Thursday, May 24, 2012

Bersediakah Sakmongkol AK47 Bekerja Kuat Mencapai Impian DAP: Perdana Menteri Bukan Melayu!


Pengerusi DAP, Karpal Singh kata perjuangan beliau mahu bukan Melayu jadi Perdana Menteri. Walau impian itu tidak tertunai masa beliau namun Karpal Singh kata mungkin masa generasi akan datang.

Karpal ‘tersasul’ pula menyebut Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Haji Hadi, ahli-ahli PKR dan Pas hanyalah menjadi kuda tunggangan atau balaci mereka untuk mencapai matlamat tersebut.

Namun Ariff Sabri @ Sakmongkol kuat bertepuk tangan sebab itu menaikkan bos Lim Guan Eng. LGE memang berharap kepada Sakmongkol bekerja kuat mencapai impian DAP mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu Sakmongkol menyerang UMNO  dan pemimpin UMNO seperti DS Najib, Tun Mahathir, dll dalam posting blognya habis-habisan.

Impian Karpal itu bakal menjadi kenyataan, sekiranya umat Melayu di negara ini terus berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat dan pendekatan di dalam politik seperti yang berlaku hari ini.

Biarpun perpecahan umat Melayu di negara ini belum sampai ke tahap yang amat kritikal, namun golongan pejuang politik yang rasis dan liberal seperti DAP sudah mula memperlihatkan belang mereka.

Hari ini, mereka tidak lagi segan silu atau takut untuk bersuara mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yang menjadi sasaran dan kecaman mereka.

Umat Melayu perlulah sedar dan sentiasa beringat, bahawa segala nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada umat Melayu di negara ini adalah sesuatu yang boleh ditarik balik, sekiranya umat Melayu terus berpecah belah dan tidak mahu bersatu padu dalam membela agama dan kuasa politik Melayu.

Umat Melayu perlu sedar bahawa perpecahan yang berlaku di kalangan umat Melayu ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja atau timbul secara semulajadi, tetapi ia merupakan satu gerakan terancang oleh golongan tertentu yang mahu menguasai pentadbiran di negara ini dan hanya satu caranya, iaitu dengan memecah belahkan umat Melayu sehingga hilang kekuatan mereka, biarpun pada angkanya umat Melayu menjadi bangsa majoriti di negara ini.

Malahan, apa yang lebih bahaya hari ini ialah apabila sikap sebahagian dari umat Melayu yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengambil tahu tentang politik, serta bersikap jahil dalam ilmu dan lebih tertumpu kepada perkara-perkara negatif yang berbentuk hiburan semata-mata.

Sedangkan medan politiklah yang menjadi saluran golongan politikus rasis dan liberal yang anti Islam dan Melayu untuk menguasai pentadbiran negara dalam usaha untuk menjadikan Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu tinggal sebagai satu lipatan sejarah di negara ini.

Apakah umat Melayu merasakan bahawa sekiranya Perdana Menteri negara ini bukan di kalangan orang Melayu, maka dia akan memelihara Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti mana yang wujud pada hari ini? Sudah tentu tidak!

Ada juga suara-suara yang sesetengah umat Melayu yang jahil mengatakan, apa yang nak dirisaukan kerana orang Melayu tetap akan menjadi pemimpin tertinggi baik di peringkat pusat ataupun negeri, sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara, kerana itu sudah termaktub di dalam perlembagaan.

Tidakah umat Melayu sedar, bahawa usaha Pakatan Pembangkang, terutama DAP adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik di mana Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, Raja-Raja akan dipaksa untuk turun takhta dan hak-hak istimewa Melayu akan dihapuskan!

Lihatlah nasib agama Islam, Raja Melayu dan bangsa Melayu yang hidup di pulau di selatan tanahair, yang satu ketika dulu dipanggil Temasik, di mana hari ini kemuliaan dan keagungan Melayunya sudah tinggal dalam lipatan sejarah yang usang dan tidak dipedulikan lagi.

Justeru itu, umat Melayu di negara ini perlu cepat-cepat sedar dan bangkit sebelum nasi menjadi bubur. Bersatulah umat Melayu dalam dua perkara yang diikat oleh Allah s.w.t. kepada kita sebagai tali kekuatan iaitu atas nama Islam dan bangsa.

Janganlah kita berpecah hanya kerana perbezaan pendapat politik dan pendekatan cara pentadbiran negara, kerana ia akan menyebabkan datangnya bencana dan kehancuran yang besar terhadap umat Melayu secara keseluruhannya.

Ambillah iktibar daripada sejarah sebagai satu pengajaran. Dan ingatlah pepatah orang-orang tua kita dulu yang berpesan, jangan sudah terantuk baru nak terngadah dan janganlah kita hanya menang bersorak, sedangkan kelak Islam, Bangsa, Tanahair dan maruah umat Melayu tergadai tanpa dapat ditebus kembali…

Adakah Sakmongkol rela menjadi pengkhianat kepada orang Melayu/Islam pada final analisis demi mencapai  visi dan misi DAP parti suci dan keramat beliau?

29 comments:

Kampong man said...

Sdr Wan,
Sebenarnya kita harus tidak langsong berasa gentar pada parti racis DAP ini dan juga Sakmongkol yang bakal menjadi hebat dalam DAP satelah keluarnya Tunku Aziz.Apa yang harus di kuatirkan adalah perpecahan Melayu dan menularnya pemikiran secularisma tajaan DAP yang kini dilihat terlalu memperjuangkan kaum Cina terutamanya dalam isu pelajaran vernacular school dan kesamarataan dalam semua aspek pembahagian dengan konsep MALAYSIAN Malaysia.Menghapuskan artikal 153, dan keistimewaan orang Melayu yang masih lagi ketinggalan jauh dalam bidang economi dan pelajaran.

Orang Melayu masih lagi bergantung pada parti UMNO bagi memperjuangkan hak mereka .Mereka tidak mengharapkan PKR dan PAS pula tidak begitu serious memperjuangkan hak Melayu .Walaupun mereka memperjuangkan Islam tetapi masih gagal berbuat sesuatu untuk Islam.Apa tidak ,fatwa kebangsaan pun mereka ragui demi survival politik mereka.Terbukti
ramai orang Melayu masih tidak memilih PAS bagi tujuan Melayu dan Islam.Keputusan PRU 12 dahulu menunjukan pencapaian kerusi Parlimen mereka yang terendah antara PAKATAN RAKYAT.Orang Melayu tahu mereka diperalatkan DAP dan PKR.Itulah saya meramalkan mereka akan meninggalkan DAP dan PKR di suatu masa nanti kerana pergaduhan merebut
kuasa antara pakatan baru ini.Ini bukannya satu kayalan.Perpaduan ummah sepatutnya lebih penting drp kuasa politik terutama dengan kehadiran pihak Anwarinas menguasai PAS kini.Tidak hairanlah Ustaz
Hadi pun tidak akan bertanding lagi bagi membuka ruang kepada orang muda saperti Mat Sabu,Nizar dan lain lagi katanya.Ada yang tidak kena mungkin.

Walau apa juga yang di spekulasikan dalam blog pembangkang kita semua the silent majority orang Melayu akan terus di belakang UMNO/BN pada pandangan saya berbeza dengan pandangan Sakmongkol yang anti- UMNO sebab tidak dicalonkan semula pada 2008 dengarnya.Bro Sak dan Aspan tidak mengharungi 13 May melihato telatah biadap DAP pada kami di kolej dulu cuba menghalau kami balik ke kampong dengan penyapu.Kebencian Kampong man pada DAP racis ini tidak berubah dari dulu lagi.Mereka baru berjaya di KL sudah mula menunjuk taring.Sebagai saorang professional saya tetap colour blind kerana hidup Kampong man banyak bergaul dengan rakan cina
yang moderate memihak MCA.Kaum Cina lama memahami pengorbanan UMNO menerima mereka sebagai rakan kongsi kuasa demi keamanan dan kemakmoran negara Malaysia kita dan kita mahukan
mereka bangga sabagai saorang warga negara ini.

Kesimpulannya :

1) DAP tidak jujur dan tidak boleh dipercayai .

2) Orang Melayu harus menolak DAP kerana sikap perkauman mereka yang terbukti anti Melayu dan Islam.

3) Kaum Cina juga harus tinggalkan DAP dan berbalik kepada MCA/GERAKAN kerana DAP tidak sesuai bagi negara majmuk Malaysia ini.

4) Orang Melayu yang menentang Melayu melalui DAP adalah menghianati bangsanya sendiri walau apa pun justifikasi mereka.

5) PAKATAN Rakyat akan tetap gagal menjadi kerajaan berdasarkan fakta dan kesungguhan BN dan RAKYAT terutama masyarakat Melayu yang bencikan parti anak beranak PKR dan DAP yang terlalu dominan dalam PR.

6) DAP tidak akan memperjuangkan dasar pelajaran negara dan penggunaan bahasa Malaysia.

7) DAP ingin menjadikan Malaysia negara REPUBLIC saperti Singapura sebagai matlamat masa panjang. Kalau the credible Tunku Aziz dan my idola Lee Lam Tye sendiri tinggalkan DAP sudah pasti ada yang tidak
kena dengan perjuangan chauvinistic DAP ini yang tidak boleh jive dengan kehendak pengundi majoriti.

8) Banyak sudah diperbincangkan dan kita semua tahu kepincangan dan konflik ideologi dan nilai antara DAP dan PAS.Tidak perlu Kampong man panjangkan disini.
....bersambong...next change..

Kampong man said...

Kampong man maintain about that Sakmongkol being "A square peg in a round hole in DAP " cannot fit in atau dalam loghat Cina taalak ngam maa.. Kampong man tidak akan kata " haram jadah " sebagai a Malay gentleman.No never ! But Sakmongkol ni panting kena cabar itu kita kena tabik spring.Biarlahkan dia dengan pencak silat Siam dia Wan !

Banyak yang kita orang Melayu boleh pelajari dari rakan
kita kaum Cina dari kejayaan business mereka. Kesungguhan, ketekunan,keberanian mengambil risiko ,jatidiri bertolak ansur ,berbudi bahasa tidak arrogan ,mahu berkongsi dan bekerjasama dan banyak lagi .Ini perlukan masa dan yang paling penting ilmu perniagaan.Kampong man sudah lama belajar menjadi ushawan tahap berjayalah jugak tanpa bantuan politik kalau hendak di bandingkan dengan rakan saya
Sakmongkol dan Aspan yang sangat saya kenali.Saya doakan mereka berjaya dalam politik pilihan mereka .Since they have burnt the bridges with UMNO they
better be successful in their new political arena.Good luck buddy Sak and bro Aspan.We are still brothers no matter what.

" It is only my opinion " .I have no problem if you disagree though.

QD,
Will try to write back in Sak blog to support the PERSISTENCE and humorous QD ! Good lad you are QD but Sak is vengeance and very selective right.Will
try to puji him first perhaps then I will do the snapping.My kind regards to Bruno and Nick Kelate who have been trolling the same things many times
over.Have fun and good night,sleep tight !





"It is only my opinion." I have no problem if you guys disagree .Good night and sleep tight !

Anonymous said...

You see my iPad is not doing justice to my spelling,spacing as I type fast following my thought as ithe ideas come along without real planning.Orang lama daa....

I must learn from that Anon in WZWH blog who have beautiful spacing with BOLD lagi .Surely he is from Pahang.But he is BRUTAL .Why not ! yang si Sakmongkol ni semenjak jadi Melayu DAP ini ada OVER sikit .Dulu dia decent man dan ow diam kata adiknya.Anak Pak Abas jiran sebelah rumah di Kuantan kata Sak ni pun baik orangnya .Dulu lah..

@ Kampong man

Quiet Despair said...

Uncle Kampong man

Sedih dan sayu saya bila tengok gambar Sakmongkol dengan LGE. I still cant fathom why a man who thinks he is super-duper smart can fall under DAP's trap.
Tapi yalah dah kutuk Najib dan UMNO begitu lama, tentulah sendiri rasa malu.
Ya tak ya sack diri sendiri dari UMNO. UMNO bukan DAP yang pecat orang sewenangnya.
Tapi seperti saya cakap dalam blognya, dia sendiri akan tahu living in DAP is like DAP.
With regard to Karpal saluting LGE as PM, it wasnt a slip of the tongue. It was deliberate to tell Keadilan and PAS not to dream of it.
Hahaha padan muka Anwar.
You can see intense srambling of power if (God forbid) Pakatn wins the GE. There is no clear succession like BN. It's anything goes.

Kampong man said...

Karpal is Karpal he change his stand when it suit and fits him.He slammed Anuar when he was DPM on the moral issues.Later support him like neraka ( HELL ) under PR.What a SNAKE !! and now he propose a non malay PM.Not that it is not provided by the Perlembagaan, it does but CONDITIONAL to certain requirements.
A snake is a snake.This is one of the YANG TERSIRAT faham !!.Ada juga Melayu yang buta mata dan hati sedangkan kita majoriti.

Masih tidak ingat dengsn " OVER MY DEAD BODY !!!".

Ayam menang kampong tergadai!! Kata Aki saya.Masih hendak memihak DAP Yeop oi ?

Anonymous said...

Makan tercapailah cita2 sbhg orang Melyu yang tidak mahukan sesama Melayu bersatu apabila ada orang Melyu sendiri tak ingin bersatu sesama Melayu tetapi lebih rela bersekongkol dengan sebahagian kafir yang mempunyai cita2 untuk menawan Malaysia dan akan mengiktiraf seluruh rakyat berbilang kaum mempunyai inditinti bangsa termasuk asal keturunan nenek moyang mereka.... Senafas sahaj...

Anonymous said...

Tuan Kampung Man yg bistari....

Berdosakah kita kalau kita melantik PM dari kalangan bukan melayu?? Tidak berdosakah kita jika kita sengaja memilih pemimpin melayu yg terbukti telah melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyat....(contoh mudah, kegagalan BN memberi royaliti minyak kpd kelantan-negeri 99% org Melayu Islam).

Sila al Fadhil Ust Kampung Man jb...sila berhujah menggunakan nas syarie...kalau Ust Kampung Man tak pandai jb, sila panggil sekalian ustaz umno yg bernaung dibawah umno jb...


Jawab jgn tak jawab...aku dan sekelian pendokong PAS jerantut tengah menunggu jawapan...kalau hujah bertepatan dgn kehendak syara', kami dah tak sabar2 nak pangkah umno dlm PRU13 ni...

Kampong man said...

Waalaikumsalam Tuan Anon 8.35 yang saya hormati,

Maafkan saya menjawab isu minyak Kelantan pada tuan dalam bahasa Inggeris kerana ianya adalah fakta dan pernah saya jawab dahulu.Mohon saya turunkan semula bagi menjawab soalan Tuan.Isu ini melibatkan Kelantan yang dilihat saolah dianaktirikan kerajaan pusat.Isu ini sungguh subjectif kerana ia melibatkan definasi boundary nautical miles dari pantai negeri.Saya mungkin salah tetapi saya rasa pihak PETRONAS yang sepatutnya lebih arif menjawabnya kerana dari sudut legalnya kelantan berhak menerima royalti walaupun ianya jauh dari kawasan bertindih antara perairan Thailand dan kelantan.Bayaran ini adalah dalam bentuk wang ikhsan yang disalorkan dari kerajaan pusat ke Kelantan.

Quote
"Salam WZWH and readers,
Sakmongkol said in his blog “….Minyak di jumpai di perairan kelantan tapi kelantan dinafikan peluang membangunkan industry minyak dan Gas di Tok Bali.Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkla Thailand dari Tok bali.”

Kampong man said,
One has to understand the underlying agreement between Thailand and Malaysia on area of OVERLAPPING CONTINENTAL SHELF claimed by both parties in the lower part of the Gulf of Thailand near South China Sea to fully appreciate why certain decisions are made as it involve costs ,logistics and development strategies.
The two Governments have jointly agreed to explore and exploit for the mutual and equal benefits of the two countries through MTJA ( Malaysia-Thailand Joint Authority Act ) in 1979.The preamble of that MOU rightfully sums up the underlying concept of this JDA (Joint Development Area).It is this mutual cooperation that convinced both parties that activities be carried out jointly.
Hope readers will not accept Sakmongkol sweeping statement as little knowledge is too dangerous.If Sak is not sure ask my partner brother ANC (Not our Mandela political party ! as he was in PETRONAS since 1975 as Head of Reservoir Engineering and was partly involved in the negotiations those days.Petronas commenced business in 1974 by PDA (Petroleum Development Act 1974)
Hope this clears Sakmongkol disinformation.Thank you." Unquote

Tuan Anon Bistari,

Hrap tuan memahami sadikit isu ini dan pernah saya hantar ke blog kesayangan PR Tuan Sakmongkol .Malang ianya di delete.Kebebasan bersuara dalam Pakatan !!?? Salam.Wallahwuallam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

salam Kampong Man,
Tahniah satu jawapan berasaskan fakta dan legal framework.

Kenapa Ku Li dari tahun 1970an hinggga pertengahan semasa popular dalam UMNO memegang Menteri Kewangan tidak serious fight royalti minyak untuk Kelantan? Hanya baru kini Ku Li menggerakkan isu royalti minyak untuk Kelantan. Bukan apa kalau kelantan berjaya, WZWH pun mahu Pahang juga dapat royalti minyak.

Walau bagaimana pun Kerajaan Pusat banyak membantu membangunkan Kelantan.

Anonymous said...

Sdr Ustaz Anon 8.35 dan rakan PAS Jerantut,

Memang tidak salah bukan Islam jadi PM Malaysia kalau itu Ustaz PAS yang tidak lagi memperjuangkan Islam mahu dan mahukan negara Malaysia menjadi bukan Islam lagi bahkan SECULAR maka perjuangan PAS yang beginilah membuatkan hilang kepercayaan orang Melayu pada PAS ysng sudah lari dari perjuangan asal mereka yang lebih sanggup bersekongkol dengan kafir kerana terlalu benci pada Melayu Islam dari parti lain yang benar benar memperjuangkan hak melayu dan Islam di Persekutuan Tanah Melayu ini.....senafas sahaja boleh ?

DS

Anonymous said...

Anon 6:08 En Wan dan Kampung Man,

Nampaknya soalan2 pokok saya diatas masih belum terjawab. Saya ulangi, berdosakah kalau kita memilih bukan melayu jadi PM...

Sdr Anon 6:08 am, nampaknya sdr terlalu tidak berkenan apabila PAS bersahabat dgn rakan strategiknya DAP yang sekular dan kerana persahabatan ini maka PAS dituduh sebagai sekular. Ok, semasa PAS tidak bersahabat dgn DAP dahulu dan sentiasa menyeru orang Melayu agar menjadikan seluruh sistem pemerintahan berpandukan al quran dan Sunah Rasul SAW, dimana pendirian sdr ketika itu. Mengapa sentiasa totok dgn UMNO yg memang sekular..Satu lagi, semasa DUN Pulau Pinang dikuasai oleh majoriti Melayu suatu ketika dulu, mengapa UMNO tidak berkeras untuk melantik Melayu sebagai ketua menteri...

Sdr2 sekelian, tak usahlah berperangai macam orang munafik...sudahlah...!!

Anonymous said...

Anon 6:08am,
Kerana anda benci dgn sekular sekarang ini, adakah anda sudah tidak menonton TV3, TV9 dan RTM yg ternyata sekular dan sentiasa jadikan TV al hijrah sebagai santapan minda utama. Lagi, cuba lihat sistem perbankan, sudahkah anda memilih cuma Bank Islam atau perbankan Islam sebagai trnsaksi urusan kewangan dan pinjaman sdr. Satu lagi, jika anda terlibat dgn kes jenayah, ke mahkamah mana anda rujuk untuk menuntut keadilan...mahkamah syariah atau mahkamah sivil???

Anonymous said...

sdr Al Ustaz al Anon 8.05

Jangan terlalu mudah menuduh orang lain munafik kalau tidak faham alquran bro. Sekarang Pulau Pinang sudah dalam pegangan Pakatan apa tak mintak LGE orang PAS jadi ketua menteri.Tak usahkan ketua menteri Naib Ketua menteri pun Keling.PAS hanyalah kuda tonggangan bro diperalatkan.Muzakarah pun Flip flop.Al mUstaz al Hadi al Presint kata ok Mahaguru Ayatollah Nik Aziz kata brgini, lepas tu al Ustaz almMat Sabun kata Tak payah Muzakarah..Aku pening kepala dengan PAS ini.Sentiasa ubah fikiran dan tak ada perjuangan bro.Apa macam jawab jangan tak jawab.

pemerhati

Anonymous said...

Sdr Anon 8.05,

Banyak penulisan dan kajian telah dibuat tentang penerimaan non muslim (Kafir) sebagai ketua kita meneraju orang islam sejak beratus ratus tahun dulu dari berbagai kitab oleh sholar scholar islam.Tolong tanya Ustaz PAS jawapannya jelas.Orang Islam harus pertamanya harus menolak.

Anonymous said...

Aku dah habaq PAS patut duk pi sama dengan UMNO.Awat hampa duk pi bertengkaq lagu ni...

Anonymous said...

AKU FIKIR PAS TAK KISAH BUKAN ISLAM JADI PM. YANG PENTING UMNO KALAH. BETUL TAK WAN ZURI? MEMANG HANCUS MELAYU NI BILA GADUH SAMA SENDIRI. ASALKAN MENANG.PELIK BETUL YE GITU.

Ghab said...

Terima kasih atas ingantan saudara . Kami akan menjahui daripada Melayu2 munafik penkiyanat Bangsa .

Kutukandewata said...

anon 8.35,

umat islam di larang melantik kafir musyrik menjadi ketua negara,rujuklah sahih bukhari dan muslim.mudah-mudahan saudara akan jumpa hadis tersebut.saudara akan dapat pahala kalau rajin baca hadis dan saudara akan dapat jawapan yang tepat kepada segala permasalahan.saudara islam dan kita semua islam maka perlulah menghalang keinginan kafir musyrik memerintah kita!

berlembut sesama islam,garang bila berdepan kafir yang ingin menguasai kita,salam saudara yang saya hormati!

Anonymous said...

oiii kutukan diwata, tolong kasilah kat aku matan hadith tu...aku nak bertalaqi dgn al muhadithsun sprti hang ni. Oiii kutukan dewata, aku nak habaq kat hang bahawa dlm kontek m'sia ni PM kita tu cuma ibarat sebagai injin kereta saja.. ketua negara yg sebenarnya adalah yg dipertuan agung dan agung ini umapama pemandu...kita wajib berbai'ah kpd agung kerana beliau adalah ketua agama.

Tulah hang ni cakap macam pandai tapi hakikatnya bodoh...nak guna hujah agama tapi tak reti....

Kampong man said...

Salam Anon .813

Ada beberapa pandangan dengan topik ini diperbincangkan .Ada baiknya kita rujuk bersama stu audit pandangan dibawah semoga kita dapat me pelajari bersama:

1) Baca " Islamic Political discourse on non- muslim Leadership in a Muslim state " by H.M.I.Shariff.

2) .For simpler reading try " Muslim Loyalty to non- Muslim Government.

Google dan fikirkan.Salam

Kampong man said...

Maaf I pad ni tak faham bahasa Melayu

Correction tolong delete"...stu audit.. "

Anonymous said...

Hmmmmmm

Che Wan..ngape Melayu takut dengan Bayang-bayang sendiri?

Ha ha ha..

BDW..Kampung man..Mengapa Jadi Wang Ihsan bukan Royalty..Orang Kelantan dah jadi Pengemis Ke dengan Kerajaan BN..Hmmmmmm Tak Ikhlas namanya..no wonder BN tak menang kat Kelantan..ha ha ha.

Kampong man said...

Salam Anon 1.01 ,

Saya difahamkan sabenarnya Kelantan tidak layak menerima Royalti dari definasi kedudukan pelantar minyak yang jauh dari segi perjanjian.Trengganu pula kerajaan harus bayar royalti kerana onshore facilities terletak di KERTEH kononya perlu bayar TOLL.Sedangkan tidak ada facilities onshore terminal umpamanya di Kelantan.

Kiranya wang ikhsan diberi atas budi bicara kerajaan pusat yang mahukan wang peruntukan itu digunakan untuk faedah projek persekutuan yang memberi faedah terus untuk rakyat.

Benar, Ku Li lebih mengetahui hal ini.Saya mahukan Kelantan maju tidak kira parti mana yang memerintah malah saya sangat mengalu alukan muzakarah dan perpaduan ummah.Terserah, hanya perpaduan senjata yang kuat buat Islam.Waallahwualam.

Anonymous said...

8.13 AM,
HANG NI SAH BODOH SOMBONG.KUTUKAN DEWATA SURUH HANG BACA HADIS.SEBAB HANG MENGAJI PUN TAK PERNAH.BACA JAWI LANGSUNG TAK TAHU.KUTUKAN DEWATA MAHU HANG JADI PEMBACA KITAB HADIS.HANG MARAH SEBAB HANG TAK TAHU JAWI.KALAU TAK TAHU JAWI BACALAH TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU HADIS SAHIH MUSLIM DAN BUKHARI.ORANG BERI NASIHAT YANG BAIK HANG MAKI ORANG PULAK.MEMANG INILAH AJARAN NIK AZIZ SAMPAI PENGIKUTNYA SEMUA BUTA HATI DAN PERASAAN!!!!!

Anonymous said...

8.13 AMTU ORANG KAFIR,SEBAB TU DIA NAK ORANG KAFIR NAK JADI PM DIA.
HARUN TAIB DEWAN ULAMA PAS MENENTANG ORANG KAFIR JADI PM DIA PULAK SIBUK NAK PM KAFIR.SAH DIA NI KAFIR.AKU ORANG PAS MALU NAK MENGAKU DIA NI AHLI PAS.

Anonymous said...

Aku sengaja nak pasang perangkap kpd anon berakal punggung (objek punggung menjadi bahan santapan minda anon2 UMNO). Perangkap aku dah mengena!! Aku tanya soalan..ada yg jwb sipi2 dan ada yg cuba2 nak jawab tapi 'tanya lain jwb lain'...bebal betul! Aku ulang balik, berdosakah kalau kita melantik bukan Melayu jadi PM (baca soalan betul2)??. Aku tak tanya, berdosakah melantik bukan Islam jadi PM....Memang puak2 ni tak cerdik langsung. Patutlah Jerantut ketinggalan dalam arus pembangunan perdana (contoh: buat jalan Benta-Jerantut > 4 tahun)disebabkan org2UMNO 'bodoh2 sombong'!!
Aku beri soalan tambahan:
(1) Kalau UMNO rasa PM bukan Melayu tak boleh jadi PM, mengapa tak gubal perlembagaan semasa anda menguasai 2/3 kerusi parlimen, atau anda takut kpd parti komponen BN yg lain sebagaiman anda tuduh PAS takut kpd DAP??
(2) Kalau UMNO rasa hanya Melayu yg layak jadi PM, mengapa anda melantik Mamak Mahathir menjadi PM yg paling lama dalam sejarah negara???

Anonymous said...

anon di atas memang bangang macam nik aziz jugak kaki putarbelit.bengong macam mat sabu.bahlol macam haji hadi.bodoh macam mampus omar!!!!!

Anonymous said...

Anon 10:49PM,
Alhamdulillah, anda antara orang yg 'paling cerdik' (sebab anda menganggap org yg menyokong/berjuang dalam jamaah Islam bodoh2 belaka)....namun moga Allah SWT kurnikan anda betul2 cerdik dan sanggup berjuang demi kebaikkan agama...

Anonymous said...

Kampung Man,

Why, Terengganu juga HARUS dibayar Royalty? Bukankah ia jadi Wajib?

Aku tak faham ler..tu pasal bila PAS perintah Teregganu, Mamak Kuty jadikan ia Wang Ihsan, Bila Derih Jusuh Naik jadi balik Royalty..Hmmmmmmmm. Flip-Flop lagi ..suka-suka jer ubah ..ha ha ha.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024