Nuffnang Ads

Pages

Sunday, February 12, 2012

Agenda Ku Lan Mengembalikan Sokongan BN Di DUN Damak



















Ali Rustam KM Melaka melancarkan 'the battle star' of DUN Damak baru-baru ini.

Terzahir sudah, Penyelaras DUN Damak ialah YBM TS Tengku Azlan sendiri dan semua Penyelaras-Penyelaras DUN diumumkan pada perjumpaan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut bersama barisan pengerusi zon masing-masing.

Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut serious mengembalikan sokongan BN di DUN Damak.

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Dari analisa taburan undi parlimen Jerantut mengikut DUN PRU 2008 pula:

Jumlah pengundi Dun Damak,19,412 keluar mengundi 14,203(79%) BN Peroleh 5930, PAS perolehi 7910, BN kalah dengan majoriti - 1980, tidak keluar mengundi 4,815. Undi rosak 363.

Jumlah Pengundi Dun P Tawar 18,074 keluar mengundi 14,336 (79%) BN Perolehi 8,312, PAS perolehi 5522, majoriti BN 2790, tidak keluar mengundi 4,240. Undi rosak 224

Jumlah Pengundi Dun Tahan 11,326 Keluar Mengundi 8,937 (81.6%) BN perolehi 4,977, Pas perolehi 3,960, BN majoriti 1,017, tidak keluar mengundi 2,389. Kertas undi rosak 207, inilah keputusan pilihanraya peringkat parlimen Jerantut.

Barang diingat jumlah keluar mengundi masih rendah berbanding tahun sebelumnya. Peratusan keluar mengundi hanya 78.01% dan hampir 10,734 orang tidak mengundi. Apakah jika mereka keluar mengundi mereka akan pilih PAS atau mereka ini ahli BN. Maka adalah menjadi tangungjawab semua untuk kenal pasti dan bawa mereka ini ke medan pertempuran sebenar. Merujuk kepada fakta ini UMNO/BN perlu diperkasakan.

Pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412, keluar mengundi 14,542 (75%) keputusannya:

Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. BN menang dengan kelebihan 509 undi. 

Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Mohd Nor bin Jaafar telah meninggalkan PKR dan kini Pengerusi KITA Jerantut.

6 comments:

Anonymous said...

celaka wzwh hina tengku azlan!!!

lau lee said...

dun damak kalah BN.. org dah tau bodoh!! tak payah la cerita lagi..

Anonymous said...

org xnak dah tengku nieee....bender dah kaya berharta tp...nk kuasa jaga kawasan malass..Anaom 1:18am...pengampuu tengku gayaer nyerrr.....tuihhhhh

Anonymous said...

wzwh hina tengku lan ke????? rasa nya tak anon2 semua cuba baca elok2 dah2 lah nak bedebat dlm ni......

Dato' Lau Lee said...

Comment yang dibuat pada February 12 2012, 2:17AM bukan dibuat oleh saya Dato' Lau Lee. Siapa yang menyamar sebagai Dato' Lau Lee??

Anonymous said...

Bang Wan, berdasarkan angka yg ditunjukkan PRU 12, kelebihan 509 undi yg diperolehi dato lau lee adalah bahaya dalam PRU 13; Apa cadangan kepada dato lau lee supaya dapat menang lagi?