Tuesday, April 16, 2013

Lagu Purba Tradisional Tembeling 560 Tahun Dulu...


Ramai orang Pahang tidak tahu lebih 560 tahun dulu Pahang telah diperintah oleh Raja Siam.

Maka ramailah orang Pahang masa itu berbahasa Siam. Dulu nenek moyang orang Pahang berbahasa Siam dan  berbudaya Siam termasuk di Lembah Tembeling.

Sebagaimana yang terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang. Maharaja Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.

“Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang, dibawa kepada Seri Bija Diraja."

Maharaja Dewa Sura dan Puterinya Wanang Seri dibawa ke Melaka. Puteri Wanang Seri di Islamkan dan diberi nama Puteri Lela Wangsa yang kemudiannya dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Mereka mendapat dua orang putera, Raja Ahmad dan Raja Muhammad.

Apakah masih ada  tinggalan budaya Siam itu di Lembah Tembeling? Mungkin sebuah lagu purba tradisional yang bila didengar boleh relax....

Dalam kesibukan berkempen politik dengarlah lagu ini dan ingat kampung halaman!

Siapa Calon Yang Diumumkan Itu Tidak Lagi Penting Parti Lebih Diutamakan




Hari ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang akan mengumumkan senarai calon-calon parlimen dan DUN negeri Pahang.

Berbagai spekulasi siapa calon berlegar di merata-rata tempat di Jerantut. Semua 63,000 pengundi Jerantut mahu tahu.

Sudah tentu hati calon-calon potensi berdebar-debar apa lagi bila penyokong calon tertentu memprovoke bahawa calon pilihan berjaya jadi calon membuatkan emosi penyokong calon yang lain terganggu emosi.

WZWH sudah sampai satu peringkat yang tenang bila memutuskan siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.

Keghairahan bahawa calon yang kita suka mahu diangkat itu normal tetapi pada akhir analisis siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.

Sebagai contoh Dr Shukri sangat berminat dengan kerusi parlimen Jerantut. Beliau berusaha melobi dengan cara beliau. Penyokong beliau sangat ghairah.

Begitu juga Wan Amizan sangat berminat dengan parlimen Jerantut kerana agenda besar beliau mahu transformasi Jerantut dibantu oleh WZWH. Pengikut Wan Amizan yang majoriti terdiri golongan muda yang membentuk 60%  dari 63,000 pengundi Jerantut begitu ceria buat macam-macam program di Jerantut.

Jika pucuk pimpinan memilih contoh Ahmad Nazlan Idris bekas Gurubesar sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13 maka ahli UMNO Jerantut semua kena akur.

Pengikut Dr Shukri dan Wan Amizan jangan kecewa sampai mahu sabotaj parti. Itu tidak betul dan salah. Bukan kerana Dr Shukri dan Wan Amizan tidak terpilih bertanding parlimen Jerantut maka DS Najib dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang tidak mengiktiraf kepimpinan mereka berdua.

Ahmad Nazlan Idris perlu membuktikan kepada DS Najib dan DSD Adnan Yaakob bahawa pemilihan beliau sebagai calon parlimen Jerantut berbaloi dan 'worthwhile'.

Cabaran pertama ialah memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut mengalahkan Dr Hamzah Jaafar calon PAS.

Cabaran ke dua pula mengtransformasikan Jerantut maju dan membangunkan sebagaimana agenda yang WZWH mimpikan...

Yang paling penting sekarang memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut PRU 13.

Kita semua orang UMNO Jerantut seramai 21,000 orang  adalah orang parti. Yang penting kita mesti pastikan parlimen Jerantut, DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak menang.

Kalau kalah parlimen....itu bererti tidak ada makna perjuangan WZWH.

Yang kecewa kerana tidak tercalon mungkin DS Najib dan DSD Adnan Yaakob akan memberi kedudukan dan keistimewaan di tempat-tempat lain.

WZWH masih ingat lagi pada tahun 1995 ketika Kamaruzaman Baria dicalonkan bertanding parlimen Jerantut, di Pejabat Daerah Jerantut semasa Hari Penamaan Calon...Ahmad Nazlan menarik WZWH ke tepi bangunan Pejabat Daerah sambil menasihati dan mengingati WZWH...

"Zuri awak orang muda...kena ikut arus jangan ikut rasa hati kerana Dato' Wan Abu Bakar digugurkan bertanding parlimen awak terpengaruh dengan dorongan mahu sabotaj parti"...

Ya...WZWH ikut nasihat itu berkempen bersama Kamaruzaman Baria dan TETAP mengundi UMNO dan BN walau keputusan di DUN Tahan itu akhirmya calon parlimen BN kalah majoriti 900 undi!


UPDATE Calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut secara rasmi PRU 13:

P.81 - JERANTUT : AHMAD NAZLAN BIN IDRIS 
N9 - TAHAN : WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK
N.10 - DAMAK : LAU LEE
N.11 - PULAU TAWAR : DR. AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL

Ini bererti WZWH akan fokus memenangkan DUN Tahan. WZWH kira parlimen dan DUN Pulau Tawar serta DUN Damak ada jentera masing-masing.

WZWH ucapkan selamat berkempen kepada semua jentera...

Jangan biarkan calon pilihan anda kalah....kalau kalah seperti nasib yang menimpa Arwah Cikgu Halim Yunan di PRU 1999 DUN Tahan sungguh menyedih dan melukakan hati...

Calon yang kalah....boleh sengsara hingga bawa mati...

Sunday, April 14, 2013

Cadangan Wan Amizan Diwujudkan IKS Di setiap Tanah Rancangan Felda Sangat Baik!



















Dalam posting lepas sila klik sini Datuk Faizoull Ahmad, CEO Felda telah memecah tanah tapak rumah generasi baru Felda Wilayah Jengka serentak yang melibatkan kawasan tanah seluas 218 ekar bagi membina 1872 rumah.

CEO Felda telah menyatakan hasrat DS Najib mensasarkan bina 20,000 unit rumah dalam masa 5 tahun. Bererti setiap tahun 4000 unit rumah. Namun Datuk Faizoull Ahmad percaya dan yakin bahawa Felda mampu membina lebih 5000 unit rumah setahun.

Generasi baru Felda dianggarkan lebih 800,000 orang di 317 Felda seluruh negara. Kini atas keperihatinan DS Najib maka Felda sedang menyelesaikan isu rumah generasi baru Felda.




















Selepas isu rumah akan timbul pula isu lain. Maka Dato' Wan Amizan Wan Razak selaku wakil generasi baru Felda telah dalam ucapan beliau di Majlis Pecah Tanah Serentak tapak perumahan generasi baru Felda (PGBF) Felda Wilayah Jengka membabitkan parlimen Jerantut, parlimen Maran dan parlimen Kuala Krau mencadangkan:

Diwujudkan IKS di setiap tanah rancangan Felda

Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil generasi baru Felda berucap. Beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada Felda dan DS Najib yang pantas mahu menyelesaikan isu perumahan generasi baru Felda. Dengan CEO Felda sendiri turun padang.

Beliau mencadangkan kepada Felda supaya ditubuhkan IKS bagi membantu usahawan kecil dan sederhana generasi baru Felda di setiap tanah rancangan agar peluang pekerjaan dicipta hasil IKS.

Bila kerajaan BN bina rumah kepada generasi baru Felda maka generasi baru Felda ini perlu pendapatan untuk menampung kehidupan.

Walau terdapat ramai anak peneroka yang berjaya  namun ada juga yang perlu dibantu supaya boleh menjadi usahawan kecil dan sederhana disamping diharap usahawan yang berjaya ini boleh mengembangkan industri IKS dan perniagaan menyediakan dan mencipta peluang pekerjaan.

Selain Felda yang boleh mewujudkan unit IKS bagi membantu generasi baru Felda , lain-lain agensi kerajaan yang melibatkan keusahawanan dan dana-dana tertentu boleh disalurkan kepada usahawan IKS generasi baru Felda.

Felda telah memulakan serentak pecah tanah PGBF di:

  • Felda Jengka 1, 6 ekar
  • Felda Jengka 2, 20 ekar
  • Felda Jengka 9, 30 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 2/4, 12 ekar
  • Felda Jengka 11, 20 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 1/3, 40 ekar
  • Felda Sungai Tekam, 40 ekar
  • Felda Sungai Retang, 40 ekar
  • Felda Jengka 12, 10 ekar plus reserve 20 ekar



Projek PGBF yang pertama di Malaysia di Felda Padang Piol DUN Tahan parlimen Jerantut dengan pembinaan permulaan 26 unit rumah sedang rancak dibina (kesemua unit berjumlah 250 unit).

9 tanah rancangan Felda dalam parlimen Jerantut telah dipilih bagi tapak perumahan generasi baru Felda. Tahniah Dato' Wan Amizan Wan Razak atas kerja kuat beliau bagi merealisasikan PGBF.

Friday, April 12, 2013

Majlis Pecah Tanah Serentak Tapak Perumahan Generasi Baru Felda, Parlimen Jerantut Paling Banyak Dapat!



















Melibatkan pembinaan rumah generasi baru Felda di 3 parlimen : Jerantut, Maran, Kuala Krau. WZWH suka yang paling banyak dapat parlimen Jerantut sebanyak 9 kawasan Felda. Tahniah Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil generasi baru Felda kerana pandai melobi.

Ringkasan fakta:
218 ekar dengan pembinaan 1872 unit. Aku Janji DS Najib mahu bina 20,000 unit dalam masa 5 tahun.



















Site pecah tapak serentak di Felda Jengka 12.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil generasi baru Felda berucap. Beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada Felda dan DS Najib yang pantas mahu menyelesaikan isu perumahan generasi baru Felda. Dengan CEO Felda sendiri turun padang.

Beliau mencadangkan kepada Felda supaya ditubuhkan IKS bagi membantu usahawan kecil dan sederhana generasi baru Felda di setiap tanah rancangan agar peluang pekerjaan dicipta hasil IKS.



















CEO Felda Datuk Faizoull Ahmad berucap. Felda organisasi terbaik dunia menguruskan warganya. Apa lagi yang warga Felda mahu semua disediakan kemudahan. Kenapa pembangkang mahu ganggu Felda? Felda senantiasa buat yang terbaik lebih-lebih lagi kepimpinan DS Najib yang prihatin kepada rakyat. Janji di tepati.

Beliau mengumumkan pecah tanah serentak tapak perumahan generasi baru Felda di:

  • Felda Jengka 1, 6 ekar
  • Felda Jengka 2, 20 ekar
  • Felda Jengka 9, 30 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 2/4, 12 ekar
  • Felda Jengka 11, 20 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 1/3, 40 ekar
  • Felda Sungai Tekam, 40 ekar
  • Felda Sungai Retang, 40 ekar
  • Felda Jengka 12, 10 ekar plus reserve 20 ekar




















CEO Felda pecah tanah tapak perumahan generasi baru Felda.



















Contoh model rumah.



















Peneroka dan generasi baru Felda yang hadir.


Thursday, April 11, 2013

Bolehkah Aura DS Najib Menyelamatkan Calon-Calon Veteran Parlimen Dan DUN Jerantut?


Dalam ratusan ucapan DS Najib, banyak beliau berkata:

Kita mahu meremajakan UMNO....pemimpin UMNO perlu peka dengan media baru...Ayuh orang-orang muda mari berjuang bersama UMNO dan BN...

Anda diberi tempat...

Itu retorik terbaik mengambil hati golongan muda. Tapi tidak di Jerantut bila mana dari 63,000 pengundi berdaftar hampir 60% adalah dari golongan muda.

Golongan veteran ahli politik Jerantut begitu berpengaruh...sangat pandai mempengaruhi pucuk pimpinan walau tidak buat apa-apa untuk Jerantut.

Golongan veteran ahli politik Jerantut bertuah sebab:


  • Duduk saja tidak ada sumbangan boleh bertanding.
  • Keperluan peribadi lebih diutamakan dari orang ramai boleh bertanding.
  • Tidak ada idea-idea bernas jauh sekali mahu implemennya boleh bertanding.
  • Tidak tahu lansung perkembangan media baru pun boleh bertanding.
  • Pandai mengarang surat layang sebab itu bertanding.
  • Tidak mahu melayan golongan muda pun boleh bertanding.


Bolehkah aura DS Najib menyelamatkan calon-calon veteran Parlimen dan DUN Jerantut?

Itu WZWH tidak dapat pastikan samada 60% pengundi Jerantut dari golongan muda akan bersetuju dengan calon-calon veteran.

Di Jerantut calon-calon veteran boleh bertanding 4 atau 5 penggal tiada masalah kerana dari 63,000 pengundi berdaftar Jerantut itu tidak ada anak-anak muda yang layak di kacamata pucuk pimpinan.

Yang boleh bertanding di parlimen dan DUN Jerantut ialah yang berumur 60 hingga 65 tahun.

Kalau ini model nya maka 60% pengundi Jerantut yang bawah 45 tahun tidak perlu buat apa-apa sebab mahu mencontohi calon-calon veteran parlimen dan DUN Jerantut.

Di Jerantut politik bermula dari umur 65 tahun....

Bawah 45 tahun ke bawah kalau rajin menjadi aktivis parti pun tidak laku dan tidak dipandang oleh pucuk pimpinan.

Lagi sekali Bolehkah Aura DS Najib Menyelamatkan Calon-Calon Veteran Parlimen dan DUN Jerantut?

60% pengundi Jerantut yang terdiri dari orang-orang muda akan ekspressi pandangan politik mereka dalam peti undi pada 5 Mei 2013 dan pada malamnya keputusan pasti keluar....

Wednesday, April 10, 2013

Pelancaran Pecah Tanah Perumahan Generasi Ke 2 Felda Jengka 12, Kota G1, G2, G3 dan G4


Projek Perumahan Generasi Ke 2 Felda Padang Piol sedang dibina.


Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Sungai Retang menyusul kemudian.

Kehebatan Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin muda Jerantut bila beliau komited buat sesuatu bukan sahaja beliau cakap tapi beliau berusaha untuk merealisasikan sesuatu hajat orang ramai.

Ini bukan retorik atau cakap penyedap UMNO mahu tarik pengundi muda. Ini realiti penyelesaian sesuatu permasalahan.

Sila klik sini Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Yang Pertama Malaysia DI DUN Tahan Jerantut. Ini ialah posting berkenaan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda  Padang Piol dan Felda Sungai Retang yang telah diluluskan dan sedang dibina.

Selepas itu atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai anak peneroka Felda Jengka 12 dan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 di DUN Pulau Tawar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta EXCO Pemuda Malaysia maka:

  • Beliau telah mengadakan perjumpaan dengan generasi ke 2 Felda Jengka 12 berbincang mengenai isu perumahan, tapak tanah, dan hasrat beliau mahu membantu
  • Beliau telah menulis surat kepada Felda dan berjumpa PM 

Akhirnya atas arahan PM  maka Felda telah bersetuju mengenalpasti beberapa bidang tapak tanah bagi tujuan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda di:

  • Felda Jengka 12
  • Felda Kota Gelanggi 1
  • Felda Kota Gelanggi 2
  • Felda Kota Gelanggi 3
  • Felda Kota Gelanggi 4

Baki kesemua kawasan Felda dalam DUN Pulau Tawar perlulah dikenalpasti beberapa bidang tanah yang sesuai.


Oleh itu untuk permulaan pada pagi Jumaat jam 9.30 pagi 12 April 2013, Dato' Wan Amizan dan Pegawai Tingggi Felda akan melancarkan Pelancaran Pecah Tanah Perumahan Generasi ke 2 Felda Jengka 12 dan secara simboliknya serentak bersama-sama Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4. Signboard projek perumahan akan dinaikkan di semua kawasan Felda yang terlibat.

Semua anak generasi ke 2 Felda dikawasan berdekatan juga bersama peneroka-peneroka semua dijemput hadir.

WZWH boleh beri jaminan ini baru sedikit usaha Dato' Wan Amizan, kalau diberi peluang kepada beliau seorang pemimpin muda Jerantut anak peneroka sudah tentu lebih banyak kebaikan, kebajikan , kemajuan nasib generasi ke 2 peneroka dapat beliau bela.

Pengalaman dan pengetahuan Dato' Wan Amizan sebagai anak peneroka dalam memahami isu-isu dan permasalahan masyarakat Felda adalah aset yang berguna kepada parti, UMNO dan BN.

Tidak sia-sia bila masyarakat 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut menyokong kuat Dato' Wan Amizan Wan Razak.


Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin anak peneroka harapan 14 masyarakat Felda di parlimen Jerantut.

Tuesday, April 9, 2013

Bisikan Halus Mengerat Calon Amalan Pemimpin Kuno UMNO Jerantut


Keburukan UMNO Jerantut apa yang WZWH perhatikan ialah pemimpin-pemimpin lama yang telah 'menikmati nikmatnya politik' pada zaman dan era kegemilangannya walau tidak buat apa-apa secara transformasi membangunkan Jerantut tetapi tetap merasakan mereka lebih hebat...lebih pengaruh...lebih cerdik...padahal pada hakikat sebenarnya mereka adalah tin-tin sardin yang kosong tidak relevan lagi dengan perkembangan politik terkini.

Jika di zaman mereka memimpin UMNO Jerantut mereka berbuat sesuatu, ada nampak pembangunan dan kemajuan Jerantut itu memang patut WZWH puji tapi yang sebenarnya mereka tidak buat apa-apa pun. 

Sebab hati mereka rosak penuh dengan hasad dengki tidak suka melihat kejayaan pemimpin muda membangunkan Jerantut. Mereka tidak suka nama mereka dipadamkan dari sejarah politik Jerantut yang hebat berperang sesama sendiri demi hasutan orang politik luar tapi tidak mempedulikan kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Politik sebegini Jerantut tidak membantu Jerantut malah mencacatkan perancangan Jerantut masa depan. Majoriti orang muda Jerantut menolak politik lama dan tidak produktif Jerantut ini.

Mereka suka semua ahli UMNO Jerantut menjadi anti establishment.

Bisikan halus mengerat calon amalan pemimpin kuno UMNO. Caranya:

  • Buat surat layang, berpuluh-puluh surat layang memburukkan pemimpin muda.
  • Beberapa orang disuruh memfitnah baik di Jerantut, di Kuantan dan Putrajaya.
  • Mempengaruhi agensi-agensi memburukkan pemimpin  muda.
  • Mengadap MB, PM dan Raja bawa skema politik menjatuhkan pemimpin muda.

Orang muda Jerantut tahu bagaimana mahu memilih pemimpin yang buat kerja dengan pemimpin yang manis mulut, suka retorik tapi otak udang tidak tahu buat kerja.

Surat layang itu fitnah cara media lama....

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...