Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun ADUN Chini berkhidmat semasa hayatnya.
Ini posting terbaru WZWH setelah lama menyepi tidak menulis.
Apa khabar DUN Chini?
Salam Takziah kepada DUN Chini yang baru kehilangan seorang wakil rakyat yang berjasa menabur bakti sepanjang hayat perkhidmatannya. Moga Allah mencucuri rohnya dan diletak dimakam yang baik-baik.
Bakti Allahyarham DS Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Burn Sila Klik Sini
Banyak kisah menarik DUN Chini dari dulu hingga sekarang Sila Klik Sini
Ada 3 perkara yang belum terlaksana sewaktu hayat Allahyarham Datuk Burn ialah:
1) membantu rakyat untuk menjayakan kerja menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Chini bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih di kawasannya.
2) pembinaan Pusat, Latihan dan Ujian Kereta Kebal di bawah Kementerian Pertahanan di Kampung Bintang Terapai
3) pembinaan pusat hemodialisis bagi pesakit buah pinggang di Pusat Latihan Felda Chini.
Terima kasih kepada Almarhum Tun Razak yang membuka Felda-Felda untuk orang Melayu menaikkan taraf ekonomi mereka. Tanah ladang 10 ekar setiap peneroka dan 1/2 ekar bagi tapak rumah.
Kini apa yang mahu dicapai oleh Tun Razak telah menjadi kenyataan. Ekonomi berpendapatan sederhana tinggi bagi orang Melayu yang hidup susah di kampung asal ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ditambah pula pengurusan Felda yang semakin profesional yang diterap dibawah program transformasi DS Najib semasa menjadi PM ke 6.
Gugusan Felda Chini adalah terdiri dari sembilan Felda:
- Felda Chini 1
- Felda Chini 2
- Felda Chini 3
- Felda Chini 4
- Felda Chini 5
- Felda Chini Timur 1
- Felda Chini Timur 2
- Felda Chini Timur 3
- Felda Chini Timur 4
Terdapat 5 kampung tradisional dalam DUN Chini.
Gugusan Felda Chini di dalam DUN Chini. Kini pengundi kena memilih ADUN yang baru. DUN Chini dalam Parlimen Pekan-kawasan parlimen DS Najib.
WZWH suka pergi ke Felda Chini Timur 1 dan 2 kerana terdapat lebih 100 keluarga berasal dari Ulu Tembeling. Mereka berhijrah dari Ulu Tembeling ke Felda Chini sejak tahun 1970an ketika projek hidroelektrik diura-urakan mahu dibina di Lembah Tembeling.
WZWH berdoa harap DUN Chini akan bertambah sejahtera, makmur dan ceria.
Pilihlah calun wakil rakyat yang terbaik.
2 comments:
Eric tak salah dalam hal ini.. menteri yang melantik eric ininyang salah... Next PRU 15 nanti pengundi melayu atas pagar, PAS UMNO dan yang tolak liberal ICERD kasi humban menteri ini dalam longkang.
PRU 15 kita humban dia masuk tong dram kasi simen terus menteri ni.
Hampeh punya menteri
Nice shaare
Post a Comment