Monday, December 31, 2012

NGO Dan Demo Terdesak Bukti Pakatan Rakyat Semakin Hilang Pengaruh!


Selepas keputusan PRU 12 yang mengejutkan Pakatan Rakyat (PR)-menang 5 negeri, terlalu sibuk berpolitik mahu menawan Putrajaya.

PR berhempas pulas cuba merosakkan imej BN sehabis teruk. Banyak janji-janji manis ditabur. Tidak cukup dengan ceramah diadakan pula demontrasi bersiri.

Selama penggal 2008-2012, kerja-kerja PR dapat dilihat melalui berbagai demonstrasi oleh NGO-NGO yang matlamatnya mahu menumbangkan BN antaranya termasuk:


  • Bersih 2.0 Julai 2011
  • Bersih 3.0 April 2012
  • Himpunan Janji Demokrasi menjelang 31 Ogos 2012
  • Himpunan  Hijau bersiri Anti Lynas
  • Himpunan  Royalti Minyak Kelantan
  • Himpunan 901
  • Himpunan bersiri Kebangkitan Rakyat
  • Himpunan bersiri Oren Anti FGVH listing


Strategi PR mudah mahu meningkatkan momentum politik dekat PRU 13.

Tapi bila kerap berpolitik demo akhirnya PR letih kerana 'overdone' sebab PRU lambat lagi!

Demontrasi demi demontrasi PR semakin lama tidak mendapat perhatian. Himpunan Oren 28 Disember hanya hadir kurang 1000 sedangkan sasaran 30,000.

Begitu juga Himpunan Hijau ( Mogok Lapar ) Disember 27-30 menjanjikan konvoi 10,000 kenderaan bermotor yang menyertai cuma 50! Yang mogok lapar pun mencuri makan sungguh memalukan!

Nampaknya strategi PR ini sebagai harapan terakhir meningkatkan momentum politik dekat PRU 13 ternyata gagal.

Semua orang tahu Himpunan Oren = PAS, Himpunan Hijau = DAP dengan PKR sebagai 'cover' memulakan provokasi. Sokongan rakyat kepada PR boleh dinilai dari kegagalan demontrasi bersiri ini.

Kehadiran rakyat yang kecil menyokong himpunan demonstrasi ini membuktikan PR semakin merosot pengaruh dan jatuh perlahan-lahan.

PR tumbang kerana berbeza prinsip, matlamat, kacukan rasis dan extremis, liberalis, dan kepimpinan kuku besi itu memberi masalah kepada pakatan dari mula.

Masa kian suntuk untuk PR membaiki kerosakan. Di mata rakyat kredibiliti pemimpin PR semakin nipis.

Akhirnya strategi kuno iaitu fitnah digunakan oleh PR dituju kepada pemimpin BN bagi mengalih isu-isu kerosakan dan meraih sokongan rakyat.

Kerosakan yang dilakukan oleh PR di negeri-negeri yang diperintah:

  • Hutan ditebang sewenang-wenangnya tanpa menghirau nasihat Jabatan.
  • Pasir dikorek sehabis korek mengakibatkan pencemaran dan malapetaka alam.
  • Bumiputera diasingkan.
  • Pusat hiburan berleluasa tumbuh bagai cendawan tanpa kawalan.
  • Tanah dijual kepada orang asing dan funder politik


Rakyat perlu sedar gejala-gejala kerakusan PR mahu berkuasa dalam masa singkat berebut harta!

2013 PR menuju diambang kekalahan...

Sunday, December 30, 2012

Tengku Puan Pahang Berangkat Ke Majlis Perkahwinan Puteri Dato' Ishak EXCO Pahang



















Ketibaan pengantin lelaki dan perempuan.

Salah seorang pembaca VIP blog WZWH ialah YB Dato' Ishak bin Muhamad EXCO Pahang. Beliau selalu mengikuti perkembangan posting blog WZWH. Selalu juga Dato' Ishak memberi pandangan dan idea kepada WZWH.

Dato' Ishak bin Muhamad ADUN Bebar dalam parlimen Pekan kawasan DS Najib PM. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Dalam kesibukan DS Najib memimpin dan mentadbir negara, Dato' Ishak lah menjaga grassroot politik akar umbi UMNO Bahagian Pekan sebagai Timbalan yang menurut perintah dan setia disamping mendapat kerjasama yang erat dari ADUN Peramu, ADUN Pulau Manis dan ADUN Chini.

Pada hari ini KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah binti al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj berkenan berangkat ke majlis perkahwinan puteri Dato' Ishak di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Turut meraikan majlis perkahwinan puteri Dato' Ishak ialah DSD Adnan Yaakob MB Pahang, Orang Besar Pahang, pemimpin-pemimpin Pahang dan rakyat DUN Bebar dan Kuantan.



















Pengantin bersanding di pelamin direnjis air mawar.



















Dato' Ishak membaca persembahan ke hadapan Tengku Puan Pahang.



















Tengku Puan Pahang santap menikmati jamuan makan bersama pasangan pengantin, DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan ibu bapa kedua pengantin.



















Dato' Ishak mempersilakan Tengku Puan Pahang menyampaikan cenderahati kepada ramai pasangan pengantin dari DUN Bebar yang telah melansungkan perkahwinan sepanjang 2012.





































Tengku Puan Pahang berangkat meninggalkan majlis.



















DSD Adnan Yaakob sepatah dua kata kepada Dato' Ishak sebelum meninggalkan majlis.

Wednesday, December 26, 2012

Kuantan Bandaraya Tanpa Banjir 40 Tahun Lagi?


Basement sebuah shopping mall di Kuantan ditengelami air banjir kilat.

Kuantan ibu negeri Pahang. Boleh dikatakan tempat paling bertamadun dalam negeri Pahang.

Penduduk Pahang 1.5 juta. Hampir 41% penduduk Pahang berjumlah 607,778 tinggal di Kuantan.

Ditambah hujung minggu orang Terengganu suka membeli belah di shopping mall di bandar Kuantan. Begitu juga orang dari KL dan Singapura suka berehat di hotel, chalet di tepi laut pesisiran Kuantan.

Gambar-gambar banjir kilat di Kuantan boleh dilayari di internet.

13 jam hujan tanpa henti bukan sahaja bandar Kuantan boleh tenggelam, kota London dan Paris pun tenggelam.

Banyak pihak menyalahkan sistem perparitan dan longkang. Itu skop bidang kerja MPK.

Pakar perumahan dan perbandaran MPK perlu melihat dari sudut ini dengan lebih serious. Jangan hanya penguatkuasa MPK sibuk menyaman parking atau cukai pintu dinaikkan tapi apa cadangan MPK mahu mengatasi masalah ini?

kalau perlu dirujuk kepada consultan atau pakar.

Jika tidak bulan Disember tahun depan bandar Kuantan banjir lagi. Ini memalukan DS Najib PM dari negeri Pahang.

Juga tidak senang duduk DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Tuanku Sultan dan Tengku Mahkota pasti kecewa lagi murka.

Orang kata ini banjir paling teruk buat Kuantan sejak 40 tahun dulu. 

Banjir yang buat orang Kuantan panik kerana air naik mendadak dari parit dan longkang. Banjir yang merosakkan gedung perniagaan, melumpuskan bisnes dan urusan perbankan serta banyak kenderaan tersadai.


Apa lagi rumah kediaman dinaiki air sedalam 1-1.5 meter. Banjir kilat kalau tidak diawasi boleh meragut nyawa.

Pasti pelancong tidak akan mengunjungi Kuantan fobia dengan banjir kilat di musim tengkujuh.

Taskforce mengenal pasti punca-punca banjir kilat, longkang dan parit yang tersumbat, rosak. Sikap penduduk Kuantan jangan buang sampah ke perparitan, longkang dan sungai. Kolam-kolam buatan bagi menampung lebihan air hujan perlu dibina.

Teknokrat dan Bureaukrat Pahang perlu hantar segala cadangan dengan kos ke Putrajaya agar peruntukan besar mengelak banjir kilat di bandar Kuantan boleh diluluskan.



















Beginilah air banjir kilat bertakung dibasement sebuah bank di Kuantan pada 26 Disember 2012. Semasa tengahari 24 Disember pula air ampuh menenggelam basement.

Ada bank yang terputus bekalan elektrik selama 3 hari. Banyak basement shopping mall digenangi air sedalam 1.5 meter. Banyak kedai-kedai perniagaan dimasuki air menyebabkan barang perniagaan rosak.

Ini menyebabkan shopping mall menutup perniagaan. Kedai makan, restauran dan gerai terjejas teruk.




















Pekerja sekuriti sedang memantau kerja-kerja menyedut air.


Nurmala Gadis Aceh Keturunan Puteri Kamaliah Pahang



Inilah Nurmala gadis Aceh keturunan Puteri Kamaliah (Puteri Pahang). Perhatikan keayuan dan kejelitaan Nurmala persis gadis Pahang!

Sedikit info sejarah:

Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah II atau nama sebenarnya Raja Husein adalah Sultan Aceh ke-13. Baginda merupakan anak kandung Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah II. Pada tahun 1617, Kesultanan Aceh di bawah Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang di mana Sultan Ahmad bersama anggota keluarganya memerintah seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Puteri Kamaliah (Putrie Phang) yang kemudian menjadi permaisuri Sultan Iskandar Muda, dan Bendaharanya Tun Muhammad, lebih akrab dengan nama samarannya "Tun Sri Lanang". Dengan ini, berakhirlah era pemerintahan Kesultanan Pahang yang berasal daripada zuriat Sultan Melaka secara langsung.

Dibawa ke Aceh, beliau berkahwin dengan puteri Sultan Iskandar Muda, yang kemudian bernama Sri Ratu Safiatuddin Taj ul-Alam. Selepas Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1637, Raja Husein menggantikan Sultan Iskandar Muda sebagai Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam dengan nama "Iskandar Tsani Alauddin Mughayat Syah".


Lyric Nurmala.

Nurmala-nurmala soe nyan mebayek-banyek di sampeng ho,hu,hu,hu,ho
bang lahu nyoe pat hai
Ana benton sejati hu,hu,hu anta waladon kan hu,hu,hu

Nyoe keuh masa dek mala tanyoe bergembira
asai na peng belanja ek tajak u amerika
hate mebalek sare, hate nyoe mebalek sabe
asai na toke ek sabe ta kile-kile

Takile walee-walee, takile walele-walee
adek mameh konle, abeh sidom matee
Takile walee-walee, takile walee-walee
asai na bang lahu mesyuhu ban saboh donya

Tajak hai dek tajak mangat taweng sepeda
adek loen mat bak jaroe loen ba-ba u kuta raja
ini jaman edan dek, pakek lah kaca mata
jalan sore-sore bah tanyoe hai awet muda

niscaya niscaya niscaya nurmala

reff
Takile walee-walee, takile walele-walee
adek mameh konle, abeh sidom matee
Takile walee-walee, takile walee-walee
asai na bang lahu mesyuhu ban saboh donya

Tajak hai dek tajak mangat taweng sepeda
adek loen mat bak jaroe loen ba-ba u kuta raja
ini jaman edan dek, pakek lah kaca mata
jalan sore-sore dek bah tanyoe hai awet muda

niscaya niscaya niscaya nurmala

Tuesday, December 25, 2012

ADUN Tahan Dan Rombongan Berlepas Umrah Atas Undangan Raja Arab Saudi



















Petang tadi WZWH meluangkan masa di KLIA menghantar ADUN Tahan dan rombongan seramai 20 orang berlepas umrah.

Ini adalah atas visa undangan Raja Arab Saudi kerana musim sekarang umrah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran Raja Arab Saudi.

ADUN Tahan setelah berpolitik selama setahun mahu membersihkan jiwa dan imannya dengan mengunjungi Baitullah di Mekah dan Madinah.

Itulah aktiviti ADUN Tahan selama 10 tahun yang lalu. Boleh beliau berdoa di depan Kaabah dan Raudah minta kesejahteraan kepada pemimpin negara DS Najib, MB Pahang, Tuanku Sultan dan Rakyat DUN Tahan dan Jerantut terutamanya.





















Bertuahlah 20 orang yang dipilih menyertai rombomgan umrah. Kalau boleh ADUN Tahan mahu bawa semua orang DUN Tahan tetapi atas kekangan yang ada bergilirlah ikut giliran. Termasuk beberapa staf pejabat ADUN Tahan turut dibawa.




















Guru Besar SR Pedah Wan Hamidon bin Wan Ahmad dan isteri dipilih kerana SR Pedah adalah sekolah rendah terbaik di DUN Tahan menghasilkan paling ramai murid cemerlang UPSR 5A. Ini memberi galakan dan motivasi kepada semua Guru Besar dalam DUN Tahan untuk bersaing.



ADUN Tahan bersama Datin dalam flight Saudi Airline Menuju ke Mekah.

Monday, December 24, 2012

Jaminan MB Pahang Selesai Permohonan Tanah Selepas PRU 13


Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.

MB DSD Adnan Yaakob berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.

“Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia di Kampung Labu, Jerantut, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga dalam proses memperincikan projek pembinaan jalan raya bagi menghubungkan kawasan Sungai Lembing di Kuantan dan Jerantut melibatkan jarak kira-kira 40km.

Pada masa kini, jarak dari Sungai Lembing ke Jerantut yang dihubungkan melalui Lebuhraya Pantai Timur ialah kira-kira 180km.

Pembinaan jalan raya fasa ke 2 Ulu Tembeling yang diluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta menghubungkan Kg Pagi ke Kg Bukit Mat Daling sejauh 63km.

Sebelum ini bagi fasa 1 pembinaan jalan raya Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi sedang berjalan membabitkan peruntukan sebanyak RM120 juta sejauh 26km dijangka siap pada 2014.

Sunday, December 23, 2012

Luahan Rakyat Pahang Yang Mahukan Tanah

Pahang luas 3.6 juta hektar. Guna tanah Pahang :

Lebih dari separuh tanah Pahang adalah hutan. Hutan perlu dikekalkan bagi tadahan air dan bioekologi.

306,000 hektar atau 8.5% dikenalpasti sesuai untuk pembangunan.

Rakyat Pahang mahukan tanah. Samada buat tapak rumah atau pekebunan. Beratus ribu permohonan tanah dikemukakan.

WZWH percaya isu permohonan tanah tidak akan selesai sebab tanah itu terhad. Sampai bila-bila dari    datuk, ayah, anak dan cucu mahu tanah.

Lebih baik untuk jimat tanah kerajaan bina rumah flat berpuluh tingkat macam Singapura. Lebih elok kerajaan buka ladang tapi hanya bagi saham kepada rakyat.

Isunya bagi rakyat Pahang yang sudah lama meneroka, mendiami tapi tidak dapat geran tanah. Mereka mahu geran tanah.

Kelemahan kerajaan ialah tidak mengawal dan membendung penerokaan tanah haram ini dari zaman British hingga sekarang.

Penerokaan tanah haram mahu dihalalkan. Desakan demi desakan dituntut kepada kerajaan dalam setiap PRU demi PRU. Selalunya dekat PRU desakan ini ada yang diselesaikan.

Kerajaan tidak boleh diugut baik kerajaan BN atau PR yang memerintah. Sepatutnya semua tanah adalah milik kerajaan Pahang, tidak perlu diberi hak milik hanya perlu dipajak atau lease.

Setengah negara telah membekukan permohonan tanah. Walau bilionaire banyak duit pun tidak boleh beli tanah!

Namun rakyat Pahang merasakan ada hak mahu tanah. Rakyat Pahang yang marhein yang sudah meneroka mahu geran tanah.

Rakyat Pahang yang miskin kata kenapa rakyat Pahang yang kaya boleh dapat tanah yang luas?

Luahan rakyat marhein Pahang dalam blog WZWH begitu menyentuh hati. Lebih-lebih lagi bila rakyat Pahang yang marhein ini dikatakan seperti berikut:

Anonymous said...

otak bodoh suka merepek.nak tanah cari duit.kerja rajin-rajin.dapat duit belilah tanah.orang beli kau dengki.kau nak free aje.mintak dengan bapak kau lah wahai manusia pemalas!!December 23, 2012 8:48 AM

Maka ini luahan rakyat Pahang yang miskin ini:

Anonymous said...

Anon 8:48AM,

Awok ni memang banggang sesunguh. Aku dah agak dah otak kau memang simpan dalam tempurung lutut.

Aku mintak tanah tu sebab aku ada hak... anak jati Pahang, lahir kat Kuala Lipis pada tahun 1967. Dgn usia menjangkau 46 tahun, mempunyai anak 7 dan bekerja pula sebagai jaga kontrak dgn LKPP (Gaji kira2 RM900 sebulan) takkan tanah berjuta2 ekar milik kerajaan negeri tak boleh kasi seekar dua kat aku. 

Aku bukan pemalas...walaupun aku ni diketogeri sebagai OKU, pagi aku jadi jaga, ptg pulak terpaksa maengambil upah potong rumput rumah orang kaya2....

Awok anon biar betoi..awok tak perasan ker banyak2 tanah2 pahang diberi percuma kpd orang kaya2...awok tolong cek berapa banyak tanah tok Penghulu yg ada...takkan gaji dia cuma kira2 RM2,000 sebulan boleh ada banyak tanah..sana ada tanah, sini ada tanah. 

Ini cerita tok penghulu...belum cerita ADUN lagi. Belum cerita tanah yg dipajak kat Cina lagi...apalah awok ni. Bodoh sesangat...otak kat mane...pui!!

Awok janga mencabar aku...nati aku dedahkan satu2...

Aku geram betul dengan awok ni..awok sebut kalau nak milik tanah belilah sendiri...

Nah, awok cuba tengok pebdapatan aku vs perbelanjaan aku. Defisit tau...pukan Najib jer tau buat bajet defisit. Haramjadah!!!

PENDAPATAN KASAR
Gaji + elaun + o/time = RM1,250
Upah mesin rumput = RM250
Jumlah = RM1,500

PERBELANJAAN (jum ahli keluarga 9 org)
Belanja dapur = RM300
Belanja pasar = RM400
Belanja anak sekolah = RM350
Minyak motor = RM100
Utiliti = RM200
Elaun kangkang Isteri = RM400
(Sewa rumah Free..mak mertua kasi duduk percuma)
Jumlah = RM1,750

Jadi...macamana nak hidup!!!

Kekadang elau isteri terpaksa dikorbankan..tau selalu melepaslah aku..oii barua.

Lawatan MB Pahang Ke Kg Labu DUN Tahan



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang menghadiri program berjumpa dengan masyarakat di Kg Labu pada petang Sabtu 22 Disember 2012.

Sejurus tiba dari Kuantan, MB berehat dulu  sambil makan durian.  



















MB bersalaman dengan penduduk kampung.



















Penduduk kampung yang hadir.






































YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan berucap apa yang beliau usahakan di DUN Tahan. Jalan-jalan kampung, perumahan generasi ke dua dan permohonan tanah.



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang berucap mahu rakyat jangan  tukar kerajaan. Perumahan untuk generasi ke dua dipermudahkan untuk pemaju, dan permohonan tanah.



















MB menyampaikan notebook kepada JKKK.



















MB menyampaikan kerusi roda bagi orang kurang upaya.



















MB menyampaikan bantuan cermin mata.



MB menyampaikan bantuan beras.






































MB beramah mesra dengan seorang murid sekolah.



















MB bersama YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar mantan ahli parlimen Jerantut.



















MB bersama Wan Nordin Wan Mustapha 



















Sidang media MB Pahang.

Saturday, December 22, 2012

Persediaan Program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia DUN Tahan



















Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang akan dirasmikan oleh DSD Adnan Yaakob MB  Pahang di Kampung Labu (DUN Tahan), Jerantut esok Sabtu pada 22 Disember 2012.

Berbagai aktiviti dijalankan di Tembeling Tengah DUN Tahan termasuk di Kampung Labu, Kampung Chebong dan Kampung Merting dari pagi sampai malam sejak hari Jumaat hingga Sabtu.

Orangramai yang tinggal berdekatan di Tembeling Tengah dijemput hadir termasuk penduduk Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Mari kita menyambut kehadiran DSD Adnan Yaakob MB Pahang dengan sambutan ramai orang dan meriah. WZWH ucapkan selamat datang MB Pahang ke Kampung Labu, DUN Tahan Jerantut.

Berikut foto-foto persediaan program tersebut.
























































Thursday, December 20, 2012

Adakah BJ Habibie Sedar Lawatan Politik Melayan Anwar Ibrahim Boleh Menguris Hati DS Najib?

Zam hanya meluahkan ketidakadilan menjaga hati dan perasaan serta hormat kepada pemimpin tertinggi.

WZWH percaya majoriti penyokong BN sokong dan faham apa yang Zam kritik mengenai BJ Habibie.

Tetapi demi hubungan diplomatik, menjaga hati pemimpin bangsa Melayu maka majoriti juga lebih suka berdiam diri.

Tetapi juga bila tulisan Zam mendapat reaksi negatif dari Presiden Indonesia, parlimen Indonesia dan rakyat Indonesia maka pemimpin BN cuba menjauhkan diri dari pandangan Zam.

Amat mudah dibaca bila Presiden SBY terpaksa menunggang arus sentimen rakyatnya lalu tidak gemar dengan pandangan Zam.

Bagi menjaga hubungan diplomatik maka terpaksa Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa itu pandangan peribadi Zam bukan mewakili pandangan kerajaan Malaysia.

Rais Yatim pergi lebih jauh bila mahu Zam minta maaf kepada BJ Habibie.

Pembangkang kata Zam mahu bodek DS Najib kerana mahu dipedulikan!

Pandangan golongan muda BN pula ialah kelemahan pemimpin veteran UMNO ialah tidak ada keberanian mempertahankan sentimen yang diluapkan oleh Zam yang golongan muda BN faham.

Logik WZWH mudah tidakkah BJ Habibie sedar atau terfikir lawatan politik beliau melayan kehendak Anwar Ibrahim boleh menguris hati DS Najib?

Jika WZWH adalah BJ Habibie....WZWH tidak akan datang ke Malaysia mempromosi Anwar Ibrahim.

Jika pun BJ Habibe terlalu menghormati Anwar Ibrahim tidak bolehkah BJ Habibie menyatakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim di Jakarta, Singapura atau di German.

Kita rumpun Melayu teramat suka menjaga hati dan perasaan lebih-lebih lagi kepada pemimpin tertinggi.

Adakah BJ Habibie tidak berfikir cara budaya Melayu yang simple ini hatta beliau juga seorang Melayu Bugis perlu merasa bangga dengan DS Najib.

Menjaga hati dan perasaan serta hormat perlu berlaku adil kepada kedua belah pihak.

Kalau sebelah pihak yang terpaksa menjaga hati dan perasaan serta hormat maka itu tidak adil!

Tuesday, December 18, 2012

Bila Bapak Presiden SBY Bersuara...Maka Zam Perlu Hentikan Polemik BJ Habibie!


BJ Habibie bekas Bapak Presiden Indonesia memang seorang yang hebat. Terutama teknokrat dan teknologi aviation. Ini Melayu Bugis yang paling genious di Indonesia.

WZWH mengerti kita tidak boleh bicara politik Indonesia menyentuh Bapak Presiden dan mantan Presiden lebih lagi yang masih hidup secara terbuka.

Jika kita bicara Bapak Sukarno secara negatif pun tidak boleh. Sensitif diplomatik. Hanya simpan semua itu sesama kita.

Apa lagi hal Bapak Suharto yang banyak membantu Malaysia ketika konfrantasi dan selepasnya.

Kita pun tahu hubungan yang amat rapat antara Bapak BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim sejak tahun 1990an lagi.

Sebab itu bila Anwar Ibrahim menjemput Bapak BJ Habibie datang ke Selangor itu tidak perlu kita komen dan bising. Kita tutup mulut sahaja.

Bila Zam tulis hal negatif tentang BJ Habibie maka Anwar Ibrahim yang untung sebab 1Indonesia menyokong Anwar Ibrahim dalam polemik Bapak BJ Habibie.

Bila Bapak Presiden SBY bersuara...adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

“Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur,”

WZWH kira baik hentikan polemik BJ Habibie. Walau kita tidak suka tapi ini menyentuh murka Bapak-Bapak Presiden Indonesia maka elok Zam 'say sorry'.

Boleh kritik Anwar Ibrahim tapi jangan libatkan dan kritik Bapak BJ Habibie.

Nah...Anwar Ibrahim menang lagi dalam isu ini...

Apa Sih Maumu Pengundi PRU 13?



Ini lagu untuk ahli politik UMNO dan BN buat relax dan santai ketika stress dan tension mahu menarik pengundi PRU 13 di konstituensi parlimen dan DUN masing-masing.

Enjoy bro...

Lirik Lagu Veristina – Apa Sich Maumu
di telepon gak bisa, di sms gak dibales
apa sich maumu
di telepon gak bisa, di sms gak dibales
apalagi ku ke rumahmu
* padahal ku hanya ingin mengatakan cinta
padahal ku hanya ingin bersama dirimu
di telepon gak bisa, di sms gak dibales
apa ini sifatmu
di telepon gak bisa, di sms gak dibales
apa itu maumu
repeat *
reff:
telah ku berikan, telah ku lakukan
semua hanya untuk dirimu
namun kau tak pernah mengatakan iya
atau pun kau menolak cintaku
ku ingin kau bicara
katakan saja bila kau menolakku
repeat *
repeat reff
di telepon gak bisa, di sms gak dibales
aku jadi benci kamu

Bro...kita ahli parlimen dan ADUN UMNO dan BN tidak pernah membenci pengundi!!!

Monday, December 17, 2012

Hevea Pahang Plantation Buka 16,000 Ekar Ladang Getah Di DUN Tahan


Revolusi perladangan sudah bermula di DUN Tahan terutama di hutan Ulu Tembeling. Selain Felcra Berhad membuka 10,000 ekar ladang getah, satu lagi anak syarikat Yayasan Pahang iaitu Hevea Pahang Plantation membuka 16,000 ekar ladang getah.

Kedua syarikat ini membuka ladang getah fasa demi fasa. WZWH menyokong usaha dua syarikat ini kerana sememangnya hutan Tembeling sudah tidak berkayu kecuali sebelah Taman Negara. Program 'reforestation' atau tanam semula pokok perlu dilaksanakan.

Diharap penanaman 26,000 ekar ladang pokok getah adalah aktiviti 'reforestation' yang mempunyai serampang dua mata. Ekonomi negeri Pahang berkembang selain hutan Tembeling terpelihara.

Hevea Pahang Plantation adalah anak syarikat Yayasan Pahang. Selain syarikat Yayasan Pahang Plantation yang mengusahakan ladang kelapa sawit hampir 135,907 ekar yang merupakan penjana ekonomi Yayasan Pahang.

Yayasan Pahang mahu diversifikasi dan mengurus risiko dengan mempelbagaikan ladang tanaman getah selain kelapa sawit.

Yayasan Pahang yang ditubuh oleh DS Najib semasa menjadi MB Pahang pada tahun 1983 telah dikembangkan semasa Tun Khalil dan lebih pesat pertumbuhan semasa era DSD Adnan Yaakob.

Kalau pada awal penubuhan Yayasan Pahang hanya RM1.5 juta diperuntukkan setiap tahun. Kini di era DSD Adnan Yaakob MB Pahang peruntukan telah bertambah sebanyak RM200 juta setiap tahun.

Hingga kini lebih RM1 bilion dihabiskan untuk pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada 750,000 pelajar dan murid Pahang.

Berbalik dengan 16,000 ladang getah yang diusahakan oleh Hevea Pahang Plantation memerlukan 5000 pekerja ladang, kerja-kerja kontrak ladang kepada kontraktor tempatan, dan berbagai bisnes ladang yang kontraktor tempatan perlu menyertai.

Juga 10,000 ekar ladang getah Felcra diharap memberi peluang bisnes kontrak ladang kepada kontraktor tempatan. Perlu diingat kesemua 26,000 ekar ladang getah yang diusahakan oleh Felcra dan Heves Pahang Plantation di Ulu Tembeling.

Apa peluang ekonomi yang boleh dinikmati oleh penduduk Ulu Tembeling selain dari pada pengagihan saham Felcra dan saham Yayasan Pahang khas kepada mereka? Apa sinergi pembukaan ladang getah ini kepada kepentingan penduduk Ulu Tembeling?

Apa infrastruktur dan public amenities yang boleh disumbang oleh Felcra dan Hevea Pahang Plantation sebagai sosial obligasi kepada penduduk Ulu Tembeling?

WZWH berharap satu kepentingan bersama yang positif dan memberi manfaat kepada penduduk Ulu Tembeling perlu difikirkan diawal perancangan.

Gambaran ladang getah dan Jalan Ulu Tembeling yang siap nanti.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024