Friday, January 6, 2012

Kenapa UMNO Pahang Suka Letak Orang Luar Bertanding Di Parlimen Jerantut?


Generasi X, Y dan Z Jerantut selalu bertanya kepada WZWH kenapa di Jerantut ini telah dijajah kepimpinannya oleh orang luar dah banyak kali (Sharif Ahmad, Kamaruzaman Baria, Tengku Lan), cukuplah tu... 

Bagilah kepercayaan kepada anak tempatan, ramai lagi yang bagus-bagusnya, yang benar-benar boleh berusaha untuk membangunkan parlimen dan rakyat Jerantut. 

Zaman Wan Bakar dulu pun ok dah, banyak juga yang dirancang nak majukan Jerantut ini tapi usahanya banyak tergendala, mungkin kerana permainan politik orang Pahang sendiri yang tidak suka melihat kejayaan orang sendiri.

Kali ini mesti ditonjolkan anak tempatan yang benar-benar faham terhadap kehendak dan suasana tempatan.

Tapi Jerantut dari sejarah ahli parlimennya pucuk pimpinan tertinggi suka ambil calon import. WZWH tidak pasti samada dasar ini mahu diteruskan oleh DS Najib dan MB Pahang pada PRU 13 nanti. 

Sekiranya dasar "pemain import" ini diteruskan maka sudah menjadi nasib rakyat Jerantut, pucuk pimpinan UMNO tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan. 

Rakyat Jerantut akan menentukan nanti samada mereka masih mahu "pemain import" atau tidak pada PRU 13 nanti. 

Mungkin pada PRU 13 nanti jika rakyat Jerantut sudah bosan dengan servis pemain import yang acuh tak acuh akan "menguburkan pemain import terakhir" yang UMNO pilih. Masa akan menentukannya....

Kenapa pucuk pimpinan tertinggi UMNO suka menguna pakai Dasar Pemain Import parlimen Jerantut? 

Soalan ini sangat menarik untuk diperbincangkan oleh ahli UMNO dan rakyat Jerantut. WZWH telah mengkaji soalan ini selama 20 tahun maka ini yang WZWH boleh ketengahkan:

  • PM dan MB tidak yakin dengan kemampuan anak-anak tempatan. Mungkin orang Jerantut IQ politiknya atas sikit pada orang Asli. Ertikata yang pemikiran politik orang Jerantut "bodoh".
  • PM dan MB mendapati puak-puak politik Jerantut suka "berperang sesama sendiri". Maka sebab itu perlu calon import untuk menjajah pemikiran politik Jerantut.
  • PM dan MB tidak nampak Jerantut ada tokoh yang hendak ditonjolkan. "Vaccum of leadership".
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak pandai, tidak berani, kelu lidah untuk mengatakan TIDAK kepada pucuk pimpinan dan apa sebenarnya yang mereka sendiri mahu.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut mempunyai perasaan "inferiority complex"-rasa rendah diri yang sangat tinggi.
  • Pemimpin-pemimpin politik Jerantut tidak mahu ke depan segan.
  • PM dab MB berfikir bahawa masyarakat Jerantut masih lagi primitif tamadunnya membuatkan amalan "feudal" boleh diterapkan maka pilih pemimpin yang pucuk pimpinan suka dan letak saja bertanding di parlimen Jerantut.
  • Mungkin orang Jerantut suka orang luar jadi ahli parlimen, lepas ni kalau hendak ubah selera orang Jerantut akan pilih calon dari Kota Bharu ,Kelantan pula sebagai ahli parlimen.
  • Jiwa pemikiran politik orang Jerantut yang memang suka dijajah. Orang politik Jerantut tidak ada keyakinan. Mentaliti "slave" atau hamba masih ada pada majoriti orang Jerantut.
  • Mungkin kerusi parlimen Jerantut dikhaskan untuk calon-calon kategori "bermasalah" yang tiada tempat lain maka Jerantut dikorbankan untuk mereka.

Tapi faktor-faktor di atas tidak dipedulikan oleh orang Jerantut kerana mereka memang tidak kisah. Dan bila ada masalah-masalah berbangkit mengenai pembangunan dan servis yang tidak efisien dan efektif maka janganlah menyalahkan sesiapa- salahkan diri sendiri kerana kita orang Jerantut tidak ada "will power" atau "political will" untuk memerdekakan pemikiran dan jiwa politik kita sebagai orang Jerantut.

15 comments:

Anonymous said...

harap kali ini biarlah org tempatan..
tapi kalau dasar pemain import diteruskan nak buat camna?
mintak maaf awal2 la.. saya tak vote BN..
kalau pas pakai plat D lagi..
saya tak vote jugak..
koyak je dlm pusat mengundi tu..
undi protes pun cara melahirkan perasaan dan komunikasi dlm PRU he he he

Anonymous said...

TAK ADA LAH KENAPA UMNO JERANTUT TIDAK SUARAKAN BANG

Anonymous said...

boikot calon luar.. 100% made in jerantut.. dari jerantut utk jerantut..

org jerantut untuk jerantut...mcm slogan jepun asia utk asia la plk..

BOBOIBOYPUKIDA said...

Apa nak hairankan...ADNAN YAACOB pun bukan anak tempatan PELANGAI, tu sebab dia sengaja ambil 'pemain import' di banyak tempat supaya orang tak ungkit pasal dia juga yang MENUMPANG di PELANGAI..

Anonymous said...

apa masalah dgn org luar??? jahat sgt ka.. tapi kita ni kat ulu kena akur la dah memang org jerantut ni tak layak..tak berkemampuan..dah byk sgt contoh depan mata..semua bolot utk puak sendiri jerrr...(betul dak aji).takkan umno nak gadaikan parti utk bagi org tak layak!!!! sentiasa ingatkan dasarnya kita kena bekorban utk umno...

Anonymous said...

Anon 9:13 adalah orang Jerantut paling kuat jiwa inferiority complex dan berjiwa hamba tidak yakin dengan kemampuan anak tempatan Jerantut sendiri. Memang layak Anon 9.13 makan taik dan minum air kencing orang luar yang hanya mahu kerusi parlimen Jerantut tapi hampes tak boleh buat apa-apa! Betul kata blog WZWH bahawa di Jerantut ramai ada slave mentaliti!

Anonymous said...

Anon 9:13 tu saje nak provokasi org jerantut...jgn la marah dia sbb pengundi jerantut yg salah, sape sroh undi org luar. jd betul lah **** pon klu calun pasti menang..kah kah jg mare...kali ni nak tgk org jerantet ada bran ke??????

Anonymous said...

Mungkin Pucuk kepimpinan Pahang melihat dari luar tiada calon yg layak agaknya, secara peribadi pandangan saya adalah lebih baik pru 13 mesti pilih anak jati kelahiran Jerantut.

Anonymous said...

gagak oh gagak...duduk di dun,hitam legam...nk duduk di parlimen..nk tunjuk putih..tk payah lah..jerantut dah kenel....ttgu je la pilihan raya ni..ada lah jawapan nya...kawe duk ttgu ni..

Anonymous said...

Jgn main politik murahan. Jika nak kepujian, kena tekun belajar sampai matlamat. Org Jantet ni, setahu suka menadah jer, tak maw keja kuat, kuat kok lain aderlah nampoknya. Cer awok tanya semaker 54,000 pengundi Jantet tur tok suker ke org luar!!!

Anonymous said...

Wan AMizan @ Ustaz Ahmad Shah Parlimen Baru pru 13??

Anonymous said...

Salam, rasanye saya setuju dgn pendapat wzwh. Salah satu faktor yg perlu diambil kira adalah:

DiJerantut ini terlalu banyak puak yg rasenye sangat susah utk disatukan. Antaranya adalah:
1) Puak Ulu Tembeling
2) Puak "Wan"
3) Puak Peneroka
4) Puak Kelantan
5) Puak Pulau Tawar
6) Puak Bandar
7) Puak Hilir
8) Puak Ulu Cheka
9) Puak Kg Baru
Terlalu banyak agenda diantara Puak2x ini, jadi fikir-fikirkan lah. Jika kita boleh bersatu maka semestinya calon itu dikira terbaik yg mana mewakili dan memahami kehendak pengundi di Jerantut.

Oleh itu saranan saya, marilah pengundi di Jerantut BERSATU utk merealisasikan agenda Daerah kita.

Buat wzwh, satu artikel yg perlu kita fikir bersama....

Anonymous said...

Akibat puak2 ni disebabkan ada puaka sendiri dalam ameno...

Anonymous said...

ap a di heboh dan di gusarkan orang jerantut ke, orang luar ke, PRU 13 Ahli Parlimen Jerantut adalah dari PAKATAN RAKYAT. TITIK. Tak usah berdongeng lah. hehaaaaa.

Anonymous said...

tak kisah la calon umno ke pas ke yang penting calon mesti ANAK JATI PAHANG bukan setakat lahir je kat jerantut pahang tapi mak,ayah,atuk,nenek asal dari negeri luar.ingat pengundi jerantut calon mesti ANAK JATI PAHANG

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...