Sebelum PRU 14 satu cadangan bagi Skim Bantuan Khas bagi Penduduk Miskin Luar Bandar dicadangkan terutama ketika musim hujan tidak boleh menoreh kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri.
Untuk itu Negeri Pahang boleh memulakan skim bantuan khas ini.
Ini bagi meringan beban penduduk luar bandar terutama yang bergantung kepada hasil getah dll termasuk pendapatan dari kerja-kerja kampung dan nelayan darat.
Skim bantuan kewangan bawah RM5ooo bagi setiap ketua keluarga terutama ketika musim hujan hujung tahun ketika mahu buka sekolah.
Juga difikirkan elok ketika menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Pembayaran boleh dibuat 2 kali iaitu menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Hujung Tahun. Setiap kali bayaran sebanyak RM2500.
WZWH berharap cadangan ini boleh dipertimbangkan.
Bagaimana mekanisme skim bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan adalah bergantung kepada kebijaksanaan Menteri Besar dan Perdana Menteri.
Sebelum itu elok diterangkan latar belakang isu ini.
Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan
yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar.
Luar
bandar juga dikenali sebagai satu tempat yang mempunyai infrastruktur yang kurang
dan tidak lengkap dan menyebabkan penduduk luar bandar tidak menerima arus
permodenan seperti penduduk di kawasan bandar.
Keperluan dan kepentingan dalam penyediaan pembangunan kawasan luar
bandar adalah merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam
menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang mempunyai
keistimewaan dan keunikan yang tersendiri di samping bagi membantu dalam
menonjolkan sumber-sumber yang ada di kawasan luar bandar tersebut.
Ini kerana,
kawasan luar bandar amat dikenali sebagai kawasan yang mempunyai sumber dan
hasil asli yang sangat unik dan estetik.
Dengan itu, pembangunan luar bandar merupakan satu agenda oleh kerajaan
dalam membangunkan dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat menangani
masalah kemunduran dan kemiskinan kawasan luar bandar.
Data perangkaan pada
tahun 2010 menunjukkan bahawa kawasan luar bandar didiami oleh seramai 8.2 juta
penduduk atau 29 % daripada jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 28.33 juta.
Jumlah ini adalah termasuk mereka yang mendiami 15,507 kampung yang
mempunyai JawatanKuasa Kampung-Kampung (JKKK) melibatkan 82 daerah di
semenanjung, 33 daerah di Sabah dan 29 daerah di Sarawak.
Manakala berdasarkan dari jumlah penduduk di kawasan luar bandar tersebut, sebanyak 39.9 peratus atau
3.28 juta penduduk merupakan golongan muda yang berumur dalam lingkungan 15
hingga 39 tahun.
Berdasarkan kepada perangkaan tersebut, jelas dapat dilihat bahawa
kawasan luar bandar atau desa mempunyai tenaga kerja yang produktif di dalam
membantu mempertingkatkan potensi untuk menjana ekonomi penduduk luar bandar.
Kadar kemiskinan merupakan salah satu ciri terpenting bagi menunjukkan
tahap kemunduran penduduk di sesuatu kawasan. Pengukuran garis kemiskinan dan
pemantauan tren kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat
keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah
berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang peluang
pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan diukur menggunakan
garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu
tempat.
Jelas dapat dilihat kadar kemiskinan
yang tinggi diseluruh negara di mana jumlah pendapatan yang paling rendah yang
dikira sebagai miskin adalah sebanyak RM690 iaitu di Perak dan Perlis, manakala
jumlah pendapatan yang tertinggi dikira sebagai miskin adalah sebanyak RM1050
iaitu di Sabah.
Ini jelas bahawa pendapatan yang mencecah RM1000 juga telah
dikira sebagai miskin disebabkan oleh berlakunya peningkatan nilai matawang serta
kenaikan taraf hidup yang disebabkan oleh arus permodenan yang pesat.
Oleh itu, kerajaan telah melakukan pelbagai alternatif dalam memajukan
kawasan luar bandar. Di antara program luar bandar yang diwujudkan oleh kerajaan
adalah seperti program:
- Satu Daerah Satu Industri,
- agropolitan,
- program inap desa,
- industri asas tani,
- industri kotej,
- kraftangan
- dan agro pelancongan bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar
Permasalahan dalam membangunkan kawasan luar bandar
juga menjadi salah satu punca kepada kegagalan serta kurang berkesan terhadap
perlaksanaan program-program luar bandar. Antara isu serta cabaran yang perlu
dihadapi dalam membangunkan kawasan luar bandar :
- Perubahan Minda Penduduk Luar Bandar
- Nilai Masyarakat Desa
- Kepimpinan Desa
- Peluang Pekerjaan Yang Kurang Menarik
- Peluang Aktiviti Keusahawanan Yang Terhad
- Masalah Tanah
- Nilai Tambah Yang Rendah
- Kebergantungan Kepada Buruh Asing
- Saiz Penempatan Luar Bandar Yang Bertaburan Dan Kecil
- Kurang Kemahiran Dan Tahap Pendidikan Yang Rendah
- Pertindihan Agensi Dan Fungsi- Ketidakcekapan Dan Pembaziran Sumber
3 comments:
Idea yg. sungguh BERNAS, WZWH! Tengok sjlah juga PENINGKATAN penagiha DADAH di kalangan nak2 muda KPG termasuk di Felda dan golongan NELAYAN kita yg. TERCICIR sekolah; sebah. besaq dr. sbb. KEMISKINAN hidup!
Aku jga nak CADANGkan supaya projek terbaru PETRONAS yg. bernilai RM121 BILLION iaitu Petronas Pengerang Integrated Complex (PIC; di mana YAB PM berucap akan memeberi peluang kpd. BERATUS RIBU pekerjaan)- memberikan KEUTAMAAN pekerjaan termasuk kpd. anak2 Bumiputera KAMPUNG yg. TERCICIR sekolah utuk diberikan KURSUS2 PERCUMA di KOLEJ2 KOMUNITI/INSITUT2 LATIHAN KEMAHIRAN/GIAT MARA di seluruh CERUK negara (bukan hanya di Johor) dlm. industri PETROKIMIA/MINYAK/GAS/MARITIM dari kelas RENDAH sampai kelas TINGGI di PENGERANG ni! JANGAN pula projek amat bernilai di PENGERANG/MELAKA/KUANTAN ni diDOMINASI warga asing mahupun Bukan Bumiputera! Aku harap ini tidak berlaku projek BASF(sy. pelaburan gergasi Petrokimia Jerman)-Petronas yg. MEGA di Pengerang dan terbaru di Kuantan!
Sedih betul aku bila jumpa anak2 Bumiputera dr. jenerasi muda/pertengahan terutamanya yg. TERCICIR sekolah atau setakat Diploma yg. masih hanya jadi KULI2 gaji MINIMA di kedai2/kilang2 cthnya!
Maka PU, putera dan puteri UMNO - tolong lancarkan KEMPEN BESARAN utk. memastikan jenerasi muda/pertengahan umur dr. bangsa BUMIPUTERA kita termasuk yg. TERCICIR sekolah dr. keluarga2 PETANI, PENOREH GETAH dan NELAYAN kita agar TAK lagi hanya menjadi KULI2 gaji rendah - tetapi diberikan KEUTAMAAN utk. mendpt. KURSUS jangak pendek berkaitan PEKERJAAN dlm. pelbagai KELAS dr. RENDAH sampai ke TINGGI, dlm. industri2 GERGASI baru yg. CANGGIH ini terutamanya di PENGERANG; MELAKA (cthnya "5bil Kuala Linggi International Port (KLIP)" dan KUANTAN!
Nek Tempoyak.
PEMBETULAN:
Idea yg. sungguh BERNAS, WZWH! Tengok sjlah juga PENINGKATAN penagihan DADAH di kalangan anak2 muda KPG termasuk di Felda dan golongan NELAYAN kita yg. TERCICIR sekolah; di mana sebah. besaq adalah sbb. KEMISKINAN hidup!
Aku jga nak CADANGkan supaya projek terbaru PETRONAS yg. bernilai RM121 BILLION iaitu Petronas Pengerang Integrated Complex (PIC); di mana YAB PM berucap akan memeberi peluang kpd. BERATUS RIBU pekerjaan)- memberikan KEUTAMAAN pekerjaan termasuk kpd. anak2 Bumiputera KAMPUNG yg. TERCICIR sekolah utuk diberikan KURSUS2 SINGKAT yg. PERCUMA (termasuk menyediakan ASRAMA2) di KOLEJ2 KOMUNITI/INSTITUT2 LATIHAN KEMAHIRAN/GIAT MARA di seluruh CERUK negara (bukan hanya di Johor) dlm. industri PETROKIMIA/MINYAK/GAS/MARITIM dari kelas RENDAH sampai kelas TINGGI di PENGERANG serta juga di Melaka/Kuantan! Kerana JANGAN pula projek2 amat bernilai di PENGERANG/MELAKA/KUANTAN ni diDOMINASI warga asing mahupun Bukan Bumiputera! Aku harap ini tidak berlaku di projek BASF(sy. pelaburan gergasi Petrokimia Jerman)-Petronas yg. MEGA di Pengerang dan terbaru di Kuantan!
Sedih betul aku bila jumpa anak2 Bumiputera dr. jenerasi muda/pertengahan terutamanya yg. TERCICIR sekolah atau setakat Diploma yg. masih hanya jadi KULI2 gaji MINIMA di kedai2/kilang2 cthnya!
Maka PU, putera dan puteri UMNO - tolong lancarkan KEMPEN BESARAN utk. memastikan jenerasi muda/pertengahan umur dr. bangsa BUMIPUTERA kita termasuk yg. TERCICIR sekolah dr. keluarga2 PETANI, PENOREH GETAH dan NELAYAN kita agar TAK lagi hanya menjadi KULI2 gaji rendah - tetapi diberikan KEUTAMAAN utk. mendpt. KURSUS jangka pendek berkaitan PEKERJAAN dlm. pelbagai KELAS dr. RENDAH sampai ke TINGGI, dlm. industri2 GERGASI baru yg. CANGGIH ini terutamanya di PENGERANG; MELAKA [cthnya 5bil Kuala Linggi International Port (KLIP)"] dan KUANTAN!
Nek Tempoyak.
BERITA BAIK
Pertama saya ingin mengatakan jika anda takut untuk berjaya anda tidak akan berjaya walaupun peluang itu datang murah dan bebas, semuanya bermula pada malam yang dingin ketika tidur di internet untuk hanya letih sehingga saya dapat tidur setelah lama hari di bank yang cuba mendapatkan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru bagi mereka yang mungkin tahu bank ini, saya cuba dan selepas dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam masa 30 hari yang bagi saya seperti selama-lamanya sehingga pada masa saya pemikiran tempat tidur mungkin baris tindakan yang saya jumpa dalam kisah tertentu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dan pada kadar yang sangat rendah 2% dengan nama syarikat sebagai syarikat pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu benar jadi saya probed lebih jauh dan datang di seberang seorang wanita bernama Nadia Sisworo yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat pinjaman dengan butiran banknya semua dipaparkan supaya saya diemail dan kami bercakap, kami bercakap dan dia meminta saya menghubungi syarikat rossa ibu bahawa jika rumah saya benar dan identiti saya mungkin bernasib baik untuk mendapatkan pinjaman jadi saya menghantar e-mel kepada ibu Rossastanleyloancompany@gmail.com Whatsapp + 19145295708 tentang keadaan saya dan borang pinjaman telah diberikan saya diisi dan diserahkan untuk permintaan pinjaman $ 150,000.00 dan selebihnya kepada Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari syarikat ibu rossa jadi orang yang saya sayangi sekiranya anda mempunyai beban kewangan yang tulen atau ingin mengembangkan perniagaan anda tidak teragak-agak untuk bertemu dengan ibu rossa untuk mendapatkan bantuan saya yakin $ 150,000.00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika anda masih meragukan yuran percuma untuk memanggil atau WhatsApp saya di +6282385590743 atau menulis saya di hadiemi64@gmail.com dan facebook di Hadi emi dan saya akan membuktikan kepada anda ibu adalah sebenarBERITA BAIK
Pertama saya ingin mengatakan jika anda takut untuk berjaya anda tidak akan berjaya walaupun peluang itu datang murah dan bebas, semuanya bermula pada malam yang dingin ketika tidur di internet untuk hanya letih sehingga saya dapat tidur setelah lama hari di bank yang cuba mendapatkan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru bagi mereka yang mungkin tahu bank ini, saya cuba dan selepas dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam masa 30 hari yang bagi saya seperti selama-lamanya sehingga pada masa saya pemikiran tempat tidur mungkin baris tindakan yang saya jumpa dalam kisah tertentu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dan pada kadar yang sangat rendah 2% dengan nama syarikat sebagai syarikat pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu benar jadi saya probed lebih jauh dan datang di seberang seorang wanita bernama Nadia Sisworo yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat pinjaman dengan butiran banknya semua dipaparkan supaya saya diemail dan kami bercakap, kami bercakap dan dia meminta saya menghubungi syarikat rossa ibu bahawa jika rumah saya benar dan identiti saya mungkin bernasib baik untuk mendapatkan pinjaman jadi saya menghantar e-mel kepada ibu Rossastanleyloancompany@gmail.com Whatsapp + 19145295708 tentang keadaan saya dan borang pinjaman telah diberikan saya diisi dan diserahkan untuk permintaan pinjaman $ 150,000.00 dan selebihnya kepada Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari syarikat ibu rossa jadi orang yang saya sayangi sekiranya anda mempunyai beban kewangan yang tulen atau ingin mengembangkan perniagaan anda tidak teragak-agak untuk bertemu dengan ibu rossa untuk mendapatkan bantuan saya yakin $ 150,000.00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika anda masih meragukan yuran percuma untuk memanggil atau WhatsApp saya di +6282385590743 atau menulis saya di hadiemi64@gmail.com dan facebook di Hadi emi dan saya akan membuktikan kepada anda ibu adalah sebenar
Post a Comment