Sunday, December 30, 2012

Tengku Puan Pahang Berangkat Ke Majlis Perkahwinan Puteri Dato' Ishak EXCO Pahang



















Ketibaan pengantin lelaki dan perempuan.

Salah seorang pembaca VIP blog WZWH ialah YB Dato' Ishak bin Muhamad EXCO Pahang. Beliau selalu mengikuti perkembangan posting blog WZWH. Selalu juga Dato' Ishak memberi pandangan dan idea kepada WZWH.

Dato' Ishak bin Muhamad ADUN Bebar dalam parlimen Pekan kawasan DS Najib PM. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Dalam kesibukan DS Najib memimpin dan mentadbir negara, Dato' Ishak lah menjaga grassroot politik akar umbi UMNO Bahagian Pekan sebagai Timbalan yang menurut perintah dan setia disamping mendapat kerjasama yang erat dari ADUN Peramu, ADUN Pulau Manis dan ADUN Chini.

Pada hari ini KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah binti al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj berkenan berangkat ke majlis perkahwinan puteri Dato' Ishak di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Turut meraikan majlis perkahwinan puteri Dato' Ishak ialah DSD Adnan Yaakob MB Pahang, Orang Besar Pahang, pemimpin-pemimpin Pahang dan rakyat DUN Bebar dan Kuantan.



















Pengantin bersanding di pelamin direnjis air mawar.



















Dato' Ishak membaca persembahan ke hadapan Tengku Puan Pahang.



















Tengku Puan Pahang santap menikmati jamuan makan bersama pasangan pengantin, DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan ibu bapa kedua pengantin.



















Dato' Ishak mempersilakan Tengku Puan Pahang menyampaikan cenderahati kepada ramai pasangan pengantin dari DUN Bebar yang telah melansungkan perkahwinan sepanjang 2012.





































Tengku Puan Pahang berangkat meninggalkan majlis.



















DSD Adnan Yaakob sepatah dua kata kepada Dato' Ishak sebelum meninggalkan majlis.

11 comments:

Anonymous said...

Suka tengok Tengku Puan Phg bertudung. Klaulah DS Rosmah bertudung juga alangkah lawanya. Bila agaknya...mungkin setelah beliau sudah tidak berminat dgn Sharukh Khan...
Apa2 pun semoga beliau berubah..ameen.

Anonymous said...

Wzwh, ikut ayat macam ikut majlis. Tengok gambar, macam curi2 tangkap. Apahal cik wan ?

Anak felda said...

Kembara Oren bodoh meredah felda dan kampong kampong orang secara tidak beradab.Warga felda menolak cara pendekatan samseng kembara oren yang bodoh kerana politik rakus Pakatan Rapuh.

Anonymous said...

Anak felda dengar dan tonton media mane? Tunjukkan cerdik sikit....mereka dtg secara baik mengikut lunas2 demokrasi tapi umno memperalatkan peneroka menghalang kemasukkan mereka secara brutal....api ni!

Anonymous said...

Kami tidak perlu kembara orwn ke kembara hijau ke.Semua ini sekadar bertujuan menghuruharakan keaadaan demi politik.Jelas Felda Jengka 23 dan Felda Bukit Rotan N9 tidak menerima kehadiran penceroboh yang tidak di undangi.Apa masih tidak faham kehendak warga Felda ?.FGVH sudah disenaraikan.Done .Apa lagi ?

Anak Felda

Anonymous said...

Kesian anak2 felda...berbagai2 janji yg dibuat sebelum penyenarai fgv tetapi masih tidak tertunai. Diantaranya kononnya nak memberi pulang pekerjaan kpd generasi ke2 peneroka khusunya utk dilantik bagi menerajui atau sekurang2nya dilantik sebagai ksekuatif kanan disyarikat2 milik fgv..Tau apa dah jadi? Ramai eksekutif kanan yg terdiri dikalangan anak2 peneroka sedia ada bukan saja tidak diberi peluang tapi ditamatkan perkhidmatan kononnya dah sampai usia persaraan 55 tn. Malangnya eksekutif baru dari luar yg bukan dikalangan anak2 peneroka dilantik dgn diberi gaji amat lumayan...baru dilantik jdi GM dah diberi gaji RM18,600 sebula..apatah lagi yg berjawatan pengarah eksekutif tak kurang RM50,000 sebulan..tak percaya? Sila check ....

Peneroka cuma dpt RM15,000 sedangkan Dato' Sobri dpt bonus khas beratus2 ribu.
...siapa yg untung?

Klu anak gentelman nak bela peneroka..dtglah keHq felda tanya sendiri berapa ramai anak peneroka yg telah dan akan diberi peluang sebagai pegawai kanan dan tanya juga berapa ramai anak2 peneroka yg sedang berkhidmat sebagai kuli batak dikilang2 sawit padang piol dan j8 yg gaji tak sampai pun RM1,000 sebulan.

Anonymous said...

Pross membonsaikan otak org
melayu termasuk keatas anak peneroka basih diteruskan...teruskanlah...

Anonymous said...

WZWH, kat blog Sak Ak47 ada tulis " Where is our PUSPAHANAS? part 1 dan part 2 " menghentam MINDEF, LTAT, Najib, Raja Ropaiah dan Wok Lodin dalam kes pembelian saham Astacangih milek Deepak oleh Boustead dengan harga RM130 juta. Dia orang hentam kuat2. Tolong panggil sama Kampong Man, QD, kawan2 WZWH dan lain2 yg terror2 untuk kasi kau-kau sama mereka tu.

Anonymous said...

Tak ada faedahnya masok blog Saktongkol dan pembangkang kalau banyak kena delete dan mereka tak suka idea yang tak sealiran.Lagu pun itu blog DAP apa jadahnya kami nak layan.Itu sebab rakanrakan kamu tak minat nak amk tahu.
Jangan marah ya cik zack.

Anonymous said...

Anon 2:46
Tak bolehlah macamtu machaa.Kita boleh komen dlm blog ini sebab mereka buat persepsi tak baik sama UMNO. Lagi pulak Boustead ada buat filing sama Bursa Malaysia pasal pembelian Deepak punya syarikat lo. Itu persepsi takda baik punya. Kasi panggil itu Kampong Man, QD dan rakan2 WZWH kasi hentam kuat2 sama mereka, baru mereka tahu.

Anonymous said...

Anon 2:46,

kihkihkih.

Zack

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...