Saturday, May 23, 2015

Solidariti14 Pemuda Pahang Pertahan Kepimpinan DS Najib

Pemuda UMNO Pahang menggerakkan usaha dan tenaga mengumpul ramai orang muda Pahang dengan 700 buah bas membawa 28,000 menyokong dan mempertahan kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri.

Kekuatan Pemuda UMNO Pahang yang sungguh luarbiasa. Tahniah Mohd Shahar Abdullah Ketua Pemuda Pahang dan Barisan AJK yang terdiri dari 14 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Pahang.

Himpunan Solidariti diadakan di perkarangan Airport TUDM Kuantan pada petang Sabtu dihadiri oleh rakyat Pahang yang lain datang menyokong DS Najib.




Sebelum itu jurucakap -jurucakap Pemuda UMNO Pahang telah berucap menyatakan orang muda Pahang tidak mahu DS Najib dijatuhkan secara tidak demokratik. Difitnah dan dihina serta diperlakukan seumpama sebiji bola yang boleh ditendang sembarangan.

Masa untuk diam menyepi telah berlalu. Pemuda UMNO Pahang tidak sanggup lagi melihat DS Najib dibuli sebegitu rupa. Pemuda UMNO Pahang mahu semua orang muda Pahang, dan pemimpin-pemimpin berani dan tegas menyatakan pendirian menyokong DS Najib.

Sifir politik yang mudah:

Siapa Pahang jika DS Najib terbuang?

Siapa orang Pahang mahu bangkit macam Almarhum Tun Razak dan DS Najib memegang tampuk kuasa.

Kuasa penting untuk majukan Pahang. Orang Pahang memang gila dan tak siuman kalau tidak menyokong DS Najib!

Bila DS Najib mantap berkuasa sebagai PM mudah bicara untuk majukan Pahang.




DS Najib berucap,"...Saya tidak akan tunduk kepada hanya satu suara yang mahu saya berundur dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Saya dipilih oleh rakyat menjadi amanah kepada saya untuk dipikul.

Banyak kerja-kerja lagi untuk saya usahakan majukan negara , bangsa dan agama.

Di Tawau 40,000 rakyat berkumpul menyokong saya.

Di Gopeng, 28,000 rakyat berkumpul sokong saya.

Di Johor, 15,000 rakyat berkumpul sokong saya.

Di Kuantan hari ini Pemuda Pahang mengumpulkan 28,000 penyokong mahu sokong saya.

Banyak lagi Negeri dan tempat  mahu berkumpul sokong saya.

Saya ucap terima kasih atas sokongan ini. Saya faham benar mesej perhimpunan ini. 

Dari rakyat hingga Sultan Pahang sokong saya. Saya sungguh terharu.

Saya tidak akan tunduk menyerah kalah.

Kapal layar sudah membelah berkibar, kapal perlu ke depan menempuh ombak dan halangan.





Mantera Pahlawan Pahang;

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali 
Gagah aku seperti Saidina Hamzah 
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu 
Jangan engkau makan hati yang putih 
Engkau makan darah dan daging 
Jikalau engkau makan hati yang putih 
Derhaka engkau kepada Allah, 
Hai Kaddam Kuddim 
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat 
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi 
Keluarlah engkau daripada tempatnya 
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah 
Khursani menggantikan diriku 
Khursani menggantikan nyawaku 
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam 
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa 
La ilaHa ilLaAllah 






Doa semoga Allah selamatkan Perjuangan agama, bangsa dan negara. 
Selamatkan Pahang
Selamatkan Tuanku
Selamatkan UMNO
Selamatkan Najib




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Bugis




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Rawa dan Mandailing




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Minangkabau dan Jawa




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Kampar




Sokongan rakyat Pahang tidak kira pemimpin itu keturunan Bendahara Pahang




Tidak ada pemimpin keturunan Mamak di Pahang....




Terima kasih 28,000 orang muda Pahang yang menyokong DS Najib PM Malaysia
Terima kasih Pemuda UMNO Pahang



Solidariti 1Pahang : Semangat Kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau Meresap Jiwa DS Najib






Bendera Pahang megah berkibar 

No Retreat No Surrender
Fight To The End 
Fight To The Last
Fight As A Warrior
Hail To The King
Hail To The One
Kneel to the crown
Stand in the sun

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024