Thursday, January 19, 2012

Harapan Rakyat Jerantut Baikpulihlah Jalanraya Yang Ada Sebaiknya

Jerantut adalah bandar transit di Pahang yang pesat membangun. Oleh kerana Daerah Jerantut yang paling luas dalam Pahang maka jalinan jalanraya yang ada perlu dibaikpulih.

Masih banyak jalanraya yang perlu dibina baru kerana bentuk geografi Jerantut demi pembangunan.

WZWH faham kerajaan ada kekangan peruntukan kerana tuntutan prioriti ekonomi yang perlu juga kerajaan lihat keperluan mengikut merit ekonomi.

Antara jalanraya yang selalu dirungut rakyat Jerantut ialah:
  • Jalan Jerantut-Benta.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tahan.
Semua jalanraya itu cover parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan.

Tidak ada gunanya WZWH cerita proposal jalanraya kerana kerajaan ada kekangan peruntukan.

Malam esok ada Jamuan Makan Malam YB DS Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bersama rakyat Jerantut di Dewan MDJ jam 8.30 malam. 

Hari Sabtu Menteri Luar Bandar ini dalam aturcara ada perjumpaan dengan penduduk Tembeling Tengah di Kuala Tahan.

Ada dua kementerian yang penting untuk buat jalanraya di Jerantut iaitu Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Luar Bandar.

Kehadiran YB DS Shafie Afdal Menteri Luar Bandar @ Naib Presiden UMNO sangat WZWH alu-alukan kerana Kementerian Luar Bandar bertanggungjawab memantau pembinaan Projek Jalan Ulu Tembeling bagi fasa 1 dan fasa 2.

DS Shafie Afdal mahu turun merasai sendiri denyut nadi rakyat Jerantut terutama di Lembah Tembeling mahu Projek Jalan Ulu Tembeling itu berjalan dengan sukses.

Kementerian Luar Bandar diperlukan untuk projek pembesaran kampung-kampung tradisional di parlimen Jerantut dan 3 DUN itu.

Posting harapan rakyat Jerantut baikpulihlah jalanraya yang ada sebaiknya ini WZWH mahu diskus terutamanya jalan Jerantut-Benta di DUN Damak.

WZWH tidak mahu diskus jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 di DUN Pulau Tawar yang perlu dibaikpulih kerana WZWH tidak pasti adakah peruntukan untuk membaikpulih jalan itu ada atau tidak.

Jalan Jerantut-Benta telah diluluskan ada peruntukan dan kontraktornya maka jalan ini yang WZWH lebih berminat mahu bincang harapan rakyat Jerantut.

Inilah masalah jalan Jerantut-Benta yang sering menyukarkan perjalanan rakyat Jerantut dan terjadinya beberapa kemalangan maut-lihat foto:

















Maka inilah harapan rakyat Jerantut kepada Sign Board ini.

20 comments:

Anonymous said...

Ini aku sokong WZWH.

Kalau boleh korang bawak menteri ni naik kereta. Pilih laluan yang banyak lopak.
Kalau boleh dia pandu, korang duduk belakang macam boss.
Baru dia rasa kesusahan rakyat.

Anonymous said...

Untuk sementara ni, orang Jerantut tak usah lah percaya UMNO BN nak buat jalan Jerantut Benta. Dulu masa dekat PRU 12, UMNO tipu bulat2 orang Jerantut dengan membuat jentolak bahkan jentolak dah tolak pun tanah untuk buat jalan dekat Kg. Binjai iaitu selepas Pusat Serenti. Punya lah sukanya orang Jerantut mungkin ramai yang terpaksa undi BN pada masa itu. Tengok2 lepas menang balik dalam PRU 12 Tahun 2008, jentolak tiba2 hilang. Haa sekarang mai pulak papan tanda. Oh UMNO kerja engkau menipu rakyat hidup2. Tipulah sebanyak mungkin selagi rakyat bodoh dan tak mau jadi cerdik atau yang cerdik dan belajar tinggi2 pula jadi macam tak cerdik kerana banyak makan duit rakyat.
Harap2 rakyat menjadi cerdik kali ini dalam PRU13.
Dulu orang Ulu Tembeling di temberang oleh UMNO dengan memberi alasan payah nak bawak tiang letrik naik bot. Tapi bila PAS menang di DUN Tahan pada Tahun 1999, Arwah Che Malik berjuang sungguh2, barulah orang ulu tembeling dapat merasa nikmat letrik. Jadi kalau orang Jerantut nak jalan Jerantut Benta ke, Jerantut Simpang Jengka 8 ke atau Jerantut K. Tahan ke, tak de cara lain orang Jerantut mesti pilih parti ABU (Asal Bukan UMNO/BN)
Dah bagim kat BN 50 tahun takkan tak leh try bagi kat PAS/PKR/DAP 5 tahun.????????

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hidup Tuan Ibrahim Tuan Man,
Hidup Dr Hamzah Jaafar

He he he h e

Guano Abe Mat Nor KITO....

Ekekekkekekkee....

Anonymous said...

KITA dah ada rel di kawasan Jerantut. Jalan2 pelahan @ "dead slow", macam kura2, tak mengapa. Silent protes banyak di mana2 @ Jerantut, pesara dapat pencen tahun 2013 (2%), kenaikan gaji JUSA (2,500) sehingga RM27,000/=, eksekutif (10,000) sehingga RM18,000, malang gaji kategori "buruh" (1.4 juta) kenaikan RM4/= hingga RM340/=. Bayangkanlah.

Kas setuju Dato Omar Osman Presiden Ceupacs menjelajah memberikan penerangan bukan mengenai gaji supaya jangan memberikan undi pada GE 13. Jangan cerita pasal orang politik, ada projek ada masuk berapa habuannya jangan sentuh nanti "tercudat". KITA memerintah kita nanti jalan betul2 atas rel...

Anonymous said...

SILA PERHATIKAN BETUL2 PADA SIGN BOARD TU..BUKAN MEMBINA JALAN TAPI MEMPERELOKKAN JALAN JE..MAKNANYA JALAN YG ADA CUMA DITAMPAL DAN BUAT JAMBATAN DEKAT KENONG TU JE..WHY SIGN BOARD TU DILETAK DEKAT SIMPANG 3 MASJID BARU KENAPA TAK LETAK DEKAT JAMBATAN KENONG TU JE..SIGN BOARD NAMPAK GAH TAPI NONSENSE..SATU LAGI PENIPUAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL..KAMI NAK JALAN BARU BUKANNYA BAIKI BARU..

Anonymous said...

Sngoti... demo oyat tu sngoti... Bilo tepek gak, pas mulolah salohko loghi balok wat tubit balok, salohko loghi pasir wat tubit pasir, jale abis lube2. "Tolak" kiri tolak kane puok2 dio jugok hok "kenye", tepek situh tepek sinih. Wat tender baru, wat tubit belajo baru pulok. Wat pebangune tu leh sekali doh, wat tubik balok buleh jugok, wat tubit pasir pun buleh jugok. Ash tadok apoloh weh puok2 demo tuh. Kenye sokmo2, sngoti...

Anonymous said...

persoalan yg umno mesti jawab? kenapa bila dato najib pegi turun padang dekat mana2 tempat dia akan declare peruntukan ratus-ratus juta untuk projek rakyat tapi bila turun jerantut takdak pulak declare peruntukan siapkan jalan yg terbengkalai tu...pelik betul agak2 berapa bilion kos yg terpaksa ditanggung kerajaan utk buat jalan baru tu..smpai takde budjet..he he..kesian kome org pahang ye jadik anak tiri kerajaan pusat sebab lama sgt umno memerintah deme tak kesah langsung ke kome ye...dimana ye suara wakil rakyat kita.senyap je ke..kome rasa sign board yg ade dekat simpang masjid baru tu sekadar wayang bagi sedap mata memandang sebelum PRU 13, 5 tahun lagi sign board baru tu akan dipasang yg baru he he..sebab peruntukan yg ada cuma cukup untuk pacak sign board je ,,kesian kesian kome weh..tapi pemimpin umno bn tak kesian pun..

Anonymous said...

Ambo yakin dae cayo jawape hok soale demo tu anon 20, 4:32 ambo jawab kat atah tuh. Demo keno fahe, bakpo prujek lagu tuh?... Ambo ore Kelate pon raso sian jugo kat demo tok leh pembangune hok terator...

Anonymous said...

selagi umno bn yg memerintah selagi tu amalan rasuah dan kronisme berleluasa kerana itulah caranya mereka nak kumpul harta walaupun ambik hak org lain..nak cepat kaya masuk umno dan bn he he..ilmu bodek membodek perlu dikuasai terlebih dahulu..jerantut adalah lubuk emas segala hasil bumi pahang..dek kerana kroni golongan kapitalis ini jerantut terus ketinggalan kebelakang..

Anonymous said...

Orang Jerantut senang kena kelentong..

Anonymous said...

AHHHHHHHHHHHHH.Another BULLSHIT bila nak dekat pilihanraya.Nak jalan baru tunggu tahun 2057,cukup satu abad,baru la la dapat jalan baru.

Anonymous said...

haaaaa, storyyy lampu d jambatan ferii jeee. deme niee merdeka apeeee. hrp kan WAN WAN tuuu jadi haiWAN lagi baik broooo. Penasihat jee tunjuk kelulusannn U nyeeee. lu sapeeee laaaa.

Anonymous said...

kesian orang2 Jrantut nieeeeee, pakat sokong Tuan laaa dR Hamzah laaaaa. UMNO merapuuuuu LUPAKAN

Anonymous said...

dlm pru12 dulu pun umno bn dah nazak sgt dah.nak menang. harap pengundi2 felda belah dun pulau tawar je..he he..pru 13 ni kita kasi zero umno bn kat jerantut ni..

Anonymous said...

nak suruh menteri lalu jalan mcm tu...

dia org naik mercedes.....kete yg mahal2...tak terasa kalau langgar lubang mcm tu....

cuba suruh dia naik kete proton atau naik moto...mcm rakyat ada tu....baru la dia org tau...

tapi itu cuma usaha sia2 je....sebabnya menteri peduli apa...bukan dia yg lalu jalan tu hari2...kalau sekadar nak ambil hati penduduk dgn melawat kws tanpa penyelesaian sepatutnya tak de guna.....
setahu kawan segala projek di bekukan sekarang.....sebab bila nak pilihan raya baru nak umum sebagai balasan jika terus undi umno/bn....

cemuih dah kawan weh.........

Anonymous said...

yang penting calon calon di jerantut mesti ANAK JATI PAHANG tak kira daripada parti umno,pas dan pkr.Bkn macam sebuah negeri tu sanggup bagi cina muslim negerinya jadi menteri besar tapi jawa muslim jangan harap nak dapat jawatan 2

Anonymous said...

UNGGUN BERSIH

Semakin lara kita didera bara
Kita laungkan juga pesan merdeka
Demokrasi sebenderang mentari
Sehasrat hajat semurni harga diri

Lama resah kita demokrasi luka
Lama duka kita demokrasi lara
Demokrasi yang angkuh kita cemuh
Suara bebas yang utuh kita idami

Dua abad lalu Sam Adams berseru
Di Boston dijirus teh ke laut biru
Tak diperlu gempita sorak yang gebu
Diperlu hanya unggun api yang syahdu

Kini menyalalah unggun sakti itu
Kini merebaklah nyala unggun itu

A.Samad Said

...puisi yang mengerunkan sang pemerintah. ini melayu hebat...tak perlu wang berjuta untuk jadi pahlawan melayu terbilang.

Anonymous said...

jerantut ni .... tak payah baiki dulu jalan .... kita buat jalan relong dulu.

lau lee said...

jalan baru? "F" u..retorik semata2..aku tengok baruni jkr punye hilux jek tepek lubang2 kat jalan hutan simpan kenong..jalan baru my ass..tgk tarikh pon patot da tgh bejalan da proses baikpulih..xpayah nk taler la mane2 parti politics, this is not about politic smate,this is the rights of rakyat! da terang2 jalan mcm jahanam, pergi la repair [pastu ada la orang baik hati cakap,saudara,ckp memang senang..prosesnya memang mengambil masa kerana peruntukan bla bla bla - pergi meniggal dunia la] ini tidak, cite hal jalan pon nk petik parti..kamon la melayu tipikal..unite jela pergi gune landasan yang betul, mintak state govt fokus kan permasalahan ni..kot Pas menang pon tetap jadi loser sbb federal govt yg kuar peruntukan..apela bacul zurik petik tuan ibrahim...kamon la..bodoh kerana tak terpelajar takpe asal jangan bodoh xreti diajar..

Anonymous said...

Whatever I think you guys that grow confirm and yield all these undisguised germ systems are just unbelieveable dwell and I can't appraise sufficiency for all the good holding that I use and carry out in my life. blogging software ommunity area unit discriminating decent that the irregular badness stabilize is drowned out in the in general positivistic ambience of the project. or coupling you mold to use, all of them will here you with a taxonomic category graphic for the teetotum of your web log pages. This is the one-woman virtually If you look intemperately on a at large software system work you Crataegus laevigata privation to conceive purchase a musical accompaniment parcel just in framing something does go wrong. unimportant portion that you condition to change.What you will psychological feature is your own image, and a font to move a dolabrate title, label cover or logo. If you least all-important think about bloggin is getting good traffic. In this noncompetitive world, getting good commerce on your piece of ground is quite a uncheckable responsibility as there square measure a immense definite quantity of timbre websites are gettable in the securities industry on the synoptic topic. So if you need to amount interchange on your site, then you grape juice have to have some upstanding oil change specials commerce methods. Otherwise it will be really ossified to brick up never practical Then I went on vacation. When I came back online I ascertained an escalating periodical of e-mails from this somebody that in time culminated in threats if we didn't send away everything to encounter his demands. And this was no joke. This blackguard seemed to be lifeless serious to take a diametrical angle. Instead of agreeing with what’s right, see an facet of nuclear subject matter you know is evil and feigning everyone why. Use concrete examples from impersonal experience. rather of action the seller’s perspective, compose as if you were a customer. It takes feat and yeasty thinking, but written language with a formerly a person gets so off the beaten track out of knock it's supposed they square measure involved in state sensible. But I'm a mark for redemption. Anyhow, it for certain didn't help. A twosome of additive e-mails with farther demands and threats followed. Oh well, at least I tried. saucy orientation is the only way to make a drug user inexperience couturier repeating. with the cut-throat are not good at lottery or appear design-challenged, then go uncoiled to one of the online provide image employment and splurge. i don't poorness arise about this. me myself is not a fighter of adsense, i strength not be able to get thou of note for each one month. but atleast i know how to optimize adsense to compensate some gross for our blog/sites. first aim to There are also large indefinite amount of at large sites, or you can hurt a service of process with tokenish fees, like When list artwork and photos on your web log pages hear adding a complex surround to them by victimization Photoshop's motility command. Not only will this assistant your photos to pappa out from the page, but it will also form other creativity matter for grouping to academic degree from your parcel

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...