Friday, December 14, 2012

Mesej 10.4 Juta Pengundi Muda PRU 13 Jelas 80% Muka Baru!



Pengundi PRU 13 adalah 13 juta. 80% pengundi muda berumur dari 21 - 45 tahun iaitu 10.4 juta pengundi.

Mesejnya jelas pengundi muda mahu 80% muka baru 20% muka lama.

Ucapan dasar DS Najib di AGM UMNO 2012 jelas membayangkan kehendak pengundi muda ini.

Pengundi muda mahu rejuvenasi politik Malaysia yang baru.

Tapi bagi rakyat — para pengundi, mereka mahukan perubahan. Satu perubahan yang bersungguh-sungguh. Mereka ingin melihat kesegaran dalam BN.

BN tetap sebuah parti taruhan yang tiada pilihan. Mereka masih meletakkan harapan kepada kerajaan semasa yang sedang mentadbir di Putrajaya. Rakyat tiada pilihan. Mereka akan terus memberi undi kepada BN.

Rekod BN selama 55 tahun ini terlalu cemerlang dan harus diteruskan.

Rekod pembangkang di negeri-negeri yang ditawan agak kabur. Jika diberi peluang memerintah Malaysia, maka ia adalah satu perjudian yang amat berbahaya.

Maka, tumpuan masih kepada BN.

PM dan Presiden UMNO DS Najib perlu bijak membuat percaturan.

Formula 80-20.

Maka warlord-warlord UMNO perlu terima hakikat ini. Jangan gunakan pengaruh dan kekuatan untuk sabotaj calon muda. 

BN mesti letakkan calon yang berkaliber, yang boleh berdebat dengan cermerlang, berpengetahuan luas dalam bidang socioekonomi, undang-undang, sihat tubuh badan, berkarisma, jujur dalam menyelesaikan permasalahan rakyat yang miskin,pertengahan dan yang kaya raya yang menganuti berbagai agama serta falasafah hidup yang sangat berbeza. 

Pemimpin yang ada sekarang yang dah tua dengan berbagai penyakit kronik mesti lah di gugurkan untuk mengelakan pembaziran wang rakyat mengadakan by election disebabkan kematian yang tidak dijangka. Keberangkalian untuk sesaorang yang sudah tua dan berpenyakit itu mati adalah sangat tinggi. Mentelahan lagi kalau mereka itu tidak cekap dalam bidang IT dan kewangan dunia .

20 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Nampaknya ade le harapan nak jadi calon kali ni. Saya rasa sdra sesuai bertanding untuk kerusi parlimen jerantut...ikhlas!

" Rekod BN selama 55 tahun ini terlalu cemerlang dan harus diteruskan."

terlalu cemerlang?....hahahaha...memangpun

Cemerlang tak cemerlang rekod UMNO selama 55 tahun - 8.5 juta atau 1/2 orang melayu kita berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan.

Paras kemiskinan bagi Semenanjung Malaysia ialah pendapatan isirumah kurang dari RM 760 sebulan.

Nak tahu bagaimana cemerlangnya UMNO membela orang melayu selama 55 tahun ni - dari 8.5 juta orang melayu yang berpendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan tu -BERAPA JUTA AGAKNYA ORANG MELAYU YANG BERPENDAPATAN RM 760 ATAU KURANG SEBULAN?

"Rekod pembangkang di negeri-negeri yang ditawan agak kabur. Jika diberi peluang memerintah Malaysia, maka ia adalah satu perjudian yang amat berbahaya."

Rekod mana yang Wan Zurik pakai ni? Nampaknya Ketua Audit Negara dah nyanyuk kerana memuji prestasi negeri-negeri di bawah Pakatan.

Juga kerana mendedahkan hutang Kerajaan Melaka lebih RM 800 juta tetapi hanya mampu bayar balik RM 180 Ribu je.....bila nak habis!

alahai bakal calun UMNO untuk Parlimen jerantut...

Anon 5:05

anon 5:05


Anonymous said...

kalau begini punyai statement, alahai tak canlah abangku dato haji nazri.., apelah wokme ni, patut janganlah tulis camni.........

Kampong man said...

Salam,

Nampaknya isu recycle RM1500.00 pendapatan 8.5 juta ini sudah jadi saperti juga piring hitam lapok yang di mainkan di turntable Linn Sondek LP 12 yang nasih dingunakan sampai hari ini.Tak tahu apa ini tanya kawan kawan hi- fi.Tahun 1972 harganya £120.00 sekarang pasti melebihi 10x ganda.

Apa masih mahu salahkan UMNO parti tunjang orang Melayu ? maka PERTUKARAN kerajaan mesti menjadi kenyataan walau cara apa pun.?Nampaknya bodohlah orang Melayu selama 55 tahun memilih UMNO dan sekira PR memerintah 55 tahun 8.5 juta Melayu pasti perolehi pendapatan RM5000.00 sebulan?.Cerita dongeng ini lah yang dimainkan blogger Sakmongkol dan Aspan dalam meraih undi Melayu pada parti DAP/PR .Tak jalan beb.Dari segi usha mereka sendiri belumlah lagi sampai ketahap ARRIVED as yet Kerana orang Melatu yang pandai terlalu sibok berpolitik dan tidak contribute kepada REAL WORK ecomically saperti kaum Cina dan yang punyai the spirit of enterprenership yang tinggi. Ramai Melayu yang sunggoh sunggoh berniaga dan ramai yang sudah berjaya.

Lihat saperti @gheng lama saorang Geologist Melayu memilih sibuk berpoltik tidak mungkin pernah mendapat gaji USD2,100.00 per day.KM punyai pekerja yang KM bayar gaji geologist sekarang sebanyak ini.Jadi jangan hairanlah dengan gaji begini.Kalau cakap lebih orang melayu lain akan marah kerana mereka ghairah mahu makan gaji dan tidak mahu memulakan PERNIAGAAN .

Tidak kurang juga orang kita yang terlalu terminta minta merayau meminta sedekah di merata kedai mamak dan restoran di bandar bandar besar mengharapkan derma menggunakan ugama tanpa mahu bekerja sendiri.Yang pasti sekarang orang melayu sudah menjadi peminta sedekah di bumi sendiri . Tidak kurang juga wanita melayu yang bekerja mencuci tandas awam lelaki oblivious dan tidak lagi segan silu pada pengguna tandas lelaki.

Salah UMNO kah ini semua kerana mereka yang memerintah kan ?.Apa kita mahukan PKR dan PAS nengubah nasib orang melayu ? Boleh ke ? .Apa masih tidak yakin dengan SIKAP yang acah tak acah, tidak berapa ambitous dan serious,mentalti cukuplah tu bukan boleh bawa mati pun wang dan kekayaan yang bertimbun dan macam macam lagi .Isu ini telah banyak diperbincangkan di berbagai forum mencari jalan penyelesaian, masih belm banyak berjaya.Masih ingat DEB ? .Jalan mudah salahkan Tun Dr M dan UMNO kerana mereka ini semua pasti korup ,berkroni ,tidak tolong melayu ,bla..bla..bla.ADA BUKTI ? buat laporan polis dan ambil lah tindakan undang2 mahkamah Jangan hanya bijak menuding jari sahaja.
"TUHAN TIDAK AKAN MENOLONG SATU SATU BANGSA ITU MELAINKAN MEREKA MENOLONG DIRI MEREKA SENDIRI " masih lupa ?

Salam , Wallahwuallam.



Anonymous said...

Wan,

PAS telah mencadangkan agar setiap calon PRU13 mesti istiharkan hartanya. Lebih2 lagi calon pemudanya. Pengundi nak lihat dan nak nilai berapa banyak harta yg dimiliki oleh setiap calon terutama calon gulungan muda.

UMNO mesti menyahut cabaran ini...Yg mula2 kena istihar metilah Tok Ketua Pemuda UMNO M'sia, sdr Kahiry...tak ketingalan Datuk Wan Mizan.

Saya, kalau dicalonkan oleh mana2 parti akan istihar harta dgn serta merta malah akan sebut puncanya sekali...

Mat Periba





kanpong man said...

Kerajaan Barisan Nasional telah lama membuat polisi declarasi asset kepuda semua kakitangan kerajaan temadpl semua menteri menteri kerajaan BN.Dah lama dah....PAS baru nak belajar ?.kami, dah lama dah..kata Mahathir.

Kerajaam BN sudah lama mengamalkan negara Berkebajikan PAS baru bertukar dari negara islam ke negara berkebajikan.Kenapa selalu terlambat dan ketinggalan ? .

Saya harap kerajaan Malaysia PR baru yang bakal akan memerintah, sekira menang, tidak akan bercelaru dalam mengimplikasikan polisi, kerana DAP akan cenderong menentang apa juga polisi islam baru yang akan atau cuba di implimentasikan PAS.Lihat isu saloon rambut di kelantan, satu isu kecil ,sudah mula di pertikaikan.Bagaimana pula dengan berbagai isu hudud dan ugama adakah DAP mudah menerimanya ?.Tidak mudah in seeking a balance in the multiethnic and multiracial Malaysia.Ini adalah satu cabaran baru bagi kerajaan baru PR, sekira menang. A long learning curve that we might not be able to endure.Sekali lagi :

"IF IT AINT'T BROKE, WH FIX IT ?" kata orang puteh.

Mat periba,

It is Applied Fluid bukan Apply fluid.
It is Unit Operation not Operation units.
It is Bernoulli check spellng ok.

Anonymous said...

TQ KM...aku mengaku silap eja sebab aku tak sekolah orang putih. Lagi pun benda2 yg aku sebut tu cuma bab2 teknikal bukan prinsip..kadang2 ingat2 dan kadang2 lupa. Maklumlah bila dah pencen ni banyak benda yg dah lupa...asyik mengadap pokok getah dan bermain dgn cucu.

Yg tak mudah dan tak pernah lupa ialah pasal orang UMNO selalu cakap, "jangan gigit tangan pihak yg suap kamu makan". Maknanya jika kerajaan UMNO yg kasi kamu biasiswa dan kamu pulak kerja dgn kerajaan kenalah sokong UMNO sampai mati.

Dulu semasa muda remaja aku memang sokong UMNO malah menjadi orang kanan Pemuda UMNO Jerantut sebab aku minat dgn ayah Najib dan percaya bulat2 dgn UMNO. Percaya sangat bahawa duit biasiswa Kerajaan Negeri Phg yg aku terima RM2,000 setahun merupakan duit yg dikasi melalui kantung UMNO.

Selepas Mahathir tubuh UMNO Baru, aku pun tolak UMNO bukan sangat kerana ia telah ditukar nama kepada UMNO Baru tetapi lebih dari itu..atas kesedaran bahawa duit biasiswa yg aku terima dulu merupakan duit lebihan drp jualan ranting2 balak. Duit jualan batang2 balak entah kemana. Ajensi/Syarikat2 balak milik kerajaan negeri (ASPA, MENTIGA, JENGKA dll) yg diamanah mengendalikan hasil balak sebagi sumber utama pendapatan kerajaan telah dikuasai oleh orang politik. Aku merasa hairan bagaimana syarikat2 yg dianugerahan hutan dara boleh gulung tikar...Siapa yg sapu!!! Aku rasa Pak Khalil 'Raja' Melaka boleh menjawabnya. Dgn nisbah penduduk vs keluasan tanah sepatutnya Pahang dah jauh lebih maju berbanding sekarang....

Ini kampung Man kena mengerti...
OOp terlupa pulak yg KM tak mungkin tau sebab anda selalu berada diatas planta minyak bersama Uncle John pakar gerudi...

Anonymous said...

bro Kampongman,

Astarfirullah halazim...apa yang dah merasok bro ni...bro bermain politik UMNO kuat sangat hingga dah sampai ke tahap merah ni...hehehe. bahaya!..tak elok untuk tekanan darah apa lagi jika usia kita sudah meningkat( termasuk saya jugalah)...chill bro...chill!

apakah statement saya dalam posting sebelumnya puncanya, sehingga Bro tidak dapat membezakan antara realiti atau kenyataan didepan mata dengan isu yang di cycle atau dikitar berkali-kali.

"Nak tahu bagaimana cemerlangnya UMNO membela orang melayu selama 55 tahun ni - dari 8.5 juta orang melayu yang berpendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan tu -BERAPA JUTA AGAKNYA ORANG MELAYU YANG BERPENDAPATAN RM 760 ATAU KURANG SEBULAN?"

Statement ini adalah realiti atau kenyataan hidup yang ada didepan mata kita sejak 55 tahun yang lalu.Inilah kenyataan hidup yang hampir separuh orang melayu hadapi apabila sahaja celik mata setiap pagi sejak 55 tahun yang lalu.

Bro orang senang, begitu juga pemimpin-pemimpin UMNO di setiap peringkat hiraki parti(ahli UMNO akar umbi kebanyakan sama seperti kebanyakan rakyat biasa).

Bolehkah orang senang termasuk pemimpin UMNO yang senang lenang bayangkan kegetiran mereka untuk menyambung hidup membesarkan keluarga dengan pendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan? Cuba bayangkan keadaan mereka-mereka yang berpendapatan RM 760 atau kurang sebulan bertarung untuk hidup hari ini dimana harga barangan asas sentiasa meningkat naik tanpa kawalan!

Jika apa yang saya katakan dan perjuangkan diatas tidak buat hati nurani Bro dan mereka-mereka yang hidup mewah atas kederat bangsa melayu berdetik - izinkan saya membawa isu ini dari satu lagi perspektif.

Berdasarkan kajian yang sama, 40% rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari dari RM 1,500 sebulan. DARI 40% INI 70% ATAU 8.5 JUTA ADALAH ORANG MELAYU( 8.5 juta ini adalah hampir 1/2 jumlah orang melayu di negara ini)!

Apakah maknanya ini?

Ini bermakna, dari 10 orang rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan,

7 ORANG ADALAH ORANG MELAYU !!!..

3 ORANG ADALAH ORANG CINA, INDIA,
KADAZAN,IBAN, ASLI, SIAM DLL

7 orang melayu dalam setiap 10 orang bro! Kemudian cuba bayangkan garis kemiskinan di semenanjung malaysia RM 760 sebulan...bagaimana kedudukan orang melayu kita, adakah kita berada dalam nikmat yang melimpah ruah hasil perjuangan UMNO selma ini seperti yang kampongman, WZWH mahu kita percaya...atau parah? Sdra-sdra pikiaq la sendiri...termasuk ahli-ahli akar umbi UMNO sendiri.

Ini adalah realiti yang ada hari ini, sejak 55 tahun yang lalu. bagaimana pula nasib anak-anak kita di masa hadapan? Nasib anak-anak kita, bukan nasib anak-anak kampongman, WZWH dan mereka-mereka yang kaya raya termasuk pemimpin-pemimpin UMNO di sekeliling kita!

Dalam isu sepenting ini, kampong hanya sekadar mempersoalkan persoalan kitar semula. WZWH boleh berkata "" Rekod BN selama 55 tahun ini terlalu cemerlang dan harus diteruskan."....tetapi itulah sikap sebenar orang-orang UMNO!

Pun begitu, kampongman perlu dipuji kerana mengingatkan kita dengan petikan ini : "TUHAN TIDAK AKAN MENOLONG SATU SATU BANGSA ITU MELAINKAN MEREKA MENOLONG DIRI MEREKA SENDIRI " masih lupa ?"

Kita kena tolong diri kita dulu dan jangan sesekali sub-kontrak nasib diri kita kepada orang lain kerana orang lain juga menggunakan prinsip yang sama - tolong diri dia dulu!

Kita sebagai rakyat adalah raja. Parti-parti politik yang bertanding dalam PRU adalah peminta-peminta sedekah undi dari kita. Mereka adalah jurujual-jurujual yang CUBA mempegaruhi kita agar membeli barang dari mereka. Hak membeli adalah hak kita, bukan hak mereka. apakah kita nak beli barang yang mahal tetapi kualiti rendah atau kita mahu value for money spent? Pilihan di tangan kita!

Anon 5:05

Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh kampongman akan saya cuba jawab di lain kali jika perlu...sebab nak kena keluar negara petang ni....

Anonymous said...

Kampong Man
Kerapkali saya perhatikan anda mempamir dan menonjolkan kehebatan kerjaya tecknikal anda dlm perniagaan yg anda ceburi menerusi komen-komen yg disiarkan. Saya mendapat bayangan anda seorang usahawan didalam industri O & G, kemungkinan seorang Chemical and Process Engineer yg berjaya. Dan apabila anda menyebut turntable Linn Sondek LP12 saya juga dapat meneka golongan dan citarasa mana anda tergolong, dengan angaran umur sekali.

Saya juga dapat meneka melalui tulisan anda, perniagaan besar anda berlandaskan kontrak-kontrak Petronas ( atau anak syarikatnya ) secara lansung atau/dan dengan syarikat besar O & G yg ada kepentingan Petronas secara tidak lansung. Secara mudah Petronas atau anak syarikatnya adalah pelangan yg sangat penting bagi kesinambungan perniagaan anda.

Saya sedia maklum Petronas tidak akan memberi kontrak kepada anda sekiranya anda tidak ada kepakaran untuk melaksanakannya.

Soalan saya, adakah kedudukan kontrak syarikat anda dengan Petronas berkemungkinan tergugat sekiranya ada ' transformasi pentadbiran ' di Petronas akibat pertukaran kerajaan di Putrajaya? Kedua, sekiranya berlaku transformasi pentadbiran di Petronas akibat pertukaran kerajaan, tetapi kontrak anda dengan Petronas tidak tergugat, adakah anda akan terus menyerang kerajaan baru yg ditubuhkan?

Saya yakin sebagai seorang yg gentleman, berjiwa besar dan berlapang dada, anda tidak akan menjawab ' tidak ada pertukaran kerajaan yg akan berlaku '

Thorens TD 125

Anonymous said...

Bro KM dan Anon 5:05,

Orang Melayu peduli apa dgn angka... Asalkan mereka boleh makan, boleh tidur, boleh santi2 sikit sambil tonton cerita hindustan dan rancangan gosib2 TV3 sudah cukuplah....apa nak kisah. Ini disebabkan daya fikir orang Melayu telah dibonsaikan ...siapa yg membonsaikan kalau bukan UMNO. UMNO takut melahirkan Melayu jenis 5:05.....kritis dan prakmatik. Nanti habislah mereka...

Berbeza dgn orang Cina, pemikiran mereka jauh kehadapan. Dalam keadaan Melayu yg tercungap2 berbahas soal 70% orang Melayu berpendapatan < RM1,500 sebulan, mereka (orang Cina) telah melangkah kehadapan membahaskan isu2 global yg berkaitan good governance, intergeriti dan mesra alam sekitar. Isu2 ini kalau hendak dilihat dalam kontek agama seolah2 orang Cina lebih memahami dan mendahului konsep kesyumulan agama Islam.

Lihat bagaiman orang2 Cina melihat isu Lynas. Mereka mengkaji betul2 akan impak projek ini dari segi kesan jangka panjang ke atas alam sekitar dan ekonomi. Mereka sedar pembinaan kilang Lynas boleh memberi faedah ekonomi kpd industri pengeluaran komponen elektronik. Namun yg mereka tentang cuma bagaimana sisa nadir bumi yg mengandungi bahan radio aktif thorium diuruskan/dilupuskan. Mereka tahu, bahan radioaktif ini sangat memerbahaya kerana mengandungi kadar radioaktif yg tinggi sama seperti uranium.

Lebih dari itu mereka melihat kesan berangkai drp projek ini seperti nilai hartanah akan merudum. Selain ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.


Sebaliknya orang Melayu yg di'rasuah' dgn ganjaran wang BR1M dan berbagai2 lagi...relex saja. Tak ada rasa apa2...Malah 'Mat Lontar' yg di'upah' bersedia mengamuk macam orang gila apabila puak2 anti Lynas berdemo...

Mat Periba

Anonymous said...

HAI MATPERIBA,

nampak sangat kau ni dengar tapi taktapis apa yang kau dengar.

puak cina menentang lynas bukan kerana isu keselamatan alam sekitar.

mereka marah kerana syarikat mereka tak berpeluang melabur dalam lynas.

nasib baik ada fauziah biul yang senang digunakan oleh cina utuk buat huru hara.

cina bagi wang sedikit fauziah buat demonstrasi.orang macam mat peribalah yang jadi pendemo kurang bijak tapi lebih emo!!!!

Anonymous said...

Heheee...

seronok baca komen bro-bro kat atas....kerana ada unsur2 technical..caya la bro semua...

apa pun kawan cuma nak komen mengenai topic WZWH...

nak tanya yg 13 juta pengundi tu termasuk pengundi 'projek IC' sabah hari tu ke?...pastu pendatang2 kemboja kat tebing sungai pahang di pekan tu dah masuk ke belum?
Dari 13 juta pengundi tu berapa ramai pengundi pos? Harap2 pengundi dari kubur tu tak datang mengundi la kali ni...sebab 'ini kali lah' harapan kawan untuk PRU yg lebih bersih...

Anonymous said...

Anon 5:49PM,

Aku walaupun kelulusan sama macam Kampung Man tapi taklah sebijak beliau..Namu bagitu, insha Allah aku tetap boleh berfikir waras...

Bab radioactive ni aku taklah bodo mana..aku pernah ambik subject nuclear science dan faham sesangat apa itu nadir bumi dan apa itu isotop.

Hal ini sebenarnya tidaklah bagitu penting bagi aku...Yg tersangat penting ialah bagaimana aku dan sahabat2 macam anon 5:05 boleh menukar corak pemikiran kebanyakkan manusia Melayu macam anda mengikut persepktif yg lebih luas dan bertenaga...

Mat Periba

Anonymous said...

Orang Umno baca hidup dengan duit, harta, projek Dan gaji.
Bodoh sangat.

Anonymous said...

mat periba,
kau bijak ye.belajar nuclear sains.
tahu ttg isotop.setakat belajar isotop tingkatan enam sains belum layaklah nak jadi pembela lynas.saintis nuklear MP PAS DAH BERI JAMINAN Lynas selamat kenapa kau dengar sangat cakap fauxziah bengong tu?

doktor pakar jantung cakap jantung kau tak ada masalah tapi kau lebih percaya cakap bomoh ekor yang kata jantung kau tersumbat tiga saluran.

nak tanya kau sikit,getaran isotop fe dan culf menghasilkan berapa mega ton tenaga???

-anon 5.49 yang bodoh pada pandangan kau tapi besar diri pun.

Kampong man said...

Salam sdra Thorens TD 125,

Syabas sdra Thorens rupanya ada juga peminat hi- fi dalam blog WZ, saya tidak sangka.TD 125 adalah diantara turntable terbaik buatan German di zaman saya muda remaja dulu dulu.Disebabkan Linn Sondek LP 12 di perbuat di sekitar belakang tempat kediaman Kampong man maka saya terus memilknya dngan Grace Arm dan moving coil catridge partnered with Audio Lab 8000 pre and two power monoblocks sekarang dengan Wadia CD player dan Audio Physics Virgo floorstanders dan Juga another pair of beauty Sonus Faber Signum.Disebabkan interest berubah apabila sudah petang petang ini maka semuanya tersadai dalam bilik musik dan sangat jarang jarang ( kata P Ramli) di guna.Berminat ? Going cheap, cheap, cheap ...lelong.Tentunya LP 12 antara yang terbaik di dunia dan satu legendary.Setuju ?.

Bertahun tahun belajar dan bekerja di UK dulu dulu sungguh banyak memberi pendedahan dan kesedaran pada diri yang tidak mudah dilupakan.Jangan salah sangka ya.KM juga terlibat dengan pergerakan Tabligh pada cuti summer dan bekerja di merata tempat juga untuk wang saku dan membantu keluarga di kampong- maka inilah nama Kampong man bermula.

Tentang pujaan sdra melambung tu rasa nya KM tak mudah terangkat kerana KM tidak perlukan pujian pun.Yang penting kaum kita Melayu maju memperbaiki ekonomi mereka.Parti politik hanyalah parti politik dan sahaja.Sekira PAS boleh menggantikan UMNO dan boleh memperbaiki bangsa dan ugama KM sokong PAS.Buat sekarang PAS tidak boleh lagi .Di PRU 13 pun mereka ridak mungkin dominan menerajui PR.How i wish PAS tinggalkan parti Racis DAP ni.
Tidak ada saorang Melayu pun dalam AJK pada kongres DAP semalam memberi message yang jelas mereka MENOLAK Melayu sama sekali.Saya tidak bengang dengan Bro Sakmongkol dan bro Aspan yang saya sangat kenali, parti DAP Malaysian Malaysia ini yang saya kenali dari rusuhan 13 May dulu.Mereka pencetusnya ! dan ini menggangu persedian peperiksaan kami.Jangan harap kita dapst masok MU membuat Engineering , jawab nya PASTI gagal kerana mata KM kurang sepet.

Tentang isu kontrak Petronas ingin KM categorically confirm disini award of contract oleh PETRONAS tidak ada kesan siapa juga kerajaan yang memerintah kerana segalanya TELUS atas dasar" Technically Acceptable dan Lowest bidder" tanpa pilih kasih langson g.Tambahan pulak KM tidak pwrnah bermnat berniaga dengan projek kerajaan dan KM tidak ada lesen MOF pun sampai kehari ini.Lesen Peteonas memadai sejak mula berniaga sendiri dari 1993.Sudah pasti telah banyak YURAN TUTION yang telah dibayar dengan berbagai kegagalan dan kejayaan.Elok juga disebut beberapa kali lagi TANPA SATU SEN pun wang politik atau apa apa projek politik pun, tak berminat bebeno kata orang Perak.

Sekian, KM sedar dan hanya mahukan 'Giving back to Society terutama anak bangsa dimana boleh .Maaf, sekira sekira tuan fikir sebaliknya Salam , kita doakan hanya yang terbaik untuk semua.Ameen.

Anonymous said...

Anon 5:32AM,

Bab Lynas nak ikut Dr Rosli(pakar nuklear yg berjuang bersama PAS) pulak tetapi doktrin PAS tak nak ikut. Kan pelik namanya. Ini mesti berguru dgn Wan Zurik...

Op! terlupa yg orang UMNO memang jenis manusia pelik....

Anonymous said...

Kampong Man
Saya tanya 2 soalan saje, but you are foaming in the mouth. C-

Thorens TD 125

Anonymous said...

Thorens ,

Noted sir.Since today is sunday attended too many weddings and had his verbal diarrhea.

Linn Sondek LP 12

Anonymous said...


Aku pun tak pasti, mana tak betul dan mana yang tak benar!!!. Bagi aku ia hasil tercipta atas kebodohan kerana sebagai penglipur lara, syok dihalwa hati masing2 yang bengap. Rakyat tak marah tentang kemajuan. Rakyat perlu diidedahkan maklumat awal. Bila terantuk baru tergadah..., bukan bodoh namanyakan, kan, kan!!!. Pilihlah mana satu suka, pekerja menderita sekiranya pemberhentian operasi lynas!. Rakyat khusnya pengundi terus membenci pihak berwajib menjayakan projek tanpa usul periksa kemahuan dan kemarahan rakyat yang terus mara... Isu lynas bukan di peringkat "mendapat undi" sahaja bagi Parlimen Kuantan dan DUN2 berhampiran, tapi menjejaskan keseluruhan masyarakat di Pahang khusunya. Pahang akan kerugian, pembangkang akan senang2 masuk daun. Pembangkang akan meneruskan projek lynas jika berjaya menawan Pahang. Siapa yang rugi, fikir2lah sendiri, namun sebilangan pemimpin mungkin dah ada habuan sebelum pemerosesan nadir bumi ini beroperasi walaupun ia tertangguh2. Ehem, ehem, ehem....

Anonymous said...

anon 8.00pm mmg bodoh!

aku lebih kepada fakta!saintis nuklear mp pas adalah fakta.doktrin pas bukan fakta tapi andaian.pas bukan agama.menganggap pas agama bermakna rosaklah akidah kita.

doktrin pas banyak sesatnya.penyelewengan hadis dan ayat quran jelas sekali.meyakini masuk pas akan terjamin syurgaakan mengakibatkan kitajadi kafir!!!!!

aku hanya percaya akan keislaman!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...