Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Jawa Hamba Dirikan...
ini ialah satu pantun atau gurindam 2 baris yang simple tapi adalah sumpah politik orang2 Melayu Nusantara.
Kota Melaka pelabuhan entreport terkaya simbol keagongan politik Melayu Islam di Aurea Chersonesus Golden Peninsula Semenanjung Emas.
Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun sejak 1511 selepas menakluki Goa India pada 1510 juga Kerajaan Islam.
Selama 130 tahun Sultan Mahmud dan anak cucunya, Pahang, Johor, Kampar, Lingga, Jawa, Perak, Kedah dan Acheh menyerang Kota Melaka Hermoso /La Formosa berterusan baik di laut dan di darat serta gerila tapi Kota Melaka begitu kebal.
Portugis yang kuat dan berkuasa serta teknologi militarinya mengawal ekonomi dan politik menjadi bertambah kaya.
Sudah tentu ahli politik dan ahli korporat di Kota Melaka terpaksa tunduk, cuba bekerjasama demi survival , kuasa dan kekayaan.
Ada 3 tokoh percaya kepada fahaman di atas yang WZWH mahu cerita dan apa kesudahan nasib mereka.
1) Utimuti Rajah
2) Raja Abdullah
3) Ninachetu
1511, Albuquerque bawa 19 kapal, 1400 tentera: 800 Portugis, 600 Malabar.
Diringkaskan cerita selepas sengit bertempur pada hari ke 9 selepas reinforcement tinggal 800 Portugis dan 200 Malabar.
Semua orang Melayu dan Islam di Kota Melaka dibunuh...atau dihalau.
Cuma Utimuti Rajah Korporat Jawa paling berpengaruh bersama beratus pengikut dibiar hidup.
Askar Portugis dibiar menjarah Kota Melaka jumpa 3000 meriam besar dari 8000 meriam baki 5000 meriam sempat Sultan Mahmud bawa lari.
Albuquerque tak puas hati bimbang Sultan Mahmud dan anakanda Raja Alauddin counter attack dari semua arah.
Albuquerque hantar 400 Portugis, 400 Melayu/Jawa pengikut Utimuti Rajah dan 300 Burma buru Sultan Mahmud dan Raja Alauddin.
Albuquerque bina Kota kubu di Melaka dipanggil Hermoso dari batu-batu Masjid Besar Melaka dan Istana Sultan Melaka yang dirobohkan serta batu nesan makam Sultan2 Melaka dan Kerabat.
Albuquerque teruskan pentadbiran ekonomi Melaka, buat macam2 coin, bagi kepada rakyat ramai, lantik Utimuti Rajah jadi Bendahara memerintah orang2 Melayu.
Tapi Utimuti Rajah walau terpaksa bekerjasama dengan Portugis oleh kerana dia orang Jawa masih ada hubungan rahsia dengan Raja Alauddin untuk angkat jadi Sultan Melaka.
Utimuti Rajah mahu pengaruh Raja Alauddin buat lebih ramai orang2 Melayu sokong dan up kedudukan dia di mata Portugis.
Albuquerque dapat tahu....Akhirnya Utimuti Rajah, anak dan menantu dihukum bunuh penggal kepala di Kota Melaka!
Raja Abdullah adalah Sultan Kampar , menantu Sultan Mahmud, bosan dengan politik Sultan Mahmud, hantar ucapan tahniah diplomatik kepada Albuquerque dan mahu jadi Boss bagi orang2 Melayu Islam di Melaka.
Maka Raja Abdullah duduk Office Bendahara di Melaka. Memang pentadbiran Raja Abdullah bijaksana, cekap dan efisien , ekonomi Melaka membangun.
Sultan Mahmud tidak senang hati. Tidak mahu Melaka prosper. Sultan Mahmud lalu sebar cerita yang Raja Abdullah (menantu) memang Sultan Mahmud hantar ke Melaka untuk buat Portugis percaya dan cari kekuatan untuk ambil Melaka dan Raja Abdullah mahu jadi Sultan Melaka. Cerita ini tersebar di cafe2, hotel2, emporium di Kota Melaka.
Malangnya George de Albuquerque percaya cerita ini, tidak percaya kepada kejujuran Raja Abdullah lalu Raja Abdullah didakwa, dibicara dan istihar pembelot. Raja Abdullah dihukum pancung penggal kepala! Selepas itu orang2 Melayu ramai keluar dari Kota Melaka tambahan pula kebuluran berlaku.
Cerita yang paling menarik ialah Ninachetu. Dia pembelot banyak beri maklumat sulit dan strategik militari kepada Alfonso de Albuquerque sebelum 1511 lagi memandangkan dia adakah Shahbandar paling berpengaruh di Melaka.
Albuquerque beri Ninachetu jawatan Bendahara untuk menerintah orang2 Melayu di Melaka. Dia peluk agama Kristian, dia tindas orang2 Melayu. Akhirnya orang2 Melayu buat petisyen tidak puas hati dengan pentadbiran Ninachetu kepada Alfonso de Albuquerque. Akhirnya dia dipecat jawatan Bendahara.
Ninachetu tidak berpuas hati, apa dia akan buat?
Ninachetu adalah orang paling kaya di Melaka. Satu hari tahun 1514, Ninachetu berpakaian paling indah paling mahal dress dalam Asia. Pakaian sutera dan emas. Dia berjalan penuh bergaya sepanjang jalan ke Bazar Melaka dipenuhi bunga haruman dan herba menuju ke timbunan kayu gaharu, candan, agarwood, ouds gred A paling mahal. Ninachetu jemput semua kawan dan keluarga, sambil berucap protes dia tidak bersalah, dia terlalu setia menyokong dan berkhidmat dengan sepenuh jiwa raga kepada Portugis. Ninachetu arah timbunan kayu gaharu semua itu dibakar. Bila api semakin marak, Ninachetu berkata,”Saya mahu pergi ke syurga...lalu dia terus terjun kepada api yang marak membakar kayu2 gaharu dengan asap yang tebal. Ribuan warga Melaka begitu admire dengan keberanian dan nekadnya Ninachetu. Dia bunuh diri sendiri akhirnya!
Moral of the story kesemua tokoh ini yang bekerjasama dengan musuh walau bersungguh dan berdedikasi tapi akhirnya tidak diumpama berkesudahan dengan tragis dan tragedi inilah nasib pemimpin PUPPET Melayu!
1 comment:
Lovely blogg you have here
Post a Comment