Tuesday, March 29, 2016
Sunday, March 27, 2016
'Mahathir Union' Mahu Raja-Raja Melayu Gulingkan DS Najib

Kongres Rakyat 2016: Selamatkan Malaysia dari Pusat Konvensyen Shah Alam SACC.
Belajar dari pengalaman British yang melancarkan Gagasan 'Malayan Union' pada 1946 bila majoriti Orang Melayu telah bangkit mendesak Raja-Raja Melayu memulau majlis pelantikan Governor MU akhirnya membuatkan MU berkubur pada 1948.
Mahathir berucap di Kongres Rakyat 2016 'Selamatkan Malaysia' di Pusat Konvensyen Shah Alam SACC mahu majoriti rakyat Malaysia menandatangani Deklarasi Rakyat yang objektif utama mahu DS Najib turun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mahathir seperti British percaya desakan majoriti rakyat Malaysia melalui Deklarasi Rakyat yang mahukan perletakan jawatan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera sebelum PRU 14 boleh membuatkan Raja-Raja Melayu membuat sesuatu atau bertindak mengulingkan DS Najib.
Mahathir sendiri mahu memandu lori membawa tandatangan berjuta-juta rakyat Malaysia sebagai Deklarasi Rakyat ke pintu Istana.
Mahathir yang sewaktu dulu obsessed dan merekayasa sejak dari 1983 hingga 1992 meminda Pindaan Perlembagaan melibatkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu hingga menghapuskan hak keistimewaan dan imuniti Raja-Raja Melayu kini mahu at the last resort pertolongan atau favour dari Raja-Raja Melayu untuk bertindak mengulingkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Adakah Raja-Raja Melayu sudah lupa?
DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.
DS Najib adalah Orang Kaya Pembesar Berempat Pahang.
Berasal dari Keluarga Bangsawan Pahang dan Johor.
Yang secara sejarah dan tradisi melibatkan Kesultanan Empayar Johor-Riau-Lingga-Pahang-Terengganu-Perak-Selangor.
Yang mempunyai hubungan dengan Kesultanan Kedah, Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Gerakan Kongres Rakyat ini adalah gerakan halus Mahathir secara jangka panjang yang akan menggunakan alasan bahawa kegagalan Raja-Raja Melayu bertindak mengulingkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah sebab dan alasan kuat untuk:
Rakyat Malaysia bangkit mengulingkan Raja-Raja Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Republik yang senada dengan kehendak dan kemahuan strategik jangka panjang perjuangan DAP dan PKR.
Gerakan Kongres Rakyat ini adalah gerakan 'Mahathir Union' jelmaan dari 'Malayan Union' untuk menghapuskan kekuasaan politik DS Najib sebagai objektif utama dan Raja-Raja Melayu itu sendiri sebagai objektif jangka panjang.
Tuesday, March 22, 2016
UAE Mengandakan Usaha Penternakan Ikan Sturgeon
Emirates Aquatech Caviar membuka cawangan baru di "The Market"
Ikan sturgeon yang menghasilkan telur ikan caviar.
Emirates Aquatech kini mengendalikan penternakan ladang peredaran tertutup sturgeon dan caviar terbesar di dunia.
Dubai: UAE sedang meningkatkan pengeluaran ternakan ikan dalam negeri untuk memenuhi permintaan makanan laut yang semakin meningkat dan untuk terus melindungi semakin berkurangan stok ikan liar di perairan Teluk.
Spesies ikan di ladang ikan
Usaha akuakultur memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan enam jenis ikan.
• Tilapia Nile
• Sturgeon
• Tilapia Hitam
• Tilapia Merah
• Bream Laut
• White Udang India
SUMBER: Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar UAE (MoCCE)
UAE kembali ke landasan dengan perancangan yang hebat. Terbaru rancangan ladang penternakan ikan salmon dan sturgeon di padang pasir.
Kemudahan akuakultur baru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Persekutuan akan dapat melihat perkembangan yang ketara untuk meningkatkan hasil tahunan ikan dibangkitkan dalam kemudahan canggih yang direka untuk memberi makan kepada pasaran komersial yang lapar.
Dr. Thani Al Zeyoudi, Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar UAE (MoCCE), memberitahu Gulf News bahawa akuakultur akan dapat melihat pelaburan utama untuk meningkatkan hasil tuaian ladang ikan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Tahun lepas, kementerian itu membantu menyelia pembukaan Dhh75 juta fasa pertama Pusat Penyelidikan Marin Shaikh Khalifa di Abu Dhabi.
Pada tahun 2015, 790 tan metrik ikan yang diternak telah dihasilkan oleh 10 kemudahan di negara ini yang terdiri daripada kira-kira satu peratus daripada permintaan makanan laut oleh sembilan juta penduduk yang tinggal di UAE.
Pada tahun 2021, kementerian menjangka untuk pesat berkembang pengeluaran akuakultur kepada 36,000 tan setahun, kata Al Zeyoudi.
"Ini adalah pada dasarnya kerana tumpuan pemimpin kita kepada keselamatan makanan dan ikan serta akuakultur. Kami hanya menganugerahkan sebuah syarikat untuk mengembangkan perikanan Khalifa di Umm Al Quain yang akan membantu kami mencapai sasaran lima tahun dari sekarang. Pengembangan ini adalah hampir dua kali ganda. Kami menjangka pengeluaran untuk mencapai 15 juta ikan lima tahun dari sekarang, "katanya dalam satu temu bual.
Untuk membantu UAE mencapai sasarannya, Al Zeyoudi berkata kerajaan "mengkaji semula undang-undang dan peraturan-peraturan untuk membuat ia lebih mudah bagi pelabur untuk masuk. Kami berada dalam hubungan secara langsung dengan sektor swasta supaya kita dapat membimbing mereka betul-betul mengikut keperluan kami adalah supaya mereka boleh membantu mencapai sasaran kami. Setakat ini, kami mempunyai 10 ladang di negara ini dan menggalakkan lagi yang akan datang. "
Pengacara event seperti AquaME adalah "membawa pemain global untuk datang dan satu lagi isyarat daripada kerajaan bahawa kami sedang mencari amalan terbaik untuk negara," katanya.
Maryam Mohammad Hareb, Penolong Setiausaha, Sumber Air dan Jabatan Hal Ehwal Pemuliharaan Alam di kementerian itu, memberitahu Gulf News bahawa penekanan diberikan terhadap akuakultur bagi pengimbangan nelayan tradisional sehingga separuh menjelang 2021 untuk memelihara stok ikan asli daripada penangkapan ikan yang berlebihan.
Undang-undang dan peraturan-peraturan dikemaskini melarang ikan juvenil liar dari penuaian dan penjualan dalam pasaran ikan UAE dan restoran supaya juvana boleh mencapai kematangan untuk generasi baru bertelur bagi stok ikan masa depan.
"Tujuannya ialah akuakultur meliputi 50 peratus daripada pengeluaran tempatan. Apa yang kita mahu lakukan adalah membantu mendapatkan tahap kemampanan kembali di tempat untuk stok ikan semula jadi kami, "kata Hareb. "Kami kini pada 10 peratus daripada apa yang kami rancang dulu."
Statistik Kementerian menunjukkan bahawa pada masa ini terdapat jurang bekalan dan permintaan 136.450 tan untuk makanan laut di UAE.
Monday, March 21, 2016
Bandaraya Gurun Dubai VS Bandaraya Hutan Hujan SHAS
2 Bandaraya berlainan konsep
Gurun yang panas
Hutan yang sejuk
Gurun Emir
Hutan Sultan
Bersatu menjadi syurga dunia
Khalifah memakmurkan dunia...
Saturday, March 19, 2016
Kenapa Sungai Tembeling Kering Dan Surut Melampau?
Kenapa Sungai Tembeling Kering Dan Surut Melampau? Bandingkan Dengan Thailand, Vietnam, Laos Dan Kemboja Apa Persamaan?

Sg Tembeling di Kg Mat Daling Ulu Tembeling. Perhatikan Sg Tembeling kering dan surut melampau. Paras air water level rendah. Padang pasir yang luas timbul boleh buat padang bola.

Sg Tembeling di Kg Kuala Sat Ulu Tembeling. Perhatikan dengan jelas betapa kering dan surutnya Sg Tembeling.
Kenapa Sungai Tembeling kering dan surut melampau?
Apa penjelasan paling saintifik dan rasional mengenai isu ini?
Ada pihak yang telah menjelaskan sebab-sebab kenapa berlaku paras air sungai yang sangat cetek @ tohor ini.
Antaranya dikatakan sebab pembalakan di Ulu Tembeling, pembukaan estet perladangan besar-besaran, pembinaan projek jalanraya, perlombongan dan banyak lagi.
Ada pihak yang kata ini akhirnya telah mengakibatkan Sg Pahang menjadi semakin cetek dan menjejaskan ekonomi penternakan ikan patin sangkar di Temerloh.
Ada yang kata ini menjejaskan perhubungan penduduk Ulu Tembeling yang berulang alik menggunakan sungai dari Ulu Tembeling via Pangkalan Jettty Kuala Tahan dan Kg Pagi ke Bandar Jerantut.
Jalan dari Kuala Tahan ke Kampong Pagi sudah berturap. Tapi selepas itu, masih jalan balak ke Ulu Tembeling.
Keadaan air sungai Ulu Tembeling pula sangat cetek sekarang. Sungai yang besar dah jadi kecil.
Bot tidak boleh digunakan untuk ke Ulu Tembeling kerana keadaan air sungai terlalu cetek.
Bagi orang kampong yang tidak mempunyai kenderaan 4x4 dan ingin ke bandar Jerantut, mereka terpaksa menyewa dengan bayaran RM400 sebuah kenderaan pergi dan balik.
Ramai yang balik kampong untuk beraya ke Ulu Tembeling tahun ini terpaksa berbelanja besar hanya untuk menyewa kenderaan 4x4.
Jika naik bot, tambang pergi dan balik ke Ulu Tembeling dari Kuala Tahan hanya RM50 seorang.
Kenapa Sg Tembeling kering dan surut melampau? Apa sebab-sebabnya?
Secara rambang dari rekod Jabatan Perhutanan Pahang tidak ada rekod pengeluaran lesen penebangan balak besaran sejak tahun 2000.
Apa yang digambarkan dalam media baru di FB itu kalau betul dari kawasan Ulu Tembeling adalah batang-batang balak yang dibersihkan diclear bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi-Kg Bantal Seberang.
Ini adalah penebangan yang minima dan semua batang balak telah ditag dan dipantau oleh Jabatan Hutan Pahang hanya bagi tujuan pembinaan projek jalanraya.
Peladangan estet getah oleh Felcra dan anak syarikat Yayasan Pahang adalah diusahakan ditanah yang telah lama diclear dulu.
Tidak ada aktiviti perlombongan di Ulu Tembeling diluluskan setakat ini. Hanya di Sg Tembeling dalam negeri Pahang yang bebas dari aktiviti perlombongan.
WZWH bersetuju sebarang aktiviti perlombongan perlu diharamkan di Ulu Tembeling malah di Lembah Tembeling pun demi menjaga alam sekitar dan hutan.
Bah besar 1926 banjir terbesar dalam sejarah di Pahang berlaku tidak disebabkan oleh pembalakan dan penebangan balak berleluasa. Tiada aktiviti balak ditebang pada masa itu.
Begitu juga banjir besar 1971 berlaku yang ketika tiada aktiviti pembalakan berskala besar di Pahang.
Banjir besar terbaru 2014 lagi lah berlaku ketika tiada lesen-lesen balak dikeluarkan.
Sekarang 2016, equinox dengan cuaca panas melampau melebihi 36 darjah Celcius sejak sebulan yang lalu dengan cuaca yang begitu terik dan panas pasti buat air sungai menjadi kering.
Apa yang sebenarnya yang berlaku?
Kita perlu lihat apa yang berlaku dipersekitaran kita. Iklim dan perubahan cuaca dunia, El-Nino, global warming pemanasan cuaca dunia, kemarau dan sebagainya.
Bandingkan dengan Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja apa persamaan?
Di Thailand kemarau teruk selama 50 tahun berlaku menyebabkan 16,881 kampung di 286 daerah melibatkan 41 wilayah terjejas teruk akibat kemarau menyebabkan banyak sungai kering, terusan yang kering menyebabkan jalanraya rosak dan banyak rumah ditebing terusan runtuh.
Parts of Ping River that run through Tak province have completely dried out and have become new picnic spots for the locals. Other activities include football and volleyball.
Sukhothai province is facing the worst drought in 20 years. Parts of Mae Yom River in Sri Sam Rong district has dried out.
A part of Yom River which passes through tambon Rang Nok in Sam Ngam district of Phichit province has gone dry.
A group of locals enjoy a game of volleyball on the waterbed of the dried out Ping River in Tak province.
The course of Ping River that runs through Tak province has almost dried out completely.
Parts of Yom River have dried out as Phichit province faces severe drought.
Ping River in Tak province has gone completely dry.
Mahathir Masih Spin Cuba Pengaruhi Ahli UMNO Benci Najib
Mahathir walau bukan ahli UMNO tapi masih mahu spin cuba pengaruhi ahli-ahli UMNO membenci DS Najib Sila Klik Sini.
Mahathir gagal memnpengaruhi 191 Ketua UMNO Bahagian menjatuhkan DS Najib. Walau hanya ada beberapa kerat Ketua UMNO Bahagian yang mengikut cakap Mahathir.
Sekarang menjelang Persidangan Mesyuarat Cawangan UMNO yang perlu diadakan sekali setahun, Mahathir cuba mempengaruhi 3.6 juta ahli UMNO dari 21,800 cawangan UMNO di seluruh negara dengan menghasut ahli-ahli UMNO mengusul undi tidak percaya kepada DS Najib.
Kita lihat spin Mahathir:
1) Saya tetap setia kepada UMNO
Ahli UMNO yang betul-betul setia tidak akan keluar parti. Ahli UMNO yang setia tidak memburukkan pemimpin setiap masa.
2) UMNO tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara
Untuk Mahathir menyatakan UMNO tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara adalah tidak benar dan tidak adil. Kalau tidak 100% tercapai, UMNO berusaha mencapai.
3) Perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan DS Najib sebagai Perdana Menteri.
Ahli UMNO mempertahankan setiap Perdana Menteri. Itu juga yang UMNO buat mengekalkan Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. DS Najib baru nak masuk tahun ke 7.
4) Skandal kewangan, wang berbillion melibatkan DS Najib
Tidak ada skandal, semua isu itu sudah diputuskan oleh Peguam Negara bahawa DS Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan malah di Sidang Dewan Rakyat pun ahli-ahli parlimen tidak boleh sentuh isu itu yang sudah diputuskan oleh undang-undang.
5) DS Najib merosakkan imej negara
DS Najib bekerja kuat promote kepimpinannya ke peringkat global. Hubungan baik beliau dengan Presiden AS dan Presiden China adalah demi kepentingan negara. Kepimpinan DS Najib di Asean sangat diterima-menjadi tokoh pendamai di Selatan Filipina dan Selatan Thailand.
6) DS Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13.
DS Najib tidak merosakkan parti malah prestasi parti meningkat dengan lebih banyak kemenangan kepada kerusi parlimen dan DUN UMNO. Ketika Pembangkang berjaya menghasut pengundi BUKAN-Melayu percaya kepada "Ini kali lah", tetap pembangkang tidak berupaya menumbangkan BN dan DS Najib PRU 13.
7) UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh DS Najib
UMNO sudah masak selama 70 tahun berdepan setiap PRU. UMNO ada pengalaman. Betul DS Najib perlu motivasi UMNO supaya lebih kuat kerja memastikan UMNO tetap menang PRU 14. Untuk mengatakan UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh DS Najib itu adalah kenyataan orang yang kecewa.
8) Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB.
Isu 1MDB adalah urusan korporat yang CEO 1MDB boleh atasi dengan strategi-strategi korporat. Nilai Aset lebih tinggi dari Liabiliti. Pelan rationalisasi berjaya mengurangkan liabiliti.
Malaysia Government Debt to GDP 1990-2016 | Data | Chart | Calendar
Malaysia recorded a Government Debt to GDP of 54 percent of the country's Gross Domestic Product in 2015. Government Debt to GDP in Malaysia averaged 48.22 percent from 1990 until 2015, reaching an all time high of 80.74 percent in 1990 and a record low of 31.80 percent in 1997. Government Debt to GDP in Malaysia is reported by the Ministry of Finance, Malaysia. Please Click Here.
Pembangkang suka mengambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa hutang kerajaan Malaysia peringkat bahaya sehingga boleh buat Malaysia bangkrap sperti Greece!
Ahli ekonomi dunia kata hutang kerajaan jika peratusannya kepada GDP dibawah 55% hingga 60% adalah masih boleh diurus.
Malaysia mempunyai rekod membayar hutang negara yang sangat baik tidak pernah default. Kalau kita lihat Malaysia pernah mencatat peratus hutang yang tertinggi pada 1990 iaitu 80.74%
Adakah pada masa itu Kerajaan Malaysia bangkrap?
Pembangkang banyak main isu hutang kerajaan Malaysia seolah-oleh pentadbiran DS Najib sebagai PM gagal mengawal ekonomi yang dipsywar boleh menjurus kepada negara bangkrap.
Kerajaan Malaysia berhutang kerana membiayai pelaburan yang boleh menjanakan lebih banyak pendapatan dimasa hadapan disamping menyediakan barangan dan perkhidmatan dan memberi pekerjaan bagi pertumbuhan ekonomi negara.
9) Pemerintahan DS Najib kejam
DS Najib seorang yang lemah lembut, bercakap tenang dan lembut, tidak ada mengata dan memburuk ke orang. Selalu cuba melakukan apa yang terbaik dan wow faktor yang mahu beliau selitkan supaya rakyat gembira dan suka.
10) Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh DS Najib tetap akan kalah.
Mahathir bukan Tuhan. Mahathir adalah manusia biasa tidak maksum yang punya masalah hati yang busuk dan hitam pekat membenci DS Najib.
WZWH berdoa kepada Allah semoga Mahathir diberi kembali hati yang bersih putih.
Thursday, March 17, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
[Autosaved] WZWH Mula Menulis…
Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...
-
Kenapa orang muda Jerantut menyokong UMNO? Ada 2 sebab: Kepentingan Alif, Ba, Ta-agama, bangsa dan tanahair. Pengisian. Sekar...
-
Several Pakatan Rakyat's bloggers of whom friendly with WZWH put forward coup d'etat theory that UMNO should install a new king. T...
-
Di Jerantut ada banyak blog. Blog-blog ini tumbuh kerana ada pemimpinnya yang guna strategi perang gerila. Pemimpin gerila ini sudah kalah ...