Thursday, October 31, 2013

"Goyang Badai" - Kasih Tau Ngga Ya....Vega Stephanie



Jam sudah pukul 10 malam...kena goyang bro baru tak mengantok...Kita dengar dulu lagu artis baru pedangdut seksi Vega Stephanie dari Jakarta perkenalkan "Goyang Badai". Seperti idolanya Dewi Perssik, pedangdut baru ini punya gaya goyang yang tersendiri...

Lagu Nasyid "Mintalah Ampunan" -Suliana


Sekali sekala dengar lagu nasyid...syahdu jua. Ayoh kita dengar lagu nasyid semoga kita semua insaf.

Wednesday, October 30, 2013

TNB Perlu Sediakan Generator Standby Jika Berlaku Blackout Di Kuala Tahan



Ahad lepas selepas MB Pahang berlepas balik ke Kuantan lewat Maghrib dari Pesona Resort Kuala Tahan, WZWH terus merehatkan diri di Hotel Woodland. Oleh kerana keletihan kerana seharian mengikuti lawatan MB ke Kg Pagi melalui jalan darat yang belum lagi siap dan kemudian hilir ke ke Kuala Tahan dengan menaiki bot.

Di Hotel Woodland, WZWH berborak dengan kawan-kawan. Secara kebetulan topik perbincangan berkaitan protokol Istana dan gelaran bintang Dato-Dato, WZWH cakap suka cara pakaian orang besar Afrika yang colourful pakaiannya....dengan tidak semena-mena maka tiba-tiba blackout pada pukul 9:30 malam.

WZWH mula meyangka hanya fuse jatuh...tapi bila melihat ke tingkap hotel semua pemandangan Kuala Tahan menjadi gelap. Memang hujan turun dengan lebat. Lilin yang diberi oleh pihak pengurusan hotel digunakan.

WZWH makan malam di sebuah restoren dekat Agus Chalet. Oleh kerana lilin-lilin kedai tidak berapa terang terpaksa menggunakan lampu kereta bagi terang. 

Pada pukul 11.30 malam WZWH berlepas ke Jerantut. Sepanjang perjalanan memang banyak pokok-pokok tumbang di jalan raya. Tentu kuat ributnya.

WZWH dapat tahu baru pagi tadi (Rabu 30/10/2013) bekalan elektrik dipulihkan. Ini bermakna dari Malam Ahad hingga pagi Rabu baru TNB dapat menyelesaikan masalah blackout di Kuala Tahan.

WZWH faham mungkin ada kabel-kabel yang bermasalah di hutan kerana pokok-pokok tumbang dan sebagainya. Tapi perlu TNB beri perhatian Kuala Tahan adalah destinasi pelancong yang popular dari luar dan dalam negara.

Tentu blackout memberi kesulitan kepada bukan sahaja pelancong tapi juga penduduk Kuala Tahan dan kawasan sekitar. Perniagaan dan perkhidmatan tidak dapat diberikan kepada pelanggan dan pelancong dengan cekap dan berkesan.

Anak-anak yang sedang study untuk periksa SPM pun terjejas bila tiada bekalan elektrik selama berapa hari dan malam.

KPI prestasi TNB ditentukan oleh berapa cepat sesuatu blackout itu dapat diselesaikan:

Berapa minit?
Berapa jam?
Berapa hari?

WZWH mahu mencadangkan sebuah generator perlu disediakan standby jika berlaku blackout di Kuala Tahan. Kita tidak mahu ini menjejaskan imej dan reputasi Kuala Tahan dan Malaysia sebagai destinasi top 10 pelancongan dunia.

Begitu juga di 5 kampung di Ulu Tembeling iaitu Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling perlu disediakan sebuah generator standby kerana apa-apa yang berlaku kepada kabel elektrik di hutan dapat menjadi collateral buat sementara waktu.

Sebuah generator sudah cukup di Kg Bantal untuk menyalurkan elektrik ke semua kampung-kampung itu.

Pembinaan Kuarters Dan Jalan Utama Hidroelektrik Sg Tekai



TNB telah diberi kelulusan mendapatkan 80 ekar tanah untuk membina kuarters dan jalan utama ke Hidroelektrik Sg Tekai, Tembeling Tengah.

Selain dari dari kuarters, rumah kedai, pejabat, masjid dan pelbagai kemudahan asas dibina. Ini memberi kesan kepada limpahan ekonomi tempatan.



Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

  • Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
  • Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
  • Julai 2016/2017- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
  • Februari 2019- Proses takungan air
  • Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
  • Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
  • Kos: RM5.42 bilion
  • Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
  • Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta


Kalau mengikut jadual Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama. TNB mendapat kelulusan tanah 80 ekar untuk merancang dengan lebih awal bagi membina kuarters dan pelbagai kemudahan.


3000 pekerja diperlukan bagi membina Hidroelektrik Sg Tekai termasuk juru elektrik, juru kimpal, teknisyen, operator, penyelenggara, buruh mahir, buruh pembinaan, jurutera, pengurusan, . Sebab itu Kolej ADTEC Jerantut perlu lebih cepat melatih anak-anak muda Jerantut dalam bidang ini.


Pembinaan kuarters dan jalan utama Hidroelektrik Sg Tekai adalah permulaan limpahan ekonomi projek ini yang bernilai RM5.42 bilion kepada ekonomi Jerantut.

Tuesday, October 29, 2013

Projek Agropolitan Kg Bantal Memberi Keselesaan Kepada Penduduk Ulu Tembeling



Projek Agropolitan Kg Bantal bernilai RM169 juta adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang dan dibantu oleh Felcra Berhad.

Menerusi projek itu, 639 unit rumah 3-bilik, 2-bilik air rumah dibina bagi menampung keperluan penduduk generasi kedua yang masih tinggal di rumah ibu bapa. Dengan adanya rumah ini kelak mampu dijadikan rumah mampu milik penduduk setempat yang tidak mahu meninggalkan kampung halaman masing-masing.

Turut tidak ketinggalan, kawasan tanah lapang yang belum dibangunkan, iaitu membabitkan keluasan sebesar 420 hektar sudah dikesan bagi dinaik taraf untuk projek penanaman getah yang sekali gus akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekeliling menerusi projek Agropolitan.

Pada masa sama, 1,000 hektar tanah juga akan dibangunkan bagi projek Ladang Rakyat yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 700 penduduk di kawasan sekeliling.

Ini tidak termasuk ladang getah 10,000 ekar yang diusahakan oleh Felcra Berhad secara berfasa dan ladang getah 16,000 ekar Yayasan Pahang juga diusaha secara berfasa.

Aktiviti perladangan oleh GLC ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ditambah pula saham Ladang Rakyat, saham Felcra, dan saham Yayasan Pahang (30% daripada keuntungan akan dipulangkan kembali kepada penduduk Ulu Tembeling) maka ini semua memberi keselesaan kepada penduduk Ulu Tembeling.

Terima kasih kepada Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang rajin berusaha menaiktaraf ekonomi penduduk di DUN Tahan khasnya Ulu Tembeling. Juga terima kasih kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang sangat perihatin kepada penduduk pedalaman.

Sudah tentu DS Najib PM yang mahu lihat orang Ulu Tembeling keluar dari belenggu kemiskinan, KKLW dan GLC yang punya corporate social responsibility untuk membantu dan membangunkan rakyat pedalaman.

MB Pahang Mengesahkan Projek Ikan Sturgeon Sungai Tahan




Projek ikan sturgeon bagi pengeluaran telur ikan yang dipanggil kaviar tercetus bila DS Najib telah mengumumkan...

"This project will turn Jerantut into a world caviar production centre, an initiative that was beyond our imagination but now it will be implemented via I-Caviar involving RM475 million,” prime minister Najib Tun Razak said after chairing the National Biotechnology Implementation Council.

”This is an example of how, with technological applications, we can bring big changes to an area where we cannot bring much development."


Kaviar adalah telur ikan makanan mewah untuk orang kaya. Untuk diekspot ke luar negara.

Hanya di Kg Perlok sebuah kampung di kaki Gunung Benom Ulu Cheka Jerantut yang kualiti air dan udara serta tanah yang paling sesuai di Malaysia untuk penternakan ikan sturgeon mengunakan teknologi tercanggih.

Menurut DSD Adnan Yaakob MB Pahang bahawa DS Najib sangat berminat dengan Projek kaviar ikan sturgeon ini dan mahu Jerantut menjadi pengeluar kaviar ikan sturgeon yang setaraf dengan ikan sturgeon Rusia dan Iran.

FGV  mahu melabur RM120 juta dalam Projek ikan sturgeon di Sungai Tahan. Pelaburan ini boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Menurut seorang pakar ikan sturgeon yang juga pembaca blog WZWH mengomen...

Apalah nyg nak di hairankan, tgh padang pasir di Abu Dhabi pun depa bila loji ternakan ikan Sturgeon terbesar dunia di Muzalifah Industrial Park. Kenapa J'tut? Anugerah alam semula jadi pemberian Allah...air bukit terbaik Malaysia. Logi termoden mengunakan teknologi Recirculation terkini dunia.. Bahkan kita bawa Pusat R&D Advanced Biological Recirculation dari Fulda German ke J'tut..bukan hanya utk Sturgeon tapi juga utk spesis ikan tanah tinggi berharga negara ie. Empurau, Berlian etc. kaedah perikanan masa hadapan dimana we can qualify and quantify our production.. The time for open pond n caging system will be phased out..too risky. We adopt the best life cycle to dinner table system approved by Europe and USA. Ingat apa jadi pada seafood ban dari Eropah beberapa tahun lalu.. Gone 500M annual export to Europe.. Inilah PM kita yg berwawasan, memberi peluang kepada golongan Bumiputra yg biasa je..menyahut seruan beliau sebagai peniaga GLOCAL beberapa tahun lalu.. now one of the product.. Dan beliau tak ada apa2 kepentingan dlm projek ini...cuma memberi peluang dan harapan..Apa salahnya kita beri peluang kpd anak2 J'tut mendalami ilmu baru ini.. Just type UFTAG then you will find out what the future industry will look like. We must progress n not regress to take opportunity to bring the best technology and proceed to further enhance it.. Pada pembeli kaviar akan datang ke J'tut...luxury items mereka tak beli melalui internet.. memberi peluang kepada warga J'tut to tap the earning potentials..

Syarikat yg akan melabur ke Jerantut (di Perlok) adalah United Food Technologies AG yang akan bergabung dengan syarikat Bumiputra Malaysia serta salah satu GLC kita. Type lah UFTAG... mereka membina Recirculation technology pertama dunia di Fulda German 22 tahun lalu dan terakhir utk Bin Salem Group, Royal Caviar Companny LLC (32mton setahun). Logi pertama beroperasi tanpa sebarang serangan virus sampai sekarang mengeluarkan kaviar dan daging salai Sturgeon.. Kita dpt memberi gaji tinggi utk pekerja2 J'tut kerana pendapatan lumayan... Sampai bila Melayu dok dpt gaji ciput dan hanya pandai dok komen saja.. En Wan, kita tak boleh bela kat sangkar sebab spesis Acipenser Baerii (Siberian Sturgeon) ni ikan air sejuk...mati depa di Sg Pahang atau Tahan.. cuma dlm closed system.. Kita guna kaedah teknologi dan 'maintenance culture' terbaik dunia dengan harapan ia akan menjadi logi contoh utk Malaysia bagi pengeluaran ikan.. Insha Allah.

WZWH harap lebih ramai anak-anak muda Jerantut diberi peluang mengikuti kursus penternakan ikan sturgeon yang kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang dan Kerajaan Federal akan hantar ke IPTA bagi mendalami bidang teknologi penternakan ikan sturgeon ini.

MB Pahang Mahu Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing Membangunkan Jerantut



DSD Adnan Yaakob dalam ucapannya mengumumkan bahawa 60% dari projek jalan dari Kg Tuit ke Kg Pagi siap dalam pembinaan. Beliau juga menyatakan rangkaian jalan dari Jerantut ke Sungai Lembing juga ada dalam perancangan kerajaan sila klik sini. Pembinaan itu kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan namun dalam masa sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan.



Perjalanan dari Jerantut ke Sungai Lembing yang memakan masa 3 jam akan dipendekkan ke 40 minit bila Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing yang telah diluluskan oleh KKLW dilaksanakan.

Jika sebelum ini perjalanan melalui jarak 180 km jika mahu ke destinasi dari Jerantut ke Sungai Lembing dengan terbina Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing bernilai RM300 juta akan menjadikan jarak perjalanan  40km sahaja.

Bandar Jerantut menjadi bandar transit dan sentral dengan kedudukan daerah Jerantut menjadi "ditengah-tengah Pahang".

Kelebihan Daerah Jerantut yang merupakan yang terbesar dalam Pahang dengan keluasaan tanahnya membolehkan beberapa projek-projek infrastruktur bertaraf negeri boleh dibina di Jerantut.

Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur. 

Secara tidak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan timur dan barat.

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut. 

Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga projek-projek jalan ini disegerakan perlaksanaannya menjadi kenyataan.

Monday, October 28, 2013

MB Pahang Menjala Ikan Di Sungai Pengor Kg Pagi


DSD Adnan Yaakob MB Pahang sedang menebar jala di Sungai Pengor yang merupakan anak sungai Sungai Tembeling tempat sanctuari pembiakan ikan satu projek kemasyarakatan oleh PKNP di Kg Pagi Ulu Tembeling.


Sebelum itu MB Pahang menabur dedak buat umpan menarik perhatian ikan-ikan di Sg Pengor.


MB Pahang melepaskan benih anak-anak ikan ke dalam Sg Pengor sumbangan PKNP dan Jabatan Pertanian Pahang.


MB Pahang berlepas dari jeti Kg Pagi menghilir Sungai Tembeling ke Kuala Tahan. Di belakang Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Dato' Madiah Pengarah UPEN Pahang dan WZWH.

Semalam (Ahad, 27.10.2013) MB Besar Pahang DSD Adnan Yaakob telah mengadakan lawatan sehari ke Kg. Pagi dalam mukim Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang. Lawatan sehari beliau dipenuhi berbagai acara yang diatur bersama oleh masyarakat kampung berkenaan.

DSD Adnan Yaakob tiba di Persona Resort, Kuala Tahan dari Jerantut dan kemudiannya diiringi oleh YB Adun Tahan menaiki kendeaan pacuan 4 roda ke Kg. Pagi untuk meninjau kemajuan projek jalan berkenaan.

Setibanya di Kg Pagi, rombongan dijamu dengan makan tengahari oleh penduduk kampung. Beliau kemudiannya berucap kepada lebih 400 orang penduduk kampung serta jemputan diikuti dengan sidang akhbar.

DSD Adnan Yaakob dalam ucapannya mengumumkan bahawa 60% dari projek jalan dari Kg Tuit ke Kg Pagi siap dalam pembinaan. Beliau juga menyatakan rangkaian jalan dari Jerantut ke Sungai Lembing juga ada dalam perancangan kerajaan sila klik sini. Pembinaan itu kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan namun dalam masa sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan.

Selain itu MB juga mengumumkan projek pembinaan rumah PR1MA Pahang dan PR1MA Malaysia akan dibina ditapak yang sudah dikenalpasti bagi. Namun yang lebih menggembirakan penduduk Kg Pagi adalah pengumuman MB meluluskan seluas 450 ekar tanah untuk program tanah berkelompok kepada penduduk Kg Pagi dan sekitarnya.

DSD Adnan kemudiannya meresmikan bangunan 'Inap Desa' yang dibina oleh PKNP sebelum melawat kawasan perlindungan ikan di Sungai Pengau. Beliau sempat memberi makan ikan-ikan berkenaan dan menebar jalan serta melepaskan benih-benih ikan sebelum bertolak balik ke Kuala Tahan dengan menaiki bot.

Lawatan sehari MB Pahang ke Kampong Pagi ternyata sangat menggembirakan penduduk-penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya yang selama ini terasa dipinggirkan.


Selama satu jam dalam bot, MB Pahang santai tenang menikmati panorama keindahan hutan di Sungai Tembeling menghirup udara segar, melihat burung-burung berterbangan, kampung tradisional, penempatan Orang Asli, dan menuruni 7 jeram dekat Kuala Tahan.


MB Pahang sempat mengetih di restoran rakit Kuala Tahan sejurus tiba dari Kg Pagi. WZWH ucap jutaan terima kasih atas keperihatinan dan perhatian DSD Adnan Yaakob MB Pahang kepada nasib untung penduduk Ulu Tembeling.

Ucapan MB Pahang Di Kg Pagi Ulu Tembeling



Foto-Foto Lawatan MB Pahang ke Kg Pagi Ulu Tembeling.



















AJK Pemuda UMNO Jerantut bersama MB Pahang.

AJK Puteri UMNO Jerantut bersama MB Pahang.

AJK Wanita UMNO Jerantut bersama MB Pahang.



Ucapan ADUN Tahan Di Kg Pagi Ulu Tembeling




Perjumpaan Mesra MB Pahang dengan penduduk Ulu Tembeling. Beberapa foto sempat WZWH rakam.






AJK Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO turut hadir menyambut MB Pahang di Kg Pagi.

MB Pahang : 60% Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Siap



Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 sepanjang 22km dengan kos RM121 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.

Semasa lawatan kerja MB Pahang ke Kampung Pagi Ulu Tembeling pada Ahad lepas, WZWH sempat mengambil beberapa foto untuk tatapan pembaca blog WZWH.


Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 bermula dari Kg Tuit Kuala Tahan ke Kg Pagi sejauh 22 km. Separuh dari jalan sudah ditabur batu kasran, beberapa layer jalan akan ditambah, beberapa bukit yang curam akan dileverage ditambun dengan tanah, empat jambatan sedang dibina.
























Ini Bukit 7 minit. Nama ini diberi oleh pekerja-pekerja projek jalan ini kerana bukit ini sungguh curam dan oleh kerana jalan menurunnya belum lagi siap kerana bukit ini mahu dileverage ditambun maka terpaksa melalui jalan balak lama yang sedia ada banyak corner ini mengambil masa 7 minit dari tempat foto ini diambil hingga ke hujung jalan dalam foto.


Ini foto setelah sampai ke hujung jalan dan kalau melihat kembali tempat foto diambil difoto diatas maka memang masa yang diambil ialah 7 minit. Perhatikan gaung yang dalam dan curam dan jentera sedang bekerja.


Simpang ke Kg Pagi, kalau terus jalan ke atas ialah jalan ke Kg Kuala Sat boleh dilalui oleh kenderaan 4WD sahaja. DS Najib telah meluluskan peruntukan RM280 juta bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 63 km melalui Kg Kuala Sat dan Kg Bantal.


WZWH di simpang Kg Pagi, Ulu Tembeling.

MB Pahang Lulus 450 Ekar Tanah Berkelompok Kg. Pagi, Ulu Tembeling

Saturday, October 26, 2013

WZWH Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang

WZWH menghadiri Majlis Santapan Jamuan Negeri memuliakan ulangtahun hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang malam semalam di Istana Abu Bakar Pekan.

YM Tengku Intan memulakan perarakan membawa kek harijadi Tuanku Sultan Pahang.

Kek harijadi Tuanku.

Tuanku Sultan Pahang diiringi PM, MB, dan Kerabat memotong kek hari jadi.

PM DS Najib, Orang Kaya Indera Syahbandar.

Dato' Wan Amizan memberi ulasan bajet 2014 sambil PM mendengar penuh minat.

PM begitu teruja menjelaskan bajet 2014 yang beliau telah bentangkan. Banyak juga untuk Jerantut terutama Projek Agropolitan Kg Bantal dan Flyover lingkaran bandar Jerantut.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang memberi pose yang istimewa dengan senyumannya. MB beritahu WZWH mahu melawat Kg Pagi Ulu Tembeling hari Ahad ini.


ADUN Tahan bersama Tengku Muda Pahang.

Tuanku Sultan Pahang berduet dengan DS Rosmah Mansor diiringi artis-artis jemputan.

WZWH memuliakan hari keputeraan Sultan Pahang.

Ya Allah

Lanjutkan usia Sultan kami

Taat kepada Allah

Setia kepada Raja

Cinta kepada Negeri

" Kedaulatan Raja Terpelihara, Rakyat Sejahtera, Negeri Makmur"

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...