Saturday, May 17, 2014

Usul Cawangan Pulau Mansok Membetulkan UMNO Bahagian Jerantut?



















Malam semalam WZWH sempat menghadiri Mesyuarat Agung UMNO cawangan Pulau Mansok. Ini kampung di tepi Sungai Pahang dekat dengan Kampung Jerantut Feri. Ketika tiba, WZWH lihat ramai orang kampung sedang menikmati jamuan makan malam di sebuah rumah. Terdapat khemah canopy dan ada sebuah layar screen besar yang ketika itu perlawanan bola sepak Liga antara Johor JDT lawan Pahang. Sejurus waktu rehat separuh pertama, mesyuarat UMNO cawangan dimulakan.



















Posting WZWH kali ini lebih berkisar kepada usul-usul yang disuarakan oleh UMNO cawangan Pulau Mansok. WZWH mahu tahu suara grassroot  apa yang ahli-ahli cawangan fikirkan.

Encik Mohamad Saidi bin Din, Ketua UMNO Cawangan telah membawa usul:

  • Kekuatan dan sokongan menyeluruh ahli UMNO dalam Bahagian Jerantut perlu untuk kemenangan pilihanraya PRU 14. Perpecahan dalam UMNO akan mengambarkan kelemahan parti. Perlantikan Jawatankuasa dan Biro UMNO Bahagian Jerantut sekarang ini telah menampakkan perpecahan dalam parti mula berlaku dalam Bahagian Jerantut.
  • Semua AJK UMNO Bahagian Jerantut yang telah dipilih dan diberi mandat oleh ahli perlu diberi tugas dan tanggungjawab sama bagi menguatkan parti. Kenapa Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian, dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian tidak diberi tugas?
  • Ahli-ahli yang setia begitu lama bersama UMNO ditinggalkan manakala ahli-ahli yang baru muncul di Bahagian Jerantut diberi keutamaan seolah-olah menidakkan kebolehan, kesetiaan, perjuangan orang lama jelas menampakkan sokongan sebelah pihak sedang dirancang.
  • Mendesak UMNO Bahagian Jerantut merombak dan membuat perubahan kepada ahli AJK dan Biro-Biro UMNO Bahagian Jerantut di mana semua AJK yang telah dipilih diberi tugas dan tanggungjawab manakala ahli-ahli lama yang berkebolehan dan setia dalam perjuangan dilantik berdasarkan tiga DUN dalam Bahagian Jerantut.


Beliau turut meminta janji-janji semasa pilihanraya oleh ahli parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut untuk membina hospital baru, Sekolah Sains berasrama penuh, sebuah universiti dan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Jerantut dicapati.

Encik Mohd Shukri Yunus bin Noor membawa usul pemutihan ahli UMNO samada ahli-ahli yang sudah meninggal dunia dan ahli-ahli yang sabotaj parti semasa pilihanraya.




































9 comments:

Anonymous said...

CAWANGAN UMNO PULAU MANSOK KENA FIKIR BUAT DEWAN MACAM PAS CAWANGAN PULAU MANSOK...HE HE

Anonymous said...

Kalau jerantut dpt universiti, mmg hebat org jtt.. tloh dah cuba sejak tahun 2000, habuk pun tarak.. UMNO OH UMNO! Memang pandai tabur janji terutama UMNO TEMERLOH..

Anonymous said...

Pot tempat main daun terop kat tepi pasir tu bagi clear dulu... usah meraban kelain....

Anonymous said...

Kas nampok usul ni idea orang lain kalau ketua cawangan kas rasa idak laaaa..... x sampai

usin malaun said...

INI UMNO BUKAN MAK BAPAK AHLI PARLIMEN YANG PUNYA! INI UMNO AHLI2 UMNO YANG PUNYA!

JADI JANGAN INGAT LU KETUA BAHAGIAN BOLEH BUAT APA SAJA YANG LU SUKA! TRADISI UMNO LU LANGGAR!

BILA MAHU JADI KB LU CAKAP KENA IKUT TRADISI! AHLI PARLIMEN MESTI KB.INI TRADISI!

BILA LU JADI KETUA BAHAGIAN LU PUNYA GILA SUDAH MARI SEMULA!ITU TRADISI LU SUDAH TARAK IKUT!

LU BUAT SESUKA HATI LU! LU MEMANG GILA!LU LANGSI LU MATI!

Anonymous said...

Kalau masuk berita harian ni mau dia cakap 5ribu orang datang,orang dah jijik dan malu dah nak dekat umno ni,hanya penjilat tegar dompok je masih sokong,usah p.mansok,di kuala tembeling tu aku dengar siap ada tempat snooker lagi orng berjudi main lucky ball dan di belakangnya port tempat rehat pelancong jadi tempat main judi kad pulak,inila ajaran umno,yang ketua kampung pun bodoh taknak bantah atau repot,ingat cikit bala kena semua

Anonymous said...

lu penjilat jubo teresa kok!

Anonymous said...

jangan terlalu mudah mengesa pemimpin, dia tahu apa yang dia orang buat, lagipun memimpin baru setahun jagung, sedang pemimpin dahulu pun mereka tidak mendapat apa-apa yang dirancang..., kenapa terlalu tergesa-gesa, usaha telah dibuat, hanya tunggu sehingga ada peruntukan, nak buat projek besar ni bukan macam kita mintak duit dengan emak bapak kita mudah dapat.., lu orang kena pikirlah, jangan jadi terlalu dungu..

Anonymous said...

Haji Lan sedang membersihkan perampok2 dalam umnu jerantut... ada bantahan?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024