Thursday, October 17, 2013

Semua 679 Perwakilan Akan Mengundi Rosak Jika Tidak Betul Cara Undi!


Peringatan kepada 679 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut

Berhati-hatilah ketika mengundi.

Mengundi dengan tenang dan tidak tergesa-gesa kelak nanti undi rosak kerana perkara-perkara yang mudah.

WZWH bimbang dengan pengundi yang berumur 45 tahun ke atas, pengundi yang muda juga kerana terlalu teruja, excited, dan penuh emosi.

Kawal segala emosi anda tidak kira anda menyokong dan mahu undi siapa.

Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap sudah ada pemenang kerana tidak dipertandingkan.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian dan 20 AJK UMNO Bahagian.

Sekeping kertas undi untuk Ketua UMNO Bahagian.

Sekeping kertas undi untuk Timbalan UMNO Bahagian.

Sekeping kertas undi untuk Naib Ketua UMNO Bahagian.

Sekeping kertas undi untuk mengundi kesemua 20 AJK UMNO Bahagian dalam 20 kotak.

Ingat undi dalam kotak. Bukan di luar kotak. Tulis nombor calon bukan pangkah X macam PRU!

Contoh jika anda mahu mengundi Ketua UMNO Bahagian, anda mahu undi calon nombor 1 maka tulislah:

1   atau 01. Tidak boleh mengeja tulis seperti S-A-T-U atau K-O-S-O-N-G S-A-T-U.

Jika anda mahu mengundi Timbalan Ketua UMNO Bahagian jika anda mahu undi nombor 2 tapi tersilap tertulis nombor 1 dalam kotak. Anda tidak boleh menconteng, memadam dan menulis nombor 2 sebab semua kertas undi anda akan di kira rosak. Lebih baik biarkan saja. Kertas undi baru tidak akan diberi. Gunalah kertas undi anda sebaik-baiknya.

Begitu juga anda mesti menulis nombor pilihan calon-calon AJK UMNO Bahagian dalam kotak. Tidak boleh tinggal walau satu kotak dari 20 kotak. Jika tidak dikira rosak. Jika anda tersilap menulis nombor calon AJK UMNO Bahagian, jangan menconteng atau memadam. Menulis semula nombor yang tersilap itu di ruang kotak yang banyak lagi itu. Jika semua 20 kotak sudah ditulis nombor calon dan anda baru teringat ada satu nombor lagi calon yang anda mahu undi tapi sudah penuh kotak maka lupakanlah nombor calon itu. Jika anda menconteng atau memadam nombor lain-lain dan menulis nombor yang anda terlupa itu maka rosaklah semua kertas undi anda.

Ingat, kita selalu melatih Orang Asli di setiap kali PRU bagaimana mahu mengundi PRU, jangan lupa dalam pemilihan UMNO Bahagian ini jika kita silap maka tidak ada bezanya antara kita dengan Orang Asli yang kita ajar semasa PRU itu.

WZWH akan berada di bilik pengiraan mengundi secara rasmi dan sah memerhatikan setiap gelagat cara anda semua 679 perwakilan mengundi. WZWH harap semua 679 perwakilan baik dari AJK Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Perwakilan 10 Wanita, Pemuda dan Puteri dan semua perwakilan selamat mengundi dengan baik.

Jangan tersilap mengundi kerana ini akan menjejaskan undi dan calon-calon atau pemimpin-pemimpin yang anda mahu.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024