Sunday, March 27, 2016

'Mahathir Union' Mahu Raja-Raja Melayu Gulingkan DS Najib



Kongres Rakyat 2016: Selamatkan Malaysia dari Pusat Konvensyen Shah Alam SACC.

Belajar dari pengalaman British yang melancarkan Gagasan 'Malayan Union' pada 1946 bila majoriti Orang Melayu telah bangkit mendesak Raja-Raja Melayu memulau majlis pelantikan Governor MU akhirnya membuatkan MU berkubur pada 1948.

Mahathir berucap di Kongres Rakyat 2016 'Selamatkan Malaysia' di Pusat Konvensyen Shah Alam SACC mahu majoriti rakyat Malaysia menandatangani Deklarasi Rakyat yang objektif utama mahu DS Najib turun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mahathir seperti British percaya desakan majoriti rakyat Malaysia melalui Deklarasi Rakyat yang mahukan perletakan jawatan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera sebelum PRU 14 boleh membuatkan Raja-Raja Melayu membuat sesuatu atau bertindak mengulingkan DS Najib.

Mahathir sendiri mahu memandu lori membawa tandatangan berjuta-juta rakyat Malaysia sebagai Deklarasi Rakyat ke pintu Istana.

Mahathir yang sewaktu dulu obsessed dan merekayasa sejak dari 1983 hingga 1992 meminda Pindaan Perlembagaan melibatkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu hingga menghapuskan hak keistimewaan dan imuniti Raja-Raja Melayu kini mahu at the last resort pertolongan atau favour dari Raja-Raja Melayu untuk bertindak mengulingkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Adakah Raja-Raja Melayu sudah lupa?

DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

DS Najib adalah Orang Kaya Pembesar Berempat Pahang.

Berasal dari Keluarga Bangsawan Pahang dan Johor.

Yang secara sejarah dan tradisi melibatkan Kesultanan Empayar Johor-Riau-Lingga-Pahang-Terengganu-Perak-Selangor.

Yang mempunyai hubungan dengan Kesultanan Kedah, Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Gerakan Kongres Rakyat ini adalah gerakan halus Mahathir secara jangka panjang yang akan menggunakan alasan bahawa kegagalan Raja-Raja Melayu bertindak mengulingkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah sebab dan alasan kuat untuk:

Rakyat Malaysia bangkit mengulingkan Raja-Raja Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Republik yang senada dengan kehendak dan kemahuan strategik jangka panjang perjuangan DAP dan PKR.

Gerakan Kongres Rakyat ini adalah gerakan 'Mahathir Union' jelmaan dari 'Malayan Union' untuk menghapuskan kekuasaan politik DS Najib sebagai objektif utama dan Raja-Raja Melayu itu sendiri sebagai objektif jangka panjang.

1 comment:

Kampong man. said...

Ahli UMNO patut akur pada pemimpin yang dipilih rakyat secara demokratik.Teruskan perjuangan kamu WZWHdemi bangsa,negara dan tanah air melalui UMNO.

Masih ingat lagi ke?.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024