Monday, May 5, 2014

Berita Politik Pembangunan Ulu Tembeling: Kg Mat Daling



Kg Mat Daling. Nama kampung ini sempena nama seorang pendekar bernama Mat Daling. Kampung sekitar yang dulu di diami ramai orang ialah di Kg Pulau Besar, Kg Chenih, Tanah Memindah. Kg yang berdekatan ialah Kg Kuala Semena dan Kg Macang Perah.

Majoriti penduduk berasal dari kampung yang paling hulu Sg Tembeling berdekatan sempadan Pahang-Terengganu iaitu Kg Janing.

Ini ialah kampung yang penduduknya paling cerdik dan berjiwa besar selain dari Tembeling Tengah. Ramai sudah berhijrah ke luar tinggallah generasi baru.



















Orang kampung Mat Daling bergambar sebelum perjumpaan dengan Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dalam mesyuarat UMNO cawangan. Kelihatan Wan Shamsuri Wan Jalil AJK UMNO Bahagian, Wan Hamidon Wan Ahmad mantan Ketua Cawangan, Dato' Hj Nazri Ngah Naib Ketua UMNO.



















Tokoh yang ditengah disebelah ADUN Tahan, berbaju kemeja lengan merah itulah Wan Halim Wan Omar baru pindah keahlian UMNO dari Pekan terus dilantik oleh Ketua UMNO Bahagian Jerantut sebagai AJK UMNO Bahagian Jerantut!

Itu sebab WZWH cakap orang Kg Mat Daling cerdik-cerdik boleh putar kepala Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Tidak terlambat WZWH ingin mengucapkan tahniah kepada Wan Halim calon potensi besar DUN Tahan PRU 14.

Penghulu Wan Ahmad Saifuddin, Wan Shamsuri, Wan Jaimi yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut yang dipilih bukan dilantik kena pandailah cari strategi kalau mahu ganti tempat Dato' Wan Amizan...



















ADUN Tahan berucap...kebiasaannya bila berucap di kampung yang ramai sedara mara seperti Kg Merting, Kg Jong Berlaboh, dan banyak kampung lagi termasuk kg Mat Daling, Dato' Wan Amizan suka pendekatan agresif cakap lepas....lepas geram dan kehampaan....

Sebelum ini penduduk kampung marah kerana tanah yang mereka "kata mereka punya" tapi tiada permohonan yang formal dan rasmi telah diambil oleh kerajaan negeri Pahang bagi tujuan agensi seperti Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang.

Tanah seluas 26,000 telah diambil bagi tanaman getah yang melibatkan 5 kampung utama di Ulu Tembeling termasuk Kg Mat Daling. ADUN Tahan telah menasihatkan orang kampung dulu selepas PRU 12 supaya memohon 3 ekar atau 6 ekar seorang. Jangan tunggu kerajaan negeri ambil bagi tujuan agensi.

Ini menimbul kemarahan sebilangan penduduk yang akhirnya menyokong pembangkang pada PRU 13. 



















Sebahagian dari tanah 26,000 ekar di Ulu Tembeling yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang bagi tujuan agensi seperti Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang bagi tujuan penanaman getah.

ADUN Tahan menerangkan ladang getah Felcra dan Anak Syarikat Yayasan Pahang itu boleh memberi kebaikan kepada kepentingan penduduk Ulu Tembeling. Selain dari saham Felcra kepada peserta yang eksklusif hanya kepada penduduk Ulu Tembeling, ladang getah Anak Syarikat Yayasan Pahang telah dijanjikan oleh MB Pahang untuk diberi 30% keuntungan kembali kepada penduduk Ulu Tembeling. 

Peluang pekerjaan, impak ekonomi, pembinaan infrastruktur boleh memberi kemudahan.

Ditambah lagi ladang gaharu seluas 12,000 ekar lagi boleh membantu dan menyenangkan ekonomi penduduk Ulu Tembeling.

Berkenaan dengan Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi akan disiapkan pada hujung tahun 2014 siap tar sekali.

Oleh kerana DS Najib telah memberi kelulusan peruntukan RM280 juta bagi Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 44km maka berkuatkuasa pada 1 Jun 2014 projek jalan ini mesti mula dibuat dari Kg Pagi.

ADUN Tahan menjanjikan kepada penduduk Kg Mat Daling bahawa Projek Jalanraya Fasa 2 ini akan siap sampai ke Kg Mat Daling pada tahun 2016.

Beliau menambah seterusnya Projek Jalanraya Fasa 3 terus disambung dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu.

Beliau berkata pada mulanya kerajaan tidak berminat mahu buat projek jalanraya kerana kos yang sangat tinggi tetapi Tuanku Sultan Pahang berkeras mahu projek itu mesti dilaksanakan bagi kepentingan penduduk Baginda di Ulu Tembeling.

Sebab itu Dato' Wan Amizan melontarkan idea buat ladang. Kerana bila buat ladang jalan akan sampai. Contoh projek jalan di Tembeling Tengah dibuat sebab ada ladang kelapa sawit di Felda Padang Piol dan Felda Sg Retang serta Felcra Tembeling Tengah.

WZWH percaya Ulu Tembeling sebagai hub ladang gaharu dan Kg Pasir Raja Terengganu sebagai hub ladang herba yang berjumlah berbilion ringgit akan memantaskan dan mempercepatkan lagi projek jalanraya ini dalam perlaksanaan ECER.

Tanah-tanah di Ulu Tembeling akan menjadi lebih mahal dan lebih strategik nanti bila rangkaian jalanraya ini siap sampai ke Terengganu. Sistem jalanraya ini yang lebih jimat masa dan lebih dekat akan membuatkan ramai orang akan menggunakan jalanraya ini dan pertumbuhan ekonomi pesat membangun.

ADUN Tahan berkata ini adalah penggal yang terakhir baginya dan beliau akan selesai dengan misinya menyiapkan Projek Jalanraya Ulu Tembeling hingga ke Kg Mat Daling. Selepas ini carilah wakil rakyat yang lebih baik dari beliau.

ADUN Tahan menyumbangkan RM10,000 bagi tabung UMNO cawangan Kg Mat Daling termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri. Oleh kerana tiada Pemuda di Kg Mat Daling maka sumbangan RM2000 diberi kepada tabung masjid Kg Mat Daling.

Akhir sekali peruntukan RM50,000 bagi membina rumah UMNO Kg Mat Daling.

Demikian berita politik pembangunan Ulu Tembeling Kg Mat Daling.

12 comments:

Anonymous said...

Baguslah ni penggal terakhir Adun Tahan, dah elok sangat ganti dgn org yg lebih berkelayakan.. semoga menjadi kenyataan. Amin.

Anonymous said...

Diharap penggal depan WZ dapat dicalonkan menjadi Adun Tahan pulak. Nampak macam cerdik sangat WZ ni. Mesti lebih banyak kemajuan akan WZ bawa ke Ulu Tembeling ni. Tahniah.

Anonymous said...

lps ni ape pula jawatan dan cita2 dato wan mizan?

Usin Gampang said...

anon atas sekali,

awaklah yang paling berkelayakan.awak mesti pandai bawak projek pembangunan ke dun tahan.awak kan bijak dan pandai!

ayat awak memperlekehkan orang! awak tak mampu nak lakukan apa yang telah wan amizan lakukan.hanya benci dan dengki! mat lan pun tak mampu nak buat macam wan amizan walaupun ijazahnya berjela-jela!

mesti lepas ni usin malaun masuk komen memaki aku sebab usin malaun ni tak reti bercakap dengan fakta. tak percaya tengok!keh keh keh!!!

Anonymous said...

Jalan jerantet ke kole tmbling mnde cter zurik????

Anonymous said...

cerdi8k benda ke zurik ni tak lebih seorang pencacai angkat najis dompok je

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Jalan Jerantut-Kuala Tembeling dalam proses permohonan baik pulih sekitar RM60 juta sampai ke Lipis

Anonymous said...

Rampas tanah yg orang kampung dah usahakan lepastu pelawa diorang kerja jadi kuli batak gaji rm +-20 sehari. Ini taktik kerajaan pahang.

Anonymous said...

Adun yang banyak merosakkan alam semulajadi dengan project yang banyak menguntungkannya.tetapi rakyat?.sesetengah project yang ingin di laksanakan tidak masuk akal langsung.fikir2kan la untuk masa depan cucu2 kita nanti.jangan nanti kayu meranti di orang dah tak kenal,ikan kelah pun hanya boleh di lihat di dalam akuarium.itu pn kalau masih wujud.tak boleh ker buat sesuatu project tu tanpa menghancurkan alam?Adun Tahan ni bukan tak bagus orangnya,cuma kurang tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Anonymous said...

Adun yang banyak merosakkan alam semulajadi dengan project yang banyak menguntungkannya.tetapi rakyat?.sesetengah project yang ingin di laksanakan tidak masuk akal langsung.fikir2kan la untuk masa depan cucu2 kita nanti.jangan nanti kayu meranti di orang dah tak kenal,ikan kelah pun hanya boleh di lihat di dalam akuarium.itu pn kalau masih wujud.tak boleh ker buat sesuatu project tu tanpa menghancurkan alam?Adun Tahan ni bukan tak bagus orangnya,cuma kurang tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Usin Gampang said...

nak membangaun perlu pengorbanan! nak buat jalan kena tebang balak, nak buat bangunan kena sodok tanah! kalau nak pembangunan tanpa mengorbankan alam sekitar boleh,buat bangunan rumah rakit,buat hotel atas pokok. buat jalan jambatan tergantung dari satu pokok ke satu pokok!dengan ni kereta tak perlu digunakan sbb tak ada jalan.alam sekitar pun langsung tak tercemar!nak gi taman negara naik perahu galah aje.tak yah naik bot enjin sangkut.tak adalah pencemaran sungai!banyak lagi kalau nak cerita pembangunan tanpa merosakkan alam sekitar!

usin malaun akan kutuk aku,maki aku! tak caya tunggu!

Anonymous said...

bila maju nanti, kalau nak meramaikan ulu tembeling bolehlah import orang bangla dan nepal.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024