan dan Dr. Hamzah berdebat. dapat pengundi nilaikan..

Dr Hamzah said...

Kenyataan resmi : saya telah menerima sms dari sahabat saya supaya buka blog wzwh.alhamdulillah saya sambut baik hasrat tersebut dan sayabagi pihak pas jerantut setuju berdebat dengan ybm ahli parlimen jerantut.mohon wzwh uruskan majlis tersebut.insya allah kita akan harungi perdebatan itu dengan penuh hikmah bijaksana harmoni berfakta dan tidak beremosi.kemudian biar rakyat jerantut menilainya.sekiranya majlis debat ini menjadi kenyataan,maka ini merupakan sejarah bagi warga jerantut yg blh dikira bertaraf negara maju spt amerika yg mana febat adalaj medan membuka minda rakyat.bahkan ia jg dpt menjadi panduan kpd pm spy turut berdebat dengan anwar.semuga pihak wzwh dapat menjayakan prgrm yg mulia ini demi kebaikan rakyat.
Terima kasih dan salam untuk wzwh,ybm tengku azlan dan seluruh warga jerantut yg dahagakan perubahan.

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Jawablah dan sahutlah cabaran Dr H @ Panglima Perang tu. Tunggu apa lagi... Asal dari pentas serupa untuk berada disini... Jangan kot, sampai belah dada dan makan hati...

Itu SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB 'SAYYID AL-SYUHADA’ bapa saudara sebelah bapa, Nabi Muhammad SAW...

P5 Banir...

Anonymous said...

Betul ke Dr Hamzah sendiri tulis ke budak Yohanis Ahmad komen he he he...kalau betul aku tabik spring kat blog WZWH kerana boleh apa-apa isu dapat perhatian dari orang politik. Terimakasih WZWH kerana berjaya menghidupkan dan mencerikan politik Jerantut!

Siapa pihak Tengku Azlan mahu sahut cabaran berdebat?

adrianiamri said...

sape ler anom yang tulis komen pelik-pelik macam ni...

Semua sedia maklum, hampir amat pasti debat yang dicadangkan tidak akan menjadi kenyataan..
Sebab apa??.. heheee...

Mungkin kawan salah... Kekuatan WZWH mungkin faktor utama kejayaan debat... Itupon kalau kawan salah ler.. Sebab selama ni kawan asyik betul jer...

p.s.. Dr Hamzah katanya diatas dah on...Macam biasa ler tunggu Ku Lan.. Ker bakal calon baru dari UMNO kot...

Anonymous said...

sebenar bagi aku kalau nak buat debat antara dr hamzah dan ku lan tidak tepat...siapa la mereka itu dlm berdebat dasar negara..kuasa penentu bukan ditangan mereka berdua...

sepatutnya najib dan anwar yg patut berdebat...kalau tengok politik luar negara yg telah lama mengamalkan amalan berdebat ni...cuma calon presiden je yg berdebat mengenai dasar2 jika mereka memerintah...

calon2 presiden akan berdebat dan berkempen di seluruh pelosok negara sambil disiarkan secara langsung tanpa sekatan media dsbnya...semua rakyat dapat mendengar apakah tawaran2 yg akan di bawa oleh calon yg bertanding...

so rakyat bebas membuat pilihan dan pilihanraya itu barula adil...

dimalaysia...satu pihak bebas berkempen menggunakan segala mcm media, bebas menggunakan wang rakyat serta institusi awam, tanpa sekatan pihak berkuasa

dan disatu pihak tidak dibenarkan berkempen mengunakan media, sentiasa disekat oleh pihak berkuasa dengan pelbagai2 syarat dan akta...kempen mereka selalu diganggu samseng2 kampung...

bila pemimpin dipilih dlm sistem pilihanraya yg tidak adil...maka selamanya pemerintahan itu tidak dapat berlaku adil kepada seluruh negara dan rakyat...

contohnya royalti minyak terengganu/kelantan...kemudahan awam di kelantan..peruntukan pembangunan sabah sarawak dan pantai timur semenanjung..kroni,rasuah dan sebagainya...

wallahhualam...

Mustafa Kamal Tembeling said...

WZWH yang mencadang adakan DEBAT maka seeloknya lah WZWH yang uruskan untuk jadi Penganjur DEBAT ini, dari Parti PAS dah semestinya Dr. Hamzah kerana beliau adalah calun PAS PRU13 tetapi dari Parti UMNO masih jadi tandatanya siapa yang akan menjadi Wakil DEBAT kerana calun Parlimen PRU 13 dari UMNO/BN masih belum rasmi....... Kalau begitu dicadangkan WZWH sahaja yang menjadi Wakil DEBAT untuk UMNO.... Mesti WZWH setuju kerana beliaupun bercita-cita untuk menjadi calun PRU 13 ini

Mustafa Kamal Tembeling said...

WZWH yang mencadang adakan DEBAT maka seeloknya lah WZWH yang uruskan untuk jadi Penganjur DEBAT ini, dari Parti PAS dah semestinya Dr. Hamzah kerana beliau adalah calun PAS PRU13 tetapi dari Parti UMNO masih jadi tandatanya siapa yang akan menjadi Wakil DEBAT kerana calun Parlimen PRU 13 dari UMNO/BN masih belum rasmi....... Kalau begitu dicadangkan WZWH sahaja yang menjadi Wakil DEBAT untuk UMNO.... Mesti WZWH setuju kerana beliaupun bercita-cita untuk menjadi calun PRU 13 ini

Anonymous said...

Mustafa Kamal Tembeling,
Tak sempat WZWH nak berdebat mesti Wan Amizan sambar mikrofon dulu hahahahaha...

Anonymous said...

Wa wa wa, kah kah kah. cdgn Mustafa kamal ni mcm UMNO. Tak nak berhelah. Dr. Hamzah dah setuju. Skrg nak selamatkan Ku Lan, caranya ialah Ku Lan tak pasti lagi nak bertanding ke tidak.
Aku dgr citer, Dr. Hamzah pun belum tentu bertanding atau tidak.
Yang pasti Dr. Hamzah tu YDP Pas Jerantut. Yang tentunya juga Ku Lan tu Ketua UMNO Jerantut. Ha.. debat je atas nama ketua parti.
Jgn dok behelah nak mengelat.
Wahai org2 UMNO. Aku pun org UMNO tapi bkn UMNO totok. Aku dah tawar hati sgt dgn UMNO ni tapi aku bertambah jatuh hati pada Dr. Hamzah dan PAS bila Dr. Hamzah bersedia untuk berdebat. Hatiku bertambah benci pada UMNO kalau byk sgt helahnya untuk tidak berdebat.
Kpd WZWH, awak kena usahakan debat ni biar menjadi baru aku respek kat awat.

Anonymous said...

WZWH tak setaraf utk berdebat dengan Dr Hamzah Jaafar. Dia AJK Pemuda UMNO apa kelas mahu lawan Dr Hamzah kahkahkahkahkah...

Anonymous said...

Anon 4:14 aok jangan underestimate pandang rendah WZWH sebab dia tu Mahathir Jerantut..Dia orang belakang tabir adun Tahan sebab itu YB Dompok boleh bawa peruntukan RM500 juta ke dun Tahan..

Jiwa Islam said...

Syabas Dr. Hamzah kerana berani menyahut cabaran...saya amat yakin dengan wibawa tuan dan berhujjahlah dengan bulat hati dan tekad kerana Allah Taala demi membantu membuka minda masyarakat Jerantut khususnya yang masih ragu dengan keluhuran budimu dan kesungguhanmu....

Jemu taktik UMNO said...

Saya bimbang KU LAN,dapat penyakit Ahmad Sabery Cheek apabila debat dengan Dr. Hamzah Jaafar.Tak pasal2 dapat penyakit gila babi Pastikan dapat nasihat ADUN pulau Tawar Dr.Ahmad Sukeri sebelum debat.Saya kesian dengan kesihatan KU LAN. Selamat bedebat.

Anonymous said...

bODOH punyeee budak UmNO nieeee

Anonymous said...

peaceeee...Dr. Hamzah, u reserve my vote.

dobit127 said...

WZWH tak khabar ker berita ni kat UMNO Jerantut...
Takut2 mereka tak tahu...

dobit127 said...

WZWH tak khabar ker berita ni kat UMNO Jerantut...
Takut2 mereka tak tahu...

Anonymous said...

WZWH mcmanapun kena usahakan biar jadi jg debat ni. Cari lah mana2 NGO spt Persatuan Kebajikan Anak Jeantut ke atau Persatuan2 Cina yg banyak tu. Lg pun UMNO memang tgh nak undi Cina bukan. Elok jumpa persatuan cina minta mereka jadi penganjur.
Tajuk debat ialah Tawaran PAS/PR dan BN untuk Rakyat Jerantut : Realistik atau Kosmetik. Perbahasan biar berkisar kepada isu ekonomi dan pembangunan di Jerantut. Tak usah bincang bab agama takut Ku Lan tak mampu berdepan dengan Dr. Hamzah yang merupakan tokoh agama, bekas Panel Al Kulliyyah TV3.
Kalau bab ekonomi, kawan rasa Dr. Hamzah boleh kupas sebab dia pernah diminta sbg panel mewakili PAS bersama Dr. Wahab untuk membentang kertas kerja dalam simposium Pengurusan Ekonomi Jika Pakatan Rakyat Perintah Pahang.
Jadinya kawan tak sabor2 dah ni nak dengo debat. Ayuh WZWH, go head.Implement your idea as soon as possible.
Kawan dengar citer Dr. Hamzah n the geng dah get ready.
Jangan bagi alasan Dewan MPJ tak dapat lah, polis tak bagi lah.
Oh so so so sorry, kawan tak nak dengo alasan lapuk UMNO tu.

Anonymous said...

Babi zuri semua komen die tulis sendiri celako!! jangan percaya negan budak bongok ni wei!! babi Umno!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:18, bawa cool dan mengucap hari Jumaat molek ni..jaga lidah...dah ramai orang PAS, orang UMNO, orang atas pagar, orang neutral minat komen blog WZWH nak buat camna...Blog WZWH adalah suara akarumbi rakyat Jerantut tak kira idealogi. Terima kasih rakyat Jerantut yang guna blog WZWH sebagai medium jambatan antara rakyat dan pemimpin.

Anonymous said...

Anon 11.18am,ko yg babi nye...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...