Wednesday, December 14, 2016

Welcome To New King And The History Of Kesultanan Kelantan




Sultan Muhammad V adalah Sultan Kelantan yang ke- 29 dan Yang di-Pertuan Agong ke- 15.


Image may contain: 1 person, text


Sultan Kelantan atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan, Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. 

Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. 

Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.


Senarai Raja / Sultan Kelantan


Zaman Dinasti Chermin


Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah LangkasukaKelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi KedahPerakutara Sumatera dan Campa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Campa di Vietnam.

Zaman Majapahit II

Dalam Empayar Ayuthia

Dinasti Champa-Jembal

Dinasti Datuk Pengkalan Pattani

  • 1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, putera kepada Datu Pengkalan Tua Pattani Wan Daim dengan Raja Perempuan Pattani Sri Biji Diraja. Menjadi Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II. Menjadi Raja Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal menggantikan mertuanya yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan dari isterinya Raja Pah Binti Raja Sakti II dan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
  • 1739-1746: Interregnum (Perang Saudara)
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
  • 1763-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus)
  • 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
  • 1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...