Wednesday, January 11, 2012

Sejarah Orang Laut dan Orang Cina Johor Bolehkah Kesetiaan Berubah Kepada Pakatan Rakyat?


Pakatan Rakyat mahu bertapak di Johor. Tsunami PRU 12 tidak sampai ke Johor. Pakatan Rakyat mahu orang Cina Johor 90% menyokong PRU 13 nanti disamping undi orang Melayu dan Orang India pecah.

Persepsinya 90% orang Cina mula beralih kepada pembangkang. Data ini susah untuk diempirikalkan buktinya.

MB Johor sangat risau jika  berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina. Beliau bimbang kerana PRU 12 Pakatan menang 1 kerusi parlimen dan 6 DUN.

Ada pengkaji kata kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.

Ini dipanggil revolusi senyap Tionghua.

Sokongan orang Melayu kepada pembangkang kekal 25%-30%. Lalu Pakatan Rakyat mensasarkan pada PRU 13 nanti menang 15 parlimen dan 30 DUN di Johor

Anwar Ibrahim kata jika dapat 30 parlimen lagi Putrajaya milik Pakatan Rakyat.

Tetapi siapa mahu jadi MB Johor yang mesti dari orang Melayu? 

Dikatakan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian adalah bakal MB Johor.

Untuk memahami politik Johor mari kita kaji sejarah Orang Laut dan Orang Cina Johor bolehkah kesetian berubah kepada Pakatan Rakyat.

Adalah sangat sensitif kepada orang UMNO Johor jika dikatakan Johor akan tumbang. Mustahil orang Johor kata UMNO dicipta dan lahir di Johor.

Orang UMNO Johor melahirkan ramai tokoh dan intelektual.

Orang Melayu Johor adalah orang Melayu kelas pertama jika dibandingkan orang Melayu negeri lain.

Kerajaan negeri Johor pun punya pentadbiran autonomi yang tersendiri.

Pendidikan Johor baik sekular mahu pun agama adalah yang termaju dalam negeri-negeri Melayu. Maka orang Melayu Johor kuat pegangan agama dan pendirian parti.

Orang Melayu Johor memandang tinggi nilai kesetiaan.

Sejarah Orang Laut yang kita tahu semasa zaman Parameswara dan Kesultanan Melayu Melaka adalah penyokong Sultan yang sangat setia dan berani kepahlawanan mempertahankan empayar.

Bila Melaka jatuh kepada Portugis pada 1511, empayar Melaka berpindah ke Johor. Orang Laut pun berpindah ke Johor.

Bila Sultan Mahmud Shah mangkat dijulang pada 1699, tiada waris maka berakhirlah pemerintahan kesultanan Melaka. Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana mengambilalih tampok pemerintahan dengan melantik anaknya Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara Johor dan seterusnya menjadi Sultan Johor dengan sokongan pembesar dan rakyat memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV(1699-1718). 

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak yang mengaku sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada 1717, Raja Kechil telah menyerang Johor dengan angkatan perang Minangkabau.

Salah satu sebab ialah Orang Laut yang menyokong Sultan Abdul Jalil selama ini telah kembali menyokong waris Sultan Mahmud mangkat dijulang dari Kesultanan Melaka. Betapa kita telah melihat betapa setianya Orang Laut kepada waris Sultan Melaka.

Kalahlah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu membawa diri ke Kuala Pahang tetapi akhirnya dibunuh oleh pembunuh upahan orang suruhan Raja Kechil pada 1720 dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang. 

Namun Raja Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah menuntut bela dengan membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani,Daeng Menambun, Daeng Marewah,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengusir Raja Kecil bagi mendapatkan semula kuasa. Pada 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru.

Sekarang ini Orang Laut telah bercampur dengan Orang Melayu dan Bugis Johor. Sebab itu ini menjelaskan kenapa Orang Melayu Johor sangat setia kepada UMNO. Kerana genetik kesetiaan nenek moyang Orang Melayu Johor.

Berbalik kepada Orang Cina Johor. Sultan-Sultan Johor selama beratus-ratus tahun telah menjaga kepentingan Orang Cina Johor dengan membenarkan Orang Cina Johor mengerjakan pertanian gambir dan lada hitam disepanjang sungai di Johor dikenali Sistem Kangcu.

Kangcu adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina, manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah Tuan Sungai. 

Buruh-buruh Cina yang mengusahakan ladang gambir dan lada hitam diletakkan di bawah kuasa Kangcu atau ketua Sungai yang dilantik oleh kerajaan Johor. Sistem pengurusan orang Cina cara ini telah menyelamatkan Johor dari 'huru-hara' dan membolehkan Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam terbaik di dunia. Dalam sistem perladangan cara ini juga membuktikan adanya unsur 'usaha-sama' (jont venture) antara pembesar Melayu dan pelabur modal Cina.

Persatuan-persatuan Orang Cina Johor juga dinaungi oleh Sultan Johor betapa rapat hubungan Orang Cina Johor dengan Sultan Johor.

Majoriti orang Cina Johor adalah keturunan dari Orang Cina Sistem Kangcu ini.

WZWH telah gambarkan sejarah kesetiaan Orang Laut dan Orang Cina Johor. 

Pada zaman politik moden Johor pun budaya tradisional Johor masih menjadi akar umbi. UMNO sudah sinonim dengan Kesultanan Johor.

Untuk Pakatan Rakyat mengubah kesetiaan itu bukanlah sesenang yang diwar-warkan. 

Begitu jugalah dengan negeri WZWH negeri Pahang hampir mempunyai sejarah dan sistem serta nilai yang sama dengan Johor!

3 comments:

Anonymous said...

Bro, seronok membaca fakta sejarah hubungan sino-malay di Johor tu.Itulah kita, memang orang yg baik selalu boleh terima orang lain . Orang lain yg sedikit boleh kaya dan survive dalam kelompok kita yg ramai. Sampai kita sanggup ubah pun fakta dalam sebuah novel unggul. Boleh dipakai lagikah semua sejarah tu.Aku bimbang lama-lama orang kita sendiri pun dah tak hairan lagi, demi menyesuaikan dengan sebuah ieologi kahidupan baru yang moden, bermobiliti tinggi yang menjadi anutan sejagat, kuasa dan kekayaan. Pergi jahanam dengan sejarah dan keagongan bangsa di masa lampau tu.Sebagai guru dan researcher, bro tentunya baca buku mengenai Lim Goh Tong, asal usul dan kajayaannya di Malaysia.Apa yang berlaku mutakhir ini, sebenarnya kita tidak pernah belajar pun dari sejarah. Sejarah meninggalkan kita,amokan kehidupan moden dan kekuasaan berjaya menghantui kita. Saya macam sudah nampak apa yang akan berlaku seratus tahun lagi kepada anak cucu kita. Ws.

Anonymous said...

sokongan tidak berpihak kepada kerajaan negeri atau negara adalah polisi yg. dilaksanakan tidak memenuhi hasrat majoriti !

Anonymous said...

good artikel bro....teruskan...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...